9A, Dateline dan Azam Baru

Thursday, December 22
Assalamualaikum,

Hari ini keputusan PMR diumumkan. Gembira tidak terhingga apabila adik saya, Aman mendapat 9A PMR dan 6A PMRI. Dia telah mengatasi saya kerana saya hanya mendapat 6A PMRI [pada masa itu PMRI kesemuanya 7A, kini hanya 6A]. Tidak saya sangka perasaan berdebar-debar ketika hendak mengambil keputusan berulang sekali lagi. [ Saya yang dikehendaki mengambil keputusan Aman - umi dan abah kini berada di Madinah].

Selepas berakhirnya kelas Biologi pada pukul 12.30 tengah hari, saya segera bergegas ke pejabat. Kelihatan kawan-kawan Aman[ Muhaimin, Nad, Hafiz, Basith] sudah berada di sekolah. Mereka semua telah mengetahui keputusan masing-masing dan menunggu saya untuk mengambil keputusan Aman. Syukur ke hadrat Ilahi apabila Aman berjaya juga akhirnya. Tahniah juga kepada Kampung Boyz kerana mereka semua berjaya.. Hidup Titian Cahaya!

Gembira, gembira juga, namun ada satu perkara yang masih membelenggu diri saya - dateline majalah sekolah. Bukan senang untuk menghasilkan sebuah majalah. Mujur ada rakan redaksi yang memberi bantuan dan sentiasa ada bersama saya. Moga-moga saya dapat menyiapkan majalah sekolah dan membuat final check-up sebelum hari Rabu minggu hadapan. Doakan saya berjaya.

Dalam masa lebih kurang seminggu, kita akan memasuki tahun baru. Masa berlalu dengan pantas.
Saya sudah merangka beberapa azam baru yang hendak saya capai pada tahun hadapan dan saya akan mulakannya dari sekarang. Antaranya - rajin belajar dan rajin menulis.

Bercakap tentang azam baru, saya sering tertanya, mengapa ramai orang membuat azam baru hanya pada tahun baru? [ termasuk saya sekali]

Mari kita fikirkan secara logik, jika kita hendak berubah, kita boleh berubah pada bila-bila masa saja. Syaratnya kita MAHU berubah. Mungkin jika berubah dan menanam azam pada tahun baru, impaknya lebih besar. Jadi, marilah kita mulakan hari baru, bulan baru dan tahun baru dengan satu azam yang baru. Semoga hari yang akan datang akan menjadi lebih baik.


adios
eyman

No comments: