# Dua

Thursday, April 12
Salam alayk,

Hidup ini seperti roda. Berpusing-pusing tanpa henti.Mungkin hari ini hari yang indah. Esok entah macam mana.

Bagaimana kita berhadapan dengan kitaran/pusingan roda kehidupan itu perlu kita kuasai.

Adakah kita megah dan selesa ketika berada di atas?
Dan menjadi kecewa dan gundah gulana ketika di bawah?

Manusia ini sifatnya lemah. Sering tertarik dengan apa jua jenis tarikan.Hati manusia perlukan bimbingan. Bimbingan ini yang akan mencorakkan manusia.

Ketika daya tarikan dan bimbingan kuat dan ampuh, manusia akan menjadi sangat hebat. Seakan-akan aura positif muncul tanpa henti.

Aku boleh!

Tiba-tiba apabila tarikan dan bimbingan itu hilang, manusia hilang arah tuju. Aura postif seakan meresap dan berlalu pergi.

Hidup menjadi hambar.
Hati menjadi gelisah.

Semua benda/perkara di dunia ini bersifat sementara, kadang-kadang palsu semata-mata.

Duit akan habis dibelanja.
Kecantikan seseorang akan hilang mengikut masa.
Kebaikan seseorang akan teruji dengan ujian.

Jadi, dunia ini tidak menjanjikan apa-apa.

Maka betullah, manusia ini jika hatinya terikat dengan dunia, dia akan hanyut ditelan wahan.

Jadi sayangku, mengapa engkau begitu lena dalam dunia yang mengasyikkan?

Sibuk memilih-memilih yang terbaik.
Tidak salah untuk memilih yang terbaik, namun apa yang lebih penting adalah ke arah mana 'terbaik' itu akan membawa kita?

Jika kesenangan yang kita pilih adalah untuk kepuasan diri sendiri, ketahuilah, kepuasan itu akan hilang. Keseronokkan tidak kekal.

Yang hidup itu telah dijanjikan kematian yang pasti.

Jika yang 'terbaik' itu digunakan untuk mencari kekuatan hakiki, kembali kepada Pencipta yang bersifat kekal, berbahagialah kamu.

Kamu insyaAllah dalam perjalanan menuju bahagia, dan kesenangan dan kegembiraan itu akan menanti di 'sana'.

Jangan jatuh cinta dengan dunia yang tidak kekal ini. Jatuh cintalah dengan Allah.

Manusia dan kesenangan dunia tidak akan menemani kita sehingga akhirnya.

Hublillah lah yang akan bersama-sama kita ke destinasi abadi.

Kerana manusia, hatinya selalu mahu terisi. Isilah dengan cinta hakiki.
Bukan cinta mainan, yang akan membunuh diri.

Sakitnya hati kerana cinta dunia akan lenyap dengan siraman kasih cinta Allah.

Kata-kata sememangnya indah untuk diucap. Praktikalnya belum tentu.
Banyakkan refleksi diri agar Nur Allah akan menyuluh kita ke jalan yang sepatutnya.
Agar Dia mengubat hati-hati kita yang luka dan pedih kerana tipu daya dunia.

Moga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik.
InsyaAllah.

Iman D


# Satu

Sunday, April 8
Salam alayk,

Buat seketika, masa seolah-olah berhenti. Seperti mahu bertanya,

"Kau masih mahu meneruskan perjalanan ini? Nah, aku berikan satu tempoh, hitung dan nilai, bagaimana kau mahu meneruskan perjalanan ini!"

Dari satu perhentian ke satu perhentian. Analisa demi analisa dilakukan.
Dan apabila tersedar, sebenarnya masa tidak pernah berhenti dan berbicara.

Sedar-sedar, kau sudah jauh ditinggalkan masa.

Dosa-dosa semalam yang kau tangisi,
Salah silap semalam yang kau sesali,
Takkan ada natijah yang terhasil jika kau masih duduk disini,
Menanti masa berbicara, dan memberi kau masa kecemasan.

Jangan tertipu.

***
Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk berada di sini pada hari ini. Menghirup udara bumi thaurah, memijak bumi yang meraikan kepelbagaian.

Alhamdulillah, diberi peluang bersama-sama dengan orang-orang yang sangat saya cintai dan sangat mencintai saya.

Alhamdulillah, diberi peluang untuk bersama-sama dalam perjalanan menuju redha Allah.

Gerabak-gerabak yang terus bergerak laju, takkan berhenti dan menunggu.

Move on. Move on.

Alangkah baiknya jika kata-kata semudah diungkap.

What happened in the past, will always stay there. You can do nothing about it.
But, you can decide, what will you do tomorrow...

***
Haha I think the problem is within me.
Yes, I am miserable.

Take note on what I'm trying to say, so that, you will not repeat my mistakes.

Because of my lackings, I've drove away from the right track. I took days of 'vacation'. I've ignored 'messages'. Just because I'm lacking.


' So in letting go, the answer lies in love. Fall in love. Fall in love with something greater. Fall in love with the Real thing. See the Mansion '
-Fall in Love with The Real Thing, www.yasminmogahed.com

No, no and no. I'm not heartbroken, errr, with someone. No. (.....)

Its just a battle between me and 'me'

I want to let go of my bad side. No matter how much I struggle to do so, at the end, I am still lacking.

Why others can be sooo good in managing themselves. How can they became so good. And I am still in the quest for searching the right thing to do and still, my 'car' is on the side road. Not in the main road.

Well, the answer is I can't let go of the past. What's fix on my eyes are my lackings, my past.

I have never bother to look out for tomorrow.
I have never plan for tomorrow.

To change the past, I need to give my best for tomorrow.

I forgot that.

Stepping into a new phase, I bet, dozens of works need to be done.
Meeting new people, working with them could be tiresome. Plus, I already have my own quest.( errr.. I can't be that selfish. NO! )

Thats not even a point of argument. Thats Rahmah.
He wants me to learn something, to gain something, to overcome my lacking.

I know.
HE misses me.
T_T

ImanD