9A, Dateline dan Azam Baru

Thursday, December 22
Assalamualaikum,

Hari ini keputusan PMR diumumkan. Gembira tidak terhingga apabila adik saya, Aman mendapat 9A PMR dan 6A PMRI. Dia telah mengatasi saya kerana saya hanya mendapat 6A PMRI [pada masa itu PMRI kesemuanya 7A, kini hanya 6A]. Tidak saya sangka perasaan berdebar-debar ketika hendak mengambil keputusan berulang sekali lagi. [ Saya yang dikehendaki mengambil keputusan Aman - umi dan abah kini berada di Madinah].

Selepas berakhirnya kelas Biologi pada pukul 12.30 tengah hari, saya segera bergegas ke pejabat. Kelihatan kawan-kawan Aman[ Muhaimin, Nad, Hafiz, Basith] sudah berada di sekolah. Mereka semua telah mengetahui keputusan masing-masing dan menunggu saya untuk mengambil keputusan Aman. Syukur ke hadrat Ilahi apabila Aman berjaya juga akhirnya. Tahniah juga kepada Kampung Boyz kerana mereka semua berjaya.. Hidup Titian Cahaya!

Gembira, gembira juga, namun ada satu perkara yang masih membelenggu diri saya - dateline majalah sekolah. Bukan senang untuk menghasilkan sebuah majalah. Mujur ada rakan redaksi yang memberi bantuan dan sentiasa ada bersama saya. Moga-moga saya dapat menyiapkan majalah sekolah dan membuat final check-up sebelum hari Rabu minggu hadapan. Doakan saya berjaya.

Dalam masa lebih kurang seminggu, kita akan memasuki tahun baru. Masa berlalu dengan pantas.
Saya sudah merangka beberapa azam baru yang hendak saya capai pada tahun hadapan dan saya akan mulakannya dari sekarang. Antaranya - rajin belajar dan rajin menulis.

Bercakap tentang azam baru, saya sering tertanya, mengapa ramai orang membuat azam baru hanya pada tahun baru? [ termasuk saya sekali]

Mari kita fikirkan secara logik, jika kita hendak berubah, kita boleh berubah pada bila-bila masa saja. Syaratnya kita MAHU berubah. Mungkin jika berubah dan menanam azam pada tahun baru, impaknya lebih besar. Jadi, marilah kita mulakan hari baru, bulan baru dan tahun baru dengan satu azam yang baru. Semoga hari yang akan datang akan menjadi lebih baik.


adios
eyman

Seharian di Mid Valley: Membongkar Realiti Hari Ini.

Thursday, December 1
Assalamualaikum,

Semalam saya dan beberapa teman [ munee, asma, duha, afiqah, nadea, menn dan cegu syikin] pergi ke Mid Valley. Saya dan Munee bertolak dari rumah saya pada pukul 12.05 tengah hari dan bertemu Asma di KL Sentral kira-kira satu jam kemudian. Kemudian, kami segera mengambil tren [komuter] ke Mid Valley. Kira-kira jam 1.15 petang kami tiba di Mid Valley.

Saya tidak dapat menggambarkan betapa ramainya manusia di sana. Lebih memeranjatkan apabila melihat remaja sebaya/kurang daripada saya mengusung teman wanita/teman lelaki masing-masing ke sana ke mari. Sememangnya saya sudah lali dengan keadaan seperti itu [di KLCC misalnya] Cuma semalam saya lebih terkejut daripada biasa. [Mungkin sebelum ini saya ke sana bukan pada waktu cuti sekolah, lebih ramai daripada biasa]

Dalam usia yang belum mengenal erti sebenar kehidupan, mereka sememangnya remaja yang berani mengambil risiko. [Teringat saya kepada beberapa rakan di sekolah. Berani mengambil risiko+licik.] Asma juga menceritakan tentang perkara yang sama yang terjadi kepada rakan-rakannya di sekolahnya. Adakah itu realiti hari ini? Tergolong dalam kalangan remaja TETAPI cara hidup dan kehidupan mereka sama dengan seorang dewasa.Bukan saya nak memboikot/anti kepada mereka ini. Cuma logik menguasai diri saya.

Logik. Logik. Logik.

Bukankan mereka ini sepatutnya melupakan "semua itu" sehinggalah mencapai satu tahap umur yang memerlukan "semua itu" ? Adakah ibu bapa mereka mengetahui perihal anak mereka? tidakkah mereka risau? Satu question mark yang besar berlegar-legar di kotak fikiran saya.

Selepas menunaikan fardu Zohor, kami bertiga bertemu Duha, Afiqah, Nadea, Menn dan Cegu Syikin di Food Court. Sudah lama tidak bertemu, bila dah jumpa, riuh betul. Selepas itu kami Bowling Center. Saya dan Munee sekadar menjadi pemerhati. Lebih kurang pukul 5 petang, kami berdua meninggalkan Mid Valley. Sekali lagi kami menjadi mangsa kesesakan. Berhimpit-himpit di dalam komuter dan LRT. Berbagai ragam manusia yang saya temui. Terasa kebesaran Allah yang menciptakan seseorang itu berbeza dengan yang lain. Maha Besar Allah. Sesampainya kami di LRT Jelatek, kami mengambil teksi dan pulang ke rumah.

Sesekali berjalan dan melihat dunia sekeliling, baru saya sedari, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ada yang bawa kebaikan dan ada yang bawa keburukkan. Semua ini adalah dugaan dan cabaran yang diberi olehNYA supaya kita menjadi insan dan hamba yang lebih bersyukur kepadaNYA. Mungkin semua ini satu ujian untuk melihat sejauh mana kita boleh bertahan dalam meniti cabaran globalisasi yang semakin memesat.

Seseorang itu memerlukan ketabahan mental dan fizikal untuk menempuhi hari-hari yang mendatang dengan hati yang terbuka dan tenang - redha dengan segala apa yang diberi dan cuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya.

adios,
sm

Perjuangan wanita,perempuan, dan..[dulu dan kini: Ada beza?]

