# Lima: Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa Juga.

Saturday, November 10
Salam alaik,

Jiwa manusia ini perlu dididik untuk mendapatkan hasilnya.
Jika mahu menjadi seorang yang pemurah, didik hatimu rajin bersedekah.
Jika mahu menjadi seorang yang bertaqwa, didik dirimu menjadi seorang abid.

Tarbiyyah ini yang perlahan-lahan membentuk diri kita. Dari dalam dan seterusnya terpancar melalui amal kita. Seketul daging yang bernama hati itu perlu diasuh sebaik mungkin.

Apa yang pasti, setelah melalui satu proses asuhan/didikan/tarbiyyah, hasilnya akan mulai terpancar.

Seperti seorang atlet. Jika seorang atlet berlatih bersungguh-sungguh, pasti dia akan menjadi seorang yang mahir dan berkemungkinan berjaya dalam pertandingan dan sebaliknya akan berlaku jika dia malas dan tidak mahu berusaha.

Saya amat yakin. Kita harus membenarkan diri kita melalui proses ini. Dengan semangat yang mahu berubah dan diubah seperti acuan yang telah ditetapkan, Quran dan Sunnah.

Dalam banyak-banyak latihan, saya rasa, keperihatinan saya terhadap ummah amat perlu saya asuh. Sangat!

Teringat ketika di Al-Amin, satu minggu akan diperuntukkan untuk memperingati Al-Quds. (sekitar minggu ketiga, akhir bulan Ogos. 21 Ogos adalah Hari Al-Quds sedunia). Sepanjang minggu pelbagai aktiviti akan dilakukan untuk menyuntik kesedaran para pelajar tentang apa yang berlaku di Palestin.

Tayangan video, kutipan sumbangan, pameran, lakonan, dan bermacam-macam aktiviti lain.

Jujur saya katakan, minggu Al-Quds akan berlalu pergi begitu sahaja. Apa yang saya sorakkan adalah, tiada kelas sewaktu sesi-sesi ceramah. Masa untuk duduk bersama kawan-kawan, barisan belakang sekali di dalam dewan dan berbual-bual. Sungguh, terlalu asing Al-quds dari hati ini pada masa itu.

Setiap kali video-video ditayangkan, saya selalunya akan menutup mata atau keluar dari dewan. Takut. Takut akan termimpi-mimpi penderitaan di Palestin dan terbawa-bawa di dalam tidur ( rujuk post PSTD saya). Jadi, minggu Al-quds, bukan minggu yang saya nanti-nantikan.

Tiada istilah boikot, cakna Palestin atau what have I done today for my sisters in Palestine dalam hidup saya.

Errr. Saya tahu pernah berlakunya Intifada. Tapi, jika di tanya, apa itu intifada? Errr... Pejuang berani mati? Errr.

Sungguh, saya tidak cakna akan saudara saya.

Ini titik dalam hidup saya yang perlu saya asah. Perlu saya gilap. Perlu saya didik.

Aturan Allah memang terbaik. Allah aturkan saya ke sini. Tempat yang dekat sekali dengan Palestin. Bertemu dengan jiwa-jiwa yang membawa semangat juang yang tinggi. Sekelas dengan mereka yang berasal dari Palestin! Melihat wajah mereka sahaja, jantung boleh luruh, seakan berhenti. Cemburu mereka dari Palestin!

Di bumi Mesir ini, saya bertaaruf kembali dengan Palestin. Saya mula berkenalan dengan Al-Quds. Cinta mulai berputik. :)

Entah mengapa, saya ingin sangat mengejar, 'cubit peha kanan, peha kiri terasa'.

Saudara saya bukanlah saudara dari bangsa yang sama sahaja, mahupun warna kulit yang sama.

Saudara saya adalah mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Tidak mengira bangsa, warna kulit mahupun bahasa.

Hati ini saya mahu didik, agar cinta dan ambil tahu kisah saudara saya.

Pernah seketika, saya termenung melihat senarai barang yang perlu diboikot. Saya kembali menyoal diri, rugikah kau jika memboikot? Dari sudut mana? Hati kecil seakan-akan menjawab, imej dan standard. T_T

Dari sudut pandang siapa? Manusia? T_T

Jujur sekali lagi, saya masih fail dalam bab memboikot. T_T Saya akan cuba lagi. cuba yang terbaik. Bukan untuk siapa-siapa, tapi buatmu saudaraku, demi redha Allah. Selalu-selalu doakan saya!

