I rest my case!

Wednesday, April 29
Assalamualaikum,

There's nothing more to say!

I'm proud of you guys!!!



eymand

ps: I personally wished them good luck this morning.
Thanks Wani!

(thanks Qila for the pics)

Akhirnya. Kita bertemu di FINAL.

Tuesday, April 28
Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Penantian tiga tahun berhasil.
Walaupun bukan Al-Amin yang memasuki final.
Saya tetap berbangga dan seolah-olah sekolah saya yang memasukinya.

FINAL Bahasa Melayu
SMI Hidayah Johor VS STAR


FINAL Bahasa Inggeris
SMI Hidayah Johor VS SMK Greenroad

3 tahun lalu,
kami telah sediakan satu laluan untuk mereka.
Semoga urusan mereka dipermudahkan.

Senior-senior SMI, tidak kisahlah anda daripada SMI Al-Amin, Hidayah, etc, marilah meraikan adik-adik kita esok. Buat julung-julung kalinya dalam sejarah.

Rahsia kejayaan mereka?
Sudah tentu,
TARBIYYAH yang MANTOP

Selamat bersidang esok!
Doa dari bumi anbiya' selalu mengiringi..

eymand.

Saya tahu, ini cerita lama.

Sunday, April 26
Assalamualaikum,

Pada mulanya, saya memang tidak mahu menulis entri ini.
Namun, saya terLAMPAU teruja dan asyik terkenang kisah lama.

(tambah terUJA apabila mengetahui SMI Hidayah Johor berada antara 5 ranking teratas, mencatatkan rekod bersih: 6 perlawanan tanpa kalah.

Jika dulu, sekolah-sekolah SBP dan elit sahaja yang akan berada di situ.
Hari ini, SMI membuktikan bahawa kita juga boleh!)


Siapa mereka?
Mereka buat saya tidak tidur malam dua tiga hari ni.


Abaikan yang berbaju merah dan kuning itu. Saya mahu anda fokus kepada yang memegang kertas bertulis: " GO AMIRAH ANDALUS" (ANDALUS=BADAR)

Sekali dia melangkah ke arena ini, dia tahu, dia menggalas satu tugas yang sukar.
Dia membawa nama Al-Amin di bahunya.
Saya tahu, dia tidak akan berpatah balik. Dia akan terus mara.

Saya pun tidak kenal siapakah gadis ini. Cuma saya percaya, dia akan menjadi 'yang terbaik'.
Tunggu.
(Okay, dr Qila: name dia Izyan laa)

Walaupun sudah 3 tahun berlalu.
Saya masih lagi nervous setiap kali April menjelma.
Hanya mereka yang bersama-sama 'kami' sahaja memahami mengapa.
Cerita kami unik.
Cerita kami berbeza.
Kami memakai blazer pelbagai warna.
Kami memakai kasut kanvas lusuh.
Kami dari kampung Sg. Pusu
Kami dari Al-amin.
Kami pernah membuktikan.
Kami bukan jagoan kampung semata-mata.


Iman
Ammar
Amir
Muadz
Rahman
Abdullah Hafiz
Sabirah
Wafda
Ashraf a.k.a John
Muhaimin MMK
Rahman Roozali
Izzah
Rabiatul

not to forget: Amarul

Rashid: dari budak-budak sampailah jadi KU
haha..penyokong setia.

Gambar 'cari pasal' punya!

eymand


April 23

Thursday, April 23
Assalamualaikum,


Aiseh. Kene promote la pulak...


SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE- 19!
Nama: Rahman Dashuki
Status: Single-mingle...(sile2...)
- Budak pandai dari Alex..huish... result dia...fulamak... T_T...
- Pandai main SLR

Man,
Happy birthday,

jangan stress,
jangan tension.

Study relax2..
Doa banyak2..

Nanti kalau tak sempat jumpa before balik,
kita jumpa kat rumah je..

luv ya bro!

kak iman

Datang lagi.

Friday, April 17
Assalamualaikum,

Bila stress,
dia datang.

Bila nak exams,
dia datang.

Allahumma afini fi badani..

eymand.

PT. 3

Monday, April 6
Assalamualaikum,

Saya penat hari ini. Namun ada kerja yang belum diselesaikan. Saya telah memulakan sesuatu dan saya perlu selesaikannya secepat mungkin agar hati-hati yang telah menjadi lembut atas hidayah dan nuur Allah dipandu ke jalan yang betul. Semoga anda beroleh sesuatu.

Saya menulis bukan untuk suka-suka.

'Wah, penulisan Iman best la'

Semakin banyak yang memuji, semakin saya terasa berat beban yang dipikul.
Saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis. Begitu juga anda, blogger di luar sana!


Saya bertanggungjawab terhadap mereka semua yang terkesan dengan entri saya. Semakin banyak yang membaca, semakin saya 'cuak'.

Adakah mereka faham apa yang saya bawa? Apa yang saya suarakan masuk dan melekat di dalam hati? Bagaimana jikalau mereka tersalah anggap?

Saya hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya dan juga mereka yang berurusan dengan saya. Ya! Anda!

Sebelum meneruskan entri kali dengan topik yang akan membuatkan anda semua terdiam (termasuk saya), saya ingin berterima kasih kepada saudara Abdul kerana menegur entri saya yang lepas. Kata beliau:

"hati adalah raja..bukan akal..akal membantu hati mengawal nafsu..hati yg beriman, akan dibantu akal yg berilmu untuk mengawal nafsu yg liar..ramai yg punya akal, namun takhta hati sudah kering berhabuk kerana lama tidak berfungsi.."

Terima kasih.

Sekali lagi, saya ini seorang hamba yang ilmunya masih kurang. Salah silap, harap dibetulkan.

Peranan seorang sahabat.

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan sahabat?
Err, anda berani mengaku anda seorang sahabat?
Saya sendiri pun belum lagi berani untuk mengisytiharkan bahawa saya seorang sahabat kepada seseorang.

Bukan belum bersedia.
Banyak lagi yang kurang pada diri, belum layak dipanggil sahabat.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, mengapa isu sahabat pula yang ditimbulkan. Err. Bukan kita sedang berbincang soal couple?

Bagi saya, sahabat memainkan peranan yang penting. Sangat penting. Sama ada dalam proses MENCEGAH mahupun MENGUBAH.

Saya mengeluh. Sebenarnya, dalam banyak-banyak isu yang saya bangkitkan dalam hal couple ini, perkara ini yang paling saya ingin ketengahkan kerana saya tahu, ramai lagi diluar sana tidak sedar akan masalah ini. (saya pun baru sahaja menyedari perkara ini..)

'Kiah, kiah, tu pakwe kau lalu. Eleh, malu-malu pulak kau eh...'

'Jenab, sekarang ni, berseri-seri aku tengok kau ni.. Mentang-mentanglah dah berpunya..'

'Saman, beruntunglah kau dapat makwe yang baik macam Timah tu.'

Hmmm.
Apa kata anda?

Seorang sahabat ialah seorang yang akan menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri. Jika anda sedar akan keburukan couple ini dan menjauhinya, sudah tentu anda juga tidak mahu sahabat/rakan/kawan anda juga terjebak kedalam lembah couple ini. Bukan begitu? Jika anda hanya menyimpan ilmu dan pengetahuan serta pengajaran di dalam poket, maka lupakanlah/janganlah sesekali anda memanggil diri anda seorang sahabat. Malulah kepada diri sendiri.

Jika anda sudah terkesan dengan dua entri yang lepas tetapi anda masih lagi tidak mampu untuk menegur insan-insan yang 'berdekatan', anda tidak memahami apa yang saya ingin sampaikan secara total. Masih ada lubang-lubang kosong. Dan, berusahalah untuk menampalnya.

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik R.A, sabda Rasulullah S.A.W:

Tidak beriman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri. (Al-Bukhari dan Muslim)

Senario hari ini menyaksikan mereka yang dipanggil rakan, kawan mahupun sahabat 'menyokong' secara tidak lansung pasangan yang bercouple. Mereka seolah-olah bersetuju dan mengiktiraf perbuatan rakan mereka sedangkan mereka tahu, perbuatan ini salah.

'Alah, malas la aku nak komen dia tu. Kang, tak pasal-pasal perang dunia pulak. Aku berlapang dada aje lah. Yelah, dia kan sekuliah/housemate/roomate aku..'

'Hmm... Asalkan aku tak jadi macam tu, Alhamdulillah..'

Tahukah anda, anda seorang yang bermuka-muka? Pentingkan diri!

Saya juga pernah tergolong dalam golongan itu. Namun, saya tersedar dan tindakan pertama saya adalah saya tidak lagi mengusik rakan-rakan yang bercouple. Ya, saya tahu, kadang-kala kita berniat untuk memerli, supaya mereka yang bercouple menyedari bahawa kita tidak suka perbuatannya dan perbuatannya salah. Namun, apabila saya kembali waras dan berfikir menggunakan logik, perbuatan kita itu hanya memburukkan keadaan.

Mungkin, rakan kita itu tidak lagi akan bercerita tentang pasangannya ataupun aktiviti yang mereka lakukan, perbualan telefon mahupun sms cinta kepada kita hanya kerana kita tidak suka. Namun, hakikatnya, dia masih lagi bercouple tetapi siiirrr gitu... (takut diperli lagi)

Dalam situasi ini kita tidak mencegah mahupun mengubah tetapi kita hanya mengurangkan dosa mengumpat. Kita menjadi seorang yang mementingkan diri. Kita hanya mahu diri sendiri tidak berdosa; dan kita biarkan insan-insan yang rapat dengan kita hanyut dalam dosa..

Sahabatkah kita?

Saya sertakan di sini sebuah link:
How to be a good friend.
Ya, bukan dari laman islamik, namun terdapat beberapa point yang islamik. (Orang pernah berkata: kadang-kala attitude seorang non-muslim lebih baik dari seorang muslim)

- Be honest (Jujur)

- Watch out for your friend ( Jaga rakan anda)
Satu point yang cukup menarik. Dalam laman web tersebut, dinyatakan bahawa untuk menjadi seorang rakan yang baik, kita perlu menjaga rakan kita daripada melakukan sesuatu yang bahaya kepada dirinya. Diberi contoh: jauhkan rakan kamu dari alkohol jika dia ada potensi untuk mabuk, jika rakan anda sakit dan tidak datang ke sekolah, bantu dia dalam pelajaran yang dia tertinggal.

-Give advices and perspectives (Beri nasihat dan pandangan)
Kalau nasihat mestilah ke arah kebaikan kan?
Nasihat selalunya sinonim dengan kebaikan.
Bukan begitu?

-DONT be selfish! ( Jangan pentingkan diri.)
Saya tidak mahu kupas point ini.
Tepuk dada, tanya iman. (puh-lease, jangan tanya saya.)

-Live by the golden rule: Always treat a friend as you would want to be treated. ( Layan rakan anda sebagaimana anda mahu dilayan.)
Sebetulnya, saya amat suka point ini.

Contoh:

A. Jijah tidak suka pintu toilet diketuk ketika dia berada di dalamnya (di mesir, menjadi kebiasaan arab-arab akan mengetuk pintu toilet. Walaupun anda baru sahaja 5 saat memasuki toilet tersebut). Jadi, Jijah tidak akan mengetuk pintu toilet sesiapa walaupun pada masa itu, Jijah 'amat' memerlukannya.

B. Kamal tidak suka diejek, maka dia tidak akan mengejek orang lain.

Lihat! Mereka yang non-muslim sendiri tahu bagaimana hendak menjadi seorang rakan yang baik. Jika kita dapat adapt point tersebut terhadap situasi kita. Rakan kita 'sakit' atau sedang melakukan sesuatu yang akan membawa keburukan kepada dirinya sendiri. Maka, sebagai kawan perlulah kita untuk membantu dia. Jika kita tidak membantu mereka, kita sama seperti:
Contoh:

A. Anda tahu rakan anda mempunyai potensi untuk mabuk tetapi anda menggalakannya mengambil alkohol lebih dari sepatutnya. Rakan anda memandu pulang ke rumah sendirian. Terlibat dalam kemalangan dan mati.

B. Rakan anda sakit, tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Minggu hadapan, ada ujian bulanan tetapi anda tidak memberitahu rakan anda mengenainya dah tidak membantu dia di dalam pelajaran. Dia gagal dalam ujian tersebut.

Jikalau perkara ini terjadi, anda mungkin sudah dilabel seorang yang berperangai buruk, jahat, dan sebagainya. - ini jikalau di negara barat.

A. Anda mungkin boleh didakwa atas tuduhan membunuh dengan tidak sengaja.
B. Rakan anda itu mungkin tidak mahu berkawan dengan anda lagi.

Tapi, kita ini muslim. Kita ini insan-insan yang terpilih- diberi peluang mengucap kalimah syahadah. Perjalanan kita belum tamat lagi. Bukan setakat label-label atau gelaran yang akan kita dapat mahupun dakwaan yang akan diterima, tetapi mahkamah Allah menanti di Masyar. Rakan-rakan kita yang tidak ditolong, akan mengungkit di Masyar kelak.

Maka, apa hujah kita nanti?

Dua jalan telah terbentang di hadapan.
Akal dan ilmu pun sudah ada.
Maka pilihlah yang terbaik.
Yang terbaik itu semestinya jalan menuju ke syurga.

Kita mahu menjadi seperti Abu Bakar.
Biar dirinya yang kesakitan, tetapi tidak Rasulullah.

Kita mahu menjadi Talhah bin Ubaidillah,
Biar jarinya terputus di Uhud demi menyelamatkan Rasulullah.

Kita mahu menjadi Ali bin Abi Talib,
Biar dirinya mengganti tempat Rasulullah, dalam cubaan membunuh baginda.

Kita mahu menjadi seorang sahabat/rakan yang baik.
Maka, mulakan langkah yang pertama.
Sesungguhnya langkah pertama itu akan membawa kepada langkah-langkah yang seterusnya.

Semoga kita thabat di jalan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

eymand

ps: Kemungkinan besar PT 4 akan menghadapai kelewatan.
Maaf. Peperiksaan menanti.
Mari, sama-sama kita musahabah.

PT. 2

Sunday, April 5
Assalamualaikum,

Bagaimana hendak mengawal nafsu?

Seperti yang dijanjikan...

Alhamdulillah, banyak respons positif yang diterima. Tanda blog ini masih punyai pembaca.
Sebelum menghurai dengan lebih panjang persoalan-persoalan yang berbangkit, ingin saya mengingatkan sekali lagi, saya ini ilmunya masih kurang. Salah silap harap diperbetulkan.

Saya juga tidak mahu menjadi polis cinta. Menyerang secara membabi buta.
Saya mahu kita semua kembali kepada tujuan penciptaan kita. Seorang hamba dan khalifah.
Sebelum menjadi seorang khalifah, marilah kita sama-sama menjadi hamba yang sempurna dahulu.

Berbalik kepada persoalan yang telah menghasilkan 9 komen. (setakat ini)
Maaf jika komen anda tidak berbalas. Jangan risau, semuanya telah dibaca dan dihadam dengan baik.

Setiap manusia punyai nafsu. Tiada siapa yang boleh membantah fakta ini. Namun, setiap orang mempunyai tahap/taraf nafsu yang berbeza-beza. Ada yang lebih, ada yang kurang. Ada yang boleh mengawal nafsu dengan baik dan ada pula yang masih berusaha untuk mengawal nafsu.

Dalam konteks couple, nafsu memainkan peranan penting. Tanpa nafsu, tiada couple. Betul?

Mungkin perkataan nafsu itu terlalu berat. Baiklah, bagaimana dengan 'kehendak'/'mahu'?

Jika tiada kehendak yang lahir dari hati seseorang, maka sesuatu perbuatan itu tidak akan terjadi. Akal dan hati yang mengawalnya. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

Tapi, mengapa kita hendak melalukan kesalahan?
Err, mengapa hendak melakukan dosa?
Sekali lagi saya menjadi polis cinta.Maaf

Mengapa anda memilih jalan yang akan memudaratkan?
Hmm. Saya mengeluh.