Tuesday, November 22
Assalamualaikum,

Selepas menunaikan fardu Isya'. Hati ini tergerak untuk membaca sebuah buku yang berjudul : 100 Tokoh Wanita Terbilang. Salah satu fasal yang cukup menyentuh hati saya ialah Fasal 8 :Wanita di samping keluarga Nabi S.A.W. Kisah ketabahan cucu cicit Rasulullah yang mengharungi dugaan dan cabaran telah membuatkan saya berfikir, lantas membandingkan mereka dengan masyarakat masa kini. Ternyata kita hanya seperti masih jauh untuk menandingi mereka.

Mereka-mereka ini adalah insan-insan yang melihat sendiri kepala ayahanda tercinta di penggal oleh pihak musuh. Insan-insan ini melihat tubuh saudara-saudara mereka rebah-syahid. Insan-insan ini melihat darah anak-anak mereka, anak-anak saudara mereka, ayah kepada anak-anak mereka mengalir ke bumi. Tidak cukup lagi, insan-insan ini di tawan dan dicela, dihina dan dikeji keturunan mereka.

Namun mereka tidak berputus asa. Mereka tidak patah semangat. Mereka tidak berpatah balik. Ummi Wahb misalannya, berjuang sebelah menyebelah dengan suaminya - Abdullah Bin Umair sehingga kedua-duanya syahid. Zainab Binti Ali Bin Abi Talib pula memeluk kesemua mayat anak-anaknya, anak-anak saudaranya, saudara-saudaranya sehingga dia bermandikan darah pada seluruh tubuhnya. Tidak pernah dia gentar dan menyerah walaupun hampir seluruh keluarganya syahid. Zainab tetap lantang bersuara menentang pembunuh keluarganya. Puteri-puteri Al-Husain juga tidak kurang hebatnya.

Berbalik kepada isu yang saya ingin ketengahkan pada kali ini. Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka? Tabah. Tegas. Berpendirian tetap. Berani. Berbezakah kita? Bagi saya tiada beza antara kita dan mereka. Tetap seorang perempuan/wanita/srikandi/jelitawan/dll.

Aisyah R.A, Khadijah Khuwailid, Sumaiyah, Asiah, Fatimah R.A, Rabiatul Adawiyah, Siti Hajar, Hawa, Maryam, Asma Abu Bakar dan lain-lain.

Jika mereka meletakkan harga diri, maruah dan Allah S.W.T di tempat yang paling tinggi dalam hidup mereka. Mengapa tidak kita? Jika mereka mampu menjadi srikandi yang tabah. Mengapa tidak kita?

Tidak dinafikan wanita/perempuan zaman kini memang berjuang, tabah, cekal, tidak berputus asa. Tapi HANYA apabila ditangkap oleh Jabatan Agama Islam ketika sibuk berdansa di kelab-kelab malam, apabila ditangkap khalwat [ kononya mereka tidak bersalah, hanya berbual-bual sahaja], apabila si suami menuntut untuk bernikah satu lagi dan banyak lagi perjuangan yang entah apa-apa.

"Kami hendak menuntuk keadilan! Biar naik turun mahkamah pun tak apa. Asalkan, saya terbukti tidak bersalah kerana saya memang tidak bersalah. "

" Itu hak saya"

"Mereka tidak berhak campur tangan dalam hidup saya. Saya nakkan privacy!"

Selepas itu mulalah sidang akhbar dilakukan. Teresak-esaklah menangis sambil menceritakan perihal diri yang tidak berdosa. Kadangkala sehingga hendak melawan hukum Allah. Sedarlah diri. Janganlah lawan tokey...

Inikah perjuangan wanita/perempuan masa kini? Kita semua patut malu pada diri sendiri, malu pada srikandi-srikandi terdahulu. Jika mereka masih 'ada', sudah pasti umat/kaum kita ditertawakan mereka.

Sebenarnya saya hanya ingin membawa kita kepada realiti zaman sekarang. Kadang kala apa yang kita perjuangkan itu, tidak membawa apa-apa makna, mungkin ianya memang perkara yang salah. Bergantung kepada diri kita sendiri-sama ada kita sedar atau tidak.

Pengajaran yang saya dapat hari ini ialah, kita patut berasa malu kepada umat-umat yang terdahulu dan nenek moyang kita. Kita haruslah mencipta sejarah kita sendiri bukanlah hidup dibawah bayang-bayang sejarah orang terdahulu.Sejarah yang hendak dicipta biarlah berada di landasan yang betul. Landasan Aqidah dan landasan Deen Allah. Janganlah kita biarkan sejarah yang tercipta dipenuhi dengan dusta dan nista.

Yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari saya.

adios,
iman

Selamat Hari Raya!

Monday, November 21
Assalamualaikum...

Sudah lama tidak menulis. Terlalu sibuk.

Ramadhan: Exam 2nd semester [hampir sepanjang Ramadhan]
: Majalah sekolah dateline
: Iktikaf di UIA
: Persiapan Raya!

Syawal : Raya di Rawang [1st Syawal]
: Raya di Kelantan [2nd syawal]
- Family gathering a.k.a family day [fantastic!]
: Jambori 2005 [
12-15/11@Johor]
: A new family's member! Baby Fahmie[16/11]
: Baby sit hafiz [
15-20/11@Rawang]

Baru sekarang dapat duduk di rumah. Tapi banyak lagi tugas yang belum diselesaikan. Yalah, umi dan abah akan berlepas ke Tanah Suci pada 16 Disember untuk mengerjakan fardu Haji. Terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan.

Tambahan pula, pada 14 Disember, sekolah akan dibuka semula bagi SPM candidates 2006. Semuanya berlaku terlalu cepat dan saya tidak sempat untuk pergi beraya bersama rakan-rakan, saya tidak sempat untuk menghantar kad ucapan hari raya dan menghubungi mereka-mengucapkan 'Selamat Hari Raya' hingga dilabel -" sedang menyepikan diri"! Am i?

Baru beberapa minggu saya tidak berada di Kuala Lumpur, sudah ramai yang mencari. Tambahan pula bateri phone saya low, jadi saya tidak membukanya sejak saya balik dari Jambori.

Sekarang saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada Majalah Sekolah yang tidak siap-siap lagi dan menyambung semula beberapa buah cerpen yang terbengkalai sebelum ini. Sudah lama tidak menulis, kini saya sedikit 'beku'.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini dan kepada sesiapa yang mengenali diri saya..

adios,
iman

p/s: kepada sahabat handai: jemputlah datang ke rumah.. ;) Raya belum habis lagi ni!

Bapa Kimia Dunia: Jabir Ibn Hayyan

Thursday, October 13
JABIR IBN HAYYAN

Jabir Ibn Hayyan ataupun nama sebenarnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan telah
melakar sejarah dalam bidang kimia dunia. Beliau telah digelar sebagai Bapa Kimia Dunia. Beliau telah menempatkan diri beliau sebaris dengan para ilmuan Islam yang terkemuka sejak beliau mengamalkan bidang perubatan dan bidang kimia di Kufah sekitar tahun 776 Masihi. Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru dengan Bermaki Vizier, semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan ilmu kimia.Beliau yang telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen. Beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden. Jabir banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau menumpukan seluruh tenaga dan usahanya kepada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai tindak balas kimia.

Beliau menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh sebab itu, bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke atas hukum nisbah tetap.
Sumbangan yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga dalam bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti proses penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya dengan cara pembakaran), pejalwapan dan penyejatan.

Pencapaian utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan bahan mineral dan asid. Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum dan tidak ada saintis lain yang dapat menandinginya. Oleh sebab itul, Jabir telah diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden". Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.

Tegasnya, Jabir merupakan seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan ilmu kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli, penyediaan bahan-bahan logam, bahan anti-karat, tinta emas, penggunaan bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan penyamakan kulit. Sumbangan beliau juga pada menyediakan pelapisan bahan anti air pada pakaian, serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.

Idea eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam, bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga bentuk berbeza daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:
Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida.
Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.
Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.
Pada abad pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia - termasuk kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya telah diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama Robert Chester pada tahun 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy. Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona. Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau, yang antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern Mercury.


Berikutnya pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris, iaitu Richard Russel telah mengalih bahasa karya Jabir dengan judul Sum of Perfection. Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard adalah orang yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber. Dialah yang memuji Jabir sebagai seorang pendeta Arab dan juga ahli falsafah. Buku ini kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad lamanya dan telah memberi impak dan pengaruh yang cukup besar kepada evolusi ilmu kimia moden.


~eyman~

Menjelang Ramadhan

Wednesday, September 28
Assalamualaikum,

Ramadhan menjelang tiba.. Rasa sayu pula hati ni. Masa berlalu begitu cepat tanpa saya sedari.Lebih kurang setahun dari sekarang, saya akan menduduki SPM. Tidak tahu sama ada diri saya sudah bersedia sepenuhya atau tidak.


Minggu hadapan Aman akan menduduki PMR. Saya sendiri sudah pernah merasai bahangnya. Hanya Tuhan yang tahu betapa resah dan gelisahnya saya ketika hendak menjawab soalan peperiksaan. Alhamdullillah Allah telah banyak menolong saya sehingga hari ini. Maha Besar Allah.

Minggu depan juga saya akan menduduki peperiksaan semester kedua. Alahai... Saya tidak mengulang kaji pelajaran lansung. Saya tahu saya seorang yang tidak rajin dan saya sudah bersedia dengan apa-apa keputusan yang bakal saya terima. Umi pula sudah bising-bising tentang 'result' peperiksaaan yang belumpun berlansung. Semoga saya ni akan menjadi lebih rajin. Insyaallah!

Seperti yang saya katakan tadi, Ramadhan bakal menjelang. Saya telah menyiapkan jadual saya pada bulan Ramadhan. Saya sangat sukakan bulan Ramadhan. Terasa aman dan tenang. Azam saya untuk Ramadahn kali ini ialah tidak meninggalkan solat terawikh. Insyaallah. Saya juga ingin mengurangkan sedikit berat badan yang makin bertambah. :P

Mungkin selepas ini, saya mungkin akan jarang mengunjungi teratak ini untuk meluangkan masa untuk menghadapai peperiksaan. Walaubagaimanapun saya akan cuba untuk menghantar info-info mengenai keberkatan bulan Ramadhan dan artikel atau esei saya mengenai TOKOH-TOKOH ISLAM.

adios,
DinaDarling



Ukhuwah Fillah will make sure your friendship lasting forever

Thursday, September 8
I keep thinking why should we have a Ukhuwah Fillah relationships? Then, I found the answers. Answers that I've been never thought about it. Answers that I've never thought that I will came up with something like that[I'm serious]. -_-' So, what can I conclude is as below:

* A friend with Ukhwah Fillah is a friend who will never call you a backstabber.

# A friend without Ukhuwah Fillah is a friend who always call you a backstabber and start a rumors about you when you try to guide your friend to the right path.

* A friend with Ukhwah Fillah is a friend who will always help you in whatever possible assistance whenever required. [especially when it's all about financial's problem]

#A friend without Ukhwah Fillah is a friend who will run as fast as cheetah as soon as you open your mouth to spell M-O-N-E-Y.

*A friend with Ukhwah Fillah is a friend who always guide you to the right path

#A friend without Ukhwah Fillah is a friend who always said: Let's get the party started!

So, let's have a Ukhuwah Fillah relationships with everyone!
May Allah bless you!

adios,
DinaDarling
[Sorry! I'm not good in English!]

ALLAHUAKBAR! ALLAH MAHA BESAR!

Post-post saya kebelakangan ini semuanya lebih kepada pengalaman cabaran hidup yang saya alami setiap hari. Sekali lagi saya berasa kecewa. Bukan kecewa tentang double personality sesetengah orang, tetapi kecewa apabila orang-orang tersebut mempertikai dan mengambil ringan hukum Allah.

NAUZUBILLAH!

Memang kita ini sudah memasuki gerbang akhir zaman. =(

Cuba kita renung kembali,
Allah telah menciptakan kita, memberi kita kehidupan, memberi kita nyawa untuk merasai kebesaran-NYA, memberi kita perasaan, boleh dikatakan, kita sudah cukup bertuah. Tambahan pula, makhluk yang diberi nama manusia dikurniakan aqal. Tidak cukup bertuahkah kita?

Allah hanya meminta kita melakukan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA. Tapi, kita memang tamak. Tidak pernah bersyukur atas setiap apa yang telah dikurniakan, bahkan meminta lebih, memberi/menunaikan kurang.

Malahan, ada di kalangan kita cuba mempertikai hukum-hukum Allah. Siapa kita untuk melakukan perkara-perkara seperti itu? Besar sangatkah kita? Kuat sangatkah kita? Jika kita benar-benar KUAT dan BESAR, cubalah cipta satu sistem hukum-hakam yang lebih baik dari hukum Allah. Nescaya tiada siapa yang dapat menandingi sistem undang-undang Allah.

Maha Besar Allah!

Memang manusia itu jahil, tetapi janganlah kita menjahilkan diri kita lagi.Cukuplah dengan kerosakan-kerosakan yang telah umat manusia lakukan di bumi Allah ini. Tidak malukah kita dengan Allah?

Mengapa saya timbulkan isu-isu ini?
Semua ini kerana saya sudah jelak dengan sikap sesetangah orang yang masih belum sedar tentang kemanisan iman.

Paling menyedihkan, mereka bukan orang-orang yang jahil. Mereka adalah orang-orang yang mendalami agama. Orang-orang yang mengkaji sirah kaum-kaum terdahulu, yang mendalami ilmu al-Quran, as-Sunnah, yang mendengar pengisian-pengisian dari ustaz-ustazah. Adakah memang benar sangkakala sudah mula ditiup?

Saya sedar, tiada gunanya saya membebel-bebel di sini kerana tanpa hidayah Allah, seseorang itu tidak akan berubah dan menyedari bahawa semua yang ada di sekeliling kita milik Allah dan kita harus bersedia jika Dia ingin mengambilnya semula.

Maafkanlah jika saya terlalu beremosi. Saya hanya mahu mengingatkan kepada barangsiapa yang sudah terlupa. Moga-moga anda semua mendoakan saya berjaya membantu orang-orang tersebut untuk berfikir sejenak tentang betapa kerdil dan hinanya kita di sisi Allah.

Renungkanlah


adios,
DinaDarling

Hari demi Hari/Double Personality? II

Tuesday, September 6
Assalamulaikum,

Lagi-lagi tentang double personality. Saya pernah bercerita tentang dilema saya. Akhirnya, 'orang-orang' tersebut telah mengetahui tentang perubahan saya. Kini mereka menuduh saya seorang yang mempunyai 'double personality/hipokrit/talam dua muka'. Sudah saya jangka. -_-' Malas rasanya hendak mengulas perkara-perkara sebegini, namun buat pengajaran untuk semua, marilah kita bersama-sama menghitung diri dengan ikhlas kerana Allah. Moga-moga diberi petunjuk dan hidayahnya.

Hipokritkah Aku?
By: Nuruliman

Aku punyai sahabat-sahabat yang 'cool'. Mereka semuanya mengikut 'flow/trend' semasa. Aku bangga dapat berkawan dengan mereka. Bertuahnya aku! Hari minggu, kami selalu melepak di KLCC, Bukit Bintang dan Mid Valley. Bahagianya kehidupan aku!

Kawanku seorang yang cantik. Dia suka memakai pakaian yang mengikut 'body shape' nya. Dia juga mengesyorkan pakaian-pakaian itu kepadaku. Pada mulanya aku takut untuk memakai pakaian tersebut. Bukankan Islam menyeru para muslimah menutup aurat? Tapi, kawanku berkata:

"Kau ni, pakai aje lah. Bila lagi kita dapat pakai baju macam ni. Tak 'cool' lah kau ni. Sekarang zaman moden, dah tak ada lagi 'teenager' macam kita yang pakai baju panjang-panjang macam kau tu"

Dengan jahilnya aku menyarung pakaian menjolok mata itu.

*Jika dulu tudung ku biarkan lepas ke bawah, kini, aku sudah pandai mengikut fesyen tudung 'tak cukup kain' yang sangat popular di kalangan masyarakat jahil.
*Jika dulu aku memakai baju yang berkaf, kini aku memakai baju yang dipanggil 'three quarter'.
*Jika dulu aku memakai kain, kini, aku sudah pandai menggayakan seluar jeans ketat Levi's.

Ramai yang menegurku:

"Wow, you look so great today!"

"Lawanya awak sekarang."

"Amboi, pandainya bergaya!"

Aku semakin megah dengan diriku. Diriku dipuja-puja.

*Jika dulu, lelaki memandangku dengan sebelah mata, kini terbeliak mata mereka memandangku.
*Jika dulu, aku anti-lelaki, kini aku seorang yang terlebih 'mesra' dengan lelaki.
*Jika dulu aku selalu berkata:

"Mana bolah kawan dengan lelaki yang bukan muhrim, berdosa tau."

Kini aku lebih senang dengan:

"Alah, bukannya kami buat perkara tidak baik, kami hanya kawan saja. Tak baik tau fitnah-fitnah"

*Jika dulu, aku sering berkata:

"Hipokritnya dia. EEE.. Tak sangka dia bla bla bla.."

kini:

"Alah, dia bukan hipokrit, dia cuma berubah ikut edaran zaman aje"

ASTGHTAFIRULLAH!

Renungkanlah bingkisan saya itu. Bukan hendak mengecam sesiapa, sekadar pengajaran buat semua.Itulah hakikat akhir zaman. Hitunglah diri kita dengan penuh rasa rendah diri dan taqwa. Sesungguhnya, Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.

Saya seorang insan biasa yang dijadikan oleh Allah, tuhan semesta alam. Maha Besar Allah! Saya tidak sempurna, namun saya berusaha untuk menjadikan diri saya sempurna di sisi Allah. Moga-moga anda juga begitu.

adios,
~eyman~
-Marilah kita bertaubat sebelum sangkakala ditiup, - membunuh makhluk gian 'al-wahn-

Cuti Sekolah

Saturday, August 27
Yeeha!

Bagi saya, tamat sudah cuti sekolah apabila kami sekeluarga menjejakkan kaki semula ke Kuala Lumpur. 4 hari di Kelantan sudah memuaskan hati saya. Kepulangan ini sudah dinanti-nanti oleh semua kaum kerabat Hjh. Fatimah Hassan. Kami tidak sabar untuk melihat rumah barunya yang telah pun siap dibina di Pengkalan Chepa. [Betul-betul di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra].

23 Ogos 2005.

Kami bertolak dari Tmn. Keramat selepas selesai menunaikan solat Subuh. Lebih kurang pada jam 6.30 pagi. Kali ini, kami pulang ke Kelantan mengikut Lebuhraya Pantai Timur. Tidak tahu mengapa saya tidak boleh melelapkan mata. Selepas 2 jam barulah saya boleh melelapkan mata dan hanyut dalam mimpi di siang hari.

Kami berhenti makan di Pantai Kemasik[Terengganu], lebih kurang jam 10 pagi. Buat pertama kali saya melihat pantai yang jernih secara live. Saya dan Acid berlumba-lumba menangkap gambar. Kami meneruskan perjalanan selepas selesai makan. Kami asyik berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar kilang-kilang milik Petronas[di Kerteh]. Rupa-rupanya ilmu saya memang cetek. Saya hanya menyangka hanya ada pelantar minyak Petronas 300 km dari pantai Terengganu, tetapi di sana ada petempatan warga Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Kilang penapis minyak, dan banyak lagi kilang-kilang yang saya sudah lupa namanya. Jika ada rezeki, ingin sekali saya menjadi 'ahli keluarga' Petronas suatu hari nanti.

Kami meneruskan perjalanan. Kami tidak melelapkan mata seperti biasa kerana terlalu banyak perkara yang menarik sepanjang perjalanan. Macam-macam ada. Kami juga sempat singgah di Masjid terapung di Kuala Terengganu dan membeli keropok lekor di Teluk Ibai. Memang 'best' perjalanan kali ini. Lebih kurang jam 4.45 petang, kami selamat tiba di Mek's new house - Taman Seri, Pengkalan Chepa.
Rumah baru mek memang cantik. Saya berbisik kepada abah,
'rumah kita pun tak lawa macam rumah mek ni'.

Sewaktu kami tiba, Che su dan Ayah Su telah pun sampai lebih awal. Begitu juga dengan sepupu saya, Amad. Tidak lama selepas itu, Mami dan Ayah Long juga tiba. Memang meriah rumah mek apabila anak-anaknya dapat bermalam di rumahnya.

24 Ogos 2005

Saya bangun dari tidur lebih kurang pukul 6.20 pagi. Lebih kurang jam 7.00 pagi, saya, abah, umi dan Aqila pergi ke Cabang Tiga, Pengkalan Chepa untuk membeli sarapan. Ayah Long juga pergi ke sana selepas mengambil Alang[anaknya] yang baru tiba dari Negeri Sembilan. Sesudah usai bersarapan, kami mulai bekerja kerana pada hari itu, kami mengadakan jamuan sempena rumah baru mek. Pada sebelah pagi, diadakan solat Hajat dan bacaan Yasin oleh kaum wanita dan pada sebelah malam- solat Hajat oleh kaum lelaki. Walaupun kali ini kami hanya menenpah makanan, kami tetap tidak cukup tangan.


Mak Cik Aini [saya menggelarnya PA mek saya] tiba awal pagi. Dialah yang menguruskan segala-galannya. Maklumlah Umi Yah[kakak abah] belum pulang dari Kuala Lumpur - melawat anak-anaknya . Dia tiba sekitar jam 9.00 pagi. 3 Abdul [Aman,Acid dan Amad] menjemputnya dan Ayah Li[suami Umi Yah] di airport.Tugas saya ialah
membasuh beras, diikuti membuat kerisik dan mengemas/membasuh pinggan/cawan. Selepas semua tugas saya selesai, saya, Achik[anak Ayah Long] bersantai di bilik mek. Kaki saya lenguh dan tangan Achik berdarah akibat tugas-tugas yang kami lakukan. Yalah, kami kan orang bandar! Kami mulai bercerita tentang kehidupan kami. Terasa juga hati saya apabila Achik membuka cerita tentang SBPI nya. Dia kelihatan begitu seronok di sana. Apa nak buat, rezeki manusia lain-lain.

Kami tidak menunaikan solat hajat mahupun membaca Yasin. Apa yang kami lakukan ialah - TIDUR! Memang penat hari itu. Sesudah puas melepaskan lelah, kami mandi dan menukar pakaian. Tugas kami pula ialah mengangkat pinggan/cawan, memastikan lauk cukup, air cukup dan lain-lain tugas. Kami di bantu 'remaja-remaja prihatin' - Ateh[adik Achik, Alin[anak mami], Sabiha[Anak Auntie], dan kakak[kakak Sabiha]. Saya suka mengusik mereka. Yalah, sedang mengelap pinggan pun masih boleh bergosip!

Sebelah malam pula, tugas kami tidak banyak. Kami hanya merehatkan diri kami yang sememangnya sudah penat. Lebih kurang jam 7.30 Along Hidayati [Anak sulung Ayah Long] tiba dari USM Kubang Kerian. Dia sudah masuk tahun keempat dalam jurusan perubatan. Masanya terhad.
Kasihan saya melihat dia berkejar ke sana, ke mari. Selepas selesai majlis, meeting kelab keluarga dijalankan. Apabila adik-beradik abah sudah berkumpul, pasti perut saya akan pecah dek jenaka mereka. Terbongkar habis kisah-kisah zaman dahulu kala. Kebelakangan ini agak sulit untuk melakukan Hari Keluarga kerana kekangan masa, namun, Hari Keluarga akan juga diusahakan.
Hidup keluarga Hjh. Fatimah!

25 Ogos 2005

Saya bangun pada jam 6.45 pagi dan menyambung tidur saya semula hingga jam 9.00 pagi. Semua warga rumah mek bangun lewat pada hari itu. Umi dan abah awal-awal lagi sudah ke Pasar Siti Khadijah. Manakala Ayah Long ke Terengganu. Saya, Aman, Acid, Amad dan Ateh pula ke KB Mall. Tidak saya sangka Kelantan mempunyai Mall yang setaraf dengan Megamall. Mengingatkan tentang KB Mall, pasti saya akan tersenyum sendirian. Kami sesat di tengah-tengah Kota Bahru lebih kurang satu jam. Puas kami pusing-pusing tetapi tidak ketemu KB Mall. Akhirnya kami menelefon Che Su. Kami bertolak ke Nipah, Bachok pula untuk menghadiri ke jamuan di rumah Mok Su Saudah[mak cik abah]. Makan Lagi! Ayam perciknya 'A' class! Kami bertandang pula ke rumah Mok Soh [ Kakak Mek]. Uzur benar Mok Soh. Kami sekeluarga risau melihatnya. Semoga dia cepat sembuh.

26 Ogos 2005


Kami pulang ke Kuala Lumpur mengikut jalan Cameron Highlands. Kami semapt singgah di Kasimanis Strawberry Farm di sana. Kami juga singgah di Sg. Choh dan pulang ke rumah selepas makan malam.




Cuti kali ini memang best. Bertambah best apabila ukhuwah antara
keluarga yang renggang dieratkan kembali. Hilai tawa kami bersama sukar saya lupakan. Tiada apa yang lebih bagus dari berjumpa sanak saudara, duduk bersama dan bertukar cerita kehidupan yang penuh dengan cabaran. Saya tidak sabar untuk pulang berhari raya pula. Pada masa itu, lebih ramai yang akan pulang. Syamimi, Zumi, Angah, Aiman, Aizat, Afnan, K. Ngah, K. Long, K. Wan dan lain-lain. Lebih meriah rumah mek nanti!

adios

eyman


Hari demi Hari/Double Personality?

Monday, August 15
Assalamualaikum,

Hari ini baru saya 'terperasan', post saya yang bertarikh 11/8, mempunyai tajuk yang sama dengan post ayah saya. Biasalah. Dah nama pun satu keluarga. Abah, sorrylah ye. Sehati sejiwa lah katakan.
Hari demi hari berlalu macam tu saje. Minggu ni adalah minggu pertama peperiksaan percubaan berjalan bagi pelajar T.3, manakala minggu kedua bagi pelajar T.5. Masa berlalu amat pantas. Saya sendiri tak dapat mengejarnya. Memang saya ni malas agaknya...

Kini, sudah masuk minggu kedua bulan Rejab. Tidak lama lagi Sya'ban dan disusuli Ramadhan. Tak sabar rasanya menanti Ramadhan yang mulia tiba. Perasaan syahdu yang sukar digambarkan.

Baru ini saya 'terfikir' tentang satu perkara yang telah lama membelenggu diri. Double personality. Kadang-kadang saya bertanya pada diri, "Adakah aku mempunyai dua personaliti?" Persoalan ini timbul tidak lama dulu. Pada satu ketika saya merasakan saya sudah berada di 'path' yang betul. Seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Surah Al-Fatihah: "Ihdinas Siratal Mustaqim". Namun, tiba-tiba saya merasakan saya sudah memilih 'path' yang salah dan saya mula menukar hala tuju saya. Perubahan ini membuatkan saya terpaksa berdepan dengan beberapa 'orang' tidak memahami apa dia "Siratal Mustaqim". Saya terpaksa 'berselindung'daripada mereka supaya saya tidak kehilangan 'orang-orang' yang penting bagi saya. Banyak helah yang saya lakukan supaya mereka masih setia bersama saya. Adakah saya seorang yang hipokrit?

Bila saya berfikir dengan lebih matang dan mendalam, sebenarnya, saya tidak perlu takut dengan mereka jika mereka ingin meninggalkan saya kerana ukhuwah yang terbina antara kami bukanlah ukhuwah Fillah tetapi untuk keseronokkan keduniaan semata-mata. Astgahfirullah! Zaman kini penuh dengan tipu daya. Kita tidak dapat menjangka hati budi seseorang. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Mungkin saya tidak perlu gusar untuk menghadapai cabaran mendatang kerana hidup ini tidak akan berwarna jika saya tidak mencalitkan warna-warna cabaran di atasnya. Bukan begitu? Kebijaksanaan telah diberi. Terpulanglah sama ada kita mahu menggunakan dengan berhikmah atau tidak.

Allah Maha Adil lagi Maha Penyayang. Tidak Dia beri semua cabaran kehidupan ini kepada hambaNYA melainkan mahu hambaNYA kembali kepada NYA. Allahuakbar. Itulah realiti. Hipokrit atau tidak bukan soalnya, namun, adakah kita berada di "Siratal Mustaqim" dan bertawakkal kepadaNYA? Saya bersyukur kerana saya telah disedarkan sebelum terlambat. Moga-moga 'orang-orang' yang belum sedar, kembali kepadaNYA secepat mungkin. Kita tidak tahu bilakah kematian tiba. Mungkin esok, mungkin 20 tahun akan datang. Soalannya telah lama diberi: "Ma Rabbuka". Adakah anda pasti anda sudah bersedia dengan jawapannya?

adios,
~eyman~
Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Jerebu oh Jerebu!

Thursday, August 11
Assalamualaikum.

Kemalasan mengusai diri. Tidak kira dalam apa bidang. Belajar. Menulis. Memperbaiki diri. Mengemas bilik. Nampaknya negara kita kini 'teruk' dilanda jerebu. Setiap hari saya akan berada di hadapan TV untuk melihat perkembangan terkini. Bukan melihat adakah jerebu bertambah elok, tetapi melihat adakah cuti akan diberikan. Hehehe.

Maka, dengan sukacitanya, semalam, Pn. Azizan mengisytiharkan bahawa SMIAAG akan bercuti selama 3 hari (Termasuk hari Sabtu yang dijadualkan akan bersekolah - mengganti cuti PMR pada bulan 10). Apa lagi, semua pelajar lelaki di dalam kelas kelihatan begitu ceria dan bahagia. Mereka juga telah merancang apa yang akan dilakukan semasa bercuti. Ada-ada saja...

Itu adalah dari kacamata pelajar sekolah. Begitu ceria, gembira, bahagia apabila kementerian memberi lampu hijau kepada pengetua dan guru besar untuk meluluskan cuti jika keadaaan jerebu bertambah buruk. Namun, kita tidak sedar bahawa jerebu kini telah mencapai tahap bahaya di sesetengah kawasan. Misalnya, hari ini Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor diisytiharkan darurat. IPU telah melebihi 500! Papok Meran (abang umi) yang bekerja di Pelabuhan Klang masih tidak pulang ke rumah selepas darurat diisytiharkan. Jenuh umi menelefonnya, menyuruh dia pulang sebelum keadaan semakin teruk. Katanya, majikannya masih belum hendak melepaskan mereka, manakala pejabat di sebelah sudah pun ditutup. Umi pula memberitahunya supaya memberitahu majikannya bahawa majikan-majikan yang tidak menjaga kesihatan para pekerja sesama keadaan berjerebu boleh dikenakan denda atau di penjara 2 tahun. Wan Azam (adik umi) pula merungut mengapa darurat tidak diisytiharkan di seluruh Selangor. Dia pun ingin bercuti. Saya juga kasihankan Wan. Tugasnya memerlukannya keluar dan berada dalam keadaan yang berjerebu. Susah kalau apa-apa yang terjadi kepadanya.

Dalam akhbar tempatan ada mengatakan, jerebu kali ini mengandungi bukan saja gas beracun tetapi magnesium yang berbahaya kepada rakyat jelata. Banyak-banyaklah kita berdoa kepada Yang Esa supaya keadaan ini tidak berlarutan.

Oleh kerana hari ini tidak ke sekolah, saya banyak menghabiskan masa surfing internet dan melihat berita terkini di TV. Saya pelik apabila IPU (Indeks Pencemaran Udara) antara beberapa stesen TV tidak seragam. Ada yang menunjukkan angka yang kurang dan ada yang lebih. Sepatutnya dalam kes-kes yang 'bahaya' seperti ini, pihak terbabit haruslah melaporkan berita yang tepat. Rakyat juga yang akan susah kelak kalau terjadi apa-apa.

Tidak perlulah kita saling menyalahi tetapi saya amat menyeru dan berharap agar situasi ini tidak berlanjutan. Yalah, kadang-kadang teringin juga hirup udara yang segar. Harap-harap kerajaan seberang dapat membantu negara kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi- sememangnya berpunca dari sana.

Tadi, kami sekeluarga pergi menghantar Aman ke Titian Cahaya di Melawati. Selepas itu kami meronda-ronda di KL. KLCC sudah tidak kelihatan dari flightover di Jelatek. Keadaan di Jalan Ampang tidak semeriah seperti biasa. Rata-rata pejalan kaki, penunggang motosikal memakai penutup hidung bagi mengelakkan masalah pernafasan. Adik-adik yang lain pula sibuk memakai topeng itu di dalam kereta.

Sememangnya jerebu ini merupakan satu peristiwa yang saya akan kenang dalam hidup saya. Memang satu perkara yang 'besar' dan menggemparkan. Walaubagaimanapun, jangan kita lupa, mungkin ini petunjuk dari Allah supaya kita kembali ke jalan yang benar. Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan bertaubat sebelum terlambat. Masa tidak menunggu kita tetapi kita harus mengejarnya....

adios,
~eyman~

118

Monday, August 1
On day way balik ke rumah dari sekolah, umi beritahu: laporan debat UIAM dah keluar. Sampai saja di rumah, saya terus bukak laman web debat UIAM. Tidak disangka, my rank is 118 over 244 participants.[1278 pts] Well, it's a good beggining for me. Next year, my target- top 50!

Hari ni biasa saja. Pada sebelah pagi ada PJK dan pada sebelah petang ada EST. Jadi untuk memenuhi ruang yang ada, saya sertakan sajak yang ditulis selepas bergelar mantan MPR.

DESAHAN ALAM


Tercalar mentari,
bergegar cakerawala,
terpisah roh dan jasad,
tidak terbela.

Renangilah laut janggawari,
dari daksina ke paksina,
dakilah pasak bumi,
tinggi tidak terperi,
redahlah ranjau dan duri,

menikam jasad insani.

Pasti,
tiada lagi,
guyuran permata seni,
titisan merah menyembah bumi,
jeritan keamanan bergaung
menujah telinga.

adios,
eyman

Ponteng lagi!

Friday, July 29
Assalamualaikum.

Sudah lama tidak bertandang ke teratak buruk ni. Hari ni, saya baru sahaja usai menulis dua buah cerpen untuk dipertandingkan dalam Pertandingan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Jadi, saya tidak ke sekolahl hari ini. Rasanya, cerpen kali agak biasa dan tiada kelainan. Hanya ingin mencuba nasib.

Hidup saya pula bertambah sibuk baru-baru ini. Laporan Peka Amali Kimia dan Biologi perlu dihantar segera. Ujian Mat. Tamb. juga baru selesai. Tidak tahu keputusannya lagi - yalah hari kan tidak ke sekolah :p

Banyak lagi yang boleh dikongsi tapi, malam ni - no idea. Maybe sambung later-later lah.

adios
eyman

Masa VS Saya

Thursday, June 30
Assalamualaikum,

terlalu sibuk untuk update blog ni. Result Sem. 1 dah pun keluar. Rasanya tak lah teruk sangat untuk seorang tingkatan empat.

Beberapa masalah pun dah diselesaikan. Contohnya masalah usrah. Akhirnya setelah lama menanti, berharap dan berkorban (acheyhh), dapat juga usrah ditukarkan pada hari Rabu (iaitu selain dari hari Jumaat, hari yang sibuk)

Semalam dah hari ni, dapat MC. ( sakit tulang - konon aje) Dua hari ni, melepak aje lah kerjanya..
Minggu lepas saya masuk pertanding pidato sekolah, tak tahulah menang ke tak. Harap2 menanglah.

Selepas balik dr MPR, saya belum menulis secara serius untuk cerpen. Kalau untuk sajak adalah 2-3 sajak yang dah siap. Sekarang ni tgh sibuk mengedit skrip drama Gerak Gempur ( Idea asal-mankie).

Pasal pelajaran pula, masih lagi tidak 200% konstrentasi. Namun dah mencapai 150%. Contohnya dalam kelas BAT dan PSI, sudah tidak mengantuk lagi :P. Kelas BM pula dah menjadi lebih seronok selepas balik dr MPR. Kelas BI pun dah jadi lebih 'BEST' dr biasa. Cuma kelas KIMIA, BIO, dan FIZ masih seperti biasa, mengantuk yang teramat.

Dalam kelas, still mcm biasa, tiada perubahan. Kadang2 rasa kosong sgt kelas tu. Kalau nak dibandingkan dengan awal tahun. Bercerita tentang kelas dan masa2 lalu. Hari selasa( kalau tak silap) terjumpa Wafaa dekat sekolah. Dia datang nak ambil surat berhenti sekolah. Hehe. Dah setengah tahun baru nak claim surat berhenti. Lepas tu teringatlah dekat kawan2 yang berada jauh di mata, dekat di hati. Apa khabar mereka? Semoga mereka berbahagia dan sukses selalu.

Sebenarnya hari saya ingin berbicara tentang masa. Masa selalu mencemburui kita. Bak kata orang - masa itu emas, masa tidak tunggu kita. Ya! Semua itu betul. Tidak dinafikan, saya seorang yang tidak tahu menghargai masa (:P). Namun masa tetap penting kepada kita. Tidak kira dalam apa jua situasi, pembahagian masa amat penting.

Bagi saya, masa yang ada bagaikan tidak cukup sejak kebelakangan ni (mungkin saya terlalu banyak membuang masa..hehe...) Sesetengah perkara yang kita sudah lakukan, kita tidak boleh menyesalinya. Semuanya berkait rapat dengan masa. Kata orang masa adalah penawar segalanya. Saya mula berpendapat begitu juga. Masa adalah ubat yang paling mujarab untuk sesetengah penyakit 'emosi' dan 'mental'.

Sudah banyak saya berleter di sini. semoga ALLAH melindungi kalian dan semua hajat kalian dimakbulkan oleh-NYA. Amin...

adios,
~~eyman~~

no tittle

Wednesday, June 8
suara halus,
menususk kalbu,
mencari kasih,
di balik timbunan jasad kaku,

pagi menjelma,
malam mendatang,
suluhan sinar
tetap di situ,
cengkaman maut terabai
di balik penjara berpalang.

masih adakah
sisa belas,
untuk santapan
roh suci itu?

sekali lagi,
bicara itu berbunyi,
supaya ummi dan abinya
pulang.

namun,
tiada siapa peduli,
jeritan batin seorang kecil,
nafasnya mendesah,
hatinya gusar.

si kecil lantas mengemis,
mencari ruang
di bumi yg telah hapus,
dek kekejaman topeng bernyawa,
sendiri.

iman
23:33


* kritikan membina amat dialu2kan.

SIAPA KAU?

Tuesday, June 7
siapa kau?
kau pernah hadir dalam diriku,
tiada makna,
namun secara nalurihiahnya
kau yang pertama,
hadirmu persis kilat yang menyambar,
beri diri ini cinta,
ku masih lagi skeptis

siapa kau?
berani kau cerobohi hati ini,
hatiku menggorek - gorek menunggumu
siapa kau?
kau selalu menggonjokkan diri ini,

mengapa beri daku kasih?
kegoncangan hati,
pedih.

*sajak yang ditulis tidak berapa lama dulu. Sajak ini banyak kelemahan. Hanya mahu meluahkan apa yg terbuku di hati.

adios,
eyman

MPR 2005

Friday, June 3

WOW!!!
Image hosted by Photobucket.com
Before graduation.Latihan persembahan.[2/6]

Image hosted by Photobucket.com

Bergambar beramai2[2/6]

MPR best!!!

adios,
eyman


AKU dan AKU I

Sunday, May 1


Aku berdiri di sini menanti embun pagi yang mencurah ke bumi.
Aku berdiri di sini menunggu datangnya israfil meniup sangkakala.
Aku berdiri di sini menanti hadirnya cahaya keinsafan dalam hati yang gelita.
Aku berdiri di sini menunggu masa depan yang tak pasti.
Aku manusia biasa yang punya hati dan perasaan.
Aku manusia biasa yang punya fikiran dengan bermacam aneka kekeliruan.
Aku manusia biasa yang dan desir angin membikin hatiku rindu.


adios,
silentmeteor

Beyond Me

Friday, March 18


Again, Again, Again.
There's something beyond me.
There's something above me.
There's something inside me.
Oh Lord.
I need You now.
Devastated.
Cries.
Lonely.
Missing.
There's something beyond me
There's something above me.
There's something inside me.
Its my walk of life.

adios,
silentmeteor.
Friday/12.22pm