Assalamualaikum, el-Muntazah
The beach!
Alexandria!
Sejak dua tiga menjak ni, saya suka sangat bercerita tentang jenis-jenis manusia yang saya kenali. Ada yang saya kenali dengan gembira dan ada yang saya kenali denga kesalan. Lalalalala
Saya tahu, Tuhan nak uji saya sebenarnya. Hendak melihat sejauh mana saya dapat bertahan dengan manusia jenis itu. Alhamdulillah, Tuhan menguji saya. Allah sayangkan saya. Mudah-mudahan saya tergolong dalam golongan muslim yang dapat menahan ujian Allah.
Dalam banyak-banyak jenis homo sapiens yang sudah saya kenali, saya tertarik untuk bercerita tentang dua jenis manusia yang memang tidak tahu malu dengan Allah. Astaghfirullah. Allah beri mereka hidup senang tanpa ada adegan sinetron Ratapan Anak Tiri ataupun Bawang Putih Bawang Merah ataupun drama Natasha. Allah juga beri mereka akal yang sempurna dan raut wajah yang sedap mata memandang. Kalau tidak, tidaklah mereka di sini, mendalami ilmu Allah, ilmu tentang diri mereka sendiri, ilmu perubatan. (ehem..contoh aje. Tak nak pun fire sesiapa. Kalau ada yang hatinya mudah tersentuh tu, minta maaf lah ye..)
Sesungguhnya ujian mereka lagi dasyat dari saya. Semoga mereka dapat menjadi seseorang yang boleh dibanggakan suatu hari nanti. Sedangkan Saidina Umar AL-Khattab pun dulunya adalah salah seorang yang anti-Islam akhirnya dapat dicairkan dengan ayat-ayat merdu-ajaib-suci Allah. Sahabat Rasulullullah tu. Siapalah kita ini jika nak disamakan dengan sahabah dan sahabiah Nabi. Hidup pun dah 1429 jauh dari mereka. Bukalah mata, tepuklah dada, sejauh mana kesamaan kita dengan mereka…
Jenis A:
Manusia yang tahu tetapi tidak mengamalkan.
Saya anti betul dengan jenis ini. Dah tahu, tapi buat-buat tak tahu. Ada akal, tetapi tak nak gunakannya dengan maksimum. Ingat senang nak dapat akal yang sempurna? Bersepah dalam dunia ni, golongan-golongan yang Allah tarik nikmat akal. Mereka-mereka yang sakit mental dan sewaktu dengannya. Setiap hari, (kalau bolehlah) hati mereka merintih agar Allah mengasihani mereka dan kurniakan akal yang sempurna. Pasti mereka akan gunakannya dengan sebaik yang mungkin. Pasti
Berbalik kepada manusia jenis A ni, kita kena banyak-banyak bersabar dengan mereka,
“Sesuatu kaum itu tidak akan berubah, kecuali mereka yang hendak berubah”
Ayat itu memang betul. Tak salah, tapi kalau kita tak stimulate, sampai bila kita nak tunggu kan?
Ala, dia nak berubah bila dia rasa nak berubahlah
Sudahlah, janganlah hipokrit. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Selagi kita masih bernafas, selagi jantung masih mengepam darah, selagi bibir masih mampu mengucapkan kalimah syahadah, bantulah manusia jenis A ni…(Lagi ber ‘pahala’ daripada menonton TV yang penuh dengan tipu muslihat Yahudi Laknatullah. Anyway, tidak menjejaskan kitar tidur kita pun jikalau kita menolong golongan A ni) Sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu daripada duduk goyang kaki. Tidaklah kita disoal Allah di Padang Masyar kelak.
Selemah-lemah iman adalah dengan hati.
Kadang-kadang kita tidak tahu mengapa mereka bersikap sedemikian. Kadang-kadang kita tahu, tapi buat tak tahu. Lalalala.No komen.
Kasihanilah mereka. Takkan kita nak masuk syurga seorang diri. Sanggupkah kita biarkan mereka terumbang-ambing? ( Macam soalan kepada diri sendiri pula)
Tentulah tidak!. Jadi, mari kita mulakan dengan perlahan-lahan. Ajakan yan pertama akan membawa kepada ajakan yang kedua, ketiga dan seterusnya. Sampai mereka mengamalkan apa yang dipelajari.
Semasa di sekolah dulu, semasa mempelajari matapelajaran Bahasa Arab Tinggi, ada satu pepatah Arab: Ilmu tanpa amal sama seperti pohon tanpa buah. (Baik tebang aje! Dahlah banyak kerengga, daun pula selalu saja gugur)
Macam itulah jenis A ni. Macam tin kosong. Bingit bunyinya! Aduh! Tapi kosong,-tiada isi, tiada gunanya. Maka, kita sebagai yang melihat dan yang tahu serta yang mengamalkan (err…betul ke?) kenalah bantu mereka. Tin kosong boleh buat jadi tempat letak pensel ke. Buat tabung ke. Banyak kegunaan tu.
Jenis B:
Manusia yang tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu.
Haa. Manusia jenis B ni pun satu hal. Dah lah diri tu berada di lembah kejahilan, nak bermukim di situ pula.
Sesungguhnya mereka diuji oleh Allah. Allah sayangkan mereka. Allah ingin beri yang terbaik untuk mereka. Cemburunya… (eeeee… gerammmm)
Don’t judge a book by its cover.
Kalau tidak kerana cover yang menarik, saya tidak akan membeli buku tersebut. Bukankah selalu begitu?
Sebenarnya manusia jenis B adalah manusia yan bodoh sombong. Sudahlah tidak tahu, nak berlagak pandai dan besar pula. Nak berlagak dengan siapa? Dengan Allah? Jangan lawan tokey lah. Sejauh mana pun kita berkelana, setinggi mana pun taraf pendidikan kita, sekacak mana pun wajah kita, janganlah kita lupa, ada yang maha Kuasa dan Tinggi dari kita. Nun jauh di atas sana. Melihat ragam hamba-hambanya yang hidup dalam pelbagai drama. Drama Korea, Filipina, Melayu, sinetron Indonesia, dan bermacam-macam drama yan pelik dan mengerikan serta tidak bermoral.
Berbalik kepada jenis B, saya percaya mereka sedang dalam proses perubahan. Jika tidak, mereka tidak akan berada di sini. Bumi para anbiya’ dan ulama. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada sesuatu yang akan menguntungkan di kemudian hari. Cuma masanya belum tiba. Perhitungan belum pun tamat. Masih ada masa untuk kembali ke jalan yang Satu, sebelum nyawa di halkum, its never too late to turn back…
Saya sayangkan mereka dan saya ingin mereka menikmati keindahan Islam, manisnya IMAN, hebatnya Allah. SubhanAllah! Maha Besar Allah! Menjadikan kita semua dalam pelbagai ragam dan jenis. Islam itu indah. Sangat indah. Sayangnya hati mereka masih lagi ragu-ragu untuk menikmati keindahan Islam yang tidak berbelah bagi. Sumpah! Tidak akan ada penyesalan. Walaupun sekelumit-sebesar zarah-sebesar bacteria. Pasti tiada penyesalan!
Sesungguhnya saya ingin mereka bersama-sama saya, beriringan menuju-meniti jalan ke syurga. Saling memandang antara satu sama lain, tersenyum, : Uhubbuki Fillah. Ukhuwwah Fillah. Syurga sasaran kita. Redha Allah matlamat kita. Sama-samalah kita bermuhasabah dan meneliti serta mentafsir diri. (jangan asyik nak tafsir diri orang lain aje. Opps.ouch) Adakah kita jenis A/B ataupun jenis C? Hehehe. Pastinya, kita minta agar dijauhkah dari tergolong dalam golongan-golongan tersebut. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Tidak akan dibiarkan hamba-hambaNya berada dalam kesusahan dan kegelapan.
Ingatlah Allah, Sesungguhnya Allah akan mengingati kita.
eymand,
(Ingatkan nak revise physiology malam ni. Hehehe. Ouch!)
p/s: lama tidak menulis, sense saya terhadap penulisan bagaikan mulai pudar. Bahasa yang semakin lama semakin tunggang langgang. Minta maaf Cikgu Wasitah! Saya akan memperbaiki bahasa saya yang semakin teruk ini. Doakan saya dalam peperiksaan yang bakal menjelma-Sabtu ini!
-post yang dah lama dikarang, tidak berpeluang untuk dihantar....

No comments:
Post a Comment