# Dua

Thursday, April 12
Salam alayk,

Hidup ini seperti roda. Berpusing-pusing tanpa henti.Mungkin hari ini hari yang indah. Esok entah macam mana.

Bagaimana kita berhadapan dengan kitaran/pusingan roda kehidupan itu perlu kita kuasai.

Adakah kita megah dan selesa ketika berada di atas?
Dan menjadi kecewa dan gundah gulana ketika di bawah?

Manusia ini sifatnya lemah. Sering tertarik dengan apa jua jenis tarikan.Hati manusia perlukan bimbingan. Bimbingan ini yang akan mencorakkan manusia.

Ketika daya tarikan dan bimbingan kuat dan ampuh, manusia akan menjadi sangat hebat. Seakan-akan aura positif muncul tanpa henti.

Aku boleh!

Tiba-tiba apabila tarikan dan bimbingan itu hilang, manusia hilang arah tuju. Aura postif seakan meresap dan berlalu pergi.

Hidup menjadi hambar.
Hati menjadi gelisah.

Semua benda/perkara di dunia ini bersifat sementara, kadang-kadang palsu semata-mata.

Duit akan habis dibelanja.
Kecantikan seseorang akan hilang mengikut masa.
Kebaikan seseorang akan teruji dengan ujian.

Jadi, dunia ini tidak menjanjikan apa-apa.

Maka betullah, manusia ini jika hatinya terikat dengan dunia, dia akan hanyut ditelan wahan.

Jadi sayangku, mengapa engkau begitu lena dalam dunia yang mengasyikkan?

Sibuk memilih-memilih yang terbaik.
Tidak salah untuk memilih yang terbaik, namun apa yang lebih penting adalah ke arah mana 'terbaik' itu akan membawa kita?

Jika kesenangan yang kita pilih adalah untuk kepuasan diri sendiri, ketahuilah, kepuasan itu akan hilang. Keseronokkan tidak kekal.

Yang hidup itu telah dijanjikan kematian yang pasti.

Jika yang 'terbaik' itu digunakan untuk mencari kekuatan hakiki, kembali kepada Pencipta yang bersifat kekal, berbahagialah kamu.

Kamu insyaAllah dalam perjalanan menuju bahagia, dan kesenangan dan kegembiraan itu akan menanti di 'sana'.

Jangan jatuh cinta dengan dunia yang tidak kekal ini. Jatuh cintalah dengan Allah.

Manusia dan kesenangan dunia tidak akan menemani kita sehingga akhirnya.

Hublillah lah yang akan bersama-sama kita ke destinasi abadi.

Kerana manusia, hatinya selalu mahu terisi. Isilah dengan cinta hakiki.
Bukan cinta mainan, yang akan membunuh diri.

Sakitnya hati kerana cinta dunia akan lenyap dengan siraman kasih cinta Allah.

Kata-kata sememangnya indah untuk diucap. Praktikalnya belum tentu.
Banyakkan refleksi diri agar Nur Allah akan menyuluh kita ke jalan yang sepatutnya.
Agar Dia mengubat hati-hati kita yang luka dan pedih kerana tipu daya dunia.

Moga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik.
InsyaAllah.

Iman D


2 comments:

Anonymous said...

salam.hai kak,menulislah kembali..
dalam mencari bekalan2 didunia ini.kita tak tahu amalan yg mana yg diterima Allah.
mungkin kita rasa kita buat amalan besar tapi skit yg diterima,atau mungkin kita rasa amalan tu kecil sgt tapi besar disisi Allah.
begitu juga dgn penulisan,kadang2 kita rasa,ianya adalah bebelan diri sendiri,tapi menjadi penguat dan semangat bg org lain.teruskan penulisan agar ada pengajaran dan pembeljran yg dapat dikutip
oleh diri sendiri.keluarga atau org lain.
--- makman

nuruliman said...

Hi iman yg comel..teruslah warnai dunia dgn warna2 pelangi hasil ciptaan tulisanmu :P

I love u la sayang!! Haha

-milah-