Soalan cepu emas.

Sunday, December 21
Assalamualaikum,

Adeh, hanya satu perkataan- 'kahwin', saya mendapat 8 komen untuk entri yang lepas (blog saya ni, 8 komen dah kire power dah tu.. -.-') Memang isu panas! Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen. Ha ha ha.
Kahwin? Saya lambat lagi agaknye.... (Nak kene berguru ngan Amad+kak Alia dulu.. Aman, tunggu turn ek..)

Abah dan umi berkahwin pada usia 21 tahun. Kak Ngah pada usia 19/20. Amad pada tahun 2 pengajian. Ha ha ha. Saya dikelilingi dengan mereka-mereka yang berkahwin pada usia yang muda.

Entahlah, biar Allah sahaja yang tentukan. Sampai masanya nanti, nak lari pun tidak boleh.

****

Saya tidak melarang sesiapa yang berkahwin pada usia yang muda. Namun, bagi saya perkahwinan itu bukanlah isu yang kecil dan remeh, namun ianya melibatkan 1001 isu yang lebih besar daripada perkahwinan itu sendiri.

Dalam daurah yang pernah saya ikuti, seorang ukhti pernah menerangkan bahawa pendidikan anak-anak bermula daripada sebelum perkahwinan lagi. Bermula daripada pendidikan akhlak dan tarbiyah ibu/ayah. Jika kita mahu anak-anak kita mempunyai peribadi yang baik, pastikan bahawa kita juga telah menerima tarbiyah yang secukupnya.

Adakah dengan menghadiri kelas-kelas agama (cth: kelas Ust. Fawwaz, Sheikh Kadir), SC pada setiap minggu sudah menjadikan kita seorang yang telah khatam pendidikan tarbiyyah? Saya rasa tidak. Pendidikan tarbiyyah yang dimaksudkan oleh ukhti tersebut lebih mendalam maksudnya. Mencakupi segala aspek dan segi. Bukan calang-calang pendidikan tarbiyyah.

Sekurang-kurangnya (kire macam threshold la..)

1.juz 30 sudah melekat didada,
2.hadith 1,2,3 juga mesyi la hendaknya (mesyi: arab ammiyah: bermakna=ok/dah terer) ,
3.doa-doa harian,
4.hukum-hakam
5.Akhlak yang mulia (skema soalan PQS 2020)
dan lain-lain.

Gulp! Bersediakah saya jika alam perkahwinan memanggil saya? .......

Pernah juga saya mendengar rakan-rakan berseloroh:

Hai... jangan berangan lah nak kahwin jika bilik pun tidak mahu berkongsi dengan orang lain.

Azan subuh punya lah kuat pun tak terbangun, inikan pula tangisan anak di tengah malam.

Diri sendiri tak terurus, nak urus orang lain pula

Aduh, topik kahwin usia muda+masa belajar memang topik yang hangat. Saya tidak melarang, tidak menyokong. Namun, nasihat saya kepada mereka yang ingin berumah tangga pada usia yang muda+belajar, persiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan tetapkan pendirian di atas jalan yang satu. Jangn berpaling dan maju kehadapan.

Perkahwinan adalah untuk selama-lamanya.

eymand
lazoughly

p/s: saifulislam.com juga pernah mengutarakan topik ini baru-baru ini. :)

Semput di pertengahan jalan

Tuesday, December 16
Assalamualaikum,

Apabila musim peperiksaan menjelang, mulalah isu 'kahwin' meletup-meletup. (tension belajar ke kak/bang?)

Adeh, no comment.
Tepuk dada, tanya hati,

*tutup*

Apabila tiba musim peperiksaan, rata-rata pelajar mulai 'semput' (spesifiknya saya-sebab tertinggal silibus. Adeh.)

Saya akui saya mulai semput. Sudah mencapai tahap lelah. Tapi, belum sampai menggunakan inhaler.

"Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"
Moga-moga kita semua tidak tergolong dalam kalangan mereka yang kerugian.
Selamat belajar!


eymand.
Lazoughly

Menjadi dewasa

Monday, December 1
Assalamualaikum,

Meniti usia 20-an, terlalu banyak memori singgah di kotak fikiran saya. Seakan-akan baru semalam saya menghayun langkah terakhir-keluar dari bumi Al-Amin. Saya membesar di situ.

Satu fakta yang akan menemani saya hingga ke akhir hayat.

Raka-rakan mulai membuka tirai hidup yang baru. Ada yang sudah bergelar bapa. Ada yang merancang untuk membina masjid. Ada yang bermain cinta. Ada yang tekun menuntut ilmu. Ada yang jauh di mata. Ada yang dekat di hati.

Semuanya mengusung cerita masing-masing.

Setahun di perantauan betul-betul menguji saya sebagai seorang sahabat dan rakan. Kadang kala saya memarahi diri kerana tidak mengetahui khabar terbaru rakan-rakan. Adakah semua ini akan berterusan. Saya harap tidak. Persahabatan yang telah kami semai di bumi itu menjadi suatu perkara yang amat berharga. Tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.

Benar kata orang, sewaktu kita kecil, kita mahu menjadi dewasa. Apabila sudah dewasa, kita lemas dalam lautan memori. Begitulah manusia.

Menjadi dewasa sebenarnya lebih daripada itu. Lebih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, keputusan yang perlu dibuat dan bermacam-macam lagi hal duniawi yang menghimpit diri. Namun, menjadi dewasa bermakna, kita semakin dekat dengan penghujungnya. Semakin banyak dosa yang dilakukan. Semakin banyak masa yang telah dilalaikan. Semakin banyak peluang-peluang pahala dibuang begitu saja.

Apa yang telah kita lakukan selama ini? Tepuk dada, tanya iman.

****

Sebetulnya, apabila semakin matang, akal yang diberi percuma seharusnya digunakan secara maksimum. Perkataan " Mumaiz" sudah tidak logik lagi untuk digunakan.

-Hidup sudah selama 20 tahun, tapi baru nak mencapai mumaiz? Musykil sungguh? Adakah 19 tahun dibazirkan dengan menjadi seorang yang tidak siuman? atau pun hilang ingatan? ataupun koma semenjak lahir? Tepuk dada, tanya iman.

Sebetulnya, persoalan-persoalan yang mudah (dari segala segi, mahupun agama, ataupun kendiri) boleh dijawab dengan betul, tepat dan waras. Maka, berlagaklah seperti seorang yang berusia 20 tahun walaupun secara batinnya, anda tidak.

eymand





Si guru kecil.

Tuesday, November 25
Assalamualaikum,

Baru dapat semangat dari
Kak Hanim. - klik jangan tak klik
I've started something, by hook or by crook, I must finish it.

May 2007

'Alamak, macam mana nak sebut obstetricians dan gynaecologist nih'

" I want to be a paediatrician."

Laju sahaja perkataan itu meluncur dari bibir. Antara perkataan yang mudah di sebut. Opthalmologist, Anaesthesiologist. Berbelit lidah.

"Can you explain why?

'Aiseh. Dr. nih tanya macam-macam pulak. Apa lagi. Goreng je lah.'

******
Sedutan flashback May 2007; lokasi: Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS); sesi temuduga bersama dua Dr. dari CUCMS. (If im not mistaken, one of them is the Dean of Pharmacy.O_o)

Bermulalah cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor kanak-kanak. Bila ditanya mengapa, saya sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Mungkin kerana mereka mempunyai masa depan yang cerah. Kanak-kanak ibarat kain putih. Bersih dan suci tanpa dosa. (Macam skema jawapan SPM).

Berada dekat dengan mereka akan membuatkan seseorang itu sabar dan tabah. Yalah, kanak-kanak dengan ragam yang pelbagai. Melompat sana, melompat sini, menjerit sana, menjerit sini dan tidak boleh duduk diam. Hahaha. Saya mempunyai adik yang ramai. ( 6 orang kesemuanya; termasuk sepasang kembar lelaki yang tidak seiras).

Membesar dengan bilangan adik-beradik yang ramai membuatkan saya sudah lali dengan perangai kanak-kanak yang bermacam jenis. Sampaikan, rakan-rakan sebaya semuanya suka bermain dengan anak-anak kecil, mendukung mereka, meng'agah' mereka, namun, saya hanya suka memerhati dari jauh saja. Sudah penat dengan kerenah 'anak-anak kecil ini'. Pada dasarnya sangat comel, tetapi apabila mereka berubah kepada rupa dan bentuk yang sebenar.....gulp...

