Setelah sekian lama...

Thursday, February 22

Assalamualaikum,

Lamanya tak update. Hehe.




Tanggal 5 Februari 2007. Terharu sungguh daku. Umi memasak pulut kuning berbetuk 18. Huhuhu~


Tanggal 10 Februari 2007. Dua orang kawan baik saya, Aina dan Izzati membawa saya ke Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk menyambut hari jadi saya. Sekali lagi saya terharu. Surprise Birthday Picnic!


Tanggal 11 Februari 2007. Usaha berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil. Kami akhirnya bersepakat menggunakan duit kelas untuk mengadakan Hi-Tea di Kelab Darul Ehsan. Tanggungjawab saya selesai akhirnya. Terharu saya dengan kedatangan rakan sekelas[lelaki] yang memuaskan. Saya tidak menjangka mereka sanggup bersua muka dengan kami semua. Namun, saya silap. Mereka lebih menghargai persahabatan.
Rindu di hati terubat jua. Entah bila kami dapat berkumpul sebegini dan berkongsi kisah-kisah alam persekolahan. Dari kiri: Diyana, Adilah, Iman, Izzah, dan Athiyah.
Tiada dalam gambar: Syazana, Afiqah dan Farhanah


Tanggal 13 Februari 2007.
Hari jadi Yam [ adik saya]. Buat pertama kali dalam sejarah masakan saya, saya berjaya memasak Blueberry Cheesecake dan Apple Pie. Saya sendiri terharu dengan kebolehan saya. :P Tidaklah setanding Secret Recipe, tapi bolehlah dimakan dan tidak mendatangkan sakit perut. Hehe.

Tanggal 14 Februari 2007. Sedang rakyat dunia sibuk menyambut Hari Kekasih, saya dengan berani melangkah dengan penuh tabah dan tenang ke klinik Dr. Zalina [ ibu Afiqah]. Bertemankan senyuman kelat, saya meluahkan hasrat saya untuk menyertai Slimming Programme. Kali ini saya serius!
"Adakah awak highly motivated? Kalau tak, takkan ada hasil"
Terus terang saya katakan, inilah kali pertama saya betul-betul serius.
Pada waktu pagi, saya akan mengambil sebiji pil Appetite Suppressent, Duromine 30mg. Selepas itu saya akan melakukan senaman selama satu jam. [ Jogging, Boot Camp dan Pilates]. Saya tidak makan pada waktu malam dan jarang-jarang pada waktu tengahari. Pada waktu malam pula saya akan mengambil 2 biji pil untuk mencuci perut [ untuk menyahtoksik aganya]. Pencapaian saya yang paling tinggi setakat ini ialah, kini, I'm a sugar-free person. Sudah seminggu lebih saya tidak meneguk apa-apa jenis air yang mengandungi gula. Sky Juice saja menjadi pilihan.
Moga-moga kali ini saya berhasil. Bukanlah niat saya untuk menggembar-gemburkan perihal saya ingin menguruskan badan, cuma saya ingin semua tahu, kini saya sudah mengerti peribahasa " di situ ada kemahuan, di situ ada jalan".
Determination is the key of success! Sayang sungguh, setelah 18 tahun, baru saya mengerti semua ini.
Tiada apa yang mustahil di dunia ini selagi kita berusaha dan bertawakkal kepadaNYA. Mudah-mudahan semua yang membaca akan cuba memahami apa yang saya ingin sampaikan. Sebenarnya 'susah' itu cuma satu perkataan. Apabila kita berada dalam situasi tersebut dan mengalaminya, kita akan tahu bahawa susah itu cuma satu perasaaan.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui...

Sedikit sebanyak aktiviti yang saya lakukan sepanjang bulan Februari.

eymand~

p/s: Keputusan SPM bakal diumumkan... Doakan yang terbaik buat saya.. :)