Benarkah Begitu?

Monday, January 15
Assalamualaikum,

Terkenang zaman 'dolu-dolu' [ sila pronounce dengan tepat :P] seketika. Satu persoalan yang timbul. Adakah saya mengenali semua rakan-rakan dengan baik? Adakah mereka jujur dengan saya? Apa yang saya tahu, saya sentiasa jujur dengan mereka...

Benarkah begitu?

Kami sentiasa berkongsi rahsia, impian, dan cita-cita. Sentiasa berkongsi apa yang dibenci dan apa yang disuka. Selepas zaman persekolahan berakhir. Kami jarang berjumpa-meluangkan masa lapang bersama-sama dan berbual-bual mengenai diri dan kehidupan. Saya rindu saat-saat itu. Mungkin kami ada berjumpa, namun sekadar makan tengahari bersama di food court KLCC. Tempoh masa yang singkat. Tidak banyak perkara yang kami bualkan dan kami bincangkan.

Kini, saya sibuk dengan kelas di UNIKL, mereka dengan urusan masing-masing, membuatkan kami bertukar haluan. Hilang sudah janji-janji bersama. Saya merasakan saya kini keseorangan dalam timbunan janji-janji kami. Mereka seakan-akan sudah melepaskan ikatan janji-janji tersebut.

Benarkah begitu?

Memang benar kata orang, menjadi seorang yang lebih dewasa bukan mengurangkan beban yang dipikul tetapi menambahkan tanggungjawab yang sedia ada.

Saya terasa begitu jauh dengan mereka. Saya ingin mereka kembali. Saya ingin kami kembali bersama. Saat-saat manis ketika berada di sekolah membuatkan saya hiba seketika. Rasa menyesal tidak menggunakan masa-masa yang ada dahulu dengan sebaiknya menebal di dada.

Kepada adik-adik, menjadi seorang yang lebih dewasa bukan menjadikan kita lebih bebas, tetapi membuatkan kita lebih banyak berfikir tentang kehidupan dan diri. Saya sarankan agar adik-adik hargai apa yang anda ada sekarang. Jika ada sesuatu yang masih belum diluahkan, luahkan sekarang sebelum semuanya terlambat...

eymanD.

No comments: