Al-Fatihah

Thursday, June 11
Assalamualaikum,

Assalamualaikum,

Al-Fatihah buat Allahyarham Ammar Zulkifli, pelajar perubatan tahun 3, Universiti Kaherah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya malam semalam (waktu Mesir) dan telah kembali ke rahmatullah di tempat kejadian.

edit:
Entah lah, bukan satu batch pun. Setakat kenal nama dan muka. Pernahlah selisih masa on the way nak ke kuliah, kat program perubatan ke, kat mounira ke dan kat mane2 lagi. tapi entah mengapa impaknya agak kuat.
Rata-rata di internet, orang ramai menulis pasal arwah. Tentang akhlaknya, budi bahasanya.
Terus terfikir, apakah aku ini layak untuk dipuji sebegitu rupa apabila tiba hari yang dijanjikan?
Astaghfirullah.
Masih banyak yang perlu dibaiki.
Masih banyak.

Seorang lagi pelajar tahun 3, Akram (eckm) dan Rahman (aman) masih lagi dalam keadaan tidak stabil.
Mohon rakan-rakan mendoakan semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama assolehin dan moga keadaan Eckm dan Aman beransur pulih.

Buat Gen6, semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.
Allah lebih mengetahui dan tidaklah sesuatu itu dijadikanNYA sia-sia.

maklumat lanjut: SINI

iman,
Gen7

edit:

"Adeh, apsal la mengantuk sangat bace Anat ni.. esok dah la exam.."
Buku anat pun ditutup dan tangan segera mencapai mouse. Ikon YM ditekan.

XXX: ada kemalangan, 3 tidak sedarkan diri tapi stabil.

" Zac, ade accident ar." Perbualan terus berhenti di situ. Dekat Mesir ni, biasalah tu accident.

Mata kembali ke arah buku Anat selepas puas melayari dunia tanpa henti. Mata kembali mengantuk.

'Adeh, kene baca jugak ni. At least, oral esok boleh la dapat 'bayang-bayang' sikit'
Terus diri membuka buku Oral and Spotting Anatomy: tulisan Dr. Fattah.
Bab Pelvis yang masih berbaki tadi disambung semula.

Dari posisi duduk sehinggalah posisi berbaring. Mata semakin tertutup.

"Zac, aku nak tido jap. Ngantuk ar."
Telefon bimbit dicapai dan alarm di'set' kan.

Selepas 15 min:

Huda datang ke bilik, dengan nada sedih:
"weh, ade accident, ade orang meninggal, dekat Suez"

Aku yang masih lagi tidur-tidur ayam mencelah.

"Alah, diorang dah ke hospital. Mane ade meninggal. Tak sedar je."
Aku masih lagi berbaring.

Huda menjawab," Weh, orang Jordan bagi tau ni."

Aku semakin kaget. Terus bangun dan mencapai mouse. Ikon YM ditekan kembali.
'Accident ape la pulak ni'

...the rest is history.


3 comments:

Amanina ST said...

serius tsentak mase diumumkan pagi td.

n ak pon tataw cmne ak nk update blog ak pasal arwah..T_T

semoge arwah ditempatkan dlm hamba2Nya yg mdapat keredaanNya..ameen~

makman said...

salam,
kak..roda kehidupan ini akan tetap berpusing..
masa zaman umi dulu pun kami menghadapi kejadian yg sama yg melibatkan sekumpulan akhawat yg ingin pergi kesebuah tempat utk menghadiri tamrim akhawat.kesemua terbunuh dan seorang sahaja yg terselamat.dan salah seorang yg terbunuh ialah kakak my bestfriend.cukup tersentak,pilu dan trajik.tapi itu semua menjadi pembakar semangat untuk kami teruskan perjuangan membawa risalah Allah...semoga kita semua mengambil pengajran dlm hidup yg sementara ini.--kemana2 kita berada dan pergi juga apa2 yg kita buat..niatkanlah utk mencari keredhaan Allah,agar ianyaakan mendatangkan kebaikan dan keberkatan utk khidupan....
memang syahdu membaca blog2 gen6..tapi perjuangan perlu diteruskan
juga buat sahabat2 gen6 yg masih kritikal/blum sembuh sepenuhnyer doakanlah keajaiban Dari Allah utk sembuh semuanya.aminnn

Abqori said...

Salam.

Innalillah. Walaupun saya tidak kenal arwah, saya turut terasa, mungkin mengenangkan allahyarham pelajar Mesir juga agaknya.

Betul juga kata anda tentang bagaimanakah manusia-manusia lain akan mengenang kita apabila kita mati nanti. Takut pula memikirkannya.

Syukran atas peringatan.