Saya juga insan biasa. Mungkin di sisi Allah, anda lebih tinggi darjatnya dari saya.
Saya punyai nafsu. Saya masih dalam usaha untuk mengawal nafsu.
Nafsu makan. Nafsu tidur. Nafsu malas. Nafsu perkara lagha.
Saya belum diuji dengan nafsu bercouple. Mintak-mintak dijauhkan. Nauzubillah.
Kadang-kadang pernah juga saya terfikir:

'Best ke couple ni? Ada orang suka dekat kita. Sayang kita. '

Best ke? Hmmmm. Best ke buat dosa?
Saya kelihatan terlalu tegas. Maaf.

Hmmm. Saya tahu, perasaan, nafsu, hati sangat susah untuk dijaga.

Lebih-lebih lagi masa kini. Terlalu banyak musuh-musuh Islam cuba untuk menggoyahkan hati syabab dan fatayat Muslim. Saya mengaku, kadang-kadang saya pun goyah dengan tipu daya dunia.

Pandang kanan, maksiat
Pandang kiri, zina
Ya Allah! Macam mana saya hendak mengawal nafsu!
(sila jangan salahkan environment!)

Akal adalah raja. Nafsu adalah hamba.
Biarlah akal yang memandu nafsu.
Bukan nafsu memandu akal.

Kesimpulan

Apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian menggambarkan sebenarnya bagaimana kita berfikir. Sama ada dengan menggunakan akal ataupun mengunakan nafsu.

Kamu dapat apa yang kamu lihat.
Dan siapa diri kamu menggambarkan apa yang kamu lihat.

Saya memandang remeh cintan-cintan, maka saya tidak bercouple.
Ada pula yang mengagungkan cinta, maka dia bercinta.
Ada yang merasakan cinta itu perlu.
Ada yang merasakan tidak, dan bermacam-macam lagi pandangan yang berbeza-beza.
Dari mana datangnya pelbagai pandangan ini kalau bukan dari akal ataupun nafsu.
Lebih molek lagi jika saya katakan, dari pandangan seorang hamba yang takut kepada Tuannya ataupun daripada seorang yang bertuankan nafsu.

Secara total, untuk mengawal nafsu, kita perlu bersama-sama membersihkan hati dan kembali menjadi hamba yang merendah diri.

Seorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada Allah, mengingati mati, takut akan azab Allah, merindui syurga Allah tidak akan sesekali akan MENCUBA kelazatan dunia yang tipu belaka.

Dia tahu, ganjaran Allah lebih sedap dan syok.
Cinta yang halal lebih syiok daripada cinta yang haram.

Lebih menguntungkan.
Lebih hebat.
Semuanya lebih.
(Macam buy 1 free 2)
Maka, dia tidak akan mencuba.

Analogi:

Sebelah rumah saya ada dua kedai makan. Kedai Timah dan Rokiah. Kedai Timah besar, luas dan ada air-cond. Punyai makanan yang sedap, tapi kedainya kotor sedikit lah. Kedai Rokiah pula sempit dan tidak cantik. Makanannya sedap, bersih pula tu.

Yang mana satu pilihan anda?

1. Banyakkan qiamulail
2. Banyakkan zikrullah; Dengan berzikir mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
3. Sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah; supaya diri tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara lagha.
4. Banyakkan ibadah untuk men'top-up'kan/ meneutralkan kesalahan yang kita pernah lakukan.
5. Sentiasa ingat janji Allah
6. Jikalau semua yang di atas tidak berhasil, maka halalkanlah cinta melalui perkahwinan.

Nantikan PT. 3!

eymand

ps: Saya tahu isu ini bukan mudah. Saya tidak anti mereka yang bercouple. Saya hanya tidak suka perbuatan mereka. Saya tidak mendiskriminasi sesiapa. Saya juga tidak sempurna. Saya banyak kekurangan. Apa hak saya untuk membenci? Saya hanya cuma mahu kita bersama-sama merasai kemanisan 'al-fahmu' dan 'amal'. Saya mahu kita bersama-sama melaksanakan syahadah. (Kata kuncinya: bersama-sama)

Saya tahu dengan hanya satu post sahaja tidak boleh mengubah semuanya. Saya tidak mengharapkan mereka yang bercouple yang kebetulan membaca post ini untuk clash. Saya tidak mahu mereka putus kerana couple itu haram- tanpa memahami dan menyelami mengapa couple itu haram. Saya tidak mahu sesiapa membuat keputusan tanpa bertanya dan belajar. Saya lebih suka dan hormat mereka yang lebih banyak bertanya: "Kenapa?", daripada mereka yang hanya diam, mengangguk sedangkan mereka tidak faham.

Hal ini bukan soal boleh atau tidak boleh tetapi memahami MENGAPA tidak boleh. Sesuatu yang memerlukan masa dan proses yang lama. Sama sahaja prosesnya dalam konteks: Pakai tudung atau tidak.

'Saya pakai tudung sebab mak saya pakai tudung'

'Saya solat sebab ustazah suruh solat'

'Saya baca doa makan sebab kawan saya baca doa makan'

Apabila ditanya kenapa? Semuanya ternganga.

Kepada para Daei mahupun polis cinta (dan diri saya), sebelum anda semua melakukan 'kerja', muhasabah wasilah yang hendak dibawa. 'Saya tahu dan beramal' adalah matlamat tetapi 'Saya tahu kenapa saya beramal' itu lebih diidam-idamkan. Mari MENGUBAH, bukan hanya MENCEGAH.

Saya tahu, post ini kelihatan berat. Seolah-olah hanya difahami oleh orang yang memakai kopiah dan tudung (bidang 45,55,60 etc). Mungkin mereka yang belajar di Mesir akan faham. Bagi mereka yang free hair, rokok masih lagi ditangan, waktu solat pun ingat-ingat lupa, mungkin tidak sesekali memahami isi yang tersurat serta tersurat dalam post ini.

'Eleh, ustazah mane plak bagi ceramah pasal couple ni. Naik buta mata aku baca. Hidup aku, suka hati lah, Kisah apa. Konon alim! Kubur lain-lain daa. Kesian ustazah ni, tak de orang nak, sebab tu dia tulis macam ni. Jeles.'

Saya pernah menjadi muslim biasa, saya tahu akan ada secara tidak lansung akan kewujudan respons sebegitu. Bagaimana saya mahu membuat anda dan golongan anda faham? Hmmm. Sebenarnya anda tahu akan hakikat yang sebenar tetapi anda takut dan tidak mahu membuka hati anda kepada kebenaran. Hidayah Allah masih dalam perjalanan.

Maka, para daie sekalian, persiapkanlah dirimu! Jangan biarkan mereka mengungkit di Masyar kelak!

to cg arash: InsyaAllah ana akan selitkan. Thanks for the comment.

Selamat bermuhasabah!

فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَڪِّرٌ۬ (٢١) لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ (٢٢

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu(21). (22) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar.

(88:21-22)


Apabila nafsu menguasai diri. Semua hukum ditolak ke tepi. PT 1

Friday, April 3
Assalamualaikum,

Kadang kala saya bukanlah yang terbaik untuk memberikan pandangan.
Walaupun saya telah melalui pelbagai stesen penapisan dalam perjalanan kehidupan, saya bersyukur saya tidak melalui penapisan di stesen 'couple'.

Saya sememangnya suka bercerita melalui pengalaman. Namun, saya tidak pula merasakan bahawa saya tidak mampu untuk mengulas tentang hal ini. Ingat, saya juga manusia biasa. Perempuan, berusia 20 tahun, mempunyai hati, perasaan dan nafsu. Itu fakta. Saya tidak nafikan.

Dalam dunia ini, terdapat dua golongan.
Mereka yang tidak tahu, yakni jahil dan mereka yang tahu.

Golongan yang tahu pula terbahagi kepada dua:

A) Mereka yang tahu dan mengikut segala arahan tanpa was-was.

B) Mereka yang tahu tetapi cuba untuk lari dari kenyataan dan sedapa upaya memanipulasi keadaan supaya mereka kelihatan seperti tergolong dalam golongan mereka yang tahu dan melaksanakan 'syahadah'.

Saya tidak anti dan geram kepada mereka yang jahil. Saya geram kepada mereka yang tahu tetapi menipu diri sendiri.

Ya Allah. Sekali lagi saya kalah dengan nafsu.
Nafsu amarah membuatkan saya bengang.
Jelas. Saya juga manusia biasa. Punya perasaan dan nafsu.
Persoalannya, bagaimana saya ingin mengawal nafsu?
Err, bagaimana KITA semua hendak mengawal nafsu?


A) Tahu couple itu HARAM, tetapi masih melakukannya; dengan alasan, "InsyaAllah, kami akan berkahwin. Sedang menunggu masa yang sesuai sahaja", e.g : belajar dulu, kumpul duit dulu, tunggu abang/kakak sulung berkahwin dulu.

Tahukahkah kamu matlamat tidak menghalalkan cara?
Ah, ayat ini cliche. Saya tahu! Sangat kuno, kolot dan sudah biasa digunakan.

Analogi:
Saya lapar. Saya membeli makanan. Saya makan. Saya kenyang. Alhamdulillah.

Saya lapar. Saya mencuri makanan. Saya makan. Saya kenyang.

Lihat. Perkara yang sama, dilakukan dengan cara yang berbeza.
Satu- pahala. Satu- dosa.

Sama juga dalam bercouple dalam konteks pra-perkahwinan.
Anda akan berkahwin-insyaAllah akan beroleh pahala tetapi dalam perjalanan ke arah kebaikan, anda melakukan dosa.

Analogi:
Anda diberi 50 ringgit-duit tambang ke KLIA. Dalam perjalanan, anda telah memandu dengan laju, sehingga ditahan polis, disaman dan didenda. Jumlahnya 100 ringgit.

50-100= -50

Bersamamu akal, berfikirlah..

B) Tahu couple itu HARAM, tetapi tidak sanggup untuk meninggalkan 'kesyokkan/kesedapan' couple.

Saya tidak tahu kesedapan bercouple.
Telefon/ sms- bertanya khabar setiap hari.
Seriuosly, Umi saya pon tidak dilayan sebegitu.
Aman, adik saya yang hensem lagi tampan pun tidak menerima layanan sebegitu dari saya.
Mereka darah daging saya. Satu darah. Satu jenama.

Mengapa orang lain yang tidak ada kena mengena dengan saya 'perlu' menerima layanan yang lebih baik dari ibu saya? Saya tidak faham kerana saya tidak pernah bercouple. Sungguh, saya tidak faham. Saya bersyukur tidak diberi kefahaman tentang perkara ini. Perkara ini salah. Alhamdulillah, Allah memelihara saya.


Sedangkan Rasululullah pernah bersabda:
Dari Abu Hurairah RA, bahwasanya ada seorang anak lelaki datang kepada Rasulullah SAW. Ia berkata, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Kemudian ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia masih bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Bapakmu.'' (HR Bukhari dan Muslim).

Jikalau anda tidak lagi melayan ibu anda dengan baik, 3 kali ganda daripada kebiasaanya, dalam setiap perbuatan yang kita lakukan, lupakanlah untuk bercouple. (Sila jangan bercouple!)

Sedap dan syok?
Ketahuilah setiap 'kesedapan/kesyokkan' itu adalah istidraj dari Allah.
Semakin lama, semakin jauh dari Nur dan hidayah Allah.
Sama-sama bermuhasabah...

Kering idea. Lapar. Nasi lemak memanggil.
Part 2 menyusul.


eymand.
p/s:

Umi kata, saya seperti mahu marah.
saya nampak seperti mahu marah ke?
Saya tidak marah.
Saya ingin mengingatkan.
Siapa yang tidak tahu InsyaAllah akan menjadi mereka yang tahu, seterusnya beramal dengannya.
Siapa yang terlupa, insyaAllah tidak akan lupa lagi.

Saya mahu menjadi seorang yang memberi dan bukan asyik menerima.
Sekurang-kurangnya, ada hujah di Masyar kelak.

Oh ya, Islam itu syumul. Semua telah digariskan.
Next time, kita akan berbincang macam mana hendak mengawal nafsu, peranan sebagai seorang rakan, dan lain-lain hal berbangkit.

Mungkin kali ini, saya menegur, memberi.
Siapa tahu, esok lusa saya pula yang ditegur, yang menerima.
Moga-moga kita terus thabat dan dipelihara oleh Allah.

Oh ya, saya mengalu-alukan pendapat yang lebih awla.
Hamba ini, ilmunya masih kurang.
Salah silap akan diperbaiki.

Selamat bermuhasabah!