Terengganu Aug. 2006
CUTI
Setakat ini saya hanya duduk goyang kaki di rumah saja. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Mungkin dalam minggu hadapan saya akan mengikuti kursus English. Selepas itu, saya berhajat untuk pulang ke kampung selama sebulan. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Ramai juga yang menyarankan saya agar terus menulis. Entah mengapa saya tidak begitu bersedia untuk menghasilkan sesuatu yang serius yang boleh menggerakkan minda pembaca. Saya belum bersedia untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan secara serius[sekali lagi]. Belum lagi. Doakan saya agar saya mempunyai kekuatan untuk menghasilkan karya-karya yang mantap dan melaluinya saya dapat melakukan satu reformasi terhadap corak pemikiran masyarakat Melayu, khususnya umat Islam di Malaysia. Sememangnya saya mempunyai jiwa yang besar, moga-moga Tuhan menganugerahkan saya kekuatan dan semangat yang besar untuk merealisasikannya.
Kadang-kala saya seperti sudah terlupa bagaimana hendak memulakan sesuatu penulisan. Kalau hendak diikutkan, banyak karya-karya yang saya yang terbengkalai. Saya seperti takut untuk menyiapkan. Tempoh satu tahun meninggalkan dunia 'Darling' membuatkan saya sedikit gentar untuk meneruskannya.
Apa-apa pun saya tidak akan mensia-siakan sokongan keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih semua!
EymanD
* saya dikenali dengan panggilan 'Darling' dalam kalangan peserta MPR[Minggu Penulis Remaja] 2005 kerana salah satu watak dalam cerpen saya Kaca Mata Dina bernama 'Darling'
Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Tahun Baru.
Tahun baru sudah bermula. Bermula kehidupan saya yang baru. 'Beban' yang saya pikul selama 11 tahun akhirnya tamat. Perasaan? Kosong. Tidak tahu bagaimana hendak menggambarkannya. 11 tahun bukan tempoh yang sekejap. Tempoh yang cukup lama untuk mengumpul kenangan sama ada yang pahit dan yang manis.
Tahun 2007. Azam dan matlamat? Masih belum diputuskan. -_-'
KELATE
Baru pulang dari Kelantan. Bertolak pada jam 4.30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 11.50 pagi [2 Jan 2007]. Seperti biasa kami sekeluarga mengorbakan seekor lembu dan membuat jamuan makan( jamuan antara ahli-ahli keluarga sahaja). Tahun ini hanya keluarga saya, Kholati(adik ayah saya), Ayah Su(adik ayah saya), Kak Long(sepupu saya), dan Kak Wan(sepupu saya) yang pulang. Mungkin kerana Hari Raya jatuh berdekatan hari pertama sesi persekolahan 2007.
CUTI
Setakat ini saya hanya duduk goyang kaki di rumah saja. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Mungkin dalam minggu hadapan saya akan mengikuti kursus English. Selepas itu, saya berhajat untuk pulang ke kampung selama sebulan. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Ramai juga yang menyarankan saya agar terus menulis. Entah mengapa saya tidak begitu bersedia untuk menghasilkan sesuatu yang serius yang boleh menggerakkan minda pembaca. Saya belum bersedia untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan secara serius[sekali lagi]. Belum lagi. Doakan saya agar saya mempunyai kekuatan untuk menghasilkan karya-karya yang mantap dan melaluinya saya dapat melakukan satu reformasi terhadap corak pemikiran masyarakat Melayu, khususnya umat Islam di Malaysia. Sememangnya saya mempunyai jiwa yang besar, moga-moga Tuhan menganugerahkan saya kekuatan dan semangat yang besar untuk merealisasikannya.
Kadang-kala saya seperti sudah terlupa bagaimana hendak memulakan sesuatu penulisan. Kalau hendak diikutkan, banyak karya-karya yang saya yang terbengkalai. Saya seperti takut untuk menyiapkan. Tempoh satu tahun meninggalkan dunia 'Darling' membuatkan saya sedikit gentar untuk meneruskannya.
Apa-apa pun saya tidak akan mensia-siakan sokongan keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih semua!
EymanD
* saya dikenali dengan panggilan 'Darling' dalam kalangan peserta MPR[Minggu Penulis Remaja] 2005 kerana salah satu watak dalam cerpen saya Kaca Mata Dina bernama 'Darling'
No comments:
Post a Comment