Goodbye.

Monday, November 21
Salam alaik,

:D...

I knew this moment would come in time. There are things in our life that aren't meant to stay. :D Life is moving faster than I thought and it costs me a lot to catch up and maintain.

There are things that I need to sacrifice (for the time being). To let go. To say goodbye.
Unfortunately, A Walk of My Life is one of them.

For almost six years, through thick and thin, we survived. She helped me a lot during my 'ups and downs' moments. She is my best friend, my 'punch bag' :) . My walk of life.

Thanks to you, without you, I would have never been ME.

Iman D
Lazoughly
9:17pm


Ramadhan

Sunday, July 31
Salam alaik,

Perasaan berbaur menanti esok tiba.
Takut jika masa yang ada tidak digunakan sebaiknya.


Rasa berat dengan 'kotoran' yang sedia ada.
Tak sabar nak sental 'hati'.
Tak sabar nak cuci diri dari atas ke bawah.
Tak sabar nak kaut extra-point.
Tak sabar nak berlumba-lumba jadi hamba yang bersyukur.

Moga, Ramadhan kali ini bukan yang terakhir.
Jika yang terakhir, moga, kali ini yang terbaik.

Aku mahu melangkah ke madrasah Ramadhan dan keluar sebagai 'seorang' yang baru.
Aku mahu menjadi seorang yang cintakan al-Quran, cintakan amalan sedeqah, cintakan amalan sunat, dan cintakan qiam serta cintakan senjata mukmin yang paling hebat iaitu doa..
Moga madrasah Ramadhan dapat mendidik jiwaku...

Moga aku menjadi seorang yang baru..

iman d





Rehat?

Sunday, July 24
Salam alaik,

Diberi rehat atau direhatkan atau memberi rehat pada diri sendiri?

Tiga soalan yang berlegar-legar di fikiran sebelum cuti bermula.

Ketika yang lain sibuk mengejar points pahala supaya boleh ke level seterusnya, diri seakan-akan hilang dalam percutian duniawi, sedangkan tiada rehat dalam kehidupan seorang daie.

Hidup ini seperti roda. Ada masanya kita di atas, ada masanya kita di bawah.
Ada perkara yang kita benci, ada yang kita suka.
Tidak mustahil juga satu hari yang suka bertukar menjadi benci dan benci bertukar menjadi suka...

Ada perkara yang perlu dilepaskan, agar perjalanan ke hadapan berjalan lancar dan pantas.
Perlumbaan ini tidak akan menjadi rugi tanpa kita. Kita yang akan rugi jika terlambat.

Jadi, yang pertama, bersihkan hati.
Yang kedua, hapuskan istilah rehat. Jika rehat datang menyinggah, segera sibukkan diri.

Sibuk itu ada pelbagai kerana terlalu ramai yang berhak keatas diri kita.
Tunaikan dengan sesempurna mungkin dan perlahan-lahan.

Kali ini, aku mulai faham. Aku mulai nampak di mana 'kerosakkannya'.
Pembaikian perlu dimulakan dengan cepat. Sebelum kerosakkan merebak.
Hanya pada Allah tempat kembali, sebaik-baik tempat bergantung harap.

Hati ini tidak boleh ada dua kecintaan. Allah saja yang berhak untuk menduduki.

Tabah wahai hati. Allah tahu apa yang terbaik.

Hehe, tak payah tacing-tacing la, Allah kan ada nak dengar semua cerita you A to Z.
Kerana Allah itu Mujib wa Qarib.. He knows best. =)


iman d,
rawang.

entri 'kusut' ehehe.


ps: Dia nak tengok macam mana kita deal with the situation.. Kita hanyut atau segera balik kepada Dia. When we have HIM, there is nothing to worry about. Kann?
Saya juga manusia, I do made mistakes. Dozens of them. Zillions. I am on filtering mode. Nak tapis all the bad things/events for the past errrr 6 months. and put some soothing ointment, pain reliever n I am all good insyaAllah. He knows best and I love HIM most!

Ramadhan is coming... weeeeeee.... =)


A glance back

Tuesday, June 28
Salam alaik,

Tak pernah pun kan Dia menghampakan permintaan-permintaan hambaNYA.

Bila ku toleh kembali ke saat itu.
Apabila permintaanku adalah untuk menjadi yang lebih baik.
Dia memberiku bumi yang sudah hampir empat tahun kupijak ini.

Bumi yang asing pada mulanya kini menjadi sebati.

Setiap apa yang dipinta, tidak pernah Dia hampakan..

Sedangkan diri ini, masih lagi melakukan dosa dan perkara yang dimurkaiNYA.

Apakah aku masih layak untuk berada di bawah naungan rahmahNYA?

Yes, I do.
We have the 'CTRL+Z'
It's called Taubah.

imandashuki

#6 Tawakkal.

Monday, June 27
Salam alaik,

Mencuri masa Forensic&Toxicology untuk menulis entri kali ini. :D

Tinggal dua saja lagi paper sebelum berakhir sesi pengajian 2010/2011.

Sudah dua paper berlalu.
Community Medicine dan ENT.

Pena sudah diangkat. Dakwat pun sudah kering.
Tawakal dan doa kini menjadi teman.

Tawakkal.
Hanya kepada Allah.

Menyerahkan diri dalam jagaan Allah setelah berusaha.
Berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Tawakal itu bukan hanya untuk sesetengah pekerjaan dan masa.

Tawakal itu berterusan.
Hari-hari.
Sepanjang masa.
Untuk setiap pekerjaan.

Apabila kita percaya Allah menjaga kita, hati akan sentiasa tenang.
Apa-apapun natijahnya, itu yang terbaik untuk kita.
Terbaik untuk iman kita.
Allah lebih tahu, kerana Dia Maha Mengetahui. :D

Selalu bertanya kepada diri,

"bilalah nak berjaya macam orang lain"

Oppss, mungkin usahanya belum cukup lagi.

Tapi juga mungkin, jika Allah memberikan diri keazaman dan kesungguhan yang tinggi, diri mungkin akan menjadi lupa (sedikit) akan konsep tawakkal. Diri mungkin saja akan terasa usaha aku yang lebih inilah penyebab kejayaanku, walna'uzubillah.

Sedangkan semua itu datang dariNYA bukan?

Dan bila, kesungguhan dan keazaman itu belum cukup sempurna. Diri menjadi hamba yang sebenar-benarnya. Rasa berserah itu melebihi segalanya...

(usaha tetap usaha...jangan tak usaha to the fullest pula... hehe. )


Oleh kerana itu. Allah itu Maha Tahu. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. :D
Paling penting, kita semua mahukan apa yang terbaik untuk iman kita bukan?

Kita mahu lebih dekat kepadaNYA, bukan lebih jauh ya....

Bukan untuk keadaan susah sahaja. Malah ketika senang juga.

Dan, perlulah persoalan ini ditanya kembali kepada diri.

Apa sebenarnya makna Tawakkaltu 'ala Allah itu?

Hanya sebagai syarat untuk menunjuk bahawa aku hamba yang baik?

Mari muhasabah. Supaya kita dapat melaksanakan konsep tawakkal yang sebenar. Bukan hanya dimulut. Bukan untuk 'ambil syarat'.

Tapi kerana kita ini hamba. Hamba Allah yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
Apa yang ditetapkan sudah pun tercatat.
Maka serahkan dirimu hanya kepada Allah.

Allahualam...

Moga usaha dan tawakkal kita dipandang Allah dan diterimaNYA..
Moga kejayaan itu mendekatkan kepada Allah.
Begitu juga dengan ujian.

Moga kejayaan dan ujian menjadikan kita hamba yang lebih baik.
InsyaAllah.

Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan.

4th year medical student
cairo university, cairo, egypt.

ps: macam ada slang tanah seberang sikit. hehe. 'demam pesantren mungkin ya' hehe.

ps2: above all kan, kita juga tidak mahu dosa-dosa kita menjadi hijab antara kita dan Allah. InsyaAllah next entri ya.. Usaha, Tawakal, Pembersihan diri sangat sinonim bila musim exam kan... patutnya, everyday lah kan... Muhasabah diri sendiri juga... T_T... Peringatan untuk diri dulu, baru untuk orang lain ya...

ps3: okay last one. :D nak share video AmrKhaled tentang nama Allah al-Mujib.. Allah..Allah..
Betapa Allah ni Maha Besar.. Tak reti nak kupas dah sebab AmrKhaled memang dah kupas dengan sangat baik. :) Ada translation. Dont worry. :D





#5 Perlahan-lahan

Thursday, May 26
Salam alaik.

Untuk jadi yang lebih baik, ada harganya.

Ada yang perlu kita lepaskan.
Ada yang perlu kita tinggalkan.

Sebab kita ingin kejar yang lain.
Sebab kita nak jadi lagi baik dari sebelum ini.

Pengorbanan yang kita buat ini, biar sampai puas hati.
Biar berhabis-habisan.

Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Sebab kita dah nampak arah tujuannya. Tunggu nak mulakan langkah; ataupun meneruskan langkah.

Perlukah berlari? Berjalan? Atau merangkak kembali?

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”.
(Hadits ditakhrij oleh At Turmidzi)

Walau susah macam mana pun, kita mesti cuba. Mesti.

Walau perit macam mana pun untuk berlari, gagahkan diri.
Walau kita bermula dengan merangkak, tanamkan dalam diri, aku mampu untuk berlari dan aku akan berlari..

Allah tahu.
Dia tahu.
Dan Dia takkan pernah menghampakan hambaNYA yang sentiasa ingin dekat kepadaNYA.

Dah jauh sangat ni, sikit je lagi...

Yang paling penting..
Allah Maha Pemaaf.
Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA.

Cuba flashback sekejap.
Sepanjang kita berada dalam 'trek' ini, hari-hari yang mendatang tak pernah mengecewakan kan.

Sama ada yang baik sebagai hadiah dan rahmah.
Dan yang buruk sebagai pengajaran dan batu loncatan untuk natijah yang lagi baik.

Dan sebenarnya 'trek' ini perlahan-lahan membersihkan hati kita.
Perlahan-lahan membasahkan jiwa kita.
Perlahan-lahan mengidupkan nuur Iman.

Kita yang dulu, masa mula-mula nak mula merangkak dengan kita sekarang, banyak beza kan.

Cuba ingat balik, mesti dah senyum-senyum kan.

Allah Maha Indah.

Rasa macam tak percaya yang kita dah sampai di sini.

Kalau bina rumah, tinggal nak buat deko-deko sahaja.
Sayang kan... Kalau nak berhenti dan berpatah balik.
Sayang kan... Kalau tiba-tiba nak runtuhkan rumah yang kita dah bina.
Sayang kan... Kalau nak koyakkan lukisan yang kita dah lukis.

So, what to do?

Biasalah, kadang-kadang rasa nak berhenti 'refill' minyak, 'Latte' secawan dua.
Tapi, jangan lama-lama... =)
(sebab kita pun tak tahu banyak mana masa yang kita ada kan...)






Dah?
Ok, jom kita jalan sama-sama.
Kalau saya 'penat', awak tolong 'refill' kan minyak saya
Kalau awak 'penat', saya belikan 'latte' ye..

Saya tak kisah untuk tunggu awak.

Saya tahu...
Awak sayang saya lebih dari awak sayang diri awak.
Saya pun nak sayang awak lebih dari saya sayang diri saya.

That's what sisters do.
That's Ukhuwwah.


iman.






#4 Janji manismu

Wednesday, May 25
Salam alaik.

Wow. Dua post in a row? WOW. =)

Hati yang diselaputi jahiliyyah akhirnya akan hanyut. Jauh. Sangat jauh.
Hati yang dikawal nafsu juga akan turut diheret dah diseret.
Hati yang termakan dengan dunia akan sentiasa mabuk dengan wahan.

Apabila yang lain semakin kehadapan, mengapa memilih untuk berhenti dan statik?
Sudah berada sejauh ini satu rahmat. Mengapa sayang, runtuhkan dinding usaha kerasmu selama ini.

Mana janjimu untuk menjadi Khadijah, Aisyah dan Rumaisa?
Mana janjimu untuk melahirkan Umar, Tariq dan Khaled?
Dimana kau campakkan janji-janji manismu?

Kau sangat tahu tentang fitrah jalan ini. Mengapa tidak mahu berlari. Semputkah kau? Sakitkah kau?
Bukan Dia kah ubatnya? Adakah kau lupa untuk mengambilnya?
Lupakah kau yang tiada had dos?

Mengapa sayang.
Mengapa kau berhenti.
Mengapa kau menjadi pemerhati.
Mengapa sayang.

Lupakah kau yang beza antara makhluk adalah taqwa.
Mengapa kau menjadi lambat-lambat untuk mengejar taqwa sedangkan yang lain sibuk berebut.

Sayang oh sayang.
Bangun dan sedarlah.
Dia Maha Pemilik Hati.

Mohonlah dia bersihkan dirimu dari semua yang tidak baik itu.
Pintalah hati yang baru.

Jalan ini tidak akan sunyi tanpamu.
Kau yang akan berada dalam gelap tanpa jalan ini.
Kau tahu itu bukan.

Lekas-lekas bangkit dan pecut.
Belum terlambat lagi.

Ah! Tidak perlu berteman-teman.
Tidak perlu bersenang-senang.
Jangan beralasan sayang.

Manusia yang paling disayangi Tuhan pun bersusah payah.
Dan kau, yang bernoda mahu memecut bersama kesenangan dunia.

Muhasabah sayang.
Ada sesuatu yang perlu kau betulkan.
Ada sesuatu yang bocor.
Itu sebab kau terhenti.
Cari punca bocor itu dan tampal segera.
Tambah amalan-amalan sunat mu.
Moga kau semakin rapat dengan Rabb.
Moga Dia mudahkan jalanmu.
Agar Dia pimpin tanganmu.
Supaya kau bisa memecut dan kembai ke saff hadapan.

Kau tidak punyai banyak masa sayang.
Cepat!
Izrail tentu sekali tidak akan sesekali menunggumu.
Israfil juga begitu...


iman.





#3 Siapa no.1 di hati?

Salam alaik,

Kadang-kadang, ada benda yang sangat sangat kita nak...
Tapi tak dapat.
Belum dapat, atau Allah nak bagi yang lagi best.
Atau, sebenarnya, kita dengan tidak sengaja telah meletakkan dunia lebih atas dari segala-galanya.

Bila hati rasa tak nak lepas dengan benda yang best tu, tandanya Allah tengah uji.
Kita sayangkan dunia dan isinya lebih ke atau sayang dan cinta Allah dan Rasulullah lebih. =)

Tricky, sweet and beautiful. =)

Allah nak uji kita, kita sayang siapa lebih.
Isnt it sweeeettt??
Mestilah sayang Allah lebih dari segala-galanya kan...

Sebab..
Kalau kita cintakan dunia dan isinya, maka kita hanya akan dapat dunia dan isinya.
Not to forget segala kusut-sesak-tak tenang yang ada di dalamnya.

Tapi, cinta dan sayang Allah membawa kita kepada dunya wa akhirah.
Ade add-on sakinatul qalb lagi... Lepas tu Allah akan mudahkan jalan untuk yang lain. Allah akan beri lebih dari yang kita sangka. Kalau tak pun, apa yang kita dah ada tu pun lebih dari cukup kan. Nikmat hidup, makan, tidur dan lain-lain.

Jadi, kenapa kita nak susahkan diri kita dengan dunia yang mengancam sangat ni?
Kenapa kita tak kejar cinta Allah untuk dapatkan cinta yang lain?

Dunia kan sementara.
Makanan yang kita makan pun akan dikumuhkan.
Bunga, lama-lama akan layu.
Beg pun makin lama ada design baru.
Apatah lagi manusia yang hatinya berbolak-balik.
(jangan lupa Allah pemilik hati)

Why oh why dear. Kenapa lupa semua ni.. =)

Allah kan pemilik segalanya. Pemilik segala apa yang ada di langit dan di bumi dan segala yang ada di antaranya...

Benda yang best yang kita nak tu pun milik Allah. =)

Kalau kita banyak buat amalan yang Allah sukai, Allah pun suka untuk tunaikan permintaan kita, dan beri apa yang terbaik untuk kita kan...

Dari Allah kita semua datang, dan kepada Allah kita akan kembali.

Semoga Allah beri yang terbaik untuk kita semua.
Syaratnya, letak Allah no. 1 di hati.

iman.

ps: abaikan susunan ayat yang kurang best. sorry. =)
ps: dah nak habis dah 4th year. Rabbana yussahilni.
ps: terbaca post dulu-dulu sampai rasa nak tutup muka dengan buku dan lari jauh-jauh. Allah pemilik hati. Thabbit qulubana ala deenik wa ala thoatik, wa ala jihadi fi sabilik...


#2: Semanis-manis Ukhuwwah.

Saturday, May 14
Salam alaik.

'Kita tak pernah ada gambar sama-sama'.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada diri ini untuk mengenal erti ukhuwwah lillah wa fillah.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada diri ini untuk sentiasa menapak kehadapan.

Terima kasih kerana sudi bersama-sama seorang yang mempunyai banyak kekurangan dan bersama-sama melangkah.


Sungguh, Allah telah memberi kuakatan kepada diri untuk memulakan rentak. Berbekalkan 'goodies bags', perlahan-lahan mendekati. Dengan kudrat sedia ada, dicuba untuk memberi sebanyak mungkin. Baginya, biarlah semuanya lahir dari hati. Titik perubahan itu mestilah datang dari hati yang rela dan redha.

Tarbiyyah itu dari hati. Bukan membuta tuli.

ps: kadang-kadang ada benda yang sangat ingin dilafazkan, dinyatakan dan dizahirkan tapi tak mampu.

iman.



#1

Wednesday, May 4
Salam alaik.

Allah itu tersangat sweeeeet. Allah itu tersangat indah. Maha Besar Allah. Allahuakbar.

Jari-jari semakin kekok menekan keyboard. Susunan kata-kata tidak lagi seindah dulu.
AllahuAllah.


Stesen pembaikan kali ini terlalu banyak mengajar. Allah mahu hati dijaga. Allah mahu dunia itu letaknya di tangan. Bukan di hati. Allah mahu ajar bahawa kejarlah dunia sejauh yang kamu suka, namun ketenangan hati yang abadi adalah milik Allah. Rehat yang pasti adalah di SANA.

Pusing kanan. Pusing kiri. Semua bagaikan tidak kena.
Makan? Sudah.
Mandi? Pun sudah.



Apa yang tidak cukup lagi?

AllahuAllah.

'Sesungguhnya dengan mengingati Allah, pasti hati akan menjadi tenang'

Apabila semua yang kita lakukan keranaNYA. Ikhlas keranaNYA. Semuanya akan terasa betul. Seperti meletakkan kepingan jigsaw puzzle yang terakhir. Sebuah gambar yang sangat cantik terbentuk.









Perkara yang mustahil dan susah dilakukan dengan mudah dan senang hati. Tiada penyesalan. Tidak rungutan. Yang ada, hanya lafaz tahmid puji-pujian kepada Allah yang telah memberi peluang supaya mata memandang dengan satu kacamata sahaja. Kacamata Iman dan Islam.

Manusia itu bersikap lemah sebenarnya. Mancari-cari arah tuju dalam hidup. Maka, dicapainya apa-apa yang ada dihadapannya.

Jika yang menghulur itu Taghut, maka, arah tujunya menuju kesesatan.
Jika yang menghulur itu Islam dan yang menyul
uh itu Iman, Hamdallah. You are one step closer to Jannah. InsyaAllah.

Ketenangan hati yang diberi oleh Allah secara percuma ini ada harganya. Ada bayarannya.

'Man qala lailahaillAllah fahua daie'

Mengajak manusia kepada Islam dan menjauhi Taghut dan Jahiliyyah.
Mendidik manusia agar Islam itu subur di segenap lubuk hati.
Supaya manusia memegang Islam secara 'kaffah', bukan separuh-separuh.

Bukan dengan berhijab tapi berakhlak tidak sopan.
Bukan menunaikan solat lima waktu tetapi mengamalkan riba
Bukan berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak menjaga pandangan dan hati.


Islam itu menyeluruh. Bukan separuh atau suku ataupun tiga per empat.

Tepuk dada, tanya iman, sejauh mana
Islam bertapak di hati.

Dan kita akan kembali kepada hak-hak syahadah. Sejauh mana kita laksanakannya.

AllahuAllah.

Pengajaran yang amat bermakna.

Moga hari esok lebih baik.










iman dashuki,
lazoughly.

Open Thread: Sekali lagi.

Salam alaik.


Inilah jalan menuju bahagia.

Menuju redha ilahi.


Stesen pembaikan yang tidak pernah jemu sentiasa menyapa, memberi ruang agar diri sentiasa 'full-charged' dan laju.


Pintu-pintu taubat masih lagi terbuka luas. Allah tidak pernah jemu memaafkan.

Cuma kita yang selalu lambat-lambat sehingga terlupa untuk memohon kepadaNYA.

Kali ini, terlalu lama saya bersantai di stesen pembaikan ini.


Haruslah saya 'kembali' . Jalan di hadapan yang tidak lagi diketahui liku-liku dan durinya sudahpun menanti.


Hati harus tabah. Iman harus kuat.


Sudah terlalu banyak rehat. rehat yang membunuh.

Cukup!


Laksanakan tanggungjawabmu.


Jom.


Asifah Ya Masr.

Sunday, February 20
Salam alaik.

Asifah Ya Masr.

Belum cukup lagi. 3 tahun setengah di sana belum cukup untuk aku berasa bangga.
Belum lagi.

Masr dan isinya belum lagi aku gunakan sebaik mungkin.

Asifah Ya Masr.


Winter break terhebat Pt. 2

Thursday, February 10
Salam alaik.

Malam tadi kami seakan-akan di malam raya. Tidur bertemankan bunyi meriam buluh. Bukan meriam buluh. Bunyi tembakan yang bertalu-talu. Terlena kami dek kepenatan mengharungi hari yang penuh cemas.

Kami mengharapkan keadaan kembali seperti biasa keesokkan harinya. Seperti hari-hari lain. Ceria dan gembira di bumi barakah.

Terputus hubungan dunia luar sangat mencemaskan. Mujur di rumah ada televisyen. Walaupun bukan jenis parabola, ( seperti Astro di Malaysia), siaran berita tempatan sudah mencukupi. Kami tahu berita yang disiarkan semuanya pro-kerajaan, namun, itu sajalah sumber maklumat kami sekarang, dan juga telefon landline.

Sepanjang malam, televisyen dibiarkan terbuka. Biar rumah seakan riuh rendah untuk menenggelamkan perasaan yang gundah gulana.

29.1.2011

Bunyi tembakan masih didengari selepas subuh.

Tamat sahaja tempoh berkurung, lebih kurang jam 9 pagi, keadaan di bawah rumah cuba untuk kembali normal. Kedai-kedai mula beroperasi namun, semua dalam keadaan berjaga-jaga. Hari ini perintah berkurung juga akan berjalan. 4 petang hingga 8 pagi.

Dalam jam 9:30 pagi, kami memberanikan diri untuk turun ke kedai. Membeli bekalan makanan, selepas memastikan keadaan di bawah rumah SELAMAT.

Ketika membeli beras di 'attarah, ammu di kedai tersebut mengatakan sesuatu berlaku di KZ (supermarket berdekatan dengan rumah), jangan kesana, pesannnya. Dia juga memberitahu keadaan pada hari ini akan bertambah baik daripada semalam.

( Rupa-rupanya KZ telah dirompak akibat dek kekacauan yang berlaku. Sebab itu ammu tersebut melarang kami kesana. Polis masih membuat siasatan)

Dia juga memberitahu kami bahawa line telefon sudahpun beroperasi seperti biasa. Peluang yang ada, terus kami gunakan untuk menelefon rakan-rakan. Khidmat SMS masih belum dipulihkan.

Walaupun talian telefon telah pun kembali, kami perlu mencuba beberapa kali untuk menelefon seseorang sebelum talian dapat disambungkan.

Hati tertambah cemas kerana adik di Alexandria tetap tidak dapat dihubungi. Selamatkah dia?

Kami hanya berhibernasi di dalam rumah sambil mengupdate keadaan semasa melalui telefon dah televisyen.

Puas saya cuba menghubungi adik dan meminta kawan-kawan di Alex membantu saya.
(Sorry man, popular awak sekejap di Alex :D Jangan mareee)

Media mengatakan keadaan sekarang sudah tidak terkawal akibat banduan-banduan yang terlepas. Terlalu banyak kes kecurian, dan abusement serta vandalism. Hati kembali berdebar.
Perintah berkurung pun bermula. Jalan di bawah rumah terus menjadi lengang. Apabila malam menjelma, Khayrat Street bukan lagi Khayrat Street yang dahulu. Gelap gelita. Sunyi sepi.

Kelihatan orang ramai masing-masing memegang kayu, parang dan pisau besar. Berlegar-legar di bawah. Masih tidak faham apa yang berlaku.

Rupa-rupanya rukun tetangga telah ditubuhkan bagi menjaga keselamatan masyarakat setempat. Polis tidak kelihatan di mana-mana. Hanya orang awam menjaga keselamatan. Semua orang tidak mengenal siapa berusaha untuk memelihara keamanaan di Lazoughly. Tidak kira usia dan status. Mereka anak-anak Nil yang berjiwa besar. Mereka jiwa-