Warkah yang lewat~

Thursday, December 27
Assalamualaikum,

Saya semakin mengenali manusia. Berpeluang keluar daripada tempurung Al-Amin membuatkan saya semakin dewasa. Tuhan itu Maha Kuasa , dijadikan manusia dalam pelbagai jenis dan bentuk. Saya sangat suka memerhati gelagat manusia ciptaan Tuhan. Semakin banyak yang diperhatikan, semakin saya mengagungkan kuasa yang Maha Esa. Makin saya sedar kelemahan dan kekurangan diri. Setiap orang itu amat berbeza dengan yang lain. Sesuatu yang tidak dapat saya nafikan.


Ada yang lebih dan ada yang kurang. Maka, dalam kehidupan ini, kita mesti saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Eid Adha kali ini, sekali lgi saya beraya bersama keluarga Hasanah. Sekurang-kurangnya rindu ini terubat jua. Alhamdulillah, kami semua diberi peluang utuk melakukan ibadah korban buat pertama kali secara ‘solo’. Semoga Allah menerima ibadah kami ini. InsyaAllah.

InsyaAllah peperiksaan mid term akan bermula pada 12 Januari 2008. Berdebar? Bersedia? Bagi yang selalu meluangkan masa di blog ini, pasti anda semakin mengenali diri saya. Bagaimana saya berhadapan dengan sesuatu terutama peperiksaan. Tidak banyak yang berubah dengan diri saya ketika di sekolah menengah. Namun, kini things are different. Semakin banyak tanggunjawab dan amanah yang diberikan. Doakan saya lakukan yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal menjelma. Semestinya yang rajin itu bukan saya, namun, saya berusaha ke arah itu. Saya ingin menjadi seorang doktor yang yang mahir dan doa anda semua akan meberi kekuatan kepada saya agar lebih gigih dalam menempuhi perjalanan yang semakin lama semakin sepi dan mulai kosong….

Saya bukanlah seorang yang boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran untuk satu tempoh masa yang lama. Seorang medical student pula WAJIB meluangkan masa yang amat banyak untuk belajar dan mengulangkaji…Sokonglah saya, bantulah saya, doakan saya. Tapi, saya bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah. Saya sukakan cabaran. I will not give up just like that. Perjalanan hidup ini tidak akan ceria dan menyeronokkan tanpa lekuk-lekuk cabaran. Tiada cerita menariklah untuk anak cucu nanti.Hehehe

Entah mengapa saya menjadi homesick sekali lagi. Entah ini kali yang keberapa. -_-‘
Mungkin kerana musim perayaan tiba kembali. Tidak sabar rasanya untuk pulang. Kadang-kala saya merasakan saya tersisih di sini. Adakah kerana saya tidak merancang untuk ke sini? Atau semua itu hanya perasaan saya sahaja. Pastinya saya lebih pendiam di sini. Lebih suka untuk tidak bersuara dan hanya mendengar. Kiranya, di sekolah dahulu saya telah habis menggunakan kuota ‘keterampilan menonjol’. -_-‘

Saya suka begini. Memerhati dan menilai.

Bagi rakan-rakan baru, mungkin saya seperti seorang yang ‘bekeng’(sila guna dialek Kelantan) di dalam kuliah. Bagi yang pertama kali bertemu sering mengatakan saya kelihatan sombong dan sebagainya. Saya semestinya bukan begitu. Saya amat gemar+suka bercakap. Saya amat peramah(Syazzy, jangan gelak!)
Huhu. Try to be friend with me and you will know the real me. You will be grateful having me as a friend. :P

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua terutama kepada mereka yang di Malaysia.
Family: Rindunya pada semua! Kirimkan salam kakak kepada keluarga di Rawang dan di Pengkalan Chepa/Bachok.
Kawan-kawan: Girls! I miss you all! Jumpa tahun depan!

Eymand~

p/s: Ketiadaan jaringan komunikasi yang baik menyebabkan saya terpaksa 'melewatkan' post kali ini. Eid Adha telah pun berlalu....

Lalala...

Thursday, December 13
Betul kata umi. You will hate winter. Mom is always right.-_-‘
Mid term is approaching. I am not sure if I’m ready for it.

Sepanjang saya berada di sini, saya kira saya belum pernah memperincikan suasana dan situasi-keadaan sosial bumi mesir ini. Tidaklah susah untuk hidup di sini. Memudahkan kerana Mesir ialah sebuah negara Islam. Soal makanan dan ibadah memang tidak menimbulkan masalah. Cuma-sikap mereka yang akan membuatkan kita geram dan rimas.

Cukup bercerita tentang hal-hal yang tidak menggembirakan. Seperti yang semua tahu, saya tidak merancang untuk ke sini. Tiada perancangan lansung! Namun saya AMAT bersyukur Allah memberi saya peluang,-dengan menempatkan saya di sini. Menjadi seorang yang baru di bumi yang penuh dengan barakah. Alhamdulillah. Mungkin suatu masa dahulu saya memandang tinggi kepada negara-negara barat. Apabila umi mengesyorkan saya Timur Tengah, saya selalu menolak-berdalih (ada hati nak terbang ke negeri Harry Potter ler kononnye). Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang saya terlepas pandang sebelum ini. Amat banyak. Saya terlalu memamandang rendah bumi para Anbiya’ ini. Alhamdulillah, saya tidak terus kabur. Saya diberi peluang untuk menilai-menganalisa-mentafsir melalui pengalaman. 4 bulan di sini banyak menyumbang ke arah cara pemikiran saya. Tidak banyak-hanya spesifik kepada perkara-perkara yang saya masih lagi sedikit jahil. Alhamdulillah sekali lagi.

Jika saya masih di Malaysia, mungkin saya tidak akan menilai perkara-perkara tersebut dari sudut yang lain. Mungkin juga saya semakin matang. Mungkin. Entah mengapa, nasihat-nasihat dan ajaran abah dan umi yang selalu kami (adik-beradik) dengar setiap hari-yang pada mulanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan sentiasa terngiang-ngiang. Acap kali terlintas di hati: Betullah kata umi. Betullah kata abah. Semuanya betul.

Hehe. Abah, umi, don’t laugh… Yes, I’m improving myself here. Trying to be a better person than before.

Di sini, bersama-sama dengan rakan-rakan yang selalu menasihati membuatkan keadaan di sini tidak jauh beza dengan Al-Amin. Walaupun biahnya tidak sesegar di Al-Amin, sudah cukup bagi saya untuk memruntuhkan benteng-benteng kerinduan.

Hehe. Rakan-rakan sekuliah yang baru pertama kali melawat blog saya ini, saya ucapkan selamat datang. Tergelak saya apabila mereka mengatakan saya seorang yang skema dalam penulisan. Saya memang skema dalam penulisan. Saya tidak suka ntuk menggunakan bahasa yang kurang sesuai dalam penulisan-yang melibatkan jumlah pembaca yang tetap dan agak ramai. Ya, saya gemar menulis. – tidak merujuk kepada keadaa saya kini. Menyertai Minggu Penulis Remaja pada tahun 2005 dan lebih cenderung terhadap genre cerpen.

There’s a lot more to know about myself! Try to spend more time here and you will know the real me.


eymand




Masa...

Monday, November 19


Bukan senang untuk menjadi seorang doktor. Bukan senang untuk memasuki bidang perubatan. Kepada anda yang mengetahui sejarah hidup saya-merujuk kepada kehidupan saya 4-5 bulan yang lepas, mungkin anda tidak percaya bahawa kini, saya seorang pelajar perubatan, dan dalam tempoh 5 tahun lagi, saya akan menjadi seorang doktor. InsyaAllah. Seorang yang mempunyai lulusan B3 di dalam matapelajaran Biologi, gagal dalam temubual Biasiswa JPA-jurusan kejuruteraan, dan hampir-hampir memasuki kolej swasta di Cyberjaya, kini nun jauh di perantauan, berjauhan dengan keluarga dan teman-teman, menyusuri suka-duka seorang pelajar perubatan di bumi kelahiran Nabi Musa A.S

Believe it? No. I seriously can’t imagine myself as a medical student although I’m among them right now~ Ouch!

Jika saya berjaya dalam temuduga JPA, mungkin saya sedang menjalani A-Level dan akan ‘terbang’ selepas 2 tahun. Menjadi seorang jurutera….

Berbalik kepada realiti. Saya akan menjadi seorang doktor. Noktah.

Apa yang menarik di sini, kini? Melainkan cuacanya yang sejuk, saya lebih tertarik dengan Malaysia. Udara yang jauh lebih kotor. Keluarga dan teman kamceng. Layanan mesra penduduk setempat dan macam-macam lagi. Nasib baik masa berlalu dengan cepat di sini. Seawal jam 4.45 pagi, saya akan bangun dari tidur dan menunaikan solat subuh. Kuliah bermula pada jam 9.00 pagi dan kebiasaannya tamat pada jam 3.00/4.00 petang. Sekitar jam 10.00 malam, saya sudah pun mendaftar di alam mimpi.

Belajar/ulangkaji? Gulp! Saya tahu, tabiat lama harus dibuang jika ingin mendapat pangkat mumtaz di kemudian hari. Saya kira, saya kini bertambah rajin. Lebih rajin dari sebelum ini. Mungkin tidak setiap malam, saya bermurah hati untuk mengulangkaji, namun saya ada mengulangkaji, dan dengan bersungguh-sungguh. Abah, Umi, I’m better person now! I’m not the old, same lazy Iman~ Ouch~

But, still, there some laziness gene inside me!Hehe Sometimes, it’s killing me when my own housemates study till after night! I told them, there’s no use to study till your eyes drop and feel depressed at the end of the day. You should relax and sit back. There are a lot of people died because of stress at young age. O_O

My principe is as simple as ABC. Pay attention in class, do ‘some’ revision after class, be happy, and make sure, there’s ENOUGH sleep! Hehehe. Abah, umi, don’t laugh!

I hope the lecturers will use creative technique in order to make us understand what are they trying to say-lets just forget about their weird accent(and they have guts to say that Malaysians accent is weird?!! For God sake, Malaysians can speak English better than them laaa..) Still, they are superb! No books are required during classes. They remember everything. During classes, sometimes, they give us a short tazkirah and always relates medicine with Islam. Although my less favorite course is Anatomy but the creativeness of the lectures really caught my attention-although I always fall asleep in the class. Ouch!

9 bulan lepas saya bertekad untuk menguruskan badan. Tanggal 14 Februari pasti tidak akan saya lupakan. Hasilnya: 15 kg sudah dibuang! Teruja? Mari berdiet!
Namun, masih banyak yang perlu dibuang. Bak kata orang, BMI kena normal.

Berjauhan dengan keluarga dan tinggal bersama kawan-kawan sekuliah membuatkan saya menghargai segala apa yang saya miliki di Malaysia. Saya sangat berterima kasih kepada Abah dan Umi kerana sangat sangat menjaga saya dengan baik selama ini. Memasak untuk saya, membasuh untuk saya, menghantar saya, mendengar rungutan, dan macam-macam lagi. Tiada siapa yang dapat menandingi anda berdua! Rindu saya pada Malaysia sudah mebuak-buak-Cuma tidak dilayan dengan emosi saja. Jika dilayan dengan emosi, pasti berbaldi-baldi airmata boleh dikumpul.

6 tahun saya akan berada di sini. Lamanya!!!!!!

Yang kini sedang giat mengulangkaji pelajaran ditemani stoking dan sweater serta teh panas:
Eymand.

Study/Kawen

Thursday, November 1
Assalamualaikum,

Sudah dua bulan saya bermukim di sini. Rasanya seperti sudah dua tahun saya berjauhan dengan SEMUA yang disayangi di Malaysia. Tidaklah susah sangat hidup di sini. Belajar bersama orang Melayu, tinggal serumah dengan orang Melayu. Fokus utama sekarang ialah belajar dengan rajin. Anatomy sangat mencabar. Terlalu banyak yang perlu dihafal. Doakan saya rajin-rajin belajar. -_-'

Rata-rata kaum kerabat mahupun rakan-rakan di Malaysia mengajukan soalan yang sama kepada saya: Dah potong-potong mayat dah? Pada mulanya, memang ada sedikit keraguan untuk memegang mayat. Well, please refer to my previous post: Sleep Walking- The Corpse Syndrome~ But now, seriuosly, I'm already immune to 'it'. Not to be proud of my immunity but actually, I can get over it. At one time, I really really cant assiociated with 'it'. Thanks Allah for giving me strength and help me all the time while being away from my family.

Baru-baru ni, salah seorang rakan sekolah menengah saya(lower form) melansungkan perkahwinan. Pada usia 18 sudah pun membina masjid! Wow! Tiada sepatah kata yang boleh saya ucapkan kepada mereka... No comment at all.... Tapi jangan risau, saya masih belum mempunyai hajat yang sedemikian rupa. Masih jauh lagi perjalanan hidup saya.

Sangat menggelikan hati apabila topik 'kawen' ini dibuka. Bagi kami, usia 18/19 bukanlah usia yang ideal ntuk mendirikan rumah tangga. Belajar masak pun belum khatam lagi. Hehe.
Belajar medic pun baru bab upper limb. Pelajar perubatan Mesir seperti kami masih ada baki 5 tahun lagi untuk dihabiskan. Kami ini bolehlah diibarakan seperti kanak-kanak ribena yang bakal menjadi doktor. Cubalah anda bayangkan.. Kanak-kanak ribena-doktor. Belum cukup umur pun untuk menjadi suami/isteri. Namun, jika dah sampai seru, eloklah dicepatkan. Boleh mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku....

eymand.

Selamat Hari Raya!

Saturday, October 13


Assalamualaikum,


Sayu hati bila memikirkan sanak-saudara sedang bersuka ria di tanah air. Kami(saya dan rakan serumah) semuanya menghidap penyakit 'homesick'. Lagu raya di pasang kuat-kuat dan duduk termenung-bersimpuh di tepi katil. Satu suasana yang amat sayu dan menggelikan hati..



MARAnians Cairo Univ. 2007/2008

Holiday ke Alexandria terpaksa ditangguh kerana cuti raya kami dipendekkan. Namun open house MARAnians tetap akan berlansung pada 2 Syawal di Fustat. Jemput datang ke rumah!

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari dari jauh, memohon kemaafan atas segala salah dan silap. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...


eymand
Haiyu Sabi'.

Dibuai rindu...

Thursday, October 4
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hampir dua minggu saya mengharungi lekuk-lekuk hidup sebagai seorang siswi Cairo University tanpa sebarang masalah-masalah kritikal.

Entah mengapa hari-hari yang dilalui sering terisi dengan memori-memori bersama keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Paling dirindui semestinya Al-Amin. Markas yang telah membentuk diri saya. Terlalu rindu biah di Al-Amin. Sangat-sangat rindu. Guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa tersemat di dada mereka, ukhuwwah fillah.

Ramadhan semakin meninggalkan kita, Aidilfitri pula bakal menyapa. Membikin hati lagi rindu.
Namun, ada satu perjuangan yang belum sudah. Bahkan baru saja bermula. Belum masanya untuk mengalah.

****

Setiap hari ada misi yang perlu dilaksanakan. Misi tempat duduk. Boleh dikatakan setiap hari kami akan berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat duduk di hadapan. Tempat duduk hadapan=lebih konsentrasi. Baik lelaki mahupun perempuan, matlamat tetap satu. Ingin Mumtaz di kemudian hari!

****

InsyaAllah, kami akan berangkat ke El-Iskandariyyah pada 3 Syawal. Bertemu rakan sekolej dan menikmati permandangan yang selalu dibangga-banggakan oleh teman sekolej. Kata orang: jauh perjalanan, bertambah ilmu di dada.

****

Alhamdulillah, berjaya juga saya dan teman-teman serumah menghadiri halaqah ta'lim Sheikh Nuruddin di Rumah Johor. Kami sempat mendengar ta'lim berkenaan tajuk Zikr. Ilmu yang disampaikan rasanya terlalu berguna hingga tidak sedar masa berlalu. Jika ada kesempatan, ingin kami mendengar lagi pengisian ilmu daripada beliau.

****

Doakan saya sentiasa bersemangat mengharungi perjalanan yang kian sepi tanpa teman-teman se'gege' di sisi. =)

eymand.
El-Fustat.

I'm missing you guys! Do well in your exam! Make me proud!

Khamis+Jumaat=Holiday!

Thursday, September 27
Khamis+Jumaat=Holiday!

Assalamualaikum,

Pejam celik, sudah hampir sebulan saya bermukim di bumi anbiya ini dan sudah 15 hari saya berpuasa di perantauan. Saya kira terlalu banyak cerita-cerita menarik yang ingin dikongsi namun, keadaan internet di sini tidak mengizinkan. -_-‘

Madinah el-Fustat menjadi taman perumahan baru saya, meninggalkan Taman Keramat yang jauh di mata dan selalu dirindui. Memegang title bandar baru yang terletak kira-kira 15 minit daripada Cairo University, Fustat adalah kawasan yang sangat asing bagi warga Malaysia. Kami diibaratkan seperti hantu kum-kum tatkala berjalan beramai-ramai dengan memakai telekung-menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Terawih. Alhamdulilah, kumpulan hantu kum-kum ini telah berjaya menarik hati seorang wanita arab, Ummu Aiman untuk menjamu kami (iftar). Semuanya kerana kami memakai tudung dan membaca al-Quran.


Kami tidak ditempatkan di dalam satu bangunan seperti yang dikhabarkan. Saya dan ahli-ahli bait yang lain ditempatkan di imarah 78. Kawan-kawan tajaan MARA yang lain mendaftar di imarah 82, tiga blok daripada blok imarah saya. Setakat ini, jiran-jiran rakan-rakan saya amat baik hati dan selalu menolong. (Mungkin kerana imarah saya baru, tidak ramai yang menghuninya, menambahkan lagi peratus kurangnya mak cik – mak cik arab yang baik hati- menghantar hidangan berbuka puasa ke rumah.hehehe)
Secara keseluruhanya, saya semua berpuas hati dengan rumah yang diberikan. Rumah tiga bilik tidur dan dua blik air, ditambah pula dengan ruang tamu yang luas sememangnya berpatutan dengan sewa yang perlu dibayar.
(Paling best, ada oven!)

Kelas telah bermula secara rasmiya pada hari Sabtu, 22 September 2007, menyaksikan subjek Histologi membuka tirai kuliah pelajar perubatan tahun 1, Cairo Unversity. Secara kasar, selama setahun, kelas akan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Bas yang disediakan pula setia menunggu di imarah 86 pada jam 7.30 pagi dan pada jam 3.15 petang di depan pintu pagar sekolah. Kelas bermula pada hari Sabtu dan berakhir pada hari Rabu. Cuti diberi pada hari Khamis dan Jumaat.

Pelajar-pelajar di Malaysia harus bersyukur kerana kelas-kelas mereka disediakan kerusi yang empuk dan keadaan sekeliling yang selesa. Kami di sini terpaksa menahan lenguh, kebas, sakit-sakit sendi dan urat akibat kerusi-kerusi kayu dalam dewan kuliah. Namun, apalah sakit-sakit yang sedikit itu jika hendak dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang dipelajari. Seperti yang dimeterai dalam perjanjian antara Malaysia dan Mesir, kami diasingkan daripada murid-murid Mesir dan diletakkan dalam satu kelas khas. Bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris dan dalam kumpulan yang kecil. Satu kelebihan bagi pelajar Malaysia dan keputusan pelajar tahun 1 tahun lepas membuktikan kemudahan yang disediakan membantu pelajar Malaysia untuk cemerlang di sini. Pensyarah-pensyarah di sini juga amat menyanjung pelajar Malaysia dan mengharapkan kami(pelajar baru) agar cemerlang seperti senior-senior kami.
Anatomy class


Empat subjek-Anatomy, Physiology, Histology dan Biochemistry sahaja yang perlu kami pelajari(1st Grade) dan skor untuk mencapai mumtaz (ehem..Mesir ni guna sistem mumtaz,jaid jiddan, etc.). Doakan saya dapat mumtaz ye!

