#1

Wednesday, May 4
Salam alaik.

Allah itu tersangat sweeeeet. Allah itu tersangat indah. Maha Besar Allah. Allahuakbar.

Jari-jari semakin kekok menekan keyboard. Susunan kata-kata tidak lagi seindah dulu.
AllahuAllah.


Stesen pembaikan kali ini terlalu banyak mengajar. Allah mahu hati dijaga. Allah mahu dunia itu letaknya di tangan. Bukan di hati. Allah mahu ajar bahawa kejarlah dunia sejauh yang kamu suka, namun ketenangan hati yang abadi adalah milik Allah. Rehat yang pasti adalah di SANA.

Pusing kanan. Pusing kiri. Semua bagaikan tidak kena.
Makan? Sudah.
Mandi? Pun sudah.



Apa yang tidak cukup lagi?

AllahuAllah.

'Sesungguhnya dengan mengingati Allah, pasti hati akan menjadi tenang'

Apabila semua yang kita lakukan keranaNYA. Ikhlas keranaNYA. Semuanya akan terasa betul. Seperti meletakkan kepingan jigsaw puzzle yang terakhir. Sebuah gambar yang sangat cantik terbentuk.









Perkara yang mustahil dan susah dilakukan dengan mudah dan senang hati. Tiada penyesalan. Tidak rungutan. Yang ada, hanya lafaz tahmid puji-pujian kepada Allah yang telah memberi peluang supaya mata memandang dengan satu kacamata sahaja. Kacamata Iman dan Islam.

Manusia itu bersikap lemah sebenarnya. Mancari-cari arah tuju dalam hidup. Maka, dicapainya apa-apa yang ada dihadapannya.

Jika yang menghulur itu Taghut, maka, arah tujunya menuju kesesatan.
Jika yang menghulur itu Islam dan yang menyul
uh itu Iman, Hamdallah. You are one step closer to Jannah. InsyaAllah.

Ketenangan hati yang diberi oleh Allah secara percuma ini ada harganya. Ada bayarannya.

'Man qala lailahaillAllah fahua daie'

Mengajak manusia kepada Islam dan menjauhi Taghut dan Jahiliyyah.
Mendidik manusia agar Islam itu subur di segenap lubuk hati.
Supaya manusia memegang Islam secara 'kaffah', bukan separuh-separuh.

Bukan dengan berhijab tapi berakhlak tidak sopan.
Bukan menunaikan solat lima waktu tetapi mengamalkan riba
Bukan berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak menjaga pandangan dan hati.


Islam itu menyeluruh. Bukan separuh atau suku ataupun tiga per empat.

Tepuk dada, tanya iman, sejauh mana
Islam bertapak di hati.

Dan kita akan kembali kepada hak-hak syahadah. Sejauh mana kita laksanakannya.

AllahuAllah.

Pengajaran yang amat bermakna.

Moga hari esok lebih baik.










iman dashuki,
lazoughly.

1 comment:

Khazinatul_Asrar said...

tertunggu2. terima kasih atas peringatan yang sangat baik! teruskan menulis, jgn mls2:P