Salam alaik.
Semua dari Allah. I've doing nothing. Hamdallah.
Semalam, bermulanya hari pertama
posting Orthopedics di Selayang. Macam biasa,
first day pasti
a bit boring and bla bla bla. Haha.
Mungkin saya mempunyai
high expectation untuk
department orthopedics sehinggakan semuanya bagaikan tidak seperti yang saya jangkakan. Tiada
procedure yang boleh kami lakukan. Tiba-tiba saya teringat Ampang. Alahai... Boleh tak nak balik Ampang?
Seingat saya di Ampang, jika anda menjalani
elective posting(orthopedics), anda akan disediakan satu borang penilaian, di mana anda akan di minta untuk membuat
procedure mudah seperti
x-ray reading, inserting branular etc etc. Namun di Selayang, kami hanya dibenarkan membuat
observation. Hanya cukup untuk
exposure. Hendak
clerking patient pun tidak boleh bersendirian.
Tambahan pula, kebanyakkan doktor senior di jabatan ini semuanya lelaki. Aduhai. Boleh tahan jugak perliannya. Tapi teguran mereka ada betulnya. Bukan membabi buta.
Its all about ethics. Memang kami sudah habis
course ethics. Namun tidak pernah mempraktikkannya. Proses pembelajaran bukan hanya setakat di kuliah, tetapi perlu dipraktikan.
Hari pertama di clinic. Tiga, empat kes melibatkan kanak-kanak berumur kurang dari satu tahun. Ada case yang
congenital. Ada yang
rare. Ada juga yang
common. Sempat juga melawat bilik pemasangan
pop/cast (simen). Melihat cara pemasangan dan cara membukanya.
Seriau pun ada.
Selesai di
clinic, kami kembali ke ward dan dengan izin Allah, kami dipertemukan dengan pelajar Uitm yang sedang membuat
ward work di wad
orthopedics. Kami meminta izin ingin mengikuti mereka untuk belajar cara-cara mengambil
history>clerking. Mereka perlu mencari satu
case untuk dibentang di hadapan doktor. Kami yang baru ini tidak mensia-siakan peluang dan bersama-sama mereka mengambil
history pesakit.
Pesan umi; dah memang kamu tu nak belajar. kalau tidak tahu, cakaplah tidak tahu.
It brings no harm. Perkataan maaf harus dilazimi di bibir.
Pulang ke rumah dengan keadaan yang letih, penat,
down dan tiada
mood. Seperti biasa umi lah
supporter yang setia. Tahun lepas lagi teruk. Kata umi. Doa banyak-banyak di mudahkan.
Belum lagi hilang penat di hospital, kecoh tentang
result exam pula. Badan yang penat dikuatkan untuk menghadapi keputusan peperiksaan.
Syukur. Syukur. Syukur. Allah sebaik-baik tempat kembali.
47:7.
Maka,
gear laju perlu digerakkan. Tiada lagi alasan.
Hari kedua bermula dengan suram. Seperti yang dipersetujui, kami akan mengikuti
round pelajar-pelajar tahun 4 Uitm. Seawal jam 8:00 pagi kami sudah tiba di wad. Mengisi buku kedatangan dan memperkenalkan diri kepada Sister yang bertugas. Semalam Sister tersebut tiada, jadi kami perlu melapor diri.
Memperkenalkan diri adalah perkara
basic di hospital. Tidak kiralah kita ini pelajar, doktor baru, atau doktor lama yang baru ditukarkan. Peribadi kita melambangkan siapa kita. Sikap kita yang tidak mahu bertanya dan sombong hanya akan memakan diri. Kita ini orang baru, sudah menjadi adat di tempat baru untuk memperkenalkan diri.
Jika kita mulakan semuanya dengan langkah yang betul; menghormati orang lain. Pasti orang lain pun akan cuba untuk menghormati dan membantu kita. Semua ini tiada di dalam silibus Kasr El-Ainy. Saya kira kita perlu belajar dari pengalaman.
Experience is the best teacher. Jika kita ini asyik-asyik menghadap buku saja, teori pasti dalam genggaman. Namun, perlu kita ingat. Pengalaman tidak boleh dihafal dan ditelaah. Pengalaman perlu dirasai.
Pengalaman bersama student tempatan membentangkan
case sangat sangat sangat seronok dan banyak menyedarkan kami semua tentang betapa kerjaya ini memerlukan kita untuk berfikir di luar kotak. Sekecil-kecil perkara seperti tandas di rumah pesakit itu, duduk mahupun bercangkung? sehinggalah sebesar-besar perkara seperti diagnosis-diagnosis penyakit pesakit.
Saya kira, semua ini tiada dalam silibus. Terpulang kepada kita untuk mencari dan belajar mengenainya ataupun menunggu sehingga tamat pengajian dan baru bermula.
Only my words can kill you. I cannot kill you.Mengapa? kerana kita ini bakal-bakal doktor yang akan menyelamatkan manusia. Jika dia tidak menegur/mengajar kita dengan baik dan meluluskan kita sambil lewa, dan di masa hadapan kita menyebabkan kematian, maka dia turut sama bersalah. Biar kita dimarahi dan ditegur sekarang, jangan pula nanti kita merana.
Waaaa. Terlalu banyak
inspiring quotes yang saya ingin kongsikan. Memang minda kita yang asyik-asyik berada dalam ruang lingkup yang sama. Beliau siap berpesan, pulang nanti, anda mesti bersikap terbuka.
Patient anda bukan melayu SAHAJA, atau yang beragama ISLAM sahaja. (kerana situasi di Mesir) Minda perlu terbuka dan hari ini minda kami telah diketuk perlahan-lahan dan dibuka perlahan-lahan.
Sangat seronok belajar bagaimana hendak mengambil
history pesakit.
Kadang-kadang kita asyik ralit hendak mendiagnosis hinggakan lupa untuk menanyakan nama penuh pesakit. Bayangkan, jika ada 10 orang pesakit yang berkongsi nama depan yang sama. O_O. Mungkin boleh tersalah memberi ubat yang betul kepada pesakit yang betul.
Apa yang saya dapat hari ini,
common sense,
attitude dan keperihatinan sebagai seorang doktor tidak boleh kita dapat begitu sahaja. Bukan melalui kelas-kelas teori,
lectures,
etc etc, tetapi melalui pengalaman kerana medan kita di situ. Kita akan pulang dan berkhidmat di sini. Berhadapan dengan pesakit-pesakit ini. Bagaimana hendak melakukan semuanya dengan betul, bukan boleh dipelajari sendiri. Perlu ada yang lebih berpengalaman mengajar kita.
Ya, tontonlah 10 atau lebih siri drama tentang kehidupan seorang doktor, tetap, anda tidak akan dapat menjadi seorang doktor yang benar-benar baik.
We can be good but not excellant.Semua ini perlu kita pelajari dari bawah. Logiklah kalau dimarahi kerana memang kita ini tidak tahu. Lainlah jika anda itu doktor pakar dan dimarahi. Anda ada hak untuk marah. Kita ini, tahun klinikal pun baru sahaja melambai-lambai, sudah mahu
demand-demand. hehe. Ketukkan buat diri sendiri.
Pesan saya kepada semua, jika pulang bercuti dan ada kelapangan, tidak salah untuk mencuba. Mencari pengalaman. Kita ini yang akan mengubah masa depan dan corak sistem kesihatan di masa akan datang. Kita adalah peluang untuk membaiki dan merubah masa depan.
Memang saya ini budak baru belajar. Jika salah, saya mohon maaf. Jika salah, tolong tunjukkan.
iman dashuki
orthopedik. 19/7-23/7
ps: attachment/posting gives me chances to take nearer glance of my future as doctor. It may seems as simple as ABC but it may not. Grades are on paper. Grades help us to be a good student, but in order to be a good doctors, there are many factors that need to be noted.
Attitude is the most important thing.
Muslim doctors should have the best attitude but why there are a lot of malpractice done by Muslim doctors? because theres no such thing as
'code of ethics of doctors' in Islam, * like, pray 5 times a day, fasting in the month of Ramadhan etc etc<< (generally)* but if we are practicing muslim(thoroughly), with good attitude/akhlak, theres no problem with that. But the question is, are we practicing Islam enough?
So we need to back to basic, in order to be the best, its the best to correct ourselves first. If we've doing what He tells us to do, wallah! We are done!