Sambutan Ramadhan di sini amat meriah. Rumah-rumah dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Anak-anak kecil pula bermain bungan api dan mercun di sana sini. Berlainan dengan Malaysia, orang Melayu mengagungkan hari raya lebih daripada bulan Ramadhan. Salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah kedatangan Sheikh Jibril – Imam Masjidil Haram ke Mesir. Beliau akan berada di sini pada sepuluh malam terakhir di Masjid Amr Al-Asr yang terletak di Fustat. Jarak masjid tersebut dengan kawasan perumahan saya kira-kira 3-5km. Nak tak nak, kena naik teksi juga. Sayangnya kalau tak pergi! Sheikh Nurudin pula menyampaikan ceramahnya setiap hari di Rumah Johor. Kata orang, dah sampai bumi Mesir, rugi kalau tak cari peluang untuk mendalami ilmu agama. Lebih-lebih lagi mereka yang mengambil jurusan perubatan.

Mungkin itulah hikmah mengapa saya berada di sini. Doakan saya agar tabah mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa keluarga di sisi…

eymand,


Madinah el-Fustat.
izzati,eyman,aeisyah=physio class


p/s: Salam rindu kepada rakan-rakan yang sedang berjuang di Malaysia. Ksyaz, Ezaty, Munee, Dyana, Eza, Dila, Fana, Tiya, Fiqa dan semua, kenang-kenang daku selalu bila kamu menikmati juadah hari raya!

Syaz: ehem…janji kita tu, macam lambat lagi boleh tunai..ehem.ehem..
Diyana: awat nak malu pula?? Ada cerita baru, habaq mai naa…


Bermulanya perjalanan yang baru...

Sunday, September 9
Nile River~

Assalamualaikum,

Akhirnya…

31 Ogos 2007.

Perjalanan kami diiringi dengan tangisan dan deraian air mata. Baik lelaki mahupun perempuan, perpisahan kali pertama seawal usia 18 tahun bukanlah suatu perkara yang mudah. Ketika rakan-rakan lain sibuk mengejar tiket ke UK, Australia dan US melalui A-Level dan Foundation Programme di MALAYSIA, kami sudah melangkah setapak ke hadapan. Memegang gelaran pelajar perubatan merupakan satu tanggungjawab yang besar, pengorbanan yang ikhlas dan usaha yang gigih.

Housemate:From Sepang to Foustat.ekeke

Berbalik kepada perjalanan kami yang penuh dengan warna dan corak, kami bertolak ke Cairo melalui Amman. [from KL to Cairo via Amman] Kapal terbang MH 8186 berlepas melalui pintu C4, KLIA pada jam 1100 pagi. Kami tiba di Amman kira-kira jam 1500, waktu tempatan. Perjalanan kami diteruskan ke Cairo selepas menurunkan pelajar perubatan dan pergigian Jordan University of Science and Technology[JUST]. Kami selamat tiba di bumi anbiya ini pada jam 6 petang.

Maka, kami mengheret beg-beg besar kami ke luar bangunan lapangan terbang sambil menunggu senior-senior membantu mengangkat beg-beg kami. Thanks for your kindness dear seniors!


Cairo University Hospital~


Faculty of Medicine, Cairo University~


Selepas mendengar taklimat daripada beberapa pihak termasuk PERUBATAN dan MSD, kami dibenarkan berehat. Keesokkan harinya dan hari yang berikutnya, kami dikuarantin di Malaysia Hall. Kami dihidangkan dengan ceramah-ceramah dan pendedahan awal tentang cara hidup di bumi Mesir ini. Hari ketiga dipenuhi dengan senyuman dan kegembiraan kerana kami dibawa keluar dari bangunan berwarna kuning ataupun dikenali dengan nama Dewan Malaysia Abassiyah Mesir[DMAK]. Saya menyertai Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan [BKAWP]. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah [dari BKAWP] membawa kami berjalan-jalan disekitar Cairo. Layanan mereka yang mesra membuatkan saya lupa kerinduan yang menggunung terhadap keluarga di Malaysia.


Masjid Sultan Hasan,Cairo


Dewan Malaysia Abassiyah Kaherah [DMAK], Cairo




Masjid Sultan Hasan, bersama geng2 KT




eymand.


Doakan saya sukses di sini. Kawan-kawan+my lovely family= i miss you all. Selamat menyambut Ramadhan yang mulia! Ramadhan El-Mubarak!





Pre-departure.

Wednesday, August 29
Assalamualaikum,
24/8: Taklimat di MARA, KL
28/8: Majlis Konvokesyen ke-7 Kolej Teknologi Timur, Sepang.


Biology?? [Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.]

Future docs.Hehe. Best of luck guys!

31/8: Cairo, Egypt


p/s: Kemaafan dipinta andai tersalah bahasa ataupun ada yang tersinggung atas kata-kata dan perbuatan saya selama ini. Doakan saya pulang sebagai seorang doktor muslimah yang berjaya. InsyaAllah!

eymand.

Makin hari, makin sayu.

Sunday, August 19
Assalamualaikum,

Makin hari, makin sayu.
Mengenangkan semua yang bakal ditinggalkan.
Kadang-kadang terfikir, adakah yang sama bakal menanti disana?
Sudah tentu tidak!

Selagi anda mempunyai peluang untuk menghargai dan menghayati segala apa yang dimiliki, berbuatlah demikian sebelum anda tidak mempunyai peluang tersebut untuk satu tempoh yang lama. (Yup, one year is a long period though~ O_o)

Gonna miss you all!~

eymand.

Kasih Siapa

Monday, August 13
Asslamualaikum,

Buat temanku Syazana, yang mungkin masih belum menghayatinya [ehemmm...syaz, jangan marah yee]

Kasih Siapa?

Siapa kau manusia?
Yang kerap lintas ke dalam kalbu
Tiada makna bagiku manusia
Walakin secara nalurihiahnya kaulah yang pertama
Sinarmu persis jemparing kilat yang menyambar hangus
Curahkan diri ini air cinta dahaga sembuh duka
Tiada nestapa.

Ku masih lagi skeptis bisu
Siapa kau manusia alpa tidak beri apa-apa
Berani kau sergah kamar ini tanpa makna
Pagar hatiku bergoncang, bertanya hairan hilang gundah
Agar jejantas resah
Roboh pecah.

Kau selalu menggonjokkan nafsi jasad ini
Tumpahan kasih tanah hirau tidak
Kau beri daku kasih untuk berkasih
Pelayaran kapal hidup ini, hanya kasih yang Azali dambaanku.

Sejadah usang pengubat pangkal sukma bernanah
Utusan pengharapan hanya kepada-Nya
Hidup di ladang permusafiran ini
Kautlah nur pahala supaya pengintip kanan bekerja sendiri
Tagih kasihku hanya pada yang Satu
Agar kegoncangan hati pedih
Reda sebelum neraca adil
Menjelma tidak diketahui.

Nuruliman
Kuala Lumpur
Saturday, August 11
DISKUSI KARYA ALUMNI MPR
NOVEL, CERPEN DAN PUISI 2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput para penggiat dan peminat sastera ke program DISKUSI KARYA ALUMNI MPR 2007 (NOVEL, CERPEN DAN PUISI) yang akan diadakan pada 18 Ogos 2007 (Sabtu) bertempat di DBP. Maklumat lanjut berkenaan diskusi tersebut adalah seperti berikut:

TENTATIF DISKUSI KARYA ALUMNI MPRNOVEL, CERPEN DAN PUISI 2007

TARIKH : 18 OGOS 2007

TEMPAT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KL

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG

9.00 PAGI - PENDAFTARAN

9.20 PAGI - UCAPAN PENGERUSI MAJLIS DAN BACAAN DOA

9.30 PAGI- DISKUSI NOVEL

NOVEl.1- JUSTERU IMPIAN DI JARING KARYA ZAID AKHTAR
PEMBENTANG : DR KAMARIAH KAMARUDDIN (UPM)

NOVEL 2- LADANG HATI MUSTIKA KARYA UMMU HANI ABU HASSAN
PEMBENTANG : PROF MADYA AMIDA ABDUL HAMID

NOVEL 3 - MISI PIRAMID KARYA IDA MUNIRA ABU BAKAR
PEMBENTANG : DR MISRAN LOKIMIN

11.30 PAGI - BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PENULIS NOVEL

PEMBENTANG :
ZAID AKHTAR
UMMU HANI ABU HASSAN
IDA MUNIRA ABU BAKAR

12.30 PETANG - REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI
2.00 PETANG - DISKUSI CERPEN DAN PUISI SESI SATU (CERPEN)

PEMBENTANG : SAUDARA SM ZAKIR
CERPEN :
1. J e Zu Be (Ummu Hani Abu Hassan) Dewan Siswa 2007
2. Surat Buat Kristina (Ghafirah Idris) Dewan Kosmik 2007
3. Selembar Sejadah di Lantai Madrasah ( Salman Sulaiman)
4. Mencari Qudwah (Ainul Muaiyanah Muhd Sulaiman) Dewan Siswa 2006
5. Mati Pasti Menang ( Abdul Rauf Baharuddin) Tunas Cipta 2005
6. Sayang Si Mamat (Nur Afiqah Abu Samah) Tunas Cipta 2006
7. Ustazah Es (Amir Muhkriz) Antologi Kudeta
8. Warkah Perang Melaka (Khairul Nizam Raub)

SESI DUA (PUISI)

PEBENTANG : SAUDARA RAHIMIDIN ZAHARI
PUISI:
1. Menyembelih Haiwan (Fahd Razy) Dewan Sastera 2006
2. Mantera Ababil ( Azizul Ikhwan) Tunas Cipta 2005
3. Kasih Siapa (Nuruliman Dashuki) Dewan Siswa 2006
4. Segugus Kunci ( Nissa Yusuf) Utusan Melayu 2007
5. Nyanyian Seorang Teman (Azree Arifin) Dewan Siswa 2007
6. Tangisan Luka (Farahana Hussain) Tunas Cipta 2006
7. Kisah Kasih II (Mohd Hafiz Abdul Latiff) Remaja 2005
8. Azam Baru (Nimoiz TY) Dewan Sastera, 2007
9.Salam Buat Nablus II (Khairun Nasriah Abdul Salam)
10. Bukan Remang Sangka (Ida Munira Abu Bakar) Tunas Cipta 2006

4.00 PETANG- MINUM PETANG DAN BERSURAI

***
Nama saya diletakkan bersama-sama mereka yang aktif menulis. Sedangkan saya? Gulp!

p/s: Saya bakal meninggkan negara tercinta pada 31 Ogos 2007. Doa dan restu serta kemaafan dipinta, semoga pemergian ini akan menjadi satu titik/tanda permulaan perjalanan hidup saya yang baru. Jumpa lagi di bumi Anbiya!

a proud member of : university of cairo, egypt
first year medical student-to-be~ hihihihi XD XD XD

Perjalanan yang baru?

Sunday, August 5
Assalamualaikum,

Lamanya....

Alhamdulillah, kini saya sedang meniti satu alam kehidupan yang baru. Lekuk-lekuk jalan yang mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Apa yang bakal saya hadapi dan bagaimana untuk berhadapan dengannya.

Menyertai satu dunia yang berlainan dengan dunia di bawah tempurung di Al-Amin membuat saya amat rindu biah di Al-Amin. 11 tahun di Al-Amin banyak membentuk siapa saya. Siang malam, saya rindukan rakan-rakan di Al-amin, guru-guru yang bukan sahaja menjadi pendidik malah ibu dan ayah kepada kami semua. Kami di Al-Amin diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang besar. One, big, happy family.

Senakal-nakal kami di Al-Amin, mulut kami masih membahasakan diri 'ana-anti'. Perkataan 'saya-awak' amat janggal bunyinya. Jauh sekali 'aku-kau'. Ah, rindu sungguh pada Al-Amin!
Namun, saya sedar, semua itu hanya tinggal kenangan dan segala kenangan yang ada, akan saya simpan baik-baik dalam kotak berharga pemberian Tuhan yang bernama 'Hati'. Tidak akan sesekali saya akan lupakan bumi yang membentuk saya menjadi seorang insan seperti hari ini. Bumi Malaysia, di atas tanah Al-Amin.

Saya juga bersyukur umi dan abah telah menghantar saya ke sana. Cukup bertuah. Terima kaish umi dan abah! Saya tahu, keadaannya akan berbeza, tetapi perbezaan itulah yang akan membuat kita menjadi lebih tabah dan kuat serta menghargai setiap perkara yang berlaku disekeliling kita. Tidak kira perkara yang sedang berlaku ataupun yang sudah pun berlaku.

Doakan saya berjaya dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya sudah pun berhenti di suatu tempat dan kini, saya kembali meneruskan perjalanan hidup saya. Berbekalkan tangki minyak yang penuh, insyaAllah, doakan saya sampai ke perhentian yang seterusnya.

eymand.

Thank You.

Friday, July 13
Assalamualaikum,


Thank you Allah!

Thank you all for your prayer!

Miracle is the right word.

Programme: Middle East Intensive @ Kolej Teknologi Timur

Course: Medicine

Flight: SEPT. 07

May Allah bless you all~

eymand.


Life goes on...

Thursday, July 5
Assalamualaikum,

It had been a month since my last update. There were many "roadblocks" and myself hardly find some "free time" to post something. Well, I'm still at home, counting days to be a "freshman". Errr.. well, I dont know where, but there'll be a place for me. Struggling and striving for SPM day and night, then became one of the best student that school proud of, and now, no place for me? Being a 'straight A's student' not really something that makes my life happier and brighter [err.. for now..]. Maybe others will say, dont strive too hard, you will not get a place though, like ME!! That a poor thought. Maybe only 0.1% got the same case as mine. The 99.99%? As much as I can say, all of them are in the state of happiness right now. End.

I'm waiting for my appeal for IPTA. Waiting and waiting. My first choice was medicine but after I got rejected, I apply for allied sciene for the appeal, in hope that I can change it to medicine, later. BTW, CUCMS had offered me MBBS. [ I must get 3.0 and above in my foundation year]. CUCMS is my last choice since everything there is not free. So what do you think? Me in IPTA or IPTS? You tell me...

LIfe goes on... There's no use to feel sad or frustrated. This is a part of life. Hi and Low. Life is like a tyre[ LOL.. this is cliche]. Yes, it is a test to determine our faith and will makes us a better person than before. InsyaAllah.

I missed my friends so much. How are you mate? Feeling good today? Missed me? Keep on tracking me and my life here. Till we meet again. Someday..

Dear readers,
Thanks for being a good supporter and for always pray for me. May Allah repay all your kindness!

eymand.

Hari-hari cuti begini II

Thursday, June 7
Assalamualaikum,

Hadi a.k.a. cousin a.k.a. aboy [pic: courtesy of abah].

p/s: Patience is what I am seeking for. Support is all I need.. Do keep pray for me.


Andai

Friday, June 1
Assalamualaikum,

Andai...

Andai kita boleh mencorakkan kehidupan diri sendiri...Alangkah indahnya. Akan dicalit semua warna-warna kegembiraan-kejayaan-kebahagian di atas kanvas berharga, putih-suci pemberian, milik Tuhan.

Akan kita bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik. Pasti tiada ruang bagi kesedihan-kesakitan-kesengsaraan untuk menaiki takhta walaupun sekejap.Walaupun sedetik. Akan kita pilih tema kehidupan yang kita mahu. Lekuk dan selekoh perjalanan hidup kita akan kita bina sendiri. Umpama diri seorang pereka agung, pemilik ijazah seni bina, atau karyawan terulung. Mungkin juga jurutera yang bekerja di bawah JKR.

Semuanya nampak sempurna. Nampak indah... Tiada cacat cela.

*pooooof*

Sedarlah dari lamunan kosong! Hidup bukanlah seindah yang dijangkakan. Mulut ini memang sudah terbiasa dengan perkataan andai-kalau-if. Perut sudah dikenyangkan dengan timbunan kisah-kisah fairytale yang sememangnya khayalan semata-mata. Nothing is impossible?

Nothing is impossible jika Dia memberi green light. Nun jauh di atas sana^. Pencipta-Pereka Terulung-Jurutera Terhandal. Tiada lekuk dan selekoh perjalanan hidup yang sempurna selain cabaran dan dugaan dariNya. Tiada lukisan kehidupan yang tercantik selain qada' dan qadar kurnianNya. Tiada kehidupan yang lebih baik selain menjadi hamba yang diredhaiNya.

Bangunlah dari lamunan. Sedarlah setiap apa yang diberikan, ada kelebihan disebaliknya. Ada hikmah yang tersembunyi dan hanya akan dilihat dan dirasai oleh orang-orang yang bersabar sepanjang menempuhi ranjau cabaranNya. Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang sabar.

Mungkin hari ini bukan hari kita. Siapa tahu esok, lusa dan hari-hari seterusnya milik kita. Kebahagian kita. Kegembiraan kita. Kesenangan kita. Kadang kala untuk bergembira, kita perlu menitiskan air mata. Barulah kegembiraan yang dirasai akan menjadi lebih bermakna dan berharga...

eymanD.
"Sungguh menakjubkan fikiran orang Mukmin. Sesungguhnya semua perkara adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorang pun kecuali orang Mukimin. Jika dia diberi kenikmatan, dia bersyukur. Maka jadilah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa musibah(sesuatu yang tidak menyenangkannya), dia bersabar. Maka ini juga menjadi kebaikan baginya." HR MUSLIM.
"إذا كان الصبر مُرًّا فعاقبته حلوة "
If patience is bitter then its result is sweet

Luka,cedera,Dr. mesra pesakit?

Monday, May 28
Assalamualaikum,

Tarikh: 25 Mei 2007/26 Mei 2007
Masa: 11:00-11:30 pagi/ 10:00 malam- 2:00 pagi
Tempat: T**d*s rumah, KBMC.
Perkara: Jatuh, luka(2x1 cm),cedera.
Tindakan: Poliklinik Permata, umi, abah, Dr. Anza, Dr.Anuar, Nurse Nor Hidayah, radiography technologist.
Hasil: Bengkak,gambar x-ray kaki, 3 injections, 2 jahitan, Ospamox Amoxicillin, Ponstan.

p/s: berhati-hati di dalam tandas. -_-'

eymand.

Sleeping Disorders

Friday, May 18
Assalamualaikum,

Sleep disorders involve any difficulties related to sleeping, including difficulty falling or staying asleep, falling asleep at inappropriate times, excessive total sleep time, or abnormal behaviors associated with sleep.

SLEEP-DISRUPTIVE BEHAVIORS

Abnormal behaviors during sleep are called parasomnias and are fairly common in children. They include:

-Sleep Terror Disorders(Pavor nocturnus):
Sleep terror disorder is an abrupt awakening from sleep with fear, sweating, rapid heart rate, and confusion.

-Sleep walking:
Sleepwalking is usually not remembered by the person doing it, and usually affects children 2 to 12 years old. In adults, sleepwalking may also be caused by an organis brain syndrome, reactions to drugs, psychological disorders, and certain medical conditions.

-REM Behaviour Disorders:
A type of psychosis related to lack of REM sleep and lack of dreaming.

Symptoms

-Awakening in the night
-Difficulty falling asleep
-Excessive daytime drowsiness
-Loud snoring
-Episodes of stopped breathing
-Sleep attacks during the day
-Daytime fatigue
-Depressed mood
-Anxiety
-Difficulty concentrating
-Apathy
-Irritability
-Loss of memory(or complaints of decreased memory)
-Lower leg movements during sleep

The symptoms may vary with the particular disorder.

