Titik tanpa noktah.

Saturday, September 20
Assalamualaikum,

Semakin saya mempunyai masa luang, semakin saya tidak suka untuk meng'update' blog. Entah mengapa.. Sedang rakan-rakan giat menulis di blog, saya tiada nafsu yang sedemikian. Entah mengapa..

Namun saya gagahkan diri juga untuk menulis. Perjuangan ini masih belum selesai.

***
Semalam dan hari ini saya ke Al-Amin. Selama dua bulan saya takut-takut hendak ke sana. Takut dihantui memori? Ha Ha Ha. Saya akui, memori di Al-Amin menghantui saya. Sedih kerana saat-saat manis di situ tidak akan berulang. Bersama-sama sahabat dan guru yang sentiasa memahami dan berjuang di jalan kebenaran. Ah, rindunya!

Semalam, terbayang-bayang kelibat kak syaz dan tiya di koridor tingkat dua. Tiba-tiba 'flashback' zaman sekolah dulu terus muncul di kotak fikiran. Saya hanya mampu tersenyum sendirian. Manis sungguh kenangan.

Bertemu guru-guru yang banyak membantu saya menjadi saya pada hari ini melepaskan kerinduan yang bersarang. Terima kasih cikgu.. Sekali lagi, kenangan tetap kenangan.

Hari ini pula berlansung Iftar Amal Ramadhan anjuran PIBG SMIAAG. Saya seperti hilang arah tujuan di atas bumi 'kelahiran' saya. 'Dunia' itu bukan milik saya lagi, tetapi milik adik-adik. Mereka berhak untuk merasai betapa manisnya kehidupan seorang remaja di Al-Amin. Saya pernah berkata; jikalau ada Universiti Al-Amin, sayalah yang pertama akan mendaftar ke sana. Ha Ha Ha. InsyaAllah, di Al-Amin la anak-anak saya akan membesar. InsyaAllah.

***

Alhamdulillah, Aman sudah selamat tiba di bumi Anbiya. Saya cukup risaukan Aman. Mungkin kerana saya takut dia akan menjadi seperti saya. [Hahaha..selalu saja homesick] Namun, abah dan umi selalu mengingatkan saya," Aman tu lain, awak lain"

Hahaha. Saya tahu saya agak ANTI-SOSIAL[hahahaha....] dan Aman sangat bertentangan dengan saya. Dahulu, saya pergi dengan perasaan yang berbaur. Aman pula pergi dengan perasaan yang gembira. Aman.Aman.

Tapi, saya tetap akan risau akan Aman. Dari tadika lagi saya menjaga dia dan kini di Mesir. Alahai... Hati saya tidak akan tenang selagi dia di sisi. Sudahkan makankah dia? Sihatkah dia? Duit cukup? Alahai... Fitrah seorang kakak.

Jauh di sudut hati, saya tahu Aman pandai membawa diri. Dia sangat lain dengan saya yang 'tak tentu arah' ni. Sangat berbeza.

Walauapapun, pemergian Aman tetap terasa [walaupun saya akan balik juga ke Mesir nanti], jaga diri baik-baik. All the best. Jumpa nanti!

***

Sekadar selingan: My life is not an open secret.
Hidup saya sangat berharga, tidak boleh dibeli ataupun dibaca dengan 'free'.
Kenali saya dan anda akan mengetahui siapa saya dan perjalanan 'sebenar' hidup saya.
Blog ini sekadar tulisan saya semata-mata berdasarkan pengalaman dan perjalanan hidup saya. Tulisan yang dapat membuka mata dan minda. Moga anda dan saya beroleh pengajaran dan ilmu darinya. Sama-sama bermuhasabah...

eymand
Kuala Lumpur.

1 comment:

Anonymous said...

salam,
dalam kehidupan ini..semuanya bermula dari sifar...juga seperti sebuah rumah yg baru dibeli...kosong..tapi waktu dan masa akan mempengaruhi kehidupan..mencorakkan dan mewarnai..
kanak2 juga bertatih untuk berjalan seterusnya berlari...
jesteru..tingkatkan kehidupan,warnai dan hiasi agar kehidupan kita lebih bermakna,-ingatlah sentiasa tujuan hidup kita semua diatas muka bumi...AGAR MEMAKMURKAN ALAM INI..keimanan,kasihsayang,pengorbanan,dan tolak-ansurlah dalam menjadikan diri kita lebih berharga dan diberkati......
awal2 ni maybe tak dapat buat yg terbaik...mungkin tahun2 depan kamu akan hebat serba serbi....bersama2 mu di tinggalkan Quran dan Sunnah , juga pengajaran dan pengalaman dari keluarga,guru2 dan sahabat.. Dalami,fahami dan berpeganglah dgnnya insyaallah hidupmu akan lebih tenang dan yakin.Semoga berjaya didunia dan diakhirat....