Seharian di Mid Valley: Membongkar Realiti Hari Ini.

Thursday, December 1
Assalamualaikum,

Semalam saya dan beberapa teman [ munee, asma, duha, afiqah, nadea, menn dan cegu syikin] pergi ke Mid Valley. Saya dan Munee bertolak dari rumah saya pada pukul 12.05 tengah hari dan bertemu Asma di KL Sentral kira-kira satu jam kemudian. Kemudian, kami segera mengambil tren [komuter] ke Mid Valley. Kira-kira jam 1.15 petang kami tiba di Mid Valley.

Saya tidak dapat menggambarkan betapa ramainya manusia di sana. Lebih memeranjatkan apabila melihat remaja sebaya/kurang daripada saya mengusung teman wanita/teman lelaki masing-masing ke sana ke mari. Sememangnya saya sudah lali dengan keadaan seperti itu [di KLCC misalnya] Cuma semalam saya lebih terkejut daripada biasa. [Mungkin sebelum ini saya ke sana bukan pada waktu cuti sekolah, lebih ramai daripada biasa]

Dalam usia yang belum mengenal erti sebenar kehidupan, mereka sememangnya remaja yang berani mengambil risiko. [Teringat saya kepada beberapa rakan di sekolah. Berani mengambil risiko+licik.] Asma juga menceritakan tentang perkara yang sama yang terjadi kepada rakan-rakannya di sekolahnya. Adakah itu realiti hari ini? Tergolong dalam kalangan remaja TETAPI cara hidup dan kehidupan mereka sama dengan seorang dewasa.Bukan saya nak memboikot/anti kepada mereka ini. Cuma logik menguasai diri saya.

Logik. Logik. Logik.

Bukankan mereka ini sepatutnya melupakan "semua itu" sehinggalah mencapai satu tahap umur yang memerlukan "semua itu" ? Adakah ibu bapa mereka mengetahui perihal anak mereka? tidakkah mereka risau? Satu question mark yang besar berlegar-legar di kotak fikiran saya.

Selepas menunaikan fardu Zohor, kami bertiga bertemu Duha, Afiqah, Nadea, Menn dan Cegu Syikin di Food Court. Sudah lama tidak bertemu, bila dah jumpa, riuh betul. Selepas itu kami Bowling Center. Saya dan Munee sekadar menjadi pemerhati. Lebih kurang pukul 5 petang, kami berdua meninggalkan Mid Valley. Sekali lagi kami menjadi mangsa kesesakan. Berhimpit-himpit di dalam komuter dan LRT. Berbagai ragam manusia yang saya temui. Terasa kebesaran Allah yang menciptakan seseorang itu berbeza dengan yang lain. Maha Besar Allah. Sesampainya kami di LRT Jelatek, kami mengambil teksi dan pulang ke rumah.

Sesekali berjalan dan melihat dunia sekeliling, baru saya sedari, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ada yang bawa kebaikan dan ada yang bawa keburukkan. Semua ini adalah dugaan dan cabaran yang diberi olehNYA supaya kita menjadi insan dan hamba yang lebih bersyukur kepadaNYA. Mungkin semua ini satu ujian untuk melihat sejauh mana kita boleh bertahan dalam meniti cabaran globalisasi yang semakin memesat.

Seseorang itu memerlukan ketabahan mental dan fizikal untuk menempuhi hari-hari yang mendatang dengan hati yang terbuka dan tenang - redha dengan segala apa yang diberi dan cuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya.

adios,
sm

2 comments:

Anonymous said...

goodwork iman...

Anonymous said...

chaiyok2!!
nak shout kat chatbox...chatbox pun tarak..isk3..iman,wat la shouthuns tu cpt2..haha...salute redaksi!!~:P