Sekali lagi berhenti di stesen pembaikan diri.

Wednesday, April 14
Salam Alaik.

update! update!

Bergema-gema perkataan 'update' dalam kotak fikiran yang sejak kebelakangn ini serabut dengan macam-macam perkara. Masalah. Memori. Ilmu. Soal hati. etc.

Tapi entah mengapa lambat-lambat saja jari menaip. Tidak tahu apa yang hendak disampaikan. Apa yang mahu dikongsi. Semakin lama, penulisan semakin hambar. Bukan apa. Saya, dipertanggungjawabkan atas setiap perkataan dan ayat yang saya tulis. Andai terdapat sepatah kata mahupun sepotong ayat yang boleh memesongkan sesiapa saja yang membaca ke arah yang bukan diperintahkan olehNYA, sayalah yang akan disoal siasat nanti.

Terlalu berat tanggungjawab yang hendak dipikul. Menulis berjalan seiring dengan emosi. Penulisan bagaikan emosi dari hati yang diluahkan melalui tulisan. Emosi kadangkala menguasai diri dan diri gagal untuk berfikir dengan neraca yang betul. Mungkin akan membawa kalian ke jalan yang salah.

Kadangkala, titik-titik hitam yang terdapat di hati membuat saya lambat-lambat untuk menulis. Merasa diri tidak layak untuk menyampaikan. Terlalu kotor dan hina untuk menyampaikan dan berpendapat ada insan-insan yang lebih suci dan lebih berhak untuk melakukan yang sedemikian.

Sah!

Sekali lagi saya berada di stesen pembaikan.
Patutlah, kebelakangan ini, kereta selalu saja pancit- banyak kali juga keluar masuk bengkel kereta. Mekanik menyarankan agar saya membuat pemeriksaan lengkap terhadap kereta. Supaya kerosakkan kali ini dapat di'rawat' secara total. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan.

a) Hidup ini bagaikan 'lecture&practical lab'. Bezanya, dalam kehidupan, apa yang kita pelajari, terus saja kita praktikkan. Pusing kanan untuk belajar dan pusing kiri untuk praktikkan. Seiring dan sejalan.

b) Perjalanan ini sangat tidak diduga-duga. A boleh bertukar kepada B dan B boleh bertukar menjadi C. Dalam sekelip mata. Hebatkan kuasa Allah. Suka dan benci saling bertukar.

c) Semua orang berhak merasa manisnya iman. Tidak siapa yang berhak untuk mengelaskan siapa yang berhak atau tidak. Tiada siapa yang boleh melabel dia punya lebih dari yang lain. Semua it kerja Tuhan. Mungkin yang kekurangan itu, tinggi darjat di sisi Allah dan mungkin kamu yang lebih itu, rendah darjatnya. Ilmu Allah itu, tidak lain tidak bukan, sedikit sahaja yang kita ketahui.

Oleh itu, 'treat' lah semua sama rata. Mungkin yang berminat itu diutamakan. Namun, tidak bermakna yang acuh tidak acuh itu diketepikan kan. Jika dia menuntut di SANA kelak, apa yang mahu kamu jawab nanti? Sampaikanlah walau satu ayat. Biar menjadi beban bukti di SANA.

d) Jahiliyyah itu punca futur. Ingin lari dari futur, lari dari jahiliyyah. Biar susah. Hasilnya manis. Manusia itu sinonim dengan kesilapan. Tidak membuat salah itu yang salah. Namun, yang penting, kita cepat-cepat sedar dan kembali kepada yang Hak.(entri terbaru ar-rumaisa best sangat.sila lawat ye.)

e) Paksa diri untuk menjadi yang terbaik. Paksa diri. Paksi diri. Sebab diri sudah tahu. Sudah faham. Mengapa tidak melakukan? Mengapa? Self-discipline!

f) Allah sebaik-sebaik pendengar. Sebaik-baik tempat berserah. Biarlah kita ini serba kekurangan. Bagaikan langit dan bumi dengan orang lain. Sampaikan timbul rasa benci kepada diri sendiri. Tidak tahu hendak mengadu kepada siapa? Ambil wudu', mengadap qiblat dan angkatlah tangan. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Buat apa nak sedih? Buat apa nak rasa kurang? Buat apa nak makan dalam? Allah kan ada...

'Cukuplah hanya Allah bagiku'

Kita ini. Banyak sangat salah yang dah dibuat. Tapi Allah tetap mendengar jua keluhan kita. Aduh. Malunya.

Takut jika nikmat yang Allah beri menjadi istidraj kepada kita. Kita ini akan terus lalai dari landasan yang sebenarnya.

Benarlah tarbiyyah itu mendidik. Tarbiyyah itu latihan. Latihan, jika dibuat selalu, akan menjadi biasa. Sebati.

yang sangat banyak kekurangan,
yang sangat sangat sangat sangat sangat tidak sempurna,
iman dashuki

Jalan dan medan yang ku pilih ini bukan sebarang medan.
Medan ini memerlukan aku berpatah balik dan tetap teguh sendiri.
Sedang yang lain pantas dan laju kehadapan.
Berdiri teguh bagaikan ada 'shield' yang melindungi.
medan aku di'sini'.
Moga Allah permudahkan.

Rasulullah berdakwah bertahun-tahun.
Barulah punyai hasil.
Kita ini baru bertatih.
Sudah mahu mengalah?

Open thread #8

Sunday, April 4
Salam Alaik.

Guess it's because I've sinned. Keep doing the same mistakes.
O Allah. Forgive me.