Perjalanan yang baru?

Sunday, August 5
Assalamualaikum,

Lamanya....

Alhamdulillah, kini saya sedang meniti satu alam kehidupan yang baru. Lekuk-lekuk jalan yang mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Apa yang bakal saya hadapi dan bagaimana untuk berhadapan dengannya.

Menyertai satu dunia yang berlainan dengan dunia di bawah tempurung di Al-Amin membuat saya amat rindu biah di Al-Amin. 11 tahun di Al-Amin banyak membentuk siapa saya. Siang malam, saya rindukan rakan-rakan di Al-amin, guru-guru yang bukan sahaja menjadi pendidik malah ibu dan ayah kepada kami semua. Kami di Al-Amin diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang besar. One, big, happy family.

Senakal-nakal kami di Al-Amin, mulut kami masih membahasakan diri 'ana-anti'. Perkataan 'saya-awak' amat janggal bunyinya. Jauh sekali 'aku-kau'. Ah, rindu sungguh pada Al-Amin!
Namun, saya sedar, semua itu hanya tinggal kenangan dan segala kenangan yang ada, akan saya simpan baik-baik dalam kotak berharga pemberian Tuhan yang bernama 'Hati'. Tidak akan sesekali saya akan lupakan bumi yang membentuk saya menjadi seorang insan seperti hari ini. Bumi Malaysia, di atas tanah Al-Amin.

Saya juga bersyukur umi dan abah telah menghantar saya ke sana. Cukup bertuah. Terima kaish umi dan abah! Saya tahu, keadaannya akan berbeza, tetapi perbezaan itulah yang akan membuat kita menjadi lebih tabah dan kuat serta menghargai setiap perkara yang berlaku disekeliling kita. Tidak kira perkara yang sedang berlaku ataupun yang sudah pun berlaku.

Doakan saya berjaya dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya sudah pun berhenti di suatu tempat dan kini, saya kembali meneruskan perjalanan hidup saya. Berbekalkan tangki minyak yang penuh, insyaAllah, doakan saya sampai ke perhentian yang seterusnya.

eymand.

No comments: