Perjuangan wanita,perempuan, dan..[dulu dan kini: Ada beza?]

Tuesday, November 22
Assalamualaikum,

Selepas menunaikan fardu Isya'. Hati ini tergerak untuk membaca sebuah buku yang berjudul : 100 Tokoh Wanita Terbilang. Salah satu fasal yang cukup menyentuh hati saya ialah Fasal 8 :Wanita di samping keluarga Nabi S.A.W. Kisah ketabahan cucu cicit Rasulullah yang mengharungi dugaan dan cabaran telah membuatkan saya berfikir, lantas membandingkan mereka dengan masyarakat masa kini. Ternyata kita hanya seperti masih jauh untuk menandingi mereka.

Mereka-mereka ini adalah insan-insan yang melihat sendiri kepala ayahanda tercinta di penggal oleh pihak musuh. Insan-insan ini melihat tubuh saudara-saudara mereka rebah-syahid. Insan-insan ini melihat darah anak-anak mereka, anak-anak saudara mereka, ayah kepada anak-anak mereka mengalir ke bumi. Tidak cukup lagi, insan-insan ini di tawan dan dicela, dihina dan dikeji keturunan mereka.

Namun mereka tidak berputus asa. Mereka tidak patah semangat. Mereka tidak berpatah balik. Ummi Wahb misalannya, berjuang sebelah menyebelah dengan suaminya - Abdullah Bin Umair sehingga kedua-duanya syahid. Zainab Binti Ali Bin Abi Talib pula memeluk kesemua mayat anak-anaknya, anak-anak saudaranya, saudara-saudaranya sehingga dia bermandikan darah pada seluruh tubuhnya. Tidak pernah dia gentar dan menyerah walaupun hampir seluruh keluarganya syahid. Zainab tetap lantang bersuara menentang pembunuh keluarganya. Puteri-puteri Al-Husain juga tidak kurang hebatnya.

Berbalik kepada isu yang saya ingin ketengahkan pada kali ini. Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka? Tabah. Tegas. Berpendirian tetap. Berani. Berbezakah kita? Bagi saya tiada beza antara kita dan mereka. Tetap seorang perempuan/wanita/srikandi/jelitawan/dll.

Aisyah R.A, Khadijah Khuwailid, Sumaiyah, Asiah, Fatimah R.A, Rabiatul Adawiyah, Siti Hajar, Hawa, Maryam, Asma Abu Bakar dan lain-lain.

Jika mereka meletakkan harga diri, maruah dan Allah S.W.T di tempat yang paling tinggi dalam hidup mereka. Mengapa tidak kita? Jika mereka mampu menjadi srikandi yang tabah. Mengapa tidak kita?

Tidak dinafikan wanita/perempuan zaman kini memang berjuang, tabah, cekal, tidak berputus asa. Tapi HANYA apabila ditangkap oleh Jabatan Agama Islam ketika sibuk berdansa di kelab-kelab malam, apabila ditangkap khalwat [ kononya mereka tidak bersalah, hanya berbual-bual sahaja], apabila si suami menuntut untuk bernikah satu lagi dan banyak lagi perjuangan yang entah apa-apa.

"Kami hendak menuntuk keadilan! Biar naik turun mahkamah pun tak apa. Asalkan, saya terbukti tidak bersalah kerana saya memang tidak bersalah. "

" Itu hak saya"

"Mereka tidak berhak campur tangan dalam hidup saya. Saya nakkan privacy!"

Selepas itu mulalah sidang akhbar dilakukan. Teresak-esaklah menangis sambil menceritakan perihal diri yang tidak berdosa. Kadangkala sehingga hendak melawan hukum Allah. Sedarlah diri. Janganlah lawan tokey...

Inikah perjuangan wanita/perempuan masa kini? Kita semua patut malu pada diri sendiri, malu pada srikandi-srikandi terdahulu. Jika mereka masih 'ada', sudah pasti umat/kaum kita ditertawakan mereka.

Sebenarnya saya hanya ingin membawa kita kepada realiti zaman sekarang. Kadang kala apa yang kita perjuangkan itu, tidak membawa apa-apa makna, mungkin ianya memang perkara yang salah. Bergantung kepada diri kita sendiri-sama ada kita sedar atau tidak.

Pengajaran yang saya dapat hari ini ialah, kita patut berasa malu kepada umat-umat yang terdahulu dan nenek moyang kita. Kita haruslah mencipta sejarah kita sendiri bukanlah hidup dibawah bayang-bayang sejarah orang terdahulu.Sejarah yang hendak dicipta biarlah berada di landasan yang betul. Landasan Aqidah dan landasan Deen Allah. Janganlah kita biarkan sejarah yang tercipta dipenuhi dengan dusta dan nista.

Yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari saya.

adios,
iman

2 comments:

Anonymous said...

a serr.... semoga srikandi berjiwa islam tetap subur dalam jiwamu

nuruliman said...

a serr... time kasih mummy ebony