Menjadi dewasa

Monday, December 1
Assalamualaikum,

Meniti usia 20-an, terlalu banyak memori singgah di kotak fikiran saya. Seakan-akan baru semalam saya menghayun langkah terakhir-keluar dari bumi Al-Amin. Saya membesar di situ.

Satu fakta yang akan menemani saya hingga ke akhir hayat.

Raka-rakan mulai membuka tirai hidup yang baru. Ada yang sudah bergelar bapa. Ada yang merancang untuk membina masjid. Ada yang bermain cinta. Ada yang tekun menuntut ilmu. Ada yang jauh di mata. Ada yang dekat di hati.

Semuanya mengusung cerita masing-masing.

Setahun di perantauan betul-betul menguji saya sebagai seorang sahabat dan rakan. Kadang kala saya memarahi diri kerana tidak mengetahui khabar terbaru rakan-rakan. Adakah semua ini akan berterusan. Saya harap tidak. Persahabatan yang telah kami semai di bumi itu menjadi suatu perkara yang amat berharga. Tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.

Benar kata orang, sewaktu kita kecil, kita mahu menjadi dewasa. Apabila sudah dewasa, kita lemas dalam lautan memori. Begitulah manusia.

Menjadi dewasa sebenarnya lebih daripada itu. Lebih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, keputusan yang perlu dibuat dan bermacam-macam lagi hal duniawi yang menghimpit diri. Namun, menjadi dewasa bermakna, kita semakin dekat dengan penghujungnya. Semakin banyak dosa yang dilakukan. Semakin banyak masa yang telah dilalaikan. Semakin banyak peluang-peluang pahala dibuang begitu saja.

Apa yang telah kita lakukan selama ini? Tepuk dada, tanya iman.

****

Sebetulnya, apabila semakin matang, akal yang diberi percuma seharusnya digunakan secara maksimum. Perkataan " Mumaiz" sudah tidak logik lagi untuk digunakan.

-Hidup sudah selama 20 tahun, tapi baru nak mencapai mumaiz? Musykil sungguh? Adakah 19 tahun dibazirkan dengan menjadi seorang yang tidak siuman? atau pun hilang ingatan? ataupun koma semenjak lahir? Tepuk dada, tanya iman.

Sebetulnya, persoalan-persoalan yang mudah (dari segala segi, mahupun agama, ataupun kendiri) boleh dijawab dengan betul, tepat dan waras. Maka, berlagaklah seperti seorang yang berusia 20 tahun walaupun secara batinnya, anda tidak.

eymand





1 comment:

Anonymous said...

salam...
apabila baby menjadi kanak2 girang...yg si nakal telah pun dewasa dan yg remaja mula melangkah matang ..senyum sinis dilemparkan kerana kami semakin tua..."mulai ke penghujungnyer"..memang fakta.
tentunya bagi kami mahu dihabiskan sisa2 hidup ini dgn bekalan yg sentisa terpaksa berjuang untuk mendapatkannya.Juga membuat kebajikan dan kebaikan untuk yg lain.
warnai hidupmu agar ianya bisa menjadi lukisan yg indah untuk di lihat,dikenang juga di hakimi di depan Allah agar ianya memang2 berharga didunia mahupun di akhirat sana...salam perjuangan