Mahu jadi kuat

Tuesday, June 16
Assalamualaikum,

Terlalu banyak perkara yang berlaku baru-baru ini.
Membuatkan diri semakin takut.
Akan mati.

Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran.

Bila?
Bagaimana?

atau, insan-insan yang disayangi, mungkin akan pergi dahulu.

Bagaimana untuk menjadi tabah?
untuk menjadi seorang yang redha?

kerana hati ini banyak lagi lubang-lubang kecil,
karat jahiliyyah masih berbaki,
aku masih belum kuat.

Bagaimana untuk menjadi seorang yang hebat?
Bagaimana untuk menjadi seorang yang tabah dan redha. (seperti Ummu Ammar)

Aku masih belum kuat.
Jika Izrail memanggil.
Aku masih belum kuat.
Jika kehilangan yang tersayang.

Mampukah aku menjadi kuat?
dan,
Aku ingin menjadi kuat.

iman

2 comments:

MAKMAN said...

salam,
sebab itu kita kene selami risalah agama yang kita bawa dgn kefahaman yang jitu.kaji dan hayati betul2..fahamkan dan buat bersungguh dalam apa saja amanah yang dipertanggungjawabkan

kaji rukun islam dan rukun iman dgn detail..tentang beriman dgn Allah..Tuhan sekelian alam..pencipta,perancang dan pembuat..segala2nya.

kemudian beriman dgn takdir...betul2 dikaji dan diteliti lagi...kenpa?,hikmah,muhasabah..goes togther.

Tgk pule sejarah2 silam..seerah pengalaman..dan camparekan dgn diri kita..sebenarnya cukup menginsafkan.

org2 yang diuji,,Allah tahu mereka sebenarnya mampu utk menerima..tapi kenalah sentiasa berdoa agar kita tak diuji sesuatu yg tak sanggup kita hadapi..

Kadang2 bila hidup kita sentiasa dalam keadaan selesa kita lupa utk bersyukur dan kembali kepada tuntutan agama utk sentiasa berlapang dada dan bersyukur dgn apa yg ada

Kene sentiasa beringat semua yang kita ada dalam dunia ni pinjaman sahaja..bukan hak kita yg hakiki...bila2 masa Pencipta berhak mengambilnya.

Jadi bila kita diamanahkan sesuatu atau meminjam sesuatu ..buatlah yang terbaik dgn amanah tersebut..bukan sahaja kita akan ditanya tentang amanah itu tapi
amanah itu juga mungkin bekalan kita dalam meneruskan perjalanan pemusaFiran keakhirat.

Kita selalu dgr kata2,bercucuk tanamlah kamu didunia..dan tuailah di akhirat.so dunia ni ladang kita..dgn amalan,akhlak,tanggungjawab,ilmu juga lain2.


ajal maut,jodoh pertemuan semua dah ditetapkan...Marilah kita didik hati2 kita agar sentiasa redha dgn ketentuan Allah disamping berusaha bersungguh2 sebelum bertawwaqqal.

Memang ade saja org disekeliling kita yg memiliki keistimewaan dalam satu2 hal..mungkin pemurah sgt,baik sgt,kuat amalan fardhiah,kuat berdakwah...kita dah rasa wow! hebatnya ..sebab kita tak dapat buat sampai tahap itu lagi...tapi alangkah super n duper nya Rasullah adalah segala2nya idola ---manusia yang disayangi oleh Allah.

Pi buat usrah n diskuss perjalan seerah Beliau..cukup memberi byk pengajaran,iktibar dan kekuatan yang kita boleh dapat.....

"SEmoga hati2 kita sntiasa dilembutkan ,di beri taufik dan ditambah keimanan oleh Sang PENCIPTA..."....aMINNNNNN

huda said...

iman, igt kan aku bila aku lupa.jom kejar syurga sama2.jangan tgglkan aku.jgn msok syurga sorang2.jom buat reunion, dgn reunion y plg indah,kat taman2 syurga nnt.