Sayang

Sunday, December 26
Salam alaik.

Sayang.
Sangat-sangat.


Bila hati-hati 'sync-ing' kerana Allah. Lillah.
Saya sayang sisters.



Perancangan Allah yang terbaik. =)
Kita sisters kan.
Sampai bila-bila.
Tak kira jadi apa-apa, kita tetap bersama. Lillah.


ps: i love you. =)



Haramain

Tuesday, December 21
Salam Alaik.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Masih lagi diberi peluang untuk menghembuskan nafas.
Masih diberi peluang untuk terus memikul amanah Allah.
dan masih diberi peluang untuk mengkoreksi diri.
Tahmid dan takbir buat Allah dan selawat buat junjungan mulia
Rasulullah S.A.W.

Haramain.

Makkah. Madinah.

Bumi barakah. Hanya mereka yang terpilih olehNYA akan sampai di sana.
Maka bertuahlah sesiapa yang sudah pun menjejakkan kaki ke sana.

Ramai yang memasang angan-angan untuk ke sana dan ke mari. Namum ramai juga yang lupa untuk memasang niat ke sana.

Belum cukup mampu. Sama ada fizikal atau mental, menjadi alasan.


Saya juga tidak terkecuali. T_T. Ighfirly ya Rabb.


Hati terpanggil-panggil. Namun bila terkenangkan keadaan diri yang masih dibelenggu dosa-dosa, niat di hati terbantut.

Allah. Allah. Allah.
Ighfirly.

Sepatutnya Haramain berada di list yang paling atas.
Berjumpa Rasulullah S.A.W dan menjejakkan kaki di Beit Allah lebih awla dari segalanya.

Allah Allah.

Betapa kita hidup dengan kesenangan IMAN dan ISLAM hari ini buat kita lupa perjuangan Nabi junjungan.

Ighfirlana ya Rabb.

Betapa kita terlalu memilih dalam urusan ke sana. Hendak tunggu train siap lah - supaya perjalanan masa dari satu tempat ke satu tempat yang lain menjadi singkat dan urusan menjadi mudah.

Supaya akses toilet ada di mana-mana.
Supaya semuanya menjadi mudah.
Itu yang selalu bermain di fikiran.

Allah. Allah.
Aku menjadi lupa, untuk meletakkan tawakal sepenuhnya kepada Allah.

Sakit itu datang dariNYA, dan Allah juga Maha Penyembuh.


ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَہۡدِينِ (٧٨) وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ (٧٩)
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ (٨٠) وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحۡيِينِ (٨١)وَٱلَّذِىٓ أَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوۡمَ ٱلدِّينِ (٨٢)
Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78) Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79) Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80) Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; (81) Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; (82)
(As-Syuara, 78-82)

Mengapa tawakal itu tidak diletakkan 100% kepadaNYA?


Allah. Allah.
Sungguh aku rindu pada Haramain. Sungguh aku ingin dekat padaMU dalam sujudku. Dalam doaku. Dalam ibadahku.

Ingin ku dekat kepada Muhammad, utusan terakhirMU.
Ingin aku selusuri perjalanan dakwah Muhammad.

Sungguh, aku rindu Haramain.