PT. 2

Sunday, April 5
Assalamualaikum,

Bagaimana hendak mengawal nafsu?

Seperti yang dijanjikan...

Alhamdulillah, banyak respons positif yang diterima. Tanda blog ini masih punyai pembaca.
Sebelum menghurai dengan lebih panjang persoalan-persoalan yang berbangkit, ingin saya mengingatkan sekali lagi, saya ini ilmunya masih kurang. Salah silap harap diperbetulkan.

Saya juga tidak mahu menjadi polis cinta. Menyerang secara membabi buta.
Saya mahu kita semua kembali kepada tujuan penciptaan kita. Seorang hamba dan khalifah.
Sebelum menjadi seorang khalifah, marilah kita sama-sama menjadi hamba yang sempurna dahulu.

Berbalik kepada persoalan yang telah menghasilkan 9 komen. (setakat ini)
Maaf jika komen anda tidak berbalas. Jangan risau, semuanya telah dibaca dan dihadam dengan baik.

Setiap manusia punyai nafsu. Tiada siapa yang boleh membantah fakta ini. Namun, setiap orang mempunyai tahap/taraf nafsu yang berbeza-beza. Ada yang lebih, ada yang kurang. Ada yang boleh mengawal nafsu dengan baik dan ada pula yang masih berusaha untuk mengawal nafsu.

Dalam konteks couple, nafsu memainkan peranan penting. Tanpa nafsu, tiada couple. Betul?

Mungkin perkataan nafsu itu terlalu berat. Baiklah, bagaimana dengan 'kehendak'/'mahu'?

Jika tiada kehendak yang lahir dari hati seseorang, maka sesuatu perbuatan itu tidak akan terjadi. Akal dan hati yang mengawalnya. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

Tapi, mengapa kita hendak melalukan kesalahan?
Err, mengapa hendak melakukan dosa?
Sekali lagi saya menjadi polis cinta.Maaf

Mengapa anda memilih jalan yang akan memudaratkan?
Hmm. Saya mengeluh.

Saya juga insan biasa. Mungkin di sisi Allah, anda lebih tinggi darjatnya dari saya.
Saya punyai nafsu. Saya masih dalam usaha untuk mengawal nafsu.
Nafsu makan. Nafsu tidur. Nafsu malas. Nafsu perkara lagha.
Saya belum diuji dengan nafsu bercouple. Mintak-mintak dijauhkan. Nauzubillah.
Kadang-kadang pernah juga saya terfikir:

'Best ke couple ni? Ada orang suka dekat kita. Sayang kita. '

Best ke? Hmmmm. Best ke buat dosa?
Saya kelihatan terlalu tegas. Maaf.

Hmmm. Saya tahu, perasaan, nafsu, hati sangat susah untuk dijaga.

Lebih-lebih lagi masa kini. Terlalu banyak musuh-musuh Islam cuba untuk menggoyahkan hati syabab dan fatayat Muslim. Saya mengaku, kadang-kadang saya pun goyah dengan tipu daya dunia.

Pandang kanan, maksiat
Pandang kiri, zina
Ya Allah! Macam mana saya hendak mengawal nafsu!
(sila jangan salahkan environment!)

Akal adalah raja. Nafsu adalah hamba.
Biarlah akal yang memandu nafsu.
Bukan nafsu memandu akal.

Kesimpulan

Apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian menggambarkan sebenarnya bagaimana kita berfikir. Sama ada dengan menggunakan akal ataupun mengunakan nafsu.

Kamu dapat apa yang kamu lihat.
Dan siapa diri kamu menggambarkan apa yang kamu lihat.

Saya memandang remeh cintan-cintan, maka saya tidak bercouple.
Ada pula yang mengagungkan cinta, maka dia bercinta.
Ada yang merasakan cinta itu perlu.
Ada yang merasakan tidak, dan bermacam-macam lagi pandangan yang berbeza-beza.
Dari mana datangnya pelbagai pandangan ini kalau bukan dari akal ataupun nafsu.
Lebih molek lagi jika saya katakan, dari pandangan seorang hamba yang takut kepada Tuannya ataupun daripada seorang yang bertuankan nafsu.

Secara total, untuk mengawal nafsu, kita perlu bersama-sama membersihkan hati dan kembali menjadi hamba yang merendah diri.

Seorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada Allah, mengingati mati, takut akan azab Allah, merindui syurga Allah tidak akan sesekali akan MENCUBA kelazatan dunia yang tipu belaka.

Dia tahu, ganjaran Allah lebih sedap dan syok.
Cinta yang halal lebih syiok daripada cinta yang haram.

Lebih menguntungkan.
Lebih hebat.
Semuanya lebih.
(Macam buy 1 free 2)
Maka, dia tidak akan mencuba.

Analogi:

Sebelah rumah saya ada dua kedai makan. Kedai Timah dan Rokiah. Kedai Timah besar, luas dan ada air-cond. Punyai makanan yang sedap, tapi kedainya kotor sedikit lah. Kedai Rokiah pula sempit dan tidak cantik. Makanannya sedap, bersih pula tu.

Yang mana satu pilihan anda?

1. Banyakkan qiamulail
2. Banyakkan zikrullah; Dengan berzikir mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
3. Sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah; supaya diri tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara lagha.
4. Banyakkan ibadah untuk men'top-up'kan/ meneutralkan kesalahan yang kita pernah lakukan.
5. Sentiasa ingat janji Allah
6. Jikalau semua yang di atas tidak berhasil, maka halalkanlah cinta melalui perkahwinan.

Nantikan PT. 3!

eymand

ps: Saya tahu isu ini bukan mudah. Saya tidak anti mereka yang bercouple. Saya hanya tidak suka perbuatan mereka. Saya tidak mendiskriminasi sesiapa. Saya juga tidak sempurna. Saya banyak kekurangan. Apa hak saya untuk membenci? Saya hanya cuma mahu kita bersama-sama merasai kemanisan 'al-fahmu' dan 'amal'. Saya mahu kita bersama-sama melaksanakan syahadah. (Kata kuncinya: bersama-sama)

Saya tahu dengan hanya satu post sahaja tidak boleh mengubah semuanya. Saya tidak mengharapkan mereka yang bercouple yang kebetulan membaca post ini untuk clash. Saya tidak mahu mereka putus kerana couple itu haram- tanpa memahami dan menyelami mengapa couple itu haram. Saya tidak mahu sesiapa membuat keputusan tanpa bertanya dan belajar. Saya lebih suka dan hormat mereka yang lebih banyak bertanya: "Kenapa?", daripada mereka yang hanya diam, mengangguk sedangkan mereka tidak faham.

Hal ini bukan soal boleh atau tidak boleh tetapi memahami MENGAPA tidak boleh. Sesuatu yang memerlukan masa dan proses yang lama. Sama sahaja prosesnya dalam konteks: Pakai tudung atau tidak.

'Saya pakai tudung sebab mak saya pakai tudung'

'Saya solat sebab ustazah suruh solat'

'Saya baca doa makan sebab kawan saya baca doa makan'

Apabila ditanya kenapa? Semuanya ternganga.

Kepada para Daei mahupun polis cinta (dan diri saya), sebelum anda semua melakukan 'kerja', muhasabah wasilah yang hendak dibawa. 'Saya tahu dan beramal' adalah matlamat tetapi 'Saya tahu kenapa saya beramal' itu lebih diidam-idamkan. Mari MENGUBAH, bukan hanya MENCEGAH.

Saya tahu, post ini kelihatan berat. Seolah-olah hanya difahami oleh orang yang memakai kopiah dan tudung (bidang 45,55,60 etc). Mungkin mereka yang belajar di Mesir akan faham. Bagi mereka yang free hair, rokok masih lagi ditangan, waktu solat pun ingat-ingat lupa, mungkin tidak sesekali memahami isi yang tersurat serta tersurat dalam post ini.

'Eleh, ustazah mane plak bagi ceramah pasal couple ni. Naik buta mata aku baca. Hidup aku, suka hati lah, Kisah apa. Konon alim! Kubur lain-lain daa. Kesian ustazah ni, tak de orang nak, sebab tu dia tulis macam ni. Jeles.'

Saya pernah menjadi muslim biasa, saya tahu akan ada secara tidak lansung akan kewujudan respons sebegitu. Bagaimana saya mahu membuat anda dan golongan anda faham? Hmmm. Sebenarnya anda tahu akan hakikat yang sebenar tetapi anda takut dan tidak mahu membuka hati anda kepada kebenaran. Hidayah Allah masih dalam perjalanan.

Maka, para daie sekalian, persiapkanlah dirimu! Jangan biarkan mereka mengungkit di Masyar kelak!

to cg arash: InsyaAllah ana akan selitkan. Thanks for the comment.

Selamat bermuhasabah!

فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَڪِّرٌ۬ (٢١) لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ (٢٢

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu(21). (22) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar.

(88:21-22)


6 comments:

Encik Macho said...

assalamualaikum ustazah

maaf mencelah dari kejauhan..
cantek blog dan isinya..alhamdulillah =) bagus bangat deh.

mungkin dapat diperbetulkan..
hati adalah raja..bukan akal..akal membantu hati mengawal nafsu..
hati yg beriman, akan dibantu akal yg berilmu untuk mengawal nafsu yg liar..ramai yg punya akal, namun takhta hati sudah kering berhabuk kerana lama tidak berfungsi..

namun, sebuah respon yg bagus. antara natijah iman yg kuat adalah keberanian mengatakan kebenaran..

wassalam

Anonymous said...

assalammualaikum
ustazah,

hemmm...doktor,

....hemmm ustazah..
.
Semoga menjadi seorang doktor muslimah yang "mesra alam"....alah...doktor yg pandai baca doa2 tu....(di pej mara suatu hari dulu)--hahahha

Sharifah Syahirah TSM said...

salam iman~
dh dpt gelaran ustazah :)
thanx 4 dis entry...
mengisahkan ttg polis cinta..hehe..
insyaAllah bhsnya mudah difahami semua dan dpt dihadam...
serius..suke gaya penyampaian iman..
keep it up..
i'll keep stalking ur blog~ :P

ummu ijlal said...

salam..
bagus sekali huraian dan kupasan...siap dgn analogi yang mudah difahami (teringat saat kegemilangan Al-Amin dalam debat antara skolah2 di M'sia)...cikgu akan kempen pada students di al-amin utk ziarah blog iman ni...sangat2 bernas!

Rahman D said...

as'kum...nak couple dgn U blh tak...???? hahhahahahah

makman pesan...tak yah couple2 kawin terus...kan makman!!! hahahhaha

sorry la sibuk sekarang tak sempat nak baca ...baru sempat hari nih

nuruliman said...

rahman d, u cukup hensem ke nk cople dgn i..hoho..pi blaja microb!!!

makman kasila green light...haha
calon pon xdak..