*********************

I experianced sleepwalking and sleep terror during my childhood. Many of my friends did not know about it. I bet, I never told them as I face difficulties remembering it. Yah, try telling a friend of yours that you are a sleep-walker. O_O'

As much as I realised, I spent most of my childhood time (referrring to age 5-8) at the hospital. It was not me who had being hospitalized, but it was my late grandfather. He was diagnosis with so many diseases. Diabetes, heart- problems, lungs failure, asthma, etc. Some of them are hardly to explain with words and sentences, escpecially from my dictionary and perspectives. It will rather be a massive misunderstanding situation or a fictitious diseases. I'm a school leaver and I got a B3 in Biology. -_-'

The vision of him lying in hospital's bed keep playing inside my head, topless and only covered with his kain sarung. It has been 10 years since he left us. We missed him a lot and will always do.

Everytime we headed to the hospital, I prayed quietly in my heart that we would not use the staff lift which is located in front of the emergency room and the mortuary. Actually it was a lift that was used to bring the dead body to the mortuary. Since we were using it, we bumped into dead bodies many times. Fresh dead body. I hate the squeaking sound of the corpse container each time its stainless steel wheel touched the cold-cemented floor of a long, narrow alley, near the lift. Fear is the right word. Afraid is even more accurate. Trauma is the exact situation. I cannot associate with anything related to corpse. Cemetery, hearse, funeral, etc. Even a signboard with 'The Mortuary' written on it gave me an eerie thought, triggering a dreadful state. Gulp! I had never realised it had put me among those who went through mental breakdown.


Not only that I feared the corpses but also being left alone in the dark. I can watch horror movies. However at night, I will have a most terrible night terror ever. I cannot close my eyes. Everytime I try to do so, thousands of creepy images keep playing through my mind. (Actually, it is a matter of mental illnesses. Our mind has been forced to imagine something beyond our consciousness. More alike fantasy,etc. ) Sometimes I have a nightmare and end up sitting on the floor in tears. Then I go back to bed as if nothing was happen. The next day, I feel a little bit strange and I do remember those nightmares but I am insensible. Nor afraid neither relieve. Nevertheless, if I'm having sleepwalking, I cannot remember a single details of it. My mom told me everything about it.

After my grandfather's death, I'm still having those disorders but rarely occur. And by the time I'm in Standard 5, I was fully recovered as I did not experiance night terror and sleepwalking anymore. Now, I'm 18 years old and just happen to know that it is a disease. A mental disease. Poor me though. I also go through several sites on sleeping disorder and I'm relieved to know that night terror and sleepwalking is okay and harmless as if the person who has those disorder is a children below 12 years old. If it still continue to occur beyond 12 years old, it is a problem that require immediate treatment.

Its funny though to know that I once have a mental problem and I have stumbled on Post-Traumatic Stress Disorder on the net> an ilness caused by a traumatic experiances such as war, accident, etc. Maybe I could label mine as PSTD. I'm having corpse trauma syndrome! Yikes!

*Footnote: I'm referring my case caused by PTSD. Therefore, I'm assuming myself having a mental breakdown in the past.

Post-traumatic stress disorder (PTSD) is a term for certain severe psychological consequences of exposure to, or confrontation with, stressful events that the person experiences as highly traumatic. Clinically, such events involve actual or threatened death, serious physical injury, or a threat to physical and/or psychological integrity, to a degree that usual psychological defenses are incapable of coping with the impact. It is occasionally called post-traumatic stress reaction to emphasize that it is a result of traumatic experience rather than a manifestation of a pre-existing psychological condition. The presence of a PTSD response is influenced by the intensity of the experience, its duration, and the individual person involved.

eymanD.

p/s: The true story of my life. Please quote this: I'm 200% healthy now. It is just a story from the past that I want to share with someone else for a long time. Knowing it as a disease inspires me to write about it and to comfort others who undergo such hard time by telling them that they are not alone. Everyone who encounters the same problems as mine, dont hesitate to contact me and by God Willing, I might be able to help you
p/s: I'm on mediaction right now (Duromine) and facing insomnia. -_-'. Bad Phentermine.

Sudah sedia.

Wednesday, May 16
Assalamualaikum,

I

Bayu laut menghempas ke muka. Perlahan. Segenap pelusuk hati berasa tenang dan nyaman. Lintasan memori hilang bersama kasar deruan ombak. Jika boleh, memori itu dicampak jauh ke tengah laut. Moga-moga memori tersebut tidak kembali- menerjah kamar hati gundah.
***
Terseyum sendirian. Lekas-lekas berpaling ke belakang. Terasa seolah-olah dia masih berada di situ-memerhati dan merenung. Kemudian, sekuntum senyuman dihadiahkan. Ah, bahagia sungguh! Semuanya kembali berputar ligat dalam kotak istimewa hadiah dari Tuhan.
***
Mulalah air mata mengguyur. Sudah di kata, jangan kau berlagak-sombong diri-hidung tinggi. Nanti, dirimu sendiri akan tersungkur, meminta, dan merayu kepadaNYA. Sesungguhnya air mata itu jua milikNYA, makhlukNYA.


II

Mana Muadz? Mana Muadz! Dia tidak peduli lagi bala tentera Balid yang makin mara di depannya. Dia tidak lagi peduli lagi mayat-mayat yang bertaburan di hadapannya. Muadz mana!
***
Tiba-tiba hatinya nyilu. Langkahnya mati. Merasa bagaikan dirinya dicarik-dihiris-dicincang. Lantas air mata mengguyur jatuh.Deras. Hangat. Pedang sepanjang 3 kaki yang diperbuat daripada campuran tujuh jenis logam, bertatahkan jed dan marmar dihulunya ditusukkannya ke pasak bumi. Lututnya lemah- terus menyembah bumi. Lama sekali dia menunduk. Guyuran air mata semakin deras. Esakan kecil semakin lama semakin terdengar. Muadz!

III

‘Laut cantik dan tenang'.
Ramai yang mengungkapkannya sedemikian. Pernahkah kita melihat keganasan laut? Kejadian tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 sudah cukup untuk memberi bukti bahawa laut juga boleh bertindak ganas. Kadangkala kita lupa bahawa laut itu tentera Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Dia tidak mahu mati katak di tengah-tengah laut. Kalau hendak melakukan sesuatu, lakukanlah dengan jalan yang betul dan selamat.

IV

“I am pathetic.”

***
“Ingat! Air mata tidak akan membawa apa-apa erti, sekadar menjadi ‘painkiller’ yang beroperasi buat sementara waktu. Apabila sudah tamat operasinya, kesakitan akan dirasai semula. Kesakitan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang mengeluarkannya dengan penuh emosi.”
***
Dia nampak lain. Sangat lain dengan yang pernah Tiya kenali.

V

MUZEQ : (Mencekak pinggang. Wajahnya bengis dan menakutkan.) Bagus. Aku tahu kau boleh aku harapkan. ( Tersenyum. Senyumannya meleret.) Malam esok kita akan serang markas Jeneral Loqeman. (Ketawa terbahak – bahak. Pandak Andak tersentak, dia lantas bangun dan berlalu pergi. Riak wajahnya bertukar.) Pandak Andak! Kau mahu ke mana?
PANDAK ANDAK : (Menoleh ke belakang) Aku mahu pulang. Aku tidak mahu turut serta kali ini. Aku tidak mahu menyerang Jeneral Loqeman. Dia saudaraku!
(Suara tersekat, menahan marah. Dia meneruskan perjalanannya.)

eymanD.

Ceritera saya?

Wednesday, May 9


Assalamualaikum,

Kadang-kadang seronok nak update blog,
sebab ada banyak perkara gembira yang berlaku.

Kadang-kadang malas nak update blog,
sebab ada banyak perkara sedih yang berlaku.

(Post hari ini tidak ada kaitan dengan ayat-ayat di atas. Mood saya hari ini berada pada aras yang baik. Ayat-ayat tersebut mungkin natijah dari mood saya beberapa hari lalu.Mungkin.)

Ceritera saya?
Saya masih diri saya yang dulu. Masih terperap di rumah. Kadangkala, jika saya bosan atau rakan-rakan saya bosan, kami akan ke KLCC (entah mengapa kami selalu ke situ? Dekat? Mungkin.) Boleh dikatakan dalam tempoh seminggu, pasti saya dan kawan-kawan akan keluar bersama-sama. Ada yang bekerja. Ada juga yang sudah berhenti bekerja. Ada juga seperti saya, terperap di rumah.

Isnin depan bermulah episod kehidupan yang baru bagi sebahagian besar rakan-rakan saya. Pusat-pusat matrikulasi kerajaan sesi 2007/08 akan memulakan operasinya pada 14 Mei 2007. Keputusan kemasukkan ke IPTA bagi lepasan SPM 2006(UPU) juga telah dikeluarkan. Afiqah akan ke PM Negeri Sembilan bersama Asma. Diyana dan Adilah mungkin turut serta. Athiyah dan Farhanah akan ke Asasi Ekonomi dan Pengurusan di UIAM Petaling Jaya. Izzah akan mendaftar masuk ke KDU pada 4 Jun 2007, satu permulaan bagi merealisasikan impiannya-membuka sebuah Law Firm. beliau akan mengikuti course Pre-Law selama 10 bulan. Kak Syaz masih menunggu panggilan UPU. Sakinah akan mendaftar ke CUCMS pada 17 Mei 2007.Beliau akan mengambil jurusan Farmasi.

Ceritera saya?
Tunggu dan lihat.

eymanD.



"Everyday,
I Pray,
to help me through the day,
to make myself stronger,
and I Pray.

Right now, the dreams I've longed for are slowly approaching and unfolding,
When I close my eyes, I can hear someone's prayer entering my heart ,
I believe that all many promises I've made with the stars will come true one day ,
We can do anything if we sweat, and pay attention to those who are special to us .

Once in a lifetime fly to the star,
The stars will watch over your dreams,
Once in your lifetime,
for that day,
Forever we'll work together so have love for your dreams.
Try your best to overcome the upsetting and tough obstacles,
Okay,
Open your eyes to the sky, then you can find the way for the better days,
Now we can live together in this world.

When it's tough, you can rest. Okay, quickly take a second,
The longed dream that the many stars know about, you can take it,
It will be easier if we work together,
This dream of yours is filled with passion, it's all yours,
There's no question. "

- Once in A Lifetime, Shinhwa, Statue of The Art(2006)-

Bila pena mula menari II

Wednesday, April 25
Assalamualaikum,

Bermula sekali lagi.

Menjadi pembaca yang tekun dan teliti. Mengambil apa yang baik dari penulisan seseorang. Begitulah bagaimana saya bermula. Sebelum saya terpanggil untuk bersuara. Kiranya, karya-karya Fahd Razy banyak membantu. Membaca karya-karya beliau buat saya terfikir, bolehkah aku menjadi seperti dia? Menulis seperti dia? Dalam keluarga besar kami, beliau adalah antara mereka yang berjaya. Bersekolah di Sekolah Alam Shah, berjaya di dalam SPM, dan kini, bakal menjadi seorang doktor.Paling penting, boleh menulis dengan baik (asyik menang sana, menang sini, tersiar sana, tersiar sini). Beliaulah yang selalu dijadikan contoh oleh kami-adik-adik sepupu yang baru nak merangkak, melihat dunia baru.(macam terlebih puji Amad je ni.Hehehe)

Kini, saya bermula sekali lagi. Setahun sudah berlalu. Pembaca yang tekun dan teliti.
Perjalanan saya kali ini saya mulakan dengan Kekasih Sam Po Bo-Faisal Tehrani. Sudah lama tidak mencerna karya Faisal Tehrani. Kali terakhir saya membaca karya beliau pada tahun lepas. Abah membelikan saya Tunggu Teduh Dulu. Namun, syarat dari umi: Lepas trial baru boleh baca. Sekitar bulan September agaknya.


Berbalik semula kepada perjalanan saya. Karya Faisal Tehrani memang tidak mengecewakan. Kali pertama saya mengenali beliau dan karyanya ialah pada MPR 2005. Malu rasanya apabila semua orang mengenali beliau, dan saya tidak. Aduh. Malu rasanya apabila rata-rata orang sudah membaca Kombat:1511H, saya belum. (Macammana boleh tak perasan? Sedangkan dalam Antologi Anak Laut-Ting. 4 pun ada karya beliau) Aduh.

Satu persoalan berlegar-legar di ruang legar fikiran saya: Penulis=aku?
Faisal Tehrani barulah layak digelar penulis. Saya?
Setiap karya beliau, paling tidak akan membawakan mesej-mesej yang berguna yang menjana saraf di otak untuk mencetuskan impuls-impuls bagi membolehkan kita berfikir. Karya saya? Aduh.

Aku belum layak di gelar penulis. Gelarlah aku blogger aje. Belum sehingga aku menghasilkan karya yang hebat.

Namun, jika direnung-difikir-ditenung kembali, 11 tahun di Al-Amin sepatutnya sudah cukup menjadi bekalan jika saya ingin menulis sesuatu yang hebat. Murid-murid Al-Amin yang semuanya hampir 500 orang cukup untuk saya jadikan watak-watak di dalam penulisan saya.(Belum campur dengan guru-guru, kerani, dan mak cik kantin. Hehe. Kecilnya Al-Amin).

Saya tidak akan menyepi lagi. Ada misi yang perlu dilaksana. Ada impian yang perlu dicapai. Saya sudah membeli sebuah tapak dalam dunia penulisan. Tiang rumah juga sudah saya dirikan. Kalau hari hujan, di mana saya hendak berteduh? Apa kata orang-orang kampung nanti? Saya akan siapkan rumah saya sebelum musim tengkujuh menyapa. InsyaAllah.

Pencapaian?

Haha. Tergelak seketika. Tergelak lagi. Kini, ketawa pula.

1. 'Kaca Mata Dina' - Tempat pertama, Pertandingan Menulis Cerita Pendek (Kategori I: 13-15 THN) Peringkat Nasional I anjuran DBP - 2005
2. 'Bingkisan Yusra', 'Komuniti Bas', 'Meniti Harapan' - Saguhati, Pertandingan Menulis Cerpen Sempena Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni anjuran KeKKWa - 2005
3. 'Kasih Siapa' - Dewan Siswa edisi Januari 2006

Layakkah saya digelar penulis? Bagi saya, belum. Kata anda?

eymanD.

Sedang membaca:
*Kekasih Sam Po Bo: Faisal Tehrani
*Sweetness in The Belly-Camilla Gibb
*Ayat-Ayat Cinta- Habiburahman El-Shirazy

Projek tertangguh sejak 2005/2006:
*Gerak Gempur
*Zaidi(tajuk sementara)
*Tangisan Empayar Habsburgs
*Elegi Tiya
*Muaz, Zaed, Amru (tajuk sementara)







Hari demi Hari/ Double Personality III

Tuesday, April 24
Assalamualaikum,

Baru saja pulang dari program RELAX '07 anjuran bersama JIM dan Dejourney. Program tiga hari yang amat memenatkan. Biarlah gambar yang berbicara.

*****

"Moga-moga 'orang-orang' yang belum sedar, kembali kepadaNYA secepat mungkin. Kita tidak tahu bilakah kematian tiba. Mungkin esok, mungkin 20 tahun akan datang. Soalannya telah lama diberi: "Ma Rabbuka". Adakah anda pasti anda sudah bersedia dengan jawapannya?" - 15 Ogos 2005

Jika anda semua masih ingat, saya pernah menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap segelintir 'rakan' di bawah tajuk yang sama tidak lama dulu ( part I dan part II) serta di dalam post yang bertajuk: ALLAHUAKBAR! ALLAH MAHA BESAR!

Jika anda masih ingat lagi, saya juga memohon agar mereka-mereka ini diberi petunjuk dan hidayah agar sentiasa berada di bawah lindunganNYA. Mungkin, pintu-pintu doa terbuka di kala itu. Alhamdulillah, mereka sudah menjadi orang yang baru. Kagum sungguh saya dengan mereka. Insan-insan yang telah memilih jalan yang lebih tenang dan menguntungkan. Jalan untuk berubah. Saya sendiri berani bertanya kepada mereka(kata umi: Mengapa bertanya? kata saya: saja je): mengapa jadi begini? Bukankah dulu begitu?

Mereka menjawab : Dalam hidup ni, ada paradigm shift. Ada banyak lagi turning point lepas ni.

Jawapan yang membuat hati saya luruh sama sekali.

Akhirnya, setelah setahun (lebih kurang), mereka berjaya membuat perhitungan dengan diri sendiri. Bukankah hanya jauhari mengenal manikam?

Saya hanya mampu mendoakan agar mereka sentiasa berada di atas trek yang betul. Tidak tersasar dan berpatah balik, juga tidak melencong ke mana-mana. Ya, kita tidak boleh mengadili seseorang itu begitu saja. Mungkin pada pandangan kita, dia begitu, tetapi sebenarnya dia begini.


"Malas rasanya hendak mengulas perkara-perkara sebegini, namun buat pengajaran untuk semua, marilah kita bersama-sama menghitung diri dengan ikhlas kerana Allah. Moga-moga diberi petunjuk dan hidayahnya."- 6 September 2005

Entah mengapa saya berasa teramat kagum dan bangga dengan diri mereka. Terharu sungguh. Apabila saya membaca post-post sebelum ini (PI+PII), saya hanya mampu memanjatkat kesyukuran kepada yang Esa. Dialah yang membantu rakan-rakan saya ini dan membenarkan mereka menjadi muslim yang sejati. Memberi mereka semangat dan peluang untuk bermula sekali lagi. Menyuntik sinar-sinar hidayah dalam hati mereka. Semoga semuanya akan kekal begini.Mungkin akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

"Maafkanlah jika saya terlalu beremosi. Saya hanya mahu mengingatkan kepada barangsiapa yang sudah terlupa. Moga-moga anda semua mendoakan saya berjaya membantu orang-orang tersebut untuk berfikir sejenak tentang betapa kerdil dan hinanya kita di sisi Allah." - 8 September 2005
***
Seseorang itu tidak akan berubah serta-merta melainkan dirinya sendiri yang mendambakan perubahan.
eymanD.

Bila pena mula menari...

Thursday, April 19
Assalamualaikum,

Sudah terlalu lama saya menyepi. Menyepi tanpa pena menari dicelah-celah jemari comel saya. Hari ini(Rabu) saya dipanggil untuk mengisi aktiviti Kelab Pidato dan Penerbitan Karya(KPPK). An informal talk. Sememangnya saya sudah biasa dengan 'adik-adik' junior. (Lebih-lebih lagi, 3 orang adik saya adalah ahli KPPK).

Bagi saya, saya bukan penulis yang baik. Penulis yang bermusim, kata umi.

Saya hanya menceritakan bagaimana saya mula menarikan pena di jemari. Bagaimana saya mendapat ilham dan bagaimana untuk memulakan langkah yang pertama. Saya harap mereka faham dengan cerita saya dan akan memulakan langkah pertama ke dunia penulisan.

*********

Setiap kali saya menulis, saya ingin menulis sesuatu yang hebat. Karya yang dapat membuat pembaca beremosi. Sama ada emosi yang positif ataupun negatif. Karya yang dapat membuat akal berfikir. Kadang-kadang saya suka meletakkan J.K Rowling sebagai satu teladan. Sebelum menjadi jutawan, beliau bukanlah sesiapa. Seorang ibu tunggal yang tidak bekerja. Namun, roda-roda di akalnya ligat berputar mencari idea-idea bagi menghasilkan sesuatu yang hebat. Mungkin siri Harry Potter agak superstitious, namun tidak hairanlah kerana penulisnya seorang Kristian.

