Aurat dan pergaulan I

Tuesday, February 26
Assalamualaikum,

Surah An-Nisa’, ayat 109: Itulah kamu! Kamu berdebat untuk (membela) mereka dalm kehidupan dunia ini, tetapi siapa yang akan menentang Allah untuk (membela) mereka pada Hari Kiamat?Atau iaa yang menjadi pelindung mereka (terhadap azab Allah?)

Surah An-Nur, ayat 26:
Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan.Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia(syurga).

Ya ukhti,
Entah mengapa hati ini ditandang gelisah mengenangkan perihal dirimu yang semakin lama semakin tersasar dari lembayung aqidah. Gusar sekali aku memikirkan nasibmu di Masyar kelak.Melihat kepada rentak hidupmu kini, aku mampu berdoa senyap jauh di lubuk hati, agar Dia melembutkan hatimu dengan nur dan hidayahNya, agar kan menjadi muslimah sejati; melahirkan pewaris Islam yang mampu menggegarkan dunia, Salahuddin Al-Ayubi yang kedua.

Ingin sekali aku berjalan bersama-samamu menuju tingkat syurga yang tertinggi. Mungkinkah semua ini berlaku, ya ukhti? Selagi sebelum matahari terbit di sebelah barat aku yakin sekali impianku boleh menjadi kenyataan. Amin…

Apa yang kita cari dalam kehidupan ini? Apa yang mampu membuatkan kita terduduk puas di hujung nanti?

Saya memandang hina golongan mereka yang mengenepikan aqidah untuk kepuasan diri. Biar aqidah dan maruah terjual,janji diri berasa puas-bangga-bahagia. Bahagiakah apabila diri semakin jauh dari Allah? Banggakah apabila mizan lebih berat di sebelah kiri? Nau’zubillah.

Bangga-puas-bahagia hanya untuk di dunia. Matlamat kita adalah akhirat yang abadi. Saya ingin ‘puas’ di akhirat kelak. Biarlah serba kekurangan di dunia. Biarlah kehidupan dunia seakan-akan pudar ataupun dikatakan tidak mempunyai ‘life’, saya hanya mengharapkan redha Allah. Saya mengharapkan keampunan Allah kerana saya tahu, zaman anbiya’ dan sahabat sudah lama berlalu. Islam juga semakin jauh. Fitnah dunia ada di mana-mana. Saya bukan sekuat Maryam, ataupun sekental Khadijah. Banyak kekurangan pada diri saya. Saya sedar diri saya tidak setaraf mereka. Mungkin 1% pun tidak sampai. Ya Allah, bantulah aku mengharungi kehidupan yang banyak mengandungkan penipuan dan penganiayaan. Moga-moga perjalanan hari mendatang disinari rahmat dan hidayahMu…

Sahabat,
Sedarilah kita ini hamba, ada Tuannya. Janganlah kita memandai melakukan suatu perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seorang hamba.

Ukti,
Janganlah dedahkan dirimu kearah maksiat dan fitnah dunia. Bukankah Islam mengajarmu agar memelihara diri supaya kamu akan menjadi seorang yang dipandang tinggi. Apa yang diajarkan oleh Islam, semuanya adalah untuk kebaikan kamu jua. Jika kamu mahu kesudahan yang baik kelak, hindarilah dirimu dari zina dan mukadimahnya. Takutlah kamu akan azab Allah.

Akhi,
Pastinya anda mahukan yang terbaik dalam kehidupanmu. Oleh itu, rujuklah Surah An-Nur, ayat 26, kemudian hitunglah dirimu dengan waras. Ingatlah, kepuasan nafsu bersifat duniawi, redha Allah juga membawa kita mencium harumnya syurga firdausi…

eymand
sayeeda zainab

4 comments:

Anonymous said...

Sedap hati membacanya,sejuk dan lapang dada meneliti fikrahnya...adakah ini mukadimmah penulisan anda!!!agar ianya terus bercambah malah berbuah lebat untuk sang pembaca juga mad'unya..Teruskan perjuangan tintamu untuk mencari keberkatan Allah.Segala cerita, pengajaran,iktibar mukjizat bertaburan di bumi Mesir agar dapat menjadi kepilan,bukti untuk di sampaikan....hah bila lagi nak masuk pertandingan cerpen!!!!nanti kami2 boleh tolong ambikkan hadiah di majlis yg glamor tu...hahaha.take care my dear...

Anonymous said...

ni sajak aman keluar di IKIM.FM sesuai dgn entry yang kakak buat...alhamdulillah

Pencarian Yang Ternanti.

Tatkala bumi semakin merekah
Pada masa itulah gelisah kian menyerap
Jiwa kudus berserabut dengan sawang
menyoal kebinasaan
bertanya kegilaan

Pokok itu mahu melihat
Matahari masih menunggu
Haiwan terus mencari
Entah mana hilangnya roh Siti Khadijah binti Khuwailid
dan mana perginya semangat Saydatina A’isyah pada jasad lumpuh kini?

Kalian pergi jauh membawa hidup menyimpang
bersama senapang tidak berpeluru lagi
walaupun sebutir…tidak
kadang-kadang sengaja tidak disumbatkan peluru itu
agar dikerumuni jenis makhluk pelahab
engkau yang hendak…

Bersangka tanpa sangsi
memperhambakan diri pada auratmu
mahkota malu itu kau campak ke dalam lumpur
semata-mata inginkan kebebasan mutlak
merempuh dewala syarak tanpa noktah
tanpa berfikir waras

Bicara hati di senja dunia
mentafsir pandangan mata
menterjemah siulan suara
dengan itu aku menyimpul

Akhirnya ini aksara yang hadir
Penantian yang ternanti
sidang makhluk alam kian suram
menjamah isi alam

RAHMAN D
IKIM.FM

Anonymous said...

mabruk2!!
suke sgt bace artikel ni...
huah,bagos ni,jgn lupe update dan update dan update lagi..keh3.

~k.Syaz~ =P
Lab usim
12.05pm.

Anonymous said...

mabruk2!!
suke sgt bace artikel ni...
huah,bagos ni,jgn lupe update dan update dan update lagi..keh3.

~k.Syaz~ =P
Lab usim
12.05pm.