Jadi, cakna ummah bukanlah trend masa kini.
Ambil tahu dan bantu saudara adalah isu hari-hari yang perlu kita hadam dan fahami dengan mendalam.

Bukan isu meraih populariti siapa yang paling cakna, tapi sejauh mana kita bermujahadah untuk sentiasa sayang dan mendoakan saudara yang tiada pertalian darah mahupun sebangsa.

Tapi, kerana ghayah kita sama. Kita adalah saudara.
Tidak mahu masuk syurga sendirian, mahu bersama-sama.
Juga cemburu jika ada yang berlari-lari menuju syurga sedangkan kita punyai peluang yang sama tapi berlengah-lengah. T_T

Titik lemah ini saya mahu baiki. Doakan saya sentiasa bersemangat dan ikhlas dalam bekerja. Moga cinta ini akan selamanya berada di hati. InsyaAllah.


ImanD.

Palestine will be free!

Ps: Catatan ini bertarikh 9 Mei 2012 :)

# Empat: Episod baru.

Saturday, September 22
Salam alaik,

Tinggal baki satu tahun setengah sahaja lagi.
Untuk terus mencari erti hidup.
Di sini.


Selamat tahun akhir!
Ya! Tahun ke-enam di bumi yang dahulunya asing, kini tidak lagi. :)

Sayang?

Sudah tentu sayang!
Bumi yang mengajar aku untuk menjadi hamba.
Sebenar-benar hamba.

Mudah-mudahan perjalanan yang berbaki akan lebih bermakna.

Dan ya, aku bukan yang dulu.
Mungkin juga bukan yang akan datang. :)

Sama-sama doakan.





#Tiga

Wednesday, June 6
Salam Alayk,

2012.

Dulu, 2012 macam mimpi.

But, here I am.
5 Jun 2012.

(mode: selongkar 2005/06's posts)
***

Setiap perbuatan kita yang kita lakukan akan mengalir terus ke hati. Direct connection.

Apa yang dilihat.
Apa yang didengar.
Apa yang dituturkan.

Seperti satu saluran. Terus ke hati.

Jika yang dilihat, didengar dan ditutur adalah 'racun', hati akan terus menjadi lemah. Mungkin atrophic/fibrosed/calcified.

Mati.
Hati yang mati.


Mereka yang punyai hati yang mati itu adalah mereka yang miskin. 
Sakit.
Perlu rawatan segera.

At the first place, why dear, hurt yourself?
Why we are so attached with bad things, poisonous 'drugs' that are toxic to our 'heart'.
Our soul is solely made for The One, The Almighty.

Kalau kasut kita size 8, mengapa ya, kita nak juga kasut size 6?
Kita ada exam minggu depan, kenapa malas untuk ulangkaji?
Kita tak punya duit, mengapa tak bekerja untuk dapatkan duit?

Bayangkan, kita dalam satu perjalanan. 
Tidak ada papan tanda, tidak ada batu penanda setiap kilometer yang kita sudah lalui. Namun kita sangat PASTI, destinasi yang kita tuju ada di depan. Menanti kehadiran kita. 

Apa yang perlu kita lakukan adalah pandu dengan berhemah, ikut undang-undang jalanraya yang telah ditetapkan dan teruskan perjalanan dengan yakin.

Jika, kita berhenti. Tidak kira berapa lama pun.
Atau kereta kita rosak. Bumbung kereta tercabut ke, tayar pancit, atau minyak kereta habis tidak akan sesekali menjadi imuniti kepada kita untuk tidak meneruskan perjalanan yang masih berbaki.

Destinasi di hadapan tetap setia menunggu. Tapi bukan untuk selamanya.
Selama mana dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Jika kita gagal untuk sampai dalam tempoh masa itu. Maka kita tidak akan mendapat ganjaran.

Kalau dalam perjalanan nak pulang ke kampung, kita berhenti di pertengahan jalan, maka tidak dapatlah bertemu ibu dan ayah di kampung.

Kalau dalam perjalanan untuk bercuti, dan kita berhenti, maka tidak dapatlah berseronok di tepian pantai bersama kawan-kawan.

Walau apa pun alasan yang kita berikan. hidup ini akan berakhir. Itu pasti.
Berapa banyak lencongan dan U-turn kita buat pun, takkan membolehkan kita lari dari realiti.
We're all going to be 6 feet under. Surely.

Saya tahu Allah tak suka kalau saya................ (isi sendiri)
Tapi sikit je boleh tak?
Saya kecewa ni.
Saya tengah sedih.
Saya nak booster.
Saya nak marah.

Why dear?
Why?

Someone hurts you? Disappoints you?
Something went wrong?

Why sayang?
Why hurt yourself with dunya?
When you are too attached with dunya,
Disappointment, sadness, anger,
Approach us slowly...
and embrace our heart.
Thightly.
Suffocate us.
Until we barely breathing. 
And sometime die..

***

Siapa nak hati yang baru angkat tangan. :)
Me!

Prescribed drugs:

Solah: 5times daily.
Dzikr:  Must be taken with Solah-5times daily (Augmenter)
Quran: Soothing ointment for wounded and broken heart. Overdose is a MUST!

imanD

(not yet a ImanMD.
soon!)




# Dua

Thursday, April 12
Salam alayk,

Hidup ini seperti roda. Berpusing-pusing tanpa henti.Mungkin hari ini hari yang indah. Esok entah macam mana.

Bagaimana kita berhadapan dengan kitaran/pusingan roda kehidupan itu perlu kita kuasai.

Adakah kita megah dan selesa ketika berada di atas?
Dan menjadi kecewa dan gundah gulana ketika di bawah?

Manusia ini sifatnya lemah. Sering tertarik dengan apa jua jenis tarikan.Hati manusia perlukan bimbingan. Bimbingan ini yang akan mencorakkan manusia.

Ketika daya tarikan dan bimbingan kuat dan ampuh, manusia akan menjadi sangat hebat. Seakan-akan aura positif muncul tanpa henti.

Aku boleh!

Tiba-tiba apabila tarikan dan bimbingan itu hilang, manusia hilang arah tuju. Aura postif seakan meresap dan berlalu pergi.

Hidup menjadi hambar.
Hati menjadi gelisah.

Semua benda/perkara di dunia ini bersifat sementara, kadang-kadang palsu semata-mata.

Duit akan habis dibelanja.
Kecantikan seseorang akan hilang mengikut masa.
Kebaikan seseorang akan teruji dengan ujian.

Jadi, dunia ini tidak menjanjikan apa-apa.

Maka betullah, manusia ini jika hatinya terikat dengan dunia, dia akan hanyut ditelan wahan.

Jadi sayangku, mengapa engkau begitu lena dalam dunia yang mengasyikkan?

Sibuk memilih-memilih yang terbaik.
Tidak salah untuk memilih yang terbaik, namun apa yang lebih penting adalah ke arah mana 'terbaik' itu akan membawa kita?

Jika kesenangan yang kita pilih adalah untuk kepuasan diri sendiri, ketahuilah, kepuasan itu akan hilang. Keseronokkan tidak kekal.

Yang hidup itu telah dijanjikan kematian yang pasti.

Jika yang 'terbaik' itu digunakan untuk mencari kekuatan hakiki, kembali kepada Pencipta yang bersifat kekal, berbahagialah kamu.

Kamu insyaAllah dalam perjalanan menuju bahagia, dan kesenangan dan kegembiraan itu akan menanti di 'sana'.

Jangan jatuh cinta dengan dunia yang tidak kekal ini. Jatuh cintalah dengan Allah.

Manusia dan kesenangan dunia tidak akan menemani kita sehingga akhirnya.

Hublillah lah yang akan bersama-sama kita ke destinasi abadi.

Kerana manusia, hatinya selalu mahu terisi. Isilah dengan cinta hakiki.
Bukan cinta mainan, yang akan membunuh diri.

Sakitnya hati kerana cinta dunia akan lenyap dengan siraman kasih cinta Allah.

Kata-kata sememangnya indah untuk diucap. Praktikalnya belum tentu.
Banyakkan refleksi diri agar Nur Allah akan menyuluh kita ke jalan yang sepatutnya.
Agar Dia mengubat hati-hati kita yang luka dan pedih kerana tipu daya dunia.

Moga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik.
InsyaAllah.

Iman D


# Satu

Sunday, April 8
Salam alayk,

Buat seketika, masa seolah-olah berhenti. Seperti mahu bertanya,

"Kau masih mahu meneruskan perjalanan ini? Nah, aku berikan satu tempoh, hitung dan nilai, bagaimana kau mahu meneruskan perjalanan ini!"

Dari satu perhentian ke satu perhentian. Analisa demi analisa dilakukan.
Dan apabila tersedar, sebenarnya masa tidak pernah berhenti dan berbicara.

Sedar-sedar, kau sudah jauh ditinggalkan masa.

Dosa-dosa semalam yang kau tangisi,
Salah silap semalam yang kau sesali,
Takkan ada natijah yang terhasil jika kau masih duduk disini,
Menanti masa berbicara, dan memberi kau masa kecemasan.

Jangan tertipu.

***
Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk berada di sini pada hari ini. Menghirup udara bumi thaurah, memijak bumi yang meraikan kepelbagaian.

Alhamdulillah, diberi peluang bersama-sama dengan orang-orang yang sangat saya cintai dan sangat mencintai saya.

Alhamdulillah, diberi peluang untuk bersama-sama dalam perjalanan menuju redha Allah.

Gerabak-gerabak yang terus bergerak laju, takkan berhenti dan menunggu.

Move on. Move on.

Alangkah baiknya jika kata-kata semudah diungkap.

What happened in the past, will always stay there. You can do nothing about it.
But, you can decide, what will you do tomorrow...

***
Haha I think the problem is within me.
Yes, I am miserable.

Take note on what I'm trying to say, so that, you will not repeat my mistakes.

Because of my lackings, I've drove away from the right track. I took days of 'vacation'. I've ignored 'messages'. Just because I'm lacking.


' So in letting go, the answer lies in love. Fall in love. Fall in love with something greater. Fall in love with the Real thing. See the Mansion '
-Fall in Love with The Real Thing, www.yasminmogahed.com

No, no and no. I'm not heartbroken, errr, with someone. No. (.....)

Its just a battle between me and 'me'

I want to let go of my bad side. No matter how much I struggle to do so, at the end, I am still lacking.

Why others can be sooo good in managing themselves. How can they became so good. And I am still in the quest for searching the right thing to do and still, my 'car' is on the side road. Not in the main road.

Well, the answer is I can't let go of the past. What's fix on my eyes are my lackings, my past.

I have never bother to look out for tomorrow.
I have never plan for tomorrow.

To change the past, I need to give my best for tomorrow.

I forgot that.

Stepping into a new phase, I bet, dozens of works need to be done.
Meeting new people, working with them could be tiresome. Plus, I already have my own quest.( errr.. I can't be that selfish. NO! )

Thats not even a point of argument. Thats Rahmah.
He wants me to learn something, to gain something, to overcome my lacking.

I know.
HE misses me.
T_T

ImanD


Prologue

Saturday, March 31
Salam alaik,

I was wrong at the moment I decided to let go A Walk of My Life.

I thought that I am well prepared to face this journey alone. That I have entered another phase of my life, my 'self-consiousness' will do a better job, as a reminder, to my thoughtless self.

I was wrong. Totally wrong. And I feel wronged, by myself.

As I go through 210+ post on A Walk of My Life, I asked myself, it is really me? Or am I hallucinating. No! It is really me.

So, to be back does not feel good just yet.

Just because I want so many good things to happen, I forgot to be someone who deserves something good.

That is why I am back. This is my home. Where I can experiment on myself, to nurture inner me, so I can give more than I can get.

The clock is ticking and I don't know when my turn will come. Do I have enough time to repent and regret all the bad things that I have done. To ask for forgiveness to whom I have offended.

I just don't know. Honestly, I am not prepared, to be ALONE down there.

I hope I know what I am doing and where will it takes me. InsyaAllah. With His guidance, I will not be swayed.


Love,
ImanD