Poning kopalo den....

******
Saya mempunyai seorang adik saudara yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Alhamdulillah dia dapat bertahan hingga ke hari ini. InsyaAllah, tahun baru yang akan datang, dia akan mendaftar ke tadika.

Dia disahkan seorang pesakit Spastic Cerebral Palsy (Muscle of foot/back of leg) ketika berusia 2 tahun
Menjalani rawatan Botox dan menjalani pembedahan ketika berusia 3 tahun.

Walaupun mengalami kesukaran berjalan, dia tetap ceria dan aktif seperti kanak-kanak lain. Biar jatuh banyak kali. Biar dia luka. Kadang kala, dia akan mengadu:

"Kakak, kaki apis sakit."

Habis kulit di sekitar ibu jarinya melecet apabila terpaksa menjengket untuk berjalan dan kadang kala dia akan mengheret kakinya untuk berjalan- menyebabkan kakinya melecet.

'Nanti kakak jadi doktor, kakak tolong apis ye'

Dia anak kecil yang tidak tahu apa-apa, namun semangatnya tinggi.
Dia ingin bermain bola walaupun berdiri tegak pun tidak mampu.
Dia ingin berlari walaupun akan jatuh di tengah jalan.
Dia anak kecil yang tabah dan kuat.

Menjalani kehidupan yang serba kekurangan tidak menghalang dia untuk menjadi hamba yang bersyukur. Tidak pernah berasa susah mahupun berputus asa. Apa yang ada, digunakan sebaiknya. Sekurang-kurangnya, dia masih mempunyai kaki. Masih boleh menyepak bola. Masih boleh mengayuh basikal. Semuanya masih lagi berfungsi walaupun tidak sempurna.


Hari-hari yang baru dirasakan penuh dengan harapan. Dengan kudrat yang ada, dia mengharungi hari-hari mendatang, mempelajari benda-benda baru. Semakin sesuatu perkara itu nampak susah untuk dilakukan, semakin dia mencuba dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

****
Dalam kehidupan ini, kita manusia yang cukup sifat, yang sihat anggota badan, tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Tidak menghargai setiap nikmat yang diberikan kepada kita.

Jika kaki dipotong akibat penyakit kencing manis, berakhirlah kehidupannya. Makan perlu disuap. Memakai baju sendiri pun tidak mahu.

Apabila tangan dipotong akibat kemalangan jalanraya, hidup terasa gelap. Terlantar saja di atas katil. Berkurung entah berapa lama. Tidak mahu bergaul kerana malu.

Mengapa tidak kita mengucapkan : ' Syukur, hanya sebelah saja kaki yang dipotong. Masih boleh lagi berjalan. InsyaAllah' atau ' Tidak mengapa, Allah hendak menjaga saya daripada melakukan banyak maksiat, sebab itu Allah mengambil tangan saya.'

Kata-kata memang mudah untuk diucapkan. Tidak berada dalam situasi tersebut membolehkan saya berkata apa saja. Namun, bukankah janji Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)

Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (28)

Apabila kita mengingati Allah, hati akan menjadi tenang, apabila hati sudah tenang, fikiran akan menjadi waras. Apabila kita sudah waras, kita tidak akan melakukan perkara yang sia-sia dan akhirnya akan meneruskan kehidupan dengan penuh kesyukuran,

Kufur nikmatkah kita? Nau'zubillah.

Anggota yang sihat disalahguna.
Merempit sana sini.
Mata yang sihat, di rosakkan dengan melihat perkara-perkara yang tidak elok.
Tangan yang sihat digunakan untuk mencuri, meniru.
Kaki yang cukup sifat dilangkahkan ke dalam tempat-tempat maksiat.

Bangunlah anak Adam!

Kadangkala anak-anak kecil yang belum mumaiz boleh menjadi seorang guru yang hebat. Mereka lebih suci dan bersih dari kita.
Kadang kala kita perlu berhenti dan menoleh kebelakang. Tiada gunanya menghayun kaki laju kehadapan jika jalan dihadapan penuh dengan kelalaian.

Mungkin pada awal entri ini saya gagal menjawab soalan, mengapa saya mahu menjadi seorang paediatrician. Kini semuanya telah terjawab. Saya ingin berguru dengan si kecil tentang bagaimana hendak menjadi seorang hamba yang bersyukur...

eymand


Kadang kala ujian dalam kehidupan adalah stesen pembaikan diri.

Saturday, November 22
Assalamualaikum,

Antara tajuk entri yang terpanjang. Fuh...

Blog saya tidaklah sepopular blog-blog yang lain.... tapi ramai juga yang suruh saya mengupdate.. Haha.

Acap kali satu persoalan terlintas di benak fikiran saya. Apa yang saya mahu sampaikan melalui blog? Kisah kehidupan seharian? (oh.. tidak.. my life is not an open secret. be my friend, and I will let you know more about me.) Luahan perasaan? ( oh... tidak..) Mencari kawan-kawan baru? ( hmm...) Berkongsi pengalaman? ( Ya!) Amar ma'ruf nahi munkar? (oh.. Ya!) dan pelbagai soalan-soalan yang selalu 'main kejar-kejar' di fikiran saya.

No offense okay.

Dalam majalah 'omputih' seventeen pun pernah mengutarakan topik ini. 'Blogging: Do's and Don't's'.

Do's: Think before you write. Our words can be interpreted in diferent ways than we intend them to

Diamonds arent the only things that last forever. Assume what you write online is permanent because anyone could easily print your blog or save it to their computer

Keep your blog positive!

Dont's: Post any personal info about yourself

Post provocative pictures of yourself and others

*Jom jadi blogger yang berhemah!

***************

Adakah anda pernah merasakan hari-hari yang di lalui dipenuhi dengan ujian dan dugaan dari Allah? Rasa penat? Rasa bengang? Rasa putus asa?

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)

Dalam surah al-Insyirah, Allah mengulang dua kali ayat yang sama:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

Maka, kita wajib berpegang pada ayat ini setiap kali kita berhadapan dengan ujian yang terasa sukar dan berat. Allah telah menjanjikan kemudahan selepas kesukaran. Namun, kita perlu menghitung diri dan mencari di mana salah dan silap yang telah dilakukan. Ujian itu adalah untuk membaiki diri. Tiada gunanya jika kita berpegang dengan ayat ini tanpa menyedari kesalahan yang telah dilakukan, walaupun sekecil-kecil kesalahan adalah tidak membalas semula senyuman rakan sekelas.

Firman Allah dalam surah al-Zalzalah:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8)

Maka dalam meniti kehidupan seharian, sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan. Kecil mahupun besar. Nilailah diri anda sendiri dengan ikhlas dan jujur.

Ketahuilah. Ujian dan dugaan yang mendatang adalah:

1. untuk menghapus dosa-dosa yang telah lalu

2. menjadikan kita seorang yang lebih baik dari sebelum ini

3. Allah menguji hamba-hambaNya yang disayangi

4. mengajar kita untuk menjadi lebih sabar dan tabah

5. mendidik jiwa supaya selalu bergantung dan bertawakal kepada Allah

Saya juga seorang muslim yang sedang melalui proses pembaikan diri. Moga-moga saya akan menjadi seorang yang lebih baik hari ini, esok dan pada masa akan datang. InsyaAllah.

eymand


Perjuangan itu masih belum selesai.

Friday, October 10
Assalamualaikum,

Semua yang terjadi adalah sebagai satu pemangkin dalam menjadikan saya seorang yang lebih kuat dan sabar. Semoga apa yang menanti di hadapan dapat diatasi dengan berhikmah. Kepada Allah jua kita berserah. Wallahualam.
*Maaf atas segala salah dan silap saya, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.
Doakan saya cepat sembuh dan terus tabah di bumi yang penuh cabaran.
Kita jumpa tahun depan!
eymand
Kuala Lumpur
KL-AUH
AUH-CAI

Revealed! Wah!

Thursday, September 25
Assalamualaikum,

Finally, the moment of truth..
Speaking of camera freak, here she is...

1. A picture of you at the most unique environment.

Winter break: Mount Sinai.. [selalu ponteng JPA3, tapi sampai juga di puncak.kuikuikui]

why it is unique anyway? Its my first time hiking n I did it! and its once in a lifetime.. O_o


2. A picture of you at somewhere you dislike.

Kelas Physiology: sangat sesak. sangat padat. macam sardin.Tempat kejadian berlakunya pandangan tajam dan dengusan kasar. << *klik jangan tak klik*


3. A picture of you with someone who means a lot to you.



A. 15 years of friendship

B. Besties forever

C. High school is really something!


4. A picture of you with your best smile (mouth open).


with the coolest person ever. my lovely housemate. Fana


5. A picture of you with your best smile (mouth closed)

Azhar Park: Another awesome housemate. Zac.


6. A picture of you with your lamest pose.


*no caption provided*



7. A picture of you with the one of the people who stand on top of your heart.


7-1=6


6-1=5

5=home

2=egypt


8. A picture of you with some toys or cute stuff.

Whos taller?*yup, i consider that tree as a cute stuff. err.. im cute too.LOL*


9. A picture of you in white shirt.


After searching hours for a pic with white shirt. I surrender. NVM, heres a pic with a black shirt.


LOL.


10. A candid picture of you and your friend/s.



Shopaholic? Anyone?


1st: winter break.. *life is drama*

2nd: summer break..another datin-wannabe-pose


***

...im outta words.. blank.

i changed the *game* a bit. instead of exposing only one picture per *tag*, i give out more..LOL.. its not fun if were sticking to its rules.. by the way, those picture are strictly private and personal.. *why im doing this*

well, im giving chances to those who are really want to get along with me by revealing the other side of myself..LOL LOL.. and yes, a camera freak? I am.. do enjoy it and have a nice HOLS mate!

*****

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Batin

eymand.

p/s: ive been tagged by Fathiyyah. but tagging people is not my style meh.. LOL..

anw, thanks for the tag..phew~





Hari-hari cuti begini III

Tuesday, September 23
Assalamualaikum,

Setiap manusia diduga dengan ujian yang berlainan. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah mengikut tahap kemampuan masing-masing. Sesungguhnya Allah mengetahui di mana tahap kemampuan hamba-hambaNYA. Tidaklah Allah turunkan sesuatu ujian melainkan hendak menjadikan seseorang itu seorang yang lebih bertaqwa dan beriman... Allah Maha Mengetahui dan sentiasalah bertawakal kepadaNYA.. Dia yang Maha Kuasa.. Terselindung hikmah yang besar di sebalik semuanya, hanya mereka yang sabar sahaja akan merasai nikmatNYA. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku..Betapa kerdil dan jahilnya aku.. Segala Ujian yang diberi adalah tanda betapa Kau menyayangi hambaMu ini... Astaghfirullah...

Ramadhan semakin menuju ke akhirnya, Syawal pula sudah tidak sabar-sabar untuk bermula..

Alhamdulillah, sampai juga hasrat di hati untuk berpuasa dan beraya bersama keluarga.. Cukuplah setahun di rantau orang, merasa perbezaan budaya antara dua bangsa. Sudah lama saya tidak menulis entri yang bersifat personal sebegini. Aihh~~

***
Terima kasih abah dan umi!
Tiada insan yang lebih memahami diri ini selain kalian. Terima kasih kerana 'malayan' segala kehendak kakak dari awal hingga ke akhir. Terima kasih kerana sanggup berhabis wang ringgit. Terima kasih kerana melayan bebelan dan rungutan serta rengekan kakak. Terima kasih kerana menjadi peneman dan pendengar setia di kala hati ini runsing. Terima kasih. Terima kasih. Hingga akhir hayat, tidak terbeli jasa abah dan umi. Terima kasih. Doakan kakak menjadi seorang anak yang solehah, semoga itu yang mampu menjadi balasan atas didikan dan asuhan serta pengorbanan abah dan umi selama ini. Terima kasih....
***
Pada asalnya, niat di hati, cuti kali ini, saya ingin bercuti sepuas-puasnya, menziarahi rakan-rakan dari utara ke selatan. Dari timur ke barat, namun kesihatan diri membataskan saya untuk berbuat demikian.

Bermula dari awal tahun, kesihatan saya mulai tidak menentu. Jika di kelas, hampir dua hingga tiga kali ke tandas. Begitu juga keadaannya di rumah. Hati menjadi tidak menentu. Emosi menjadi tidak stabil. Susah untuk menumpukan konsentrasi di dalam kelas lantaran keadaan diri yang asyik ke tandas semasa kuliah berlansung.

Kadang kala semasa menghayun langkah untuk keluar dari kelas, kedengara dengusan-dengusan kasar tanda protes. "Aihhh..budak ni lagi" Mungkin itulah yang sentiasa berlegar-legar di kotak fikiran mereka. Terguris hati kecil ini. Semakin lama, keadaan menjadi lebih teruk.

Diri ini yang tidak ingin lagi mengeruhkan keadaan, mengambil keputusan untuk mengundur diri. Natijahnya: sebulan tidak menghadiri kuliah. Mungkin ada yang merasa saya mengalami kerugian di situ, "Ala, kau tahan je la..". Namun, tiada siapa yang boleh mengungkapkan apa yang dirasai melainkan dia berada di tempat saya, merasainya sendiri. Hanya mereka yang pernah merasainya, tahu keadaan yang sebenar. Tidak ada niat di hati untuk melarikan diri. Tidak pernah walaupun sekali.

Ujian yang diberikan terasa payah. Terasa susah. Terus, diri ini meminta petunjuk dari Ilahi yang sentiasa membantu hamba-hambanya yang berada di dalam kesusahan. Mujur ada sahabat-sahabat yang memahami dan sentiasa menjadi teman di sisi sewaktu memanjat tangga Hospital Al-Hikmah. Terima kasih sahabat! Moga Allah memberi ganjaran yan besar buat mereka yang selalu melebihkan saudaranya dari diri sendiri; mereka yang selalu berkorban demi sahabat. InsyaAllah. InsyaAllah.



Berkotak-kotak ubat di telan, bermacam-macam ujian dijalani. Diri masih belum sembuh sepenuhnya. Kembali ke tanah air, keadaannya begitu juga. Diri ini tidak pernah penat melangkah ke klinik-klinik dan hospital. Biarlan penat, asalkan sihat.

Hari ini merupakan temujanji terakhir dengan Pakar Urologi Ampang Puteri sebelum pulang ke Mesir. Setelah sebulan lebih menelan Detrusitol [dimana sebiji Detrusitol=sebiji pizza], diri semakin pulih. Tambahan pula ahli keluarga yang tidak putus-putus memberi semangat dan 'menyediakan bahu untuk bersandar', diri terasa kuat dan berusaha untuk melawan penyakit ini.

Doakan diri semoga cepat sembuh.

"Sebagai sahabat, perlu kita bertanya khabar sahabat yang lain. Sihatkah dia? Sudah makankah dia? Ada apa yang boleh ditolong? Seorang sahabat adalah seorang yang memahami sahabat yang lain dan menyokongnya [ contohnya: beri laluan untuk ke tandas, tanda sokongan, bukannya pandangan tajam atau dengusan kasar]. Semoga kita bersama-sama menjadi seorang sahabat yang diredhai Allah Taala"


p/s: Terima kasih semua yang membantu dan menyokong saya. Buat Zaidatul Husna yang selalu menemani saya ke Hospital walaupun dalam keadaan penat. Tidak dilupakan Hasanah yang sanggup menemani saya menjalani pelbagai ujian [+ membantu saya mengira wang; takut-takut tidak cukup untuk membayar kos rawatan..hikhikhik]. Terima kasih sahabat! Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik antum semua!

p/s: Tidak lupa kepada housemate ku yang banyak membantu: Zac, Fana, Huda n Ulya. And to fellow MARANIANS, only Allah can repay all your kindness. luv ya' muahhh! : Dira, Ita, Izati, Izat,Aiesyah n the rest of batch 7, *you know who you are*, thanks for all the support. Syukran!



eymand



Fitnah cinta ana-anti.

Monday, September 22
Assalamualaikum,

A nice post copied from Cg. Arash's blog.

Masalah cinta 'anta-anti' ni bukanlah perkara baru, tetapi amat perlu diperkatakan demi penerusan kerja-kerja dakwah yang suci dan bersih daripada hati-hati kotor yang sengaja menjadikan jalan dakwah sebagai asbab menghalalkan cara demi natijah jelek...

Kadang-kadang hati rasa jelak bila melihat senario cinta anta-anti yang bukan sekadar wujud di kalangan remaja sekolah versi SMI Al-Amin, tetapi di kalangan individu yang mengaku diri sebagai penggerak dakwah sendiri! Memetik istilah Faisal Tehrani, senario 'kawanan anjing'...

Tidak dinafikan kekerapan berjumpa untuk melaksanakan sebarang program high impact antara ikhwah dan akhwat pasti sedikit-sebanyak membibit perasaan yang tidak diundang...sekiranya dilayan maka akan mengakar dan membarah sehingga terbit perasaan cinta yang mendalam...pada mulanya mungkin sekadar perasaan kagum atau minat, kemudian apabila diturut dengan sms-sms yang dihantar kerap pada masa yang tidak munasabah, maka terdedahlah 'anta' dan 'anti' itu kepada jarum-jarum syaitan...apahal pula jika sms-sms itu dihantar kepada ikhwah yang telah jelas adalah suami atau ayah orang?

Kerana itu dalam Al-Quran disebut peri pentingnya menundukkan pandangan apabila bermuamalah dengan bukan mahram (rujuk surah An-Nur ayat 30-31). Jika boleh diwujudkan hijab antara keduanya itu lebih aula...namun, dalam senario masakini menwujudkan hijab antara ikhwah akhwat semasa bermesyuarat atau berbincang mungkin dianggap tidak relevan lagi. Jika begitu, wajiblah hijab itu diwujudkan dalam bentuk ma'nawi dalam hati masing-masing. Andai kedua-dua pihak ikhwah dan akhwat menghayati dan mengamalkan saranan dalam surah An-Nur, ayat 30-31 pasti tidak wujud apa yang dikatakan fitnah cinta 'anta-anti'.

Cuba tanyakan diri antunna wahai akhwat, apakah hukumnya bertukar-tukar sms dengan seorang akhi yang nyata seorang suami orang pada tengah-tengah malam buta? SMS itu pula nyata bukan bertanyakan persoalan fikh atau termasuk dalam kategori dhoruriyyah, sebaliknya berbunyi penuh kemesraan dan gurau senda...astaghfirullahalazim! Adakah sudah habis teman akhawat untuk berhubung mesra sehingga terpaksa mencari kemesraan dengan seorang akhi yang jelas sorang suami orang? Andai ini yang antunna yakini sebagai natijah da'wah,maka sedarlah antunna sendiri mencipta fitnah yang besar terhadap jalan da'wah itu sendiri! Sungguh jelek dan amat memualkan!

Sedarlah wahai penggerak da'wah sekalian...jangan tenggelam dalam godaan nafsu yang tak bertepi kerana syaitan sentiasa mengintai-ngintai untuk menusukkan jarumnya!Sekian dulu...mata ini akan sentiasa memerhati, telinga ini akan sentiasa mendengar dan tangan ini tidak akan jemu mencegah kemungkaran...

***

Kalau tidak silap saya, satu artikel yang lebih kurang serupa telah saya baca ketika di bangku sekolah. Memang benar, hal-hal sebegini wujud, lebih-lebih lagi dalam kalangan murid-murid sekolah menengah 'agama'. Bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, namun, matlamat tidak menghalalkan cara. Tidak kisahlah dalam apa jua keadaan sekalipun, jalan dakwah, urusan kerja mahupun pelajaran tidak menghalalkan ikhtilat dalam kalangan muslimin dan muslimat.

Jika hal ini berlaku, semestinya dakwah yang dibawa tidak akan terkesan di hati mad'u seterusnya tidak akan menghasilkan sesuatu yang positif. Muhasabah secara menyeluruh perlu jika kita mahu bebas dari fitnah sebegini.

Jauhkan hati-hati kita dari terkena dengan fitnah cinta ana-anti ini. Setiap apa yang kita lakukan, bersihkan hati terlebih dahulu dan ikhlaskan perkerjaan yang dilakukan kerana Allah. Moga-moga Allah memelihara kita daripada fitnah akhir zaman yang semakin berleluasa...

wallahualam..

eymand
Kuala Lumpur.

Dahulu dan Sekarang.

Saturday, September 20
Assalamualaikum,

Semakin saya meningkat dewasa, semakin saya kekeringan idea untuk menulis. Saya kembali kepada post-post saya ketika di sekolah. Semuanya lebih matang dari post-post saya kini. Mengapa begitu ya? Mengapa ya?

***

Apa yang ingin dikongsikan? Pengalaman dari sudut apa yang mampu memberi kesedaran kepada semua?

***

Sepanjang setahun saya mengembara [ewah], satu perkara yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Mungkin saya akan berubah, keadaan sekeliling akan berubah, namun prinsip ini tidak akan berubah dalam hidup saya selagi saya mampu menyedut udara, nikmat pemberian Tuhan.

Tawakal kepada Allah. Mempercayai Allah yang berkuasa atas setiap apa yang terjadi kepada kita. Setiap manusia diuji dengan ujian yang pelbagai, mengikut kemampuan. Tidaklah seseorang itu diuji melainkan Allah mahu mengampunkan dosanya yang lalu dan menaiktarafkan tahap imannya.

Sesetengah orang mungkin akan berasa kecewa dan sedih. Mengapa dia diperlakukan sedemikian? Pada masa itu, dia mungkin tidak menyedari betapa besarnya hikmah yang terselindung disebalik ujian Allah itu. Jika dia bertenang, dan menyedari segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan, memohon keampuanan kepada Allah, pasti ganjaran yang lebih besar menanti. Semuanya telah Allah janjikan dalam al-Quran al-Kareem. MasyaAllah.

Kita hanya perlu percaya dan percaya.

Kadangkala, dalam meniti kehidupan seharian, terlalu banyak larangan Allah telah kita langgar, namun Allah tetap memberikan kita nikmat dan kesenangan hidup. Bila difikirkan kembali, layakkah aku menerima semua itu? Betapa Penyayangnya Allah terhadap hamba-hambaNYA.

Marilah kita beristighfar dan memanjatkan kesyukuran kepada yang ESA. Diri yang serba kekurangan ini masih lagi diberi peluang untuk bernyawa dan merasai kehidupan. Bersyukurlah untuk setiap saat. Ingatilah Allah setiap masa sebagaimana Allah tidak lupa untuk membekalkan kita oksigen untuk setiap saat. Tidak pernah terlepas walaupun satu saat.

Tidak dinafikan dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, kadangkala, kita semakin jauh dengan Allah. Oleh itu, hendaklah kita mendekatkan diri kepada Allah serapat mungkin. Setakat yang kita mampu. Allah melihat usaha mereka yang bersungguh-sungguh dan pasti mereka akan beroleh ganjaran. InsyaAllah.

***

Maka, untuk adik-adik yang akan meneruskan pengajian di bumi Anbiya; selamat menempuh satu alam kehidupan yang baru. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Lalui kehidupan di sana dengan penuh rasa syukur dan tawadu'. Jangan sia-siakan peluang yang diberi. Semoga antum semua beroleh bukan sahaja ilmu duniawi tetapi juga ilmu untuk bekalan di 'sana'. InsyaAllah jika panjang umur, akan ketemu kita di sana.

eymand
Kuala Lumpur.

Titik tanpa noktah.

Assalamualaikum,

Semakin saya mempunyai masa luang, semakin saya tidak suka untuk meng'update' blog. Entah mengapa.. Sedang rakan-rakan giat menulis di blog, saya tiada nafsu yang sedemikian. Entah mengapa..

Namun saya gagahkan diri juga untuk menulis. Perjuangan ini masih belum selesai.

***
Semalam dan hari ini saya ke Al-Amin. Selama dua bulan saya takut-takut hendak ke sana. Takut dihantui memori? Ha Ha Ha. Saya akui, memori di Al-Amin menghantui saya. Sedih kerana saat-saat manis di situ tidak akan berulang. Bersama-sama sahabat dan guru yang sentiasa memahami dan berjuang di jalan kebenaran. Ah, rindunya!

Semalam, terbayang-bayang kelibat kak syaz dan tiya di koridor tingkat dua. Tiba-tiba 'flashback' zaman sekolah dulu terus muncul di kotak fikiran. Saya hanya mampu tersenyum sendirian. Manis sungguh kenangan.

Bertemu guru-guru yang banyak membantu saya menjadi saya pada hari ini melepaskan kerinduan yang bersarang. Terima kasih cikgu.. Sekali lagi, kenangan tetap kenangan.

Hari ini pula berlansung Iftar Amal Ramadhan anjuran PIBG SMIAAG. Saya seperti hilang arah tujuan di atas bumi 'kelahiran' saya. 'Dunia' itu bukan milik saya lagi, tetapi milik adik-adik. Mereka berhak untuk merasai betapa manisnya kehidupan seorang remaja di Al-Amin. Saya pernah berkata; jikalau ada Universiti Al-Amin, sayalah yang pertama akan mendaftar ke sana. Ha Ha Ha. InsyaAllah, di Al-Amin la anak-anak saya akan membesar. InsyaAllah.

***

Alhamdulillah, Aman sudah selamat tiba di bumi Anbiya. Saya cukup risaukan Aman. Mungkin kerana saya takut dia akan menjadi seperti saya. [Hahaha..selalu saja homesick] Namun, abah dan umi selalu mengingatkan saya," Aman tu lain, awak lain"

Hahaha. Saya tahu saya agak ANTI-SOSIAL[hahahaha....] dan Aman sangat bertentangan dengan saya. Dahulu, saya pergi dengan perasaan yang berbaur. Aman pula pergi dengan perasaan yang gembira. Aman.Aman.

Tapi, saya tetap akan risau akan Aman. Dari tadika lagi saya menjaga dia dan kini di Mesir. Alahai... Hati saya tidak akan tenang selagi dia di sisi. Sudahkan makankah dia? Sihatkah dia? Duit cukup? Alahai... Fitrah seorang kakak.

Jauh di sudut hati, saya tahu Aman pandai membawa diri. Dia sangat lain dengan saya yang 'tak tentu arah' ni. Sangat berbeza.

Walauapapun, pemergian Aman tetap terasa [walaupun saya akan balik juga ke Mesir nanti], jaga diri baik-baik. All the best. Jumpa nanti!

***

Sekadar selingan: My life is not an open secret.
Hidup saya sangat berharga, tidak boleh dibeli ataupun dibaca dengan 'free'.
Kenali saya dan anda akan mengetahui siapa saya dan perjalanan 'sebenar' hidup saya.
Blog ini sekadar tulisan saya semata-mata berdasarkan pengalaman dan perjalanan hidup saya. Tulisan yang dapat membuka mata dan minda. Moga anda dan saya beroleh pengajaran dan ilmu darinya. Sama-sama bermuhasabah...

eymand
Kuala Lumpur.

Ramadhan: Pembersihan jiwa bermula!

Monday, September 1

Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat Ilahi, hamba yang kerdil lagi hina ini sekali lagi dapat menghirup nyamannya Ramadhan. Alhamdulillah. Nikmat yang tidak diberikan kepada semua makhluk. Ada yang pergi dulu sebelum dapat merasa kemanisan bulan yang mulia, Ramadhan el-Kareem.

Setiap tahun, Ramadhan sentiasa dinanti. Ketika inilah, semuanya berlumba-lumba untuk merebut Lailah el-Qadr. Ketenangan mulai menusuk kalbu saat Imam mengangkat takbir untuk solat sunat Terawih yang pertama. Kali ini, keluarga tercinta kembali menemani sahur di pagi hari. Alhamdulillah.

Moga-moga Ramadhan kali ini menjadi satu stesen; untuk kita menaiktaraf tahap iman dan membersihakan jiwa yang telah dikotori dengan dosa-dosa dan maksiat selama sebelas bulan yang lalu. Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat; berdoalah di malam Ramadhan, insyaAllah akan termakbul permintaanmu.

Kembali bersama keluarga membuat saya terkenang saat menyambut Ramadhan di rantau orang bersama rakan-rakan yang baru dikenali. Namun suasana tanah Arab yang sentiasa menantikan kedatangan Ramadhan melenyapkan kerinduan yang mencengkam. Kami belajar untuk menghayati Ramadhan dari perspektif yang berbeza. Masyarakat Arab mengangkat Ramadhan lebih tinggi dari bulan-bulan yang lain. Tidak seperti masyarakat kita yang lebih mengiktiraf bulan Syawal.

Saya kira, kedua-dua situasi memberikan saya kelebihan. Apabila bersama dengan keluarga, ibadah berjemaah bersama keluarga dapat dijalankan; menanamkan rasa kasih sayang antara ahli keluarga dan bersama-sama mengejar pahala ibadah seribu bulan.

Ketika berjauhan pula, diri ini diberi peluang untuk memantapkan diri dengan pelbagai ilmu dan mempelajari budaya baru serta mengajar diri untuk lebih tabah dalam mengharungi kehidupan yang serba kekurangan. Kedua-dua keadaan itu sememangnya menjadikan saya semakin kuat; dan semua itu terjadi di atas landasan Ramadhan.

Tidak kira anda berada dimana, nikmatilah Ramadhan kali ini dengan penuh syukur dan tawadu', setiap apa yang diberikan adalah yang terbaik di sisi Allah dan Dia tidak akan meletakkan hambaNya di dalam sesuatu keadaan kecuali keadaan itu membawa kebaikan. Ingatlah, mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir...

Ahlan ya Ramadhan, ahlan.


نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ


eymand
: Ramadhan hanya datang sekali, bersihkanlah jiwamu sehingga kau menangisi pemergian bulan yang mulia itu. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, setiap apa yang kau lakukan pada bulan ini, diniatkan kerana Allah, akan digandakan ganjarannya. Mintala apa saja dengan linangan air mata yang ikhlas, nescaya Allah akan mengurniakannya. Jangan sia-siakan Ramadhan kali ini kerana ini mungkin yang terakhir:

Salam Ramadhan kepada semua kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa saja yang mengenali diri ini. Diri memohon maaf atas segala kesilapan. Mari bersama-sama mengejar lailah el-qadr!

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum,
eymand,
1 Ramadhan 1429

Kecewa

Tuesday, August 19
Assalamualaikum,

Entri ini khas untuk semua yang mengelaskan diri mereka sebagai seorang pelajar perubatan.

Saya kurang senang dengan mereka yang tidak mempunyai etika sebagai seorang pelajar perubatan.

Jika sekarang, sebagai seorang pelajar, anda gagal untuk memenuhi amanah yang diberikan, apa yang akan terjadi pada sepuluh tahun akan datang. Seorang doktor yang kurang nilai sivik dan tidak prihatin terhadap pesakit?

Maka, pupuklah etika anda ketika sedang menuntut. Tunjukkanlah, anda layak untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini. Bagaimana anda hendak orang mempercayai anda sedangkan anda sendiri memijak kepercayaan yang telah diberikan.

Menjadi seorang pelajar perubatan bukanlah tiket untuk berlagak/show off.
"Hey! I'm a medical student!"

So what? You're not a doctor yet. duh...

Maka, dengan ini, hentikan eksploitasi 'silent tutor' dengan mempamerkan sebarang imej 'mereka' di alam maya atau di mana-mana saja. Adakah anda rela diperlakukan sebegitu?

Bukan setakat meletakkan imej 'mereka' di internet, malah ada pula yang melakukan pelbagai aksi yang 'mempamerkan nilai moral yang rendah'. Mungkin bagi anda, 'mereka' sudah tidak bernyawa tetapi 'mereka' juga pernah hidup, menjalani kehidupan seperti anda.

Belajarlah untuk menghormati.
'Silent tutor' juga adalah guru; punyai hak untuk dihormati.
Janganlah menjadi mereka yang berakal, tetapi tidak bermoral.

eymand

Selamat berjuang!

Saturday, August 9
Assalamualaikum,

Hampir sebulan saya berada di tanah air tercinta. Ketika saya saya sedang seronok bergumbira dengan keluarga, beberapa rakan sekolah mula mengatur langkah, menuju destinasi masing-masing untuk menyambung cita-cita. Entah mengapa pemergian mereka lebih 'glamour' dari pemergian saya dahulu.Hahaha.

Saya bangga dengan rakan-rakan yang telah melalui alam 'matrik' dan persediaan di Malaysia. Seperti yang kita semua maklum, sistem 'matrik' dan 'persediaan' ke luar negara di sini adalah sangat strict dan susah! Haha. Saya sendiri tidak dapat membayangkan nasib saya jika saya memasuki kolej matrik ataupun mendapat tajaan biasiswa yang memerlukan saya membuat persediaan terlebih dahulu di sini. O_O..

Namun, bagi saya, belajar di luar negara tidaklah sehebat yang disangka. Tidaklah seseronok yang saya sangka. Mungkin ramai tidak bersetuju dengan pandangan saya, namun, jauh dilubuk hati saya, saya amat mencemburui rakan-rakan yang berada di Malaysia. Saya tidak menafikan dengan menuntut di luar negara, skop pemikiran kita akan bertambah. Kita mulai melihat perkara-perkara yang ada di sekeliling melalui perspektif yang berbeza. Pengalaman juga bertambah. Saya tidak menafikan semua itu. Namun, saya sebagai saya; tetap berpendapat belajar di luar negara tidaklah sehebat mana. Berjauhan dengan keluarga dan sahabat...

Mungkin ramai akan mengatakan saya seorang yang manja, tidak boleh berenggang dengan keluarga, berfikiran cetek. Haha. Suka hati andalah hendak melabel saya dengan apa-apa label pun. Biasalah manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. Ok. Cukup di sini saja di sini! Noktah!

Walauapapun, tahniah buat rakan-rakan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Janganlah sia-siakan amanah yang telah diberikan dan semoga anda pulang ke tanah air dengan segulung ijazah! Good Luck!


Ogos
Khadijah Mahmud 7 Ogos
Universiti Sumatera Utara,Medan, Indonesia: Medicine

Bashirah Mohd Khairi 17 Ogos
University of Michigan Ann Arbor , USA: Actuarial & Financial Mathematics

Ammar Ahmad Faris 17 Ogos
Univ of Illinois Urbana Champaign, USA: Computer Engineering

Duha Mohd Yunus 20 Ogos
Univ Padjajaran Bandung, Indonesia: Medicine

Atiqah Khuzaini 30 Ogos
Carleton University , Ottawa , Ontario, Canada: Biomedical & Chemical Engine

September
Amir Hamzah Ishak 8 Sept
Univ Al-Azhar, Egypt: Medicine

Mu'az Shaharom 26 Sept
RCSI Ireland: Pre Med

October
Hazwani Hanizam 7 Okt
Univ Al-Azhar, Egypt: Medicine

Syifa Habeeb Rahman 7 Okt
Univ Al-Azhar, Egypt: Medicine

Mardhiah Abu Bakar 7 Okt
Univ Al-Azhar, Egypt: Medicine

eymand

A recycled post

Thursday, July 24
Assalamualaikum,

This is one of my favorite post, so I republish it. Do enjoy it. :)

By the way, today I pay my first visit to KLCC-the first since I came home. A lot of changes out there and surely I'm outta track.


***

I experienced sleepwalking and sleep terror during my childhood. Many of my friends did not know about it. I bet, I never told them as I face difficulties remembering it. Yah, try telling a friend of yours that you are a sleep-walker. O_O'

As much as I realised, I spent most of my childhood time (referrring to age 5-8) at the hospital. It was not me who had being hospitalized, but it was my late grandfather. He was diagnosis with so many diseases. Diabetes, heart- problems, lungs failure, asthma, etc. Some of them are hardly to explain with words and sentences, escpecially from my dictionary and perspectives. It will rather be a massive misunderstanding situation or a fictitious diseases. I'm a school leaver and I got a B3 in Biology. -_-'

The vision of him lying in hospital's bed keep playing inside my head, topless and only covered with his kain sarung. It has been 10 years since he left us. We missed him a lot and will always do.

Everytime we headed to the hospital, I prayed quietly in my heart that we would not use the staff lift which is located in front of the emergency room and the mortuary. Actually it was a lift that was used to bring the dead body to the mortuary. Since we were using it, we bumped into dead bodies many times. Fresh dead body. I hate the squeaking sound of the corpse container each time its stainless steel wheel touched the cold-cemented floor of a long, narrow alley, near the lift. Fear is the right word. Afraid is even more accurate. Trauma is the exact situation. I cannot associate with anything related to corpse. Cemetery, hearse, funeral, etc. Even a signboard with 'The Mortuary' written on it gave me an eerie thought, triggering a dreadful state. Gulp! I had never realised it had put me among those who went through mental breakdown.

Not only that I feared the corpses but also being left alone in the dark. I can watch horror movies. However at night, I will have a most terrible night terror ever. I cannot close my eyes. Everytime I try to do so, thousands of creepy images keep playing through my mind. (Actually, it is a matter of mental illnesses. Our mind has been forced to imagine something beyond our consciousness. More alike fantasy,etc. ) Sometimes I have a nightmare and end up sitting on the floor in tears. Then I go back to bed as if nothing was happen. The next day, I feel a little bit strange and I do remember those nightmares but I am insensible. Nor afraid neither relieve. Nevertheless, if I'm having sleepwalking, I cannot remember a single details of it. My mom told me everything about it.

After my grandfather's death, I'm still having those disorders but rarely occur. And by the time I'm in Standard 5, I was fully recovered as I did not experiance night terror and sleepwalking anymore. Now, I'm 18 years old and just happen to know that it is a disease. A mental disease. Poor me though. I also go through several sites on sleeping disorder and I'm relieved to know that night terror and sleepwalking is okay and harmless as if the person who has those disorder is a children below 12 years old. If it still continue to occur beyond 12 years old, it is a problem that require immediate treatment.

Its funny though to know that I once have a mental problem and I have stumbled on Post-Traumatic Stress Disorder on the net> an ilness caused by a traumatic experiances such as war, accident, etc. Maybe I could label mine as PSTD. I'm having corpse trauma syndrome! Yikes!

*Footnote: I'm referring my case caused by PTSD. Therefore, I'm assuming myself having a mental breakdown in the past.

Post-traumatic stress disorder (PTSD) is a term for certain severe psychological consequences of exposure to, or confrontation with, stressful events that the person experiences as highly traumatic. Clinically, such events involve actual or threatened death, serious physical injury, or a threat to physical and/or psychological integrity, to a degree that usual psychological defenses are incapable of coping with the impact. It is occasionally called post-traumatic stress reaction to emphasize that it is a result of traumatic experience rather than a manifestation of a pre-existing psychological condition. The presence of a PTSD response is influenced by the intensity of the experience, its duration, and the individual person involved.

eymanD.

p/s: The true story of my life. Please quote this: I'm 200% healthy now. It is just a story from the past that I want to share with someone else for a long time. Knowing it as a disease inspires me to write about it and to comfort others who undergo such hard time by telling them that they are not alone. Everyone who encounters the same problems as mine, dont hesitate to contact me and by God Willing, I might be able to help you.

Seminggu yang kosong.

Monday, July 21
Assalamualaikum,

Pejam celik, sudah seminggu saya pulang ke Malaysia. Saya kira, masa berlalu lebih pantas di Malaysia berbanding di Mesir. Kepulangan ke Malaysia membuatkan saya puas. Sangat puas!

Tanpa disedari saya mulai menyusun jadual musim cuti kali ini. InsyaAllah, saya akan menyertai Bengkel Penulisan GKLN pada bulan Ogos nanti. Bengkel yang medambakan cerpen baru/lama daripada saya. Saya kira, bakat saya mulai berkarat sejak 2006. Tarikh tutup untuk menghantar cerpen pada pagi tadi, jam 10. [ Bengang je kalo Amad bace...sorry Mad..]

Saya masih belum berpeluang untuk bertemu sahabat baik. Masing-masing berada di IPT, meneruskan perjuangan di medan yang tersendiri. Namun, tahap kebosanan saya masih berada di tahap minimum. Belum lagi mencapai tahap yang boleh membuatkan hati terpanggil-panggil untuk pulang ke Mesir. Hehehe.

Cukup bercerita tentang saya dan perjalanan hidup saya.

Manusia sering alpa dan lupa, oleh itu sebagai seorang yang menyedari tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran, saya ingin membantu mereka menghitung diri dan kembali kepada jalan yang asal. Sebelum Izrail meniup sangkakala yang pertama, sementara nyawa belum berada di hujung halkum, anda masih mempunyai peluang untuk kembali dan sujud kepada yang Maha Esa, yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima taubat.

Dalam meniti arus globalisasi yang semakin memesat di bandar dan di kota, makhluk bernama manusia mulai tersasar dari trek syariat yang sebenar. Semua perkara di anggap remeh dan biasa. Kadang kala perkara yang melanggar syariat Allah itulah dianggap sebagai satu keperluan untuk terus bermukim atas bumi Tuhan ini.

Satu fahaman yang telah meracuni fikiran syabab dan fatayat Islam kini. Semuanya adalah agenda musuh-musuh Islam yang cuba meruntuhkan benteng Aqidah dalam hati muslimin dan muslimat sedunia. Apabila benteng itu mulai runtuh, Islam semakin dieksploitasi, dipijak dan dihina begitu saja. Contoh yang paling ringkas dan simple. Ikhtilat.

Ikhtilat adalah percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya keperluan yang dibolehkan oleh syariat Islam. Jangan anda anggap ikhtilat ini bersifat terang-terangan ataupun nyata seperti berjumpa berdua-duaan, berpegangan tangan, ber'couple' dan sebagainya. Namun, terdapat juga perhubungan di alam maya yang termasuk di bawah kategori ikhtilat; seperti ber'chatting' perkara yang tidak perlu sehingga menanam rasa yang bukan-bukan di dalam hati, berbalas sms yang tidak perlu, dan saling menelefon antara satu dengan yang lain. Semua ini adalah muqaddimah zina. Mungkin bukan dikategorikan di bawah definisi zina yang sebenar, tetapi hal ini termasuk di bawah bab zina hati... Renungkanlah...

Jauhkan diri dari ikhtilat. Mungkin dalam dunia serba canggih ini, sukar untuk kita tidak berhubungan antara lelaki dan perempuan, namun, cubalah untuk menjauhinya. Selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hati...

Hadith riwayat Ahmad:
"Larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan kerana pihak yang ketiganya adalah syaitan".

Renungkanlah wahai sahabat...
Allah yang lebih Mengetahui dalam setiap perkara dan kepadaNya tempat kita kembali...

Klik sini- Lagi info tentang ikhtilat

eymand
keramat.

Hutang terbayar.

Monday, July 14
Assalamualaikum,

I've been tagged by Fatimah ages ago and I didnt have time to reply. Sorry sis but now I'm back and your wish is my command.

Kek Usrah yang lazat!
[ Mine, baked at Al-Amin's bakery]

1.Berapa lama anda dah sertai usrah?
Started 9 years ago at a very awesome place called Al-Amin and it will be go on..forever.. till the end of my life.

2. Bagaimana anda boleh sertai usrah?
One of Al-Amin's tarbiyyahs.

3. Kenapa anda menyertai usrah?
Well, at first, a must but later it become a necessity in my life. A muslim needs 'usrah' to be a better servant and to overcomes any difficulties in life. A 'Jamaah' is a very important element in Islam as it strengten ties between muslims and bring us to a higher level in our life. Increasing our taqwa; as in 'usrah' we do 'muhasabah' and share life-problems and try to solve it together.
During the past, 'Jamaah' guaranteed a victory in every war; and history has proved it.

4.Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
*Grateful

*Sad; as I discovered I'm not giving my best as a Caliph.

*Happy; as I'm being given a chance to change and be a better muslimah; serve my religion and jihad fi sabilillah by doing 'da'wa'.

5.Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
- We were doing a lot of mistakes troughout our life, and we need to see ourselves in different ways. What is missing and how to gain back what has lost. By joining 'usrah', I'm always remember that I'm not a very good person and need to do makeovers and after a little some time I can be a proud Muslimah. InsyaAllah
-New Ukhtis
-Tons of knowledge
-Experiences
-Sakinatul Albi.

eymand,
Keramat.

Puas!


Assalamualaikum,

Saat ini, saya berada di ruang tamu RUMAH saya di Malaysia. Menikmati keseronokkan menggunakan internet wireless di rumah sendiri. Selama 10 bulan saya terpaksa berperang dengan diri sendiri untuk mendapat line internet di Mesir. Sama ada ke CC yang terdekat ataupun 'online' melalui Opera Mini. Nikmatnya!

Abah, umi, dan Acid serta Papok Meran menjemput saya di KLIA. Adik-adik yang lain, nenek, Cik Za, Wan Azam, Hafiz dan Fahmi menunggu dengan sabar di rumah. Terharu saya apabila di sambut dengan meriah di rumah. Belon-belon yang tertulis, 'Welcome Home' memenuhi ruang tamu. Thanks Cik Za! Terubat jua rindu saya. Umi juga telah memasak bermacam-macam makanan, ditambah pula dengan kek dan ais krim. (Aiii, sia-sia saja tinggal di tingkat 8 di Mesir. Hehehe)

Happy 4th Birthday Hafiz!

Perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila bertemu dengan orang-orang tersayang di Malaysia. Sedih juga apabila terpaksa berpisah dengan rakan-rakan, namun kami masih ada baki 5 tahun untuk bersama di Mesir. InsyaAllah.
Perjalanan dari Cairo ke Kuala Lumpur amat memenatkan. Penat! Saya kira, selepas ini saya akan berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk mengambil penerbangan transit. Saya juga bersyukur kami pulang beramai-ramai, sekurang-kurangnya ada memori yang boleh mengubat rindu di kemudian hari.

Kami, semuanya dua-belas orang anak muda yang menanti dengan penuh sabar kedatangan 12 Julai 2008. Tiap-tiap hari saya memangkah kalender yang tertampal di kepala katil. Akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nanti oleh semua. Seawal jam 4 pagi saya sudah bangun dari tidur. Sebenarnya, saya tidak dapat melelapkan mata memikirkan bahawa saya akan berjumpa dengan abah dan umi keesokkan harinya.

zac+eyman

Selaku 'ketua rombongan' terlalu banyak perkara yang perlu saya lakukan pada hari itu. Syukur, Alhamdulillah, urusan tremco telah dibantu oleh Kak Batah dan teammates yang memahami. Dua tremco bergerak menuju ke Cairo International Airport dari arah yang berlainan. Satu daripada Fustat, bumi yang membuka hijab antara saya dan Mesir dan satu lagi daripada Mounira, menuju ke Saad Zaghloul dan akhirnya ke airport.

eyman+fathy

Alhamdulillah, pujian kepada Allah apabila semua barang-barang kami semua tidak ditahan akibat lebih muatan dan terus dibawa untuk dijadikan barang-barang kargo pesawat EY654 dan EY418. Shama, ingat strategi kita. Boleh nak guna tahun depan ni.Hehehe.

Saat berpisah dengan teman-teman yang masih lagi setia di bumi Cairo tidak begitu menghibakan. Mungkin saya sedar satu fakta iaitu saya akan menemui mereka dalam waktu yang terdekat ini. Saya berdoa diam di dalam hati agar mereka menjadi diri mereka dengan baik sewaktu ketiadaan kami. =P Jangan rindu kami, pesan saya..

Housemates

Penerbangan dari Cairo menuju Abu Dhabi sangat biasa dan agak memboringkan. Saya menghabiskan masa denga tidur dan berbual-bual dengan rakan-rakan yang duduk di sebelah.

Terdapat satu insiden lucu ketika kami di Abu Dhabi. Sedang kami asyik menunggu giliran untuk check-in di pagar 17, datang sekumpulan orang dari tanah seberang atau kami gelar orang-orang 'irwan', menegur kami; 'Dari Indonesia ya?'

Siapa pula yang macam orang Indonesia ni? Kami saling berpandangan sesama sendiri; maka sesi bergelak-ketawa pun bermula. Selepas itu, hampir setiap kumpulan orang Irwan datang dan menegur kami; depa ingat kita ni pegang passport hijau? Mulalah kami mengangkat dengan bangga passport Malaysia yang berwarna merah dan berlatar belakangkan jata negara. Rasa bangga menjadi warganegara Malaysia mulai meruap di dalam dada. Bak kata Wani, 'tunjuk tudung bawal; trademark 'kakak-kakak' Malaysia'


Aku darah anak Malaysia!

'Kapan mahu berangkat'; satu soalan yang ditujukan kepada Farhana. Pada masa itu, barulah kami tahu mengapa kami didatangi oleh kumpulan orang 'irwan'. Sebab Farhana rupanya. Hehehe.

KLIA

Kita tinggalkan Mesir dan seluruh isinya sekejap dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap Malaysia. Siapa yang hendak saya jumpa. Apa yang hendak saya lakukan.

Paling penting, saya ingin melepaskan rindu terhadap sahabat-sahabat baik saya. Izzati, Munee, Kak Syaz, Izzah, Diyana, Adila, Athiya, Fana dan Afiqah. Saya rindu bangat sama kamu semua! Selepas itu, seperti biasa, kami akan berkumpul di tempat biasa: the one and only: KLCC!

