# Lima: Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa Juga.

Saturday, November 10
Salam alaik,

Jiwa manusia ini perlu dididik untuk mendapatkan hasilnya.
Jika mahu menjadi seorang yang pemurah, didik hatimu rajin bersedekah.
Jika mahu menjadi seorang yang bertaqwa, didik dirimu menjadi seorang abid.

Tarbiyyah ini yang perlahan-lahan membentuk diri kita. Dari dalam dan seterusnya terpancar melalui amal kita. Seketul daging yang bernama hati itu perlu diasuh sebaik mungkin.

Apa yang pasti, setelah melalui satu proses asuhan/didikan/tarbiyyah, hasilnya akan mulai terpancar.

Seperti seorang atlet. Jika seorang atlet berlatih bersungguh-sungguh, pasti dia akan menjadi seorang yang mahir dan berkemungkinan berjaya dalam pertandingan dan sebaliknya akan berlaku jika dia malas dan tidak mahu berusaha.

Saya amat yakin. Kita harus membenarkan diri kita melalui proses ini. Dengan semangat yang mahu berubah dan diubah seperti acuan yang telah ditetapkan, Quran dan Sunnah.

Dalam banyak-banyak latihan, saya rasa, keperihatinan saya terhadap ummah amat perlu saya asuh. Sangat!

Teringat ketika di Al-Amin, satu minggu akan diperuntukkan untuk memperingati Al-Quds. (sekitar minggu ketiga, akhir bulan Ogos. 21 Ogos adalah Hari Al-Quds sedunia). Sepanjang minggu pelbagai aktiviti akan dilakukan untuk menyuntik kesedaran para pelajar tentang apa yang berlaku di Palestin.

Tayangan video, kutipan sumbangan, pameran, lakonan, dan bermacam-macam aktiviti lain.

Jujur saya katakan, minggu Al-Quds akan berlalu pergi begitu sahaja. Apa yang saya sorakkan adalah, tiada kelas sewaktu sesi-sesi ceramah. Masa untuk duduk bersama kawan-kawan, barisan belakang sekali di dalam dewan dan berbual-bual. Sungguh, terlalu asing Al-quds dari hati ini pada masa itu.

Setiap kali video-video ditayangkan, saya selalunya akan menutup mata atau keluar dari dewan. Takut. Takut akan termimpi-mimpi penderitaan di Palestin dan terbawa-bawa di dalam tidur ( rujuk post PSTD saya). Jadi, minggu Al-quds, bukan minggu yang saya nanti-nantikan.

Tiada istilah boikot, cakna Palestin atau what have I done today for my sisters in Palestine dalam hidup saya.

Errr. Saya tahu pernah berlakunya Intifada. Tapi, jika di tanya, apa itu intifada? Errr... Pejuang berani mati? Errr.

Sungguh, saya tidak cakna akan saudara saya.

Ini titik dalam hidup saya yang perlu saya asah. Perlu saya gilap. Perlu saya didik.

Aturan Allah memang terbaik. Allah aturkan saya ke sini. Tempat yang dekat sekali dengan Palestin. Bertemu dengan jiwa-jiwa yang membawa semangat juang yang tinggi. Sekelas dengan mereka yang berasal dari Palestin! Melihat wajah mereka sahaja, jantung boleh luruh, seakan berhenti. Cemburu mereka dari Palestin!

Di bumi Mesir ini, saya bertaaruf kembali dengan Palestin. Saya mula berkenalan dengan Al-Quds. Cinta mulai berputik. :)

Entah mengapa, saya ingin sangat mengejar, 'cubit peha kanan, peha kiri terasa'.

Saudara saya bukanlah saudara dari bangsa yang sama sahaja, mahupun warna kulit yang sama.

Saudara saya adalah mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Tidak mengira bangsa, warna kulit mahupun bahasa.

Hati ini saya mahu didik, agar cinta dan ambil tahu kisah saudara saya.

Pernah seketika, saya termenung melihat senarai barang yang perlu diboikot. Saya kembali menyoal diri, rugikah kau jika memboikot? Dari sudut mana? Hati kecil seakan-akan menjawab, imej dan standard. T_T

Dari sudut pandang siapa? Manusia? T_T

Jujur sekali lagi, saya masih fail dalam bab memboikot. T_T Saya akan cuba lagi. cuba yang terbaik. Bukan untuk siapa-siapa, tapi buatmu saudaraku, demi redha Allah. Selalu-selalu doakan saya!

Jadi, cakna ummah bukanlah trend masa kini.
Ambil tahu dan bantu saudara adalah isu hari-hari yang perlu kita hadam dan fahami dengan mendalam.

Bukan isu meraih populariti siapa yang paling cakna, tapi sejauh mana kita bermujahadah untuk sentiasa sayang dan mendoakan saudara yang tiada pertalian darah mahupun sebangsa.

Tapi, kerana ghayah kita sama. Kita adalah saudara.
Tidak mahu masuk syurga sendirian, mahu bersama-sama.
Juga cemburu jika ada yang berlari-lari menuju syurga sedangkan kita punyai peluang yang sama tapi berlengah-lengah. T_T

Titik lemah ini saya mahu baiki. Doakan saya sentiasa bersemangat dan ikhlas dalam bekerja. Moga cinta ini akan selamanya berada di hati. InsyaAllah.


ImanD.

Palestine will be free!

Ps: Catatan ini bertarikh 9 Mei 2012 :)

No comments: