Dibuai rindu...

Thursday, October 4
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hampir dua minggu saya mengharungi lekuk-lekuk hidup sebagai seorang siswi Cairo University tanpa sebarang masalah-masalah kritikal.

Entah mengapa hari-hari yang dilalui sering terisi dengan memori-memori bersama keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Paling dirindui semestinya Al-Amin. Markas yang telah membentuk diri saya. Terlalu rindu biah di Al-Amin. Sangat-sangat rindu. Guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa tersemat di dada mereka, ukhuwwah fillah.

Ramadhan semakin meninggalkan kita, Aidilfitri pula bakal menyapa. Membikin hati lagi rindu.
Namun, ada satu perjuangan yang belum sudah. Bahkan baru saja bermula. Belum masanya untuk mengalah.

****

Setiap hari ada misi yang perlu dilaksanakan. Misi tempat duduk. Boleh dikatakan setiap hari kami akan berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat duduk di hadapan. Tempat duduk hadapan=lebih konsentrasi. Baik lelaki mahupun perempuan, matlamat tetap satu. Ingin Mumtaz di kemudian hari!

****

InsyaAllah, kami akan berangkat ke El-Iskandariyyah pada 3 Syawal. Bertemu rakan sekolej dan menikmati permandangan yang selalu dibangga-banggakan oleh teman sekolej. Kata orang: jauh perjalanan, bertambah ilmu di dada.

****

Alhamdulillah, berjaya juga saya dan teman-teman serumah menghadiri halaqah ta'lim Sheikh Nuruddin di Rumah Johor. Kami sempat mendengar ta'lim berkenaan tajuk Zikr. Ilmu yang disampaikan rasanya terlalu berguna hingga tidak sedar masa berlalu. Jika ada kesempatan, ingin kami mendengar lagi pengisian ilmu daripada beliau.

****

Doakan saya sentiasa bersemangat mengharungi perjalanan yang kian sepi tanpa teman-teman se'gege' di sisi. =)

eymand.
El-Fustat.

I'm missing you guys! Do well in your exam! Make me proud!

3 comments:

Anonymous said...

ust idris pesan, jadikanlah segala rintangan,cabaran,kesusahan,kepahitan semasa explorace dulu sebagai skill asas untuk menharungi perjuangan hidup yg mencabar tak kira dimana saja iman berada....ust kata setiap task ada hikmah tersembunyi ..yg hanya dapat terjawab jika iman melalui nya sekali lagi tanpa kawan2 al-amin di sisi...yong!!!jauh di mata dekat dihati...ukhuwwah fillah selamanya tersemat di hati ...sampai bila-bila...mummyibony mengalaminya juga....sentiasa terkenang kesah dolu2

Anonymous said...

Menuntut ilmu adalah jihad. Tetapkan niat dan matlamat serta kuatkan azam dan usaha. Berusaha,berdoa dan bertawakkallah kepada Allah. Tetapkan diri bersama sahabat yang membantu ke arah menjadi insan solehah dan muslehah. InsyaAllah, jika kita bertaqwa kepada Allah, Allah tidak akan mensesiakan kita.

Anonymous said...

Selamat Datang ke Bumi Seribu Menara ni.. Semoga dapat istiqomah melalui cabaran hidup di sini..