Post-post saya kebelakangan ini semuanya lebih kepada pengalaman cabaran hidup yang saya alami setiap hari. Sekali lagi saya berasa kecewa. Bukan kecewa tentang double personality sesetengah orang, tetapi kecewa apabila orang-orang tersebut mempertikai dan mengambil ringan hukum Allah.
NAUZUBILLAH!
Memang kita ini sudah memasuki gerbang akhir zaman. =(
Cuba kita renung kembali,
Allah telah menciptakan kita, memberi kita kehidupan, memberi kita nyawa untuk merasai kebesaran-NYA, memberi kita perasaan, boleh dikatakan, kita sudah cukup bertuah. Tambahan pula, makhluk yang diberi nama manusia dikurniakan aqal. Tidak cukup bertuahkah kita?
Allah hanya meminta kita melakukan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA. Tapi, kita memang tamak. Tidak pernah bersyukur atas setiap apa yang telah dikurniakan, bahkan meminta lebih, memberi/menunaikan kurang.
Malahan, ada di kalangan kita cuba mempertikai hukum-hukum Allah. Siapa kita untuk melakukan perkara-perkara seperti itu? Besar sangatkah kita? Kuat sangatkah kita? Jika kita benar-benar KUAT dan BESAR, cubalah cipta satu sistem hukum-hakam yang lebih baik dari hukum Allah. Nescaya tiada siapa yang dapat menandingi sistem undang-undang Allah.
Maha Besar Allah!
Memang manusia itu jahil, tetapi janganlah kita menjahilkan diri kita lagi.Cukuplah dengan kerosakan-kerosakan yang telah umat manusia lakukan di bumi Allah ini. Tidak malukah kita dengan Allah?
Mengapa saya timbulkan isu-isu ini?
Semua ini kerana saya sudah jelak dengan sikap sesetangah orang yang masih belum sedar tentang kemanisan iman.
Paling menyedihkan, mereka bukan orang-orang yang jahil. Mereka adalah orang-orang yang mendalami agama. Orang-orang yang mengkaji sirah kaum-kaum terdahulu, yang mendalami ilmu al-Quran, as-Sunnah, yang mendengar pengisian-pengisian dari ustaz-ustazah. Adakah memang benar sangkakala sudah mula ditiup?
Saya sedar, tiada gunanya saya membebel-bebel di sini kerana tanpa hidayah Allah, seseorang itu tidak akan berubah dan menyedari bahawa semua yang ada di sekeliling kita milik Allah dan kita harus bersedia jika Dia ingin mengambilnya semula.
Maafkanlah jika saya terlalu beremosi. Saya hanya mahu mengingatkan kepada barangsiapa yang sudah terlupa. Moga-moga anda semua mendoakan saya berjaya membantu orang-orang tersebut untuk berfikir sejenak tentang betapa kerdil dan hinanya kita di sisi Allah.
Renungkanlah
adios,
DinaDarling
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment