Sudah sedia.

Wednesday, May 16
Assalamualaikum,

I

Bayu laut menghempas ke muka. Perlahan. Segenap pelusuk hati berasa tenang dan nyaman. Lintasan memori hilang bersama kasar deruan ombak. Jika boleh, memori itu dicampak jauh ke tengah laut. Moga-moga memori tersebut tidak kembali- menerjah kamar hati gundah.
***
Terseyum sendirian. Lekas-lekas berpaling ke belakang. Terasa seolah-olah dia masih berada di situ-memerhati dan merenung. Kemudian, sekuntum senyuman dihadiahkan. Ah, bahagia sungguh! Semuanya kembali berputar ligat dalam kotak istimewa hadiah dari Tuhan.
***
Mulalah air mata mengguyur. Sudah di kata, jangan kau berlagak-sombong diri-hidung tinggi. Nanti, dirimu sendiri akan tersungkur, meminta, dan merayu kepadaNYA. Sesungguhnya air mata itu jua milikNYA, makhlukNYA.


II

Mana Muadz? Mana Muadz! Dia tidak peduli lagi bala tentera Balid yang makin mara di depannya. Dia tidak lagi peduli lagi mayat-mayat yang bertaburan di hadapannya. Muadz mana!
***
Tiba-tiba hatinya nyilu. Langkahnya mati. Merasa bagaikan dirinya dicarik-dihiris-dicincang. Lantas air mata mengguyur jatuh.Deras. Hangat. Pedang sepanjang 3 kaki yang diperbuat daripada campuran tujuh jenis logam, bertatahkan jed dan marmar dihulunya ditusukkannya ke pasak bumi. Lututnya lemah- terus menyembah bumi. Lama sekali dia menunduk. Guyuran air mata semakin deras. Esakan kecil semakin lama semakin terdengar. Muadz!

III

‘Laut cantik dan tenang'.
Ramai yang mengungkapkannya sedemikian. Pernahkah kita melihat keganasan laut? Kejadian tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 sudah cukup untuk memberi bukti bahawa laut juga boleh bertindak ganas. Kadangkala kita lupa bahawa laut itu tentera Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Dia tidak mahu mati katak di tengah-tengah laut. Kalau hendak melakukan sesuatu, lakukanlah dengan jalan yang betul dan selamat.

IV

“I am pathetic.”

***
“Ingat! Air mata tidak akan membawa apa-apa erti, sekadar menjadi ‘painkiller’ yang beroperasi buat sementara waktu. Apabila sudah tamat operasinya, kesakitan akan dirasai semula. Kesakitan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang mengeluarkannya dengan penuh emosi.”
***
Dia nampak lain. Sangat lain dengan yang pernah Tiya kenali.

V

MUZEQ : (Mencekak pinggang. Wajahnya bengis dan menakutkan.) Bagus. Aku tahu kau boleh aku harapkan. ( Tersenyum. Senyumannya meleret.) Malam esok kita akan serang markas Jeneral Loqeman. (Ketawa terbahak – bahak. Pandak Andak tersentak, dia lantas bangun dan berlalu pergi. Riak wajahnya bertukar.) Pandak Andak! Kau mahu ke mana?
PANDAK ANDAK : (Menoleh ke belakang) Aku mahu pulang. Aku tidak mahu turut serta kali ini. Aku tidak mahu menyerang Jeneral Loqeman. Dia saudaraku!
(Suara tersekat, menahan marah. Dia meneruskan perjalanannya.)

eymanD.

No comments: