PT. 3

Monday, April 6
Assalamualaikum,

Saya penat hari ini. Namun ada kerja yang belum diselesaikan. Saya telah memulakan sesuatu dan saya perlu selesaikannya secepat mungkin agar hati-hati yang telah menjadi lembut atas hidayah dan nuur Allah dipandu ke jalan yang betul. Semoga anda beroleh sesuatu.

Saya menulis bukan untuk suka-suka.

'Wah, penulisan Iman best la'

Semakin banyak yang memuji, semakin saya terasa berat beban yang dipikul.
Saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis. Begitu juga anda, blogger di luar sana!


Saya bertanggungjawab terhadap mereka semua yang terkesan dengan entri saya. Semakin banyak yang membaca, semakin saya 'cuak'.

Adakah mereka faham apa yang saya bawa? Apa yang saya suarakan masuk dan melekat di dalam hati? Bagaimana jikalau mereka tersalah anggap?

Saya hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya dan juga mereka yang berurusan dengan saya. Ya! Anda!

Sebelum meneruskan entri kali dengan topik yang akan membuatkan anda semua terdiam (termasuk saya), saya ingin berterima kasih kepada saudara Abdul kerana menegur entri saya yang lepas. Kata beliau:

"hati adalah raja..bukan akal..akal membantu hati mengawal nafsu..hati yg beriman, akan dibantu akal yg berilmu untuk mengawal nafsu yg liar..ramai yg punya akal, namun takhta hati sudah kering berhabuk kerana lama tidak berfungsi.."

Terima kasih.

Sekali lagi, saya ini seorang hamba yang ilmunya masih kurang. Salah silap, harap dibetulkan.

Peranan seorang sahabat.

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan sahabat?
Err, anda berani mengaku anda seorang sahabat?
Saya sendiri pun belum lagi berani untuk mengisytiharkan bahawa saya seorang sahabat kepada seseorang.

Bukan belum bersedia.
Banyak lagi yang kurang pada diri, belum layak dipanggil sahabat.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, mengapa isu sahabat pula yang ditimbulkan. Err. Bukan kita sedang berbincang soal couple?

Bagi saya, sahabat memainkan peranan yang penting. Sangat penting. Sama ada dalam proses MENCEGAH mahupun MENGUBAH.

Saya mengeluh. Sebenarnya, dalam banyak-banyak isu yang saya bangkitkan dalam hal couple ini, perkara ini yang paling saya ingin ketengahkan kerana saya tahu, ramai lagi diluar sana tidak sedar akan masalah ini. (saya pun baru sahaja menyedari perkara ini..)

'Kiah, kiah, tu pakwe kau lalu. Eleh, malu-malu pulak kau eh...'

'Jenab, sekarang ni, berseri-seri aku tengok kau ni.. Mentang-mentanglah dah berpunya..'

'Saman, beruntunglah kau dapat makwe yang baik macam Timah tu.'

Hmmm.
Apa kata anda?

Seorang sahabat ialah seorang yang akan menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri. Jika anda sedar akan keburukan couple ini dan menjauhinya, sudah tentu anda juga tidak mahu sahabat/rakan/kawan anda juga terjebak kedalam lembah couple ini. Bukan begitu? Jika anda hanya menyimpan ilmu dan pengetahuan serta pengajaran di dalam poket, maka lupakanlah/janganlah sesekali anda memanggil diri anda seorang sahabat. Malulah kepada diri sendiri.

Jika anda sudah terkesan dengan dua entri yang lepas tetapi anda masih lagi tidak mampu untuk menegur insan-insan yang 'berdekatan', anda tidak memahami apa yang saya ingin sampaikan secara total. Masih ada lubang-lubang kosong. Dan, berusahalah untuk menampalnya.

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik R.A, sabda Rasulullah S.A.W:

Tidak beriman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri. (Al-Bukhari dan Muslim)

Senario hari ini menyaksikan mereka yang dipanggil rakan, kawan mahupun sahabat 'menyokong' secara tidak lansung pasangan yang bercouple. Mereka seolah-olah bersetuju dan mengiktiraf perbuatan rakan mereka sedangkan mereka tahu, perbuatan ini salah.

'Alah, malas la aku nak komen dia tu. Kang, tak pasal-pasal perang dunia pulak. Aku berlapang dada aje lah. Yelah, dia kan sekuliah/housemate/roomate aku..'

'Hmm... Asalkan aku tak jadi macam tu, Alhamdulillah..'

Tahukah anda, anda seorang yang bermuka-muka? Pentingkan diri!

Saya juga pernah tergolong dalam golongan itu. Namun, saya tersedar dan tindakan pertama saya adalah saya tidak lagi mengusik rakan-rakan yang bercouple. Ya, saya tahu, kadang-kala kita berniat untuk memerli, supaya mereka yang bercouple menyedari bahawa kita tidak suka perbuatannya dan perbuatannya salah. Namun, apabila saya kembali waras dan berfikir menggunakan logik, perbuatan kita itu hanya memburukkan keadaan.

Mungkin, rakan kita itu tidak lagi akan bercerita tentang pasangannya ataupun aktiviti yang mereka lakukan, perbualan telefon mahupun sms cinta kepada kita hanya kerana kita tidak suka. Namun, hakikatnya, dia masih lagi bercouple tetapi siiirrr gitu... (takut diperli lagi)

Dalam situasi ini kita tidak mencegah mahupun mengubah tetapi kita hanya mengurangkan dosa mengumpat. Kita menjadi seorang yang mementingkan diri. Kita hanya mahu diri sendiri tidak berdosa; dan kita biarkan insan-insan yang rapat dengan kita hanyut dalam dosa..

Sahabatkah kita?

Saya sertakan di sini sebuah link:
How to be a good friend.
Ya, bukan dari laman islamik, namun terdapat beberapa point yang islamik. (Orang pernah berkata: kadang-kala attitude seorang non-muslim lebih baik dari seorang muslim)

- Be honest (Jujur)

- Watch out for your friend ( Jaga rakan anda)
Satu point yang cukup menarik. Dalam laman web tersebut, dinyatakan bahawa untuk menjadi seorang rakan yang baik, kita perlu menjaga rakan kita daripada melakukan sesuatu yang bahaya kepada dirinya. Diberi contoh: jauhkan rakan kamu dari alkohol jika dia ada potensi untuk mabuk, jika rakan anda sakit dan tidak datang ke sekolah, bantu dia dalam pelajaran yang dia tertinggal.

-Give advices and perspectives (Beri nasihat dan pandangan)
Kalau nasihat mestilah ke arah kebaikan kan?
Nasihat selalunya sinonim dengan kebaikan.
Bukan begitu?

-DONT be selfish! ( Jangan pentingkan diri.)
Saya tidak mahu kupas point ini.
Tepuk dada, tanya iman. (puh-lease, jangan tanya saya.)

-Live by the golden rule: Always treat a friend as you would want to be treated. ( Layan rakan anda sebagaimana anda mahu dilayan.)
Sebetulnya, saya amat suka point ini.

Contoh:

A. Jijah tidak suka pintu toilet diketuk ketika dia berada di dalamnya (di mesir, menjadi kebiasaan arab-arab akan mengetuk pintu toilet. Walaupun anda baru sahaja 5 saat memasuki toilet tersebut). Jadi, Jijah tidak akan mengetuk pintu toilet sesiapa walaupun pada masa itu, Jijah 'amat' memerlukannya.

B. Kamal tidak suka diejek, maka dia tidak akan mengejek orang lain.

Lihat! Mereka yang non-muslim sendiri tahu bagaimana hendak menjadi seorang rakan yang baik. Jika kita dapat adapt point tersebut terhadap situasi kita. Rakan kita 'sakit' atau sedang melakukan sesuatu yang akan membawa keburukan kepada dirinya sendiri. Maka, sebagai kawan perlulah kita untuk membantu dia. Jika kita tidak membantu mereka, kita sama seperti:
Contoh:

A. Anda tahu rakan anda mempunyai potensi untuk mabuk tetapi anda menggalakannya mengambil alkohol lebih dari sepatutnya. Rakan anda memandu pulang ke rumah sendirian. Terlibat dalam kemalangan dan mati.

B. Rakan anda sakit, tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Minggu hadapan, ada ujian bulanan tetapi anda tidak memberitahu rakan anda mengenainya dah tidak membantu dia di dalam pelajaran. Dia gagal dalam ujian tersebut.

Jikalau perkara ini terjadi, anda mungkin sudah dilabel seorang yang berperangai buruk, jahat, dan sebagainya. - ini jikalau di negara barat.

A. Anda mungkin boleh didakwa atas tuduhan membunuh dengan tidak sengaja.
B. Rakan anda itu mungkin tidak mahu berkawan dengan anda lagi.

Tapi, kita ini muslim. Kita ini insan-insan yang terpilih- diberi peluang mengucap kalimah syahadah. Perjalanan kita belum tamat lagi. Bukan setakat label-label atau gelaran yang akan kita dapat mahupun dakwaan yang akan diterima, tetapi mahkamah Allah menanti di Masyar. Rakan-rakan kita yang tidak ditolong, akan mengungkit di Masyar kelak.

Maka, apa hujah kita nanti?

Dua jalan telah terbentang di hadapan.
Akal dan ilmu pun sudah ada.
Maka pilihlah yang terbaik.
Yang terbaik itu semestinya jalan menuju ke syurga.

Kita mahu menjadi seperti Abu Bakar.
Biar dirinya yang kesakitan, tetapi tidak Rasulullah.

Kita mahu menjadi Talhah bin Ubaidillah,
Biar jarinya terputus di Uhud demi menyelamatkan Rasulullah.

Kita mahu menjadi Ali bin Abi Talib,
Biar dirinya mengganti tempat Rasulullah, dalam cubaan membunuh baginda.

Kita mahu menjadi seorang sahabat/rakan yang baik.
Maka, mulakan langkah yang pertama.
Sesungguhnya langkah pertama itu akan membawa kepada langkah-langkah yang seterusnya.

Semoga kita thabat di jalan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

eymand

ps: Kemungkinan besar PT 4 akan menghadapai kelewatan.
Maaf. Peperiksaan menanti.
Mari, sama-sama kita musahabah.

9 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Phew! Panjang berjela jugak ye :P
Anyway, agak "terkesan" di hati ni. Yela, kalau kita bukan kawan kpd mereka, abis siapa kita kan? Memang hakikat sebenarnya kita saudara kepada mereka,tapi itu lagi BESAR tanggungjawabnya. Bukan begitu?

Hurm.. Ok, kalau tak perli, nak buat camane? Direct? Aduh, kelihatan seperti susah amat. Kadangkala takut yang tidak munasabah juga bila difikirkan kembali. Tapi, untuk hadapi situasi seperti perang dunia tu rasanya tidak mampu =( .

Any suggestion selain go directly tegur them? hUhU~

Ha, one more thing. Kalau di jaga sangat rakan tu, kata kita jaga tepi kain dia pulak. Aduai~

P/s : Brape Part ada ni? :D

makman said...

Waduh panjang yg amat si....
kok ringkas2 udah...
hai anak angkat ku telah mendahului ku utk meninggalkan coretan di sini....cuti ke k syaz???


hemmm...sebab itulah makman selalu ingatkan..
d mana saja kamu berada,
make sure mesti bersama-sama jemaah yang sentiasa mengingati Allah-kerana kambing yang seekor akan mudah dibaham oleh serigala yang banyak.

d mane saja kamu berada,
bawalah ilmu agama,amal yang istiqamah juga akhlak yang baik

d mane saja kamu berada,
bawalah diri agar kamu senang didekati,mudah utk berbincang ,mudah untuk menolong dan berfikiran terbuka

d mane saja kamu berada,
bawa risalah Allah,pegang dan genggam aqidah,sebarkan kasih dan sayang yg telah disemai dr dlm kandungan kepada ummah sejagat..dan akhir sekali

d mane saja kamu berada,
Jadilah org yg akan memakmurkan alam ini....aminnn

ummu ijlal said...

ya..betul kata makman..
di mana pun berada mesti pastikan penerusan tarbiyyah,
bergerak bersama-sama jemaah
andai tersasar akan ada tangan2 yang menarik kita keluar dari kebejatan...kalau sorg2 mudah diterkam syaitan, kalah dengan hawa nafsu...

semoga Allah melindungimu sentiasa

Good Luck 4 ur exam

Khazinatul_Asrar said...

hEhE. dpt title anak angkat pulak :P
Yup, mmg jemaah itu penting. Tapi, kadangkala orang dalam jemaah sendiri takut hendak menegur. Hu Hu. InshaAllah akan dihayati bait2 kata makman itu. Hehe. Cuti seminggu study week. Then exam start 14 april. Saja ambil angin baca2 :D

Amanina ST said...

huhui man2..izinkn aku mempromote lg blog ko..keh3~ko xizin pon ak promote gk...

hurm..memanglah aku nih..
memanglah hnye shbt utk org yg xcouple dan bukan shbt utk org yg couple..

weit,ape ak ptt buat?

makman said...

hemm..
kepada insan2 yg tak tahu nak buat ape kepada kawan2 yg bercouple-yg tak jaga adab2 pergaulan ni..ade beberapa cadangan.

sebenarnyer..penyelesaiannya pun macam doktor dan patient jugak.seorang doktor akan mengkaji sebab2 penyakit pesakitnya.segala kemungkinan....kemudian barulah prescribe ubat..

macam tulah jugak masalah2 kehidupan..
kena hikmah...
kene tahu apa punca...
dimane kelemahan...
dimane kekuatan mad'u...
sejarah kehidupan mad'u
dan kita juga sebelum itu kenelah ade ilmu..

dalam erti kata lain cari ilmu2 tentang pergaulan kenapa dan mengapa tak boleh(sebenarnya untuk kita dan org lain jugak),bagaimana nak kawal nafsu,bagaimana nak lawan nafsu imarah..bagaimana nak tenangkan hati yang kosong...sapa yang patut disayangi..ape alternatif nya...

tulah makman kata semakin kita mencari ilmu2 Allah semakin byk yg kita tak tahu rupanya..

lastly.....
-be agood listenner
-be a good teacher
-be a good motivator
-be a good role model

heeemmmm rasanya ni semua karaktor a good professional-doc....

(...nanti ade org komplain..makman buka blog sendiri boleh tak?...hahah)

huda said...

best.suke2

mmg muhasabah diri blk.sbb pnah juge jd antare watak dlm dialog2 iman tuh.
"ko kapel ngan die lagi ke?gile aa lame korg betahan.."
(ckp smbl muke tersengeh2 mnndekan sokongan)
isk3

btw, komen n nasehat makman n ummu ijlal pon sgt stuju.kene ade bersama2 dgn jemaah dn sahabat yg sntiase igtkn kite pada Allah.moge2 bile kite futur, ade yg menarik ke pangkal jalaan,,

-mr jd mumtaz same2 ye ahli beitku iman.eheh-

Khazinatul_Asrar said...

haha~yes makman. u should open ur blog lah i think. hEhE. xpon gabung ngan iman? aha~ BUkan halau makman, tapi banyak rasanya makman bleh tulis kalau ada blog sendiri. Hehe. bolEh dpertimbangkan mungkin? :D

Anonymous said...

syazyyy,
malaslah...
sesekali menulis bolehlah
tapi teringin nak buat makmanfoodcorner
tungggggguuu...