Open thread #7

Sunday, March 7
Salam 'alaik.

*entri ini adalah peringatan buat diri saya terlebih dahulu, kemudian barulah anda semua*

Saya takkan segan untuk mengaku saya belum lengkap. Keseluruhannya.
Saya tahu saya tak boleh ubah benda yang saya sendiri tak mahu ubah. Belum lagi. Belum masa.
Masih mengajar hati supaya berlembut. Tarbiyyah itu perlu bersifat natural. Tanpa dipaksa. Rela.

Contoh: Saya tidak boleh paksa diri untuk memakai tudung yang labuh jika saya sendiri tidak mahu. Tidak rela. Tidak faham mengapa saya perlu berbuat demikian.

Saya tidak mahu menipu diri sendiri, orang lain. Lebih-lebih lagi menjadi orang lain di hadapan al-Khaliq.

Tidak kisahlah bagaimana caranya untuk bertudung, yang penting, apa yang telah disyariatkan, diikut.

Semudah itu kan?

Namun tidak bermakna dia tidak layak untuk bersama orang-orang yang bertudung labuh.
Dua-dua menepati syarak. Jadi, apa masalahnya?

Tepuk dada, tanya hati.
Kita ini bagaimana?

Namun, jika sebab itu seseorang mahu lari dari tarbiyyah kerana dia tidak sebaik yang lain. Bukankah dia menjadi orang yang rugi?

Kita, bukan malaikat.
Tidak bermakna kita mendapat lebih, 'maqam' kita lebih tinggi.
Tidak pula kita berada di kedudukan yang rendah jika kita kurang mendapat apa-apa.
Ini soal hati. Iman saja yang mampu berbicara.

Bukan juga soal kualiti mahupun kuantiti.
Jika hati gagal untuk menerima. Semua sia-sia.
Biarkan saja iman berbicara.

Biar terkadang hampir lumpuh.
Namun jangan sekali lari dalam medan ini.
Kita tidak tahu bila hati akan terketuk.

Orang selalu cakap. Dont jugde a book by its cover.
Hal iman, itu urusan Allah. Begitu juga perihal ikhlas.
Hatta pengemis dijalanan. Siapa tahu mungkin dia Wali Allah?

Kadang-kadang, seseorang punyai cara yang unik untuk melunaskan amanah 'amar ma'ruf nahi munkar'.

Tidak semestinya mereka yang 'kureng' dari pelbagai segi, kurang dari segi iman. Mereka dalam proses pentarbiyyahan. Proses ini memakan masa. Batu bata perlu dibakar dengan lama. Supaya apabila disusun menjadi bangunan, bangunan tersebut akan berdiri tegak,utuh dan kukuh. Tidak sesekali akan roboh.

Kaannahum bunyanum marsus-as-Saff

Siapa tahu, batu bata mereka-mereka ini lebih kukuh dan utuh daripada kamu-kamu yang telah membakarnya lebih lama dari mereka?

Allah tahu.

Matlamat kita sama. Salahkan cara kita berbeza?
tepuk dada, tanya iman. tanya hati.
sejauh mana kita berlapang dada?

Kita tidak lari dengan noda-noda, bisikan syaitan.
Namun, jika niat sentiasa diperbaharui,
nescaya, iman mampu melawan al-hawa.

Selagi kita 'bekerja', kita sudah mempunyai hujah kepada mereka yang menuntut di akhirat.
Persoalannya, adakah apa yang kita sudah lakukan selama ini, berpatutan untuk dijadikan hujah.
Jadi, apa kata, kita lupakan perbezaan yang ada dan segera menuju matlamat.

Sepatutnya kita menjadi seperti Sa'id bin Amir al-Jumahiy. Seorang sahabat yang membeli akhirat dengan dunia.

Innalillah wa inna ilaili rajiun, beliau ucapkan apabila Umar al-Khattab memberinya sejumlah wang kerana kemiskinannya.

Hatinya luluh apabila dunia memasuki kehidupannya.
Kita bagaimana pula?
Sibuk memikirkan perkara-perkara duniawi.
Sedangkan akhirat itu abadi.

Lawan kata-kata adalah diam.

wallahualam.

ps: sekadar peringatan buat diri yang semakin terbuai dengan dunia yang menyesatkan dan diri ini ingin jauh dan lari dari wahn.

1 comment:

makman said...

sentiasalah berbicara dgn hati...
sentiasalah pujuk hati agar bersifat positif,kuasai hati dgn taqwa kepada Allah..hanya Allah yg mengetahui bisikan2 hatimu....