Apa yang saya boleh simpulkan daripada kisah beliau, walau apapun yang terlintas difikiran, jangan pendamkan. Ambil kertas dan catat. Siapa tahu, anda akan menjadi jutawan suatu hari nanti. Hehe.

Seperti yang telah diajarkan kepada saya, dunia penulisan diceburi bukan untuk mengaut keuntungan, tetapi untuk mengajar anak-anak bangsa supaya mereka boleh menjadi insan-insan yang tidak merugikan di masa hadapan.

Saya mempunyai satu impian. (Impian dalam kategori penulisan):

I want to educate my people through my writings.

Dunia penulisan adalah platform yang paling baik untuk mengaut pahala. Setiap apa yang ditulis, akan dibaca dari zaman ke zaman. Jika si pembaca mendapat manfaat darinya, InsyaAllah, si penulis juga akan memperolehi 'syer' dari Allah. Saya ingin menjadi penulis jenis itu.

Saya belum mencapai tahap pre-professional seperti rakan-rakan penulis yang lain(terutama rakan-rakan mantan MPR 2005). Mereka masih terus berkarya. Contohnya, Azree(mantan MPR 2005, pelajar undang-undang UIAM). Puisinys kerap tersiar di Dewan Siswa. Begitu juga dengan Kak Nas.(Juga pelajar undang-undang AIKOL, UIAM). Saya agak, hanya mereka berdua yang aktif menulis.(merujuk kepada genre puisi dan cerpen). Moga-moga mereka akan terus maju-tidak lokek berkongsi idea-idea kreatif dengan para pembaca.


Jika diberi kesempatan masa dan ketenangan jiwa, saya akan kembali memegang pena. Menulis adalah suatu proses yang indah dan saya ingin menikmati keindahannya sekali lagi.

eymanD.

Islam pernah menguasai dunia penulisan.Andalusia menjadi bukti kemegahan dan keagungan karya-karya ilmuan dan sasterawan Islam. Hasil-hasil penulisan sasterawan dan ilmuan Islam inilah yang dicedok Barat dan akhirnya menjadikan mereka kuasa yang kuat. Sudah tiba masanya, kita kembali bangkit dan berjuang melalui pena kerana sejarah pernah membuktikan, lidah dan mata pena lebih tajam dari pedang pejuang di medan perang.

Adakah kamu juga bingung?

Wednesday, April 18
Assalamualaikum,

Bingung. Bingung. Bingung.

Apa itu bingung? (Menurut firasat hati, pemikiran spontan, dan tafsiran akal Nuruliman)

Suatu situasi di mana anda tidak dapat berfikir secara waras dan merasakan semua pilihan yang ada adalah pilihan yang perlu dipilih. Sedangkan kamu hanya boleh/diminta memilih satu pilihan yang paling meyakinkan dan menguntungkan.

Nampaknya saya memang tidak layak untuk menjadi pengundi berdaftar SPR. Semua undi saya akan rosak...

Saya berada dalam satu situasi di mana saya mempunyai konflik dengan sendiri. Saya gagal untuk memahami kehendak diri dan kemampuan diri.

Apa yang saya mahu?

Saya pun agak kabur tentang perkara itu. Jika diikutkan hati sanubari diri, saya hendak menjadi seorang yang terkenal dan dibanggakan. Adakah hati saya terlalu tamak dan bongkak?

Bagi saya tidak, insan yang mempunyai cita-cita untuk berjaya dan menjadi kebanggagan adalah insan yang sanggup menghadapi cabaran dan mengambil risiko demi mencapai matlamatnya. Bukan tamak atau bongkak. Si tamak dan si bongkak ialah mereka yang tidak pernah mencuba dan berusaha untuk menaikkan taraf diri dari satu level ke level yang lebih tinggi.

Jadi, mengapa saya bingung sedangkan saya berprinsip begitu?
Sahutlah cabaran, terimalah risiko!
Realitinya, kata-kata lebih senang diucap. Nak buat punyalah susah.
Aduh! Pening bangat deh kepala gue. Pikiran gue ini, suda sarat bangat...

Adakah saya rasa inferior terhadap diri sendiri?

Mungkin juga. Takut dengan kebolehan diri sendiri dan asyik memikirkan apa yang akan diperkatakan oleh orang lain. Tapi, bukankah kata-kata orang itu perlu bagi membina diri? Mungkin, saya terlebih berfikir dan banyak memberikan alasan. Namun, saya cuma hendakkan jaminan. Adakah saya boleh berjaya di atas jalan yang mungkin boleh memusnahkan mental+emosi saya?

Sahutlah cabaran, terimalah risiko!

Mungkin benar kata Izzah, Kita asyik mengucapkan; "Why me?" Sedangkan di luar sana terlalu ramai orang mengucapkan; "Why not me?"

Walauapapun, saya perlukan doa dan sokongan kalian dalam memilih yang terbaik. Terbaik dari semua aspek. Dapat memberi kebaikan dan keuntungan serta tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh membunuh iman dan taqwa.

Jika selepas anda membaca post ini, fikiran anda bercelaru;

Tahniah! Anda juga bingung!

eymanD.

p/s: Doakan saya dalam memilih yang terbaik buat hidup saya. Pilihan yang tidak akan meletakkan saya di zon bahaya iaitu zon penghakisan iman dan pelupusan taqwa. Saya berharap dapat berada di jalan yang diredhai dan diberkati. Semoga Allah memberi apa yang terbaik buat saya dan mengurniakan kepada saya mereka-mereka yang memahami matlamat hidup seorang muslim sepenuhnya ...

April

Tuesday, April 17
Assalamualaikum,

a)6th IIUM Interschool Debate

*enough is enough.(at last, they met *budak koleq*)

b)RELAX

*20-22 April 2007
*Dejourney + JIM

Penasihat: Bro. Wan Am
Pengarah: Muaz Shahrom
Timb. Pengarah: Fatimah Mohammad
Setiausaha: Nuruliman Dashuki

Bendahari: Ammar Kamar


Biro:
Penginapan dan Keselamatan: Syed Mohammad, Muneera
Teknikal dan Publisiti: Syazana, Aiman, Fatimah
Pendaftaran dan Logistik: Asma, Ihsan dan Ammar
Makanan dan Cenderahati: Iman, Atiqah, Amin

Pengangkutan dan Tugas2 Khas: Muaz, Khairiyah


Program RELAX diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Dejourney tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi semasa berada di IPT. Adalah diharapkan program ini bakal mencapai objektifnya dan berjalan dengan lancar. Warga Dejourney, jumpa kamu 20 April ini!





Interview 1

Tuesday, April 3
Assalamualaikum,

My first ever interview!

Berdebar-debar juga apabila mendapat panggilan interview daripada JPA. Terlalu banyak persoalan bermain-main di minda. Pakaian yang sesuai, tatacara yang sopan, jawapan yang berkeyakinan, dan yang semestinya pantang larang interview.

Mungkin bagi mereka yang merupakan bekas murid sekolah berasrama penuh, interview adalah perkara biasa. Sebahagian besar daripada mereka telah melalui proses temuduga berkali-kali, lebih-lebih lagi, murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang semasa Trial SPM. Temuduga sudah menjadi perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan.

Berlainan dengan kami, murid-murid sekolah swasta Islam yang sememangnya kurang pendedahan terhadap 'perkara-perkara' sebegini. Kami sudah biasa dianak-tirikan.
Sejak dari Darjah Satu kami dididik dengan tatacara dan adab sopan Islam yang sebenar. Batas-batas pergaulan juga selalu ditekankan oleh ustaz dan ustazah; membuatkan kami kadang kala kurang senang bekerja dengan lelaki. Akibatnya, kami membesar sebagai seorang yang pemalu dan kurang berkeyakinan. Mungkin juga disebabkan kami tidak mempunyai banyak aktiviti luaran yang melibatkan sekolah-sekolah lain seperti sekolah-sekolah kerajaan.

Keyakinan diri bagi murid-murid Al-Amin adalah sesuatu yang perlu dipupuk sendiri. Namun, hakikatnya, apabila melangkah keluar dari 'tempurung Al-Amin', serta-merta kami mampu berdiri sendiri. Mungkin kerana ingin memberitahu dunia bahawa jangan pandang rendah pada kami. Sehinggakan senakal-nakal dan sejahat-jahat murid Al-Amin, akhirnya akan menjadi pimpinan pelajar di Universiti.

Kami sememangnya bangga menyebut nama Al-Amin. Kami ingin sekali dikenali dan kami juga sudah buktikannya. Tahun lepas kami menyertai Debat Piala UIAM yang disertai oleh sekolah-sekolah yang bertaraf sekolah kluster(kini). Bagi mereka, beraksi di gelanggang UIAM merupakan pusingan memanaskan badan sebelum menyertai Piala Perdana Menteri(kalau tidak silap). Kalau kalah pun tidak apa. Mungkin mereka berfikir begitu.

Kami pula amat teruja apabila dapat menyertai pertandingan yang bertaraf peringkat kebangsaan. (Nak masuk MSSD pun susah, peringkat daerah Gombak je tu). Kami inginkan yang terbaik, tetapi kami tidak lupa diri. Kami sedar siapa kami-anak tiri, bukan anak kandung. Semua itu tidak menghalang kami untuk melakukan yang terbaik dan membuktikan bahawa Al-Amin boleh!

Doalah yang menjadi teman kami sepanjang masa. Mungkin mereka memandang kami sebagai wierdo, tetapi itulah kekuatan dan bekalan kami sepanjang pertandingan. Hari pertama kami lalui dengan agak tertekan namun, alhamdulillah kami menang 2 dari 3 perlawanan. Keesokkan harinya, sekali lagi berbekalkan restu seluruh warga Al-Amin dan doa kepada yang Maha Berkuasa, kami sekali lagi melangkah untuk berjuang. Lawan pertama kami pada hari itu ialah Sekolah Seri Puteri. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bangganya kami dapat bertemu SSP. Salah sebuah sekolah yang terkenal dan popular di Malaysia. Kata kami, kalau kalah pun tidak apa. Sekurang-kurangnya, kami dengan bangga mengatakann, 'kami kalah dengan SSP'.

Keputusannya: kami mengalahkan SSP! Satu dewan gempar. Siapa Al-Amin? Kalahkan SSP! Semua itu kuasaNYA. Keajaiban dan kejayaan itu milikNYA. Satu persatu sekolah SBP kami sungkurkan. Akhirnya kami berjalan dengan rasa bangga membawa nama Al-Amin ke Semi-final, dan akhirnya perjuangan kami terhenti di situ.Ada hikmah disebalik semua itu...

Satu pembuktian yang berbekas di jiwa. Siapa kata Al-Amin tidak boleh? Kini, tiada siapa yang boleh persoalkan kebolehan kami. Mungkin kami masih perlu berjalan jauh untuk setanding dengan sekolah-sekolah kluster, namun kami telah mengorak langkah pertama dan tidak akan menoleh ke belakang lagi. Kata-kata(lebih kurang begitu) yang diucapkan oleh Ustaz Isharuddin kepada saya ketika bertemu SAINA buat kali kedua di perlawanan suku-akhir;

"Umat Islam yang betul-betul beriman dan bertaqwa tidak akan akan kalah kepada pihak yang sama dua kali"

Kata-kata yang tidak akan saya lupakan dan akan sentiasa menjadi pembakar semangat ketika saya menghadapai masalah. Terima kasih Ustaz!

Nampaknya sudah jauh saya tersasar. Hehehe. Berbalik kepada tajuk hari ini.

Umi memesan; pergilah dengan bangga sambil mengatakan, saya murid Al-Amin.

Alhamdulillah, temuduga saya berjalan dengan lancar. Tiba di Putrajaya International Convention Centre pada jam 9:40 pagi. Selepas mendaftar, saya dikehendaki menduduki peperiksaan bertulis(attitude test). Lebih kurang 200 soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit.

Selepas itu, saya menunggu untuk ditemuduga. Sekali lagi saya bersyukur kerana, bekas rakan sekolah saya(pindah ke sekolah lain semasa F2) , Huda, satu kumpulan dengan saya. Ahli kumpulan saya semuanya perempuan, 7 orang semuanya (termasuk saya). Semuanya dari sekolah berasrama penuh kecuali saya dan Hidayah(sekolah harian di Bangi). Semuanya memohon jurusan perubatan kecuali saya(kejuruteraan). Semuanya bersekolah di sekolah kerajaan kecuali saya...

Semuanya berjalan lancar bagi saya kerana kami ditemuduga dalam Bahasa Melayu. Hanya sesi memperkenalkan diri saja memerlukan kami berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Saya selamat tiba dirumah jam 2:15 petang.

Kini, saya tidak sabar untuk dipanggil ditemuduga lagi. Seronok rupanya. Pergi dengan membawa imej Al-Amin. Moga-moga ada pihak yang akan memanggil saya untuk ditemuduga lagi. Amin...

eymanD.

'Ya Allah, Tuhan kami yang Maha Pemurah dan Penyayang. Bantulah kami, berilah kami kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang, dan tetapkanlah hati kami di jalan-jalan orang-orang soleh, serta masukkanlah kami ke syurga firdausMU. Sesungguhnya Kaulah Tuhan yang Maha Mengasihi dan Maha memberi petunjuk. Amin.'

Perginya seorang kakak, ibu, dan nenek...

Monday, March 26
Assalamualaikum,

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Mak Sah [satu-satunya saudara nenek saya] yang menghembuskan nafas terakhir pada 25 Mac 2007 di Hospital Universiti Sains Malaysia[HUSM], Kubang Kerian.

Moga-moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan As-Shuhada dan Al-Mujahidin.Amin.

Penghias Zaman Kecilku
(Buat keluargaku yang sedang berduka lara atas pemergian seorang kakak, ibu dan nenek. Al-Fatihah.)

Penghias zaman kecilku
Bersimpuh di tangga usang, menanti permata desa bila tiba entah
Terkambus perit derita berat kasihnya sebalik
Pada jantung hati tercurah semuanya habis
Pintanya hanya satu, kepulangan bukan khabar.

Tiadanya kau ini,bikin akal berfikir?
Samakah semuanya mungkin?

Bibir tua yang pemurah, mesra dakapan yang hangat

Menyambut tibanya kami
Tiap kali begitu.

Jelas
Pemergianmu merenggut rasa
Membunuh deria, jatuh sedu-sedan gugur
Tulus lafaz doa sedekah itulah termampu
Jadi pengiring setia, pengganti rindu terubat tidak.

Tidurlah ratu
Tidurlah ratu
Akan kami menyusul, bila janjiNya dikota.


eymanD.

Hari-hari cuti begini.

Monday, March 19
Assalamualaikum,

Kata orang: kejayaan yang dicapai pada hari ini boleh menjadi ukuran kejayaan masa hadapan.
Kata saya: kejayaan hari ini adalah permulaan untuk kejayaan yang lebih sempurna di masa akan datang jika diri bersedia untuk memulakan gerak langkah yang baru dan lebih tersusun. Jika, kejayaan yang dicapai dirasakan sudah memadai untuk seumur hidup, diri akan terkapai-kapai dalam lautan kehidupan dan peluang untuk bermula sekali lagi disia-siakan begitu sahaja.

Rasanya hampir sebulan saya tidak berada di KL [secara kasarnya]. Saya telah pulang ke Sg. Choh, Rawang, pada 23 Februari dengan menaiki Komuter. Kali pertama saya pulang ke Rawang seorang diri. Sebelum ini saya pulang ke sana bertemankan adik-adik saya. Saya bertolak dari LRT Jelatek ke KL Sentral selepas Zohor, lebih kurang pada jam 3:00 petang. Nasib baik, sesampainya saya di KL Sentral, Komuter ke Rawang belum lagi bertolak.
Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan hati dan sanubari saya ketika di dalam Komuter. Air-cond. tidak berfungsi dan tiada tempat duduk. Pada jam 4:30, saya tiba di Komuter Rawang dan saya dijemput oleh Wan Azam [adik umi]. Maka, bermulah percutian saya.
p/s: Pada saat itu, saya bebas dari sebarang tanggungjawab yang membebani diri selama beberapa ketika.

Entah mengapa, sejak dari itu, saya kurang gemar menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan rakan-rakan lama. Gathering Batch 12 Al-Amin pun tidak saya sertai pada hari Ahad, 25 Februari. Pasti ramai yang tertanya-tertanya. Iman yang selalu busy pada gathering sebelumnya tidak hadir. Mungkin, tiada siapa perasan ketidakhadiran saya. Mungkin.

everybody except me

Once again, I'm not there.

Tidak banyak aktiviti yang saya lakukan di kampung. Sekadar meneruskan slimming programme. Pada 3 Mac, saya terpaksa pulang ke KL kerana adik saya, Rahim dimasukkan ke Wad Pediatrik, PUSRAWI, Kuala Lumpur akibat serangan asma. Namun, keadaanya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital pada 4 Mac. Malam itu, saya pulang kembali ke Rawang bersama Wan Azam.

Minggu itu saya semakin resah menanti keputusan SPM. Kerunsingan mengejar saya hingga ke dalam mimpi. Dalam pada itu, saya bersetuju untuk mengikut Nek Kam [adik nenek saya] bercuti ke Tioman. Satu tindakan drastik. 12 Mac, keputusan SPM diumumkan, dan pada 13 Mac, saya bertolak ke Tioman. Saya fikir, baik begini jika keputusan saya kurang menyenangkan. Mengasingkan diri di tempat yang tiada line DiGi[sebenarnya ada, cuma di kawasan Kg. Tekek, berdekatan Lapangan Terbang dan Berjaya Hotels]

Saya pulang ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 10 Mac. Penantian sememangnya suatu penyeksaan. Namun, saya bisik pada diri; harus pasrah dan redha dengan ketentuannya.

Sesungguhnya Tuhan Maha Besar dan Keajaiban itu milik-Nya. Kejayaan yang sungguh bermakna diberikan; tanda kebesaran-Nya. Tidak mampu melafazkan kata, hanya ucapan syukur yang lahir dari hati hamba yg kerdil.

Hajat untuk menjadi seorang professional bergelar Doktor terhalang apabila keputusan SPM saya tidak mengizinkannya. Agak sukar untuk saya menerimanya pada mulanya. Bila difikirkan berkali-kali, inilah petunjuk dari yang Maha Kuasa. Saya tidak sesuai untuk profesion tersebut. Mungkin.

Hasrat saya masih belum terkubur. Di situ ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya tetap memohon tempat di 'bilik pembedahan' hospital dalam negeri. Kalau kita tidak mencuba, masakan kita tahu hasilnya. Saya juga tidak menafikan kemungkinan saya akan bergelar Ir. Nuruliman Dashuki suatu hari nanti.

Saya tidak mahu menjadi terlalu tamak dan memilih. Saya sedia menerima apa-apa kemungkinan. Hidup ini bukan tentang apa yang kita mahu, tetapi tentang apa yang kita layak terima berdasarkan apa yang kita beri.

Akhir sekali percutian di Tioman. Percutian yang telah menukar warna kulit saya. Konon nak tanned lah..Tapi tidak sedar, diri sudah lebih dari tanned...

Peta Tioman.16/3/07

Moga-moga hari-hari cuti akan datang lebih menarik dan mencabar. Tanpa cabaran, manusia tidak akan maju!

Semoga maju jaya dan selamat menempuh hidup yang baru!


My Holiday's Diary:

20/3: Small gathering with former study group's members@KLCC, monthly check-up@Dr.Zalina's

21/3: Meeting with Aunt Rokiah, getting busy with IIUM Interschool Debate.

23/3: Takrim's rehearsal@SMIAAG

24/3: Takrim@SMIAAG

April: Scholarship interviews, IIUM Interschool Debate, another week at Rawang

May: There's no fixed activity for this month.

Eyman D