Tidak dilupakan, tempat yang menjadikan saya sebagai ' saya' pada hari ini, Al-Amin, bumi bertuah. Rindu.Rindu. Jika hendak membuat list tentang siapa, apa dan dimana, saya pasti, bukan di sini tempatnya. Terlalu banyak perkara yang saya ingin lakukan, terlallu ramai orang yang ingin saya jumpa, dan terlalu banyak tempat yang saya ingin tuju. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan setiap urusan saya dan orang-orang yang berurusan dengan saya. InsyaAllah, saya akan gunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin dan tidak akan mensia-siakan masa yang telah diamanahkan kepada saya. Doakan saya sentiasa istiqamah dengan setiap pekerjaan saya dan berjaya dalam setiap apa yang saya lakukan.

Sudah 10 bulan saya menyepi dari dunia penulisan dan blog, doakan saya terus berjuang menggunakan pena dan tidak akan pernah berundur dari medan perang ini.

eymand.
Taman Keramat,
Kuala Lumpur,
MALAYSIA

Exam tak habih laie..

Saturday, June 21
Assalamualaikum,

Tinggal lagi dua sahaja oral exam yang perlu saya dan rakan-rakan tempuhi untuk menamatkan final exam tahun satu di Kasr El-Einy Medical School.Pada mulanya saya berpendapat oral exam lebih susah daripada written. Namun, jangkaan saya meleset. Oral exam lebih tenang dan bersahaja.

Anatomy

Setiap pelajar akan berhadapan dengan dua orang doktor.
Stesen pertama: Dr. Emad.
Pada mulanya saya agak gementar- takut-takut di soal bahagian lower limb. (kurang mengulangkaji bab ini.Hehehe)
-Muscles attached to lesser trochanter(nerve supply, action)
-Branches of Femoral Nerve.

Stesen kedua: Dr. Embryology
-Branches of Radial Artery
-Pericardium
-Descending aorta

Kesimpulannya, oral exam anatomy agak melegakan


Biochemistry

Entah mengapa saya lebih berdebar pada peperiksaan kali ini daripada sebelumnya.
Duduk salah. Berdiri pun salah.

- Codon, anti codon
- mutation
- DNA repairs

Dua hari lagi, pada 23 Jun, oral Histology pula akan dijalankan, 28 Jun-Physiology. Doakan saya dapat lakukan yang terbaik. InsyaAllah!~

eymand,
mounira.







Legacies!

Saturday, June 14
Smart betul korang sekarang ye.. Zaman ana dulu...alahai...

Assalamualaikum,
Legacies?
Hahaha.
Amir, Ammar- zaman kita dah berlalu. Biar adik-adik pula meneruskan perjuangan hingga kejayaan menjadi milik kita jua akhirnya... InsyaAllah.
Tiba-tiba jadi rindu pada masa lalu. Teramat rindu.

Kak Iman yang selalu merindui team debate Al-Amin. 05-06,
mounira.









Berhenti berehat.

Thursday, May 29
Assalamualaikum,




Kini tinggal sebulan sebelum saya pulang ke Malaysia! Bestnye!


Umi tidak habis-habis meyuruh saya mempromosi Mesir. Haha. Nak cerita apa ye?

Rasanya kalau hennak dibuka diari setahun di Mesir memang bukan di blog tempatnya. Mungkin lain hari, saya akan bercerita tentang kelebihan Mesir.. Bukan masa-masa genting seperti sekarang.
Hihihi.

Lusa, kami akan berhadapan dengan kertas Biochemistry yang sememangnya digeruni semua.
ROS, transription, DNA replication, PCR, tumor markers, etc... Wawawa..banyaknya.
Selepas berakhirnya peperiksaan bertulis, oral exam pula menanti. Walaupun nampak mudah, oral exam tidak boleh dipandang rendah begitu saja. O_O`

Aman sudah pun mendaftar di UKM. Selamat menjalani kehidupan baru adikku. Semoga kita bertemu di sini. Hahaha.

Kami, adik-beradik- memang tidak pernah sekali pun berjauhan dari keluarga. Umi memang tidak membenarkan kami tinggal di asrama. Hahah. Setelah 18 tahun, barulah dia membenarkan kami berjauhan. Memang jauh. Jika dulu, kami SANGAT bergantung kepada abah dan umi, kini, semuanya harus dilakukan sendiri. SEMUANYA...

Susah? Mula-mula memanglah susah, semakin lama, semakin biasa. Alah bisa, tegal biasa. Suasana di sini pun membuatkan kami tabah. Seharian, bersama-sama dengan masyarakat Arab yang kasar membuatkan kami tabah dan kuat. Jika dulu, nak jogging pagi-pagi dekat kawasan rumah pun malas-penat, namun kini, kami mampu berjalan tanpa henti selama satu hingga dua jam. Dek penangan 'Arab', kami belajar untuk bertahan dalam apa jua keadaan sekalipun.

InsyaAllah saya akan pulang ke Malaysia pada 13 Julai. ( transit di Dubai sehari. Hihihi.) Tidak sabar untuk pulang. Saya kira, jadual ketika musim cuti lebih padat. Kami merancang untuk menghadiri KONSIS yang bakal diadakan pada akhir Ogos (mungkin..), cuti-cuti Malaysia, dan bermacam-macam aktiviti-aktiviti lain. Semoga semua aktiviti tersebut dapat mendatngkan maanfaat kepada saya dan rakan-rakan serta dapat menaiktaraf status 'Iman' di dalam diri masing-masing.

Sekejap rupanya masa berlalu. Adik-adik bakal tiba. Teringat pula kenangan ketika baru sahaja bergelar lepasan SPM. Giat mengisi borang- JPA,Petronas, Telekom, etc. Menghadiri temuduga JPA(Engine) tetapi akhirnya sampai juga saya ke Mesir ini- MARA(Medic). Its a long story though.. Haha. Rujuk post-post saya yang sebelum ini untuk mengetahui cerita tersebut degan lebih lanjut. Haha.

Nampaknya buku-buku Biochemistry di atas katil sudah memanggil-manggil saya. Saya hendak minta diri dulu. Semoga kita jumpa di lain hari, =)

eymand
fustat: 10:30 pm

Happy 19 birthday to my roomie: HUDA! Dah besar dah ek.. leh kawin dah..hikhikhik
Happy 19 Birthday to my dear: FATHIYYAH! Huhuhu.. bila kad kawin anda nak sampai ni.. *wink*
To Amir: hahaha, rindu+terkenang-kenang masa kita sama-sama satu team dulu.. Haha. dengan Ammar yang garang.. Ammar: jangan mare...
To Fatimah: Ala, tak boleh nak balas your 'tagged' la dear.. Lepas exam insyaAllah.



Tagged~!

Saturday, May 17
Assalamualaikum,

5 presents:

errr..

1.Tiket balik ke Malaysia untuk 5 tahun akan datang.
2. Pakej percutian ke Europe!
3. Biasiswa naik!
4. Satu rak buku yang penuh dengan novel Faisal Tehrani.
5. Hyundai Matrix. (pergh!)

and the reasons are:

1. sangat susah ooo mau kumpul fulus untuk pulang!
2. sekali lagi, sangat susah ooo mu kumpul fulus untuk jalan-jalan. haha
3. bila biasiswa naik, macam-macam boleh buat...
4. i'm a big fan of him, so?
5. err...saya jadi lagi comel bila bawak Hyundai Matrix. hahaha

5 impression to the ones that I admire:

1. Berilmu
2. Rendah diri
3. Kelakar
4. Islam sebagai cara hidup
5. Sejuk mata memandang. pergh! *wink*

Best thing he/she ever did for me:

"Jaga diri baik-baik kat Mesir"

5 greatest inventions:

1. backpack: senang untuk dibawa dah boleh isi banyak benda di dalamnya.
2. jubah: senangnya; sarung jaa
3. roti/biskut: teman masa lapar
4. kertas A4: kadang-kadang lupa bawak buku...
5. gelang getah: errr...boleh ikat macam-macam?

5 most hated:

1. Being pushed
2. Cakap tak serupa bikin
3. Bila tak dapat call Malaysia
4. Esok nak exam
5. Poket kosong

errr..sincerely, first time di tagged oleh seseorang. hahaha. Anyway, thanks Fathy for tagging me!


eymand
sabi'

mode: errr..exam mode?