Assalamualaikum,
Kadang kala saya bukanlah yang terbaik untuk memberikan pandangan.
Walaupun saya telah melalui pelbagai stesen penapisan dalam perjalanan kehidupan, saya bersyukur saya tidak melalui penapisan di stesen 'couple'.
Saya sememangnya suka bercerita melalui pengalaman. Namun, saya tidak pula merasakan bahawa saya tidak mampu untuk mengulas tentang hal ini. Ingat, saya juga manusia biasa. Perempuan, berusia 20 tahun, mempunyai hati, perasaan dan nafsu. Itu fakta. Saya tidak nafikan.
Dalam dunia ini, terdapat dua golongan.
Mereka yang tidak tahu, yakni jahil dan mereka yang tahu.
Golongan yang tahu pula terbahagi kepada dua:
A) Mereka yang tahu dan mengikut segala arahan tanpa was-was.
B) Mereka yang tahu tetapi cuba untuk lari dari kenyataan dan sedapa upaya memanipulasi keadaan supaya mereka kelihatan seperti tergolong dalam golongan mereka yang tahu dan melaksanakan 'syahadah'.
Saya tidak anti dan geram kepada mereka yang jahil. Saya geram kepada mereka yang tahu tetapi menipu diri sendiri.
Ya Allah. Sekali lagi saya kalah dengan nafsu.
Nafsu amarah membuatkan saya bengang.
Jelas. Saya juga manusia biasa. Punya perasaan dan nafsu.
Persoalannya, bagaimana saya ingin mengawal nafsu?
Err, bagaimana KITA semua hendak mengawal nafsu?
A) Tahu couple itu HARAM, tetapi masih melakukannya; dengan alasan, "InsyaAllah, kami akan berkahwin. Sedang menunggu masa yang sesuai sahaja", e.g : belajar dulu, kumpul duit dulu, tunggu abang/kakak sulung berkahwin dulu.
Tahukahkah kamu matlamat tidak menghalalkan cara?
Ah, ayat ini cliche. Saya tahu! Sangat kuno, kolot dan sudah biasa digunakan.
Analogi:
Saya lapar. Saya membeli makanan. Saya makan. Saya kenyang. Alhamdulillah.
Saya lapar. Saya mencuri makanan. Saya makan. Saya kenyang.
Lihat. Perkara yang sama, dilakukan dengan cara yang berbeza.
Satu- pahala. Satu- dosa.
Sama juga dalam bercouple dalam konteks pra-perkahwinan.
Anda akan berkahwin-insyaAllah akan beroleh pahala tetapi dalam perjalanan ke arah kebaikan, anda melakukan dosa.
Analogi:
Anda diberi 50 ringgit-duit tambang ke KLIA. Dalam perjalanan, anda telah memandu dengan laju, sehingga ditahan polis, disaman dan didenda. Jumlahnya 100 ringgit.
50-100= -50
Bersamamu akal, berfikirlah..
B) Tahu couple itu HARAM, tetapi tidak sanggup untuk meninggalkan 'kesyokkan/kesedapan' couple.
Saya tidak tahu kesedapan bercouple.
Telefon/ sms- bertanya khabar setiap hari.
Seriuosly, Umi saya pon tidak dilayan sebegitu.
Aman, adik saya yang hensem lagi tampan pun tidak menerima layanan sebegitu dari saya.
Mereka darah daging saya. Satu darah. Satu jenama.
Mengapa orang lain yang tidak ada kena mengena dengan saya 'perlu' menerima layanan yang lebih baik dari ibu saya? Saya tidak faham kerana saya tidak pernah bercouple. Sungguh, saya tidak faham. Saya bersyukur tidak diberi kefahaman tentang perkara ini. Perkara ini salah. Alhamdulillah, Allah memelihara saya.
Sedangkan Rasululullah pernah bersabda:
Dari Abu Hurairah RA, bahwasanya ada seorang anak lelaki datang kepada Rasulullah SAW. Ia berkata, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Kemudian ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia masih bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Bapakmu.'' (HR Bukhari dan Muslim).
Jikalau anda tidak lagi melayan ibu anda dengan baik, 3 kali ganda daripada kebiasaanya, dalam setiap perbuatan yang kita lakukan, lupakanlah untuk bercouple. (Sila jangan bercouple!)
Sedap dan syok?
Ketahuilah setiap 'kesedapan/kesyokkan' itu adalah istidraj dari Allah.
Semakin lama, semakin jauh dari Nur dan hidayah Allah.
Sama-sama bermuhasabah...
Kering idea. Lapar. Nasi lemak memanggil.
Part 2 menyusul.
eymand.
p/s:
Umi kata, saya seperti mahu marah.
saya nampak seperti mahu marah ke?
Saya tidak marah.
Saya ingin mengingatkan.
Siapa yang tidak tahu InsyaAllah akan menjadi mereka yang tahu, seterusnya beramal dengannya.
Siapa yang terlupa, insyaAllah tidak akan lupa lagi.
Saya mahu menjadi seorang yang memberi dan bukan asyik menerima.
Sekurang-kurangnya, ada hujah di Masyar kelak.
Oh ya, Islam itu syumul. Semua telah digariskan.
Next time, kita akan berbincang macam mana hendak mengawal nafsu, peranan sebagai seorang rakan, dan lain-lain hal berbangkit.
Mungkin kali ini, saya menegur, memberi.
Siapa tahu, esok lusa saya pula yang ditegur, yang menerima.
Moga-moga kita terus thabat dan dipelihara oleh Allah.
Oh ya, saya mengalu-alukan pendapat yang lebih awla.
Hamba ini, ilmunya masih kurang.
Salah silap akan diperbaiki.
Selamat bermuhasabah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Hemmmmm.,,,,,,,,
iman....
kalau nak kawin...habaq kat makman naaaaaa......hahahahh
makman,
belum smpai seru.
doakan iman terus dipelihara.
sapa tau esok lusa, iman plak yang diuji.
hahaha
kalo nk kawin skrg, makman kasi ka??
hahahahaha
soklan cepu emas!
siap.....
tempah 2 tiket ke cairo.....hahahah
kalau dah ade calon...beres...
tapi biar aman interv dulu...hhahhah
hantarannyer 2 dulang hati nyamuk,...jambatan hubungkan kl-cairo,tiket flight mak tiap thn utk tgk anak..hahahh
----hai senda gurau nak peksa-peksa ni----
thank You Iman :)
Agak keras amaran2 ni.hehe.
Bukan amaran , tp teguran.
mcm taw je sape yg dimaksudkan~erm.
kaitkan dgn "nak buat maksiat boleh, tp dgn syarat"..
ha, lu pk la sendiri!hihi ^^
amboi makman ngan iman berborak kat sini! iman amek kesempatan ni.haha.syarat tu mcm ku kenal ya? :P
salam...
best sgt entry ni...patut dihadam oleh puak2 yg sibuk bercouple ni...sgt setuju matlamat tak menghalalkan cara...cuba iman masukkan dalam sequel entry ni tentang individu yg terlalu byk alasan utk meninggalkan aktiviti coupling ni...maybe on pengurusan cinta pada pandangan mata seorang bakal doktor..
take care
adios
iman...
realy bravo entry..
like the way u present it..
ye la..anak murid faisal tehrani..
hmm..pape pun..
iman ni kalau rajin tulis blog,
konfem blog iman ni cm semut kene hurung...series... best la iman,..
keep it up~
yup2!!
jzkk for writing iman!!
stuju dgn chep...
iman rjin2 la tulis..
nnti kitorg nk nyinggah..
betul saya pun setuju dengan iman.iman terima kasih kerana bagi peringatan sebigini kepada kawan2.semoga kawan2 mendengar nasihat iman..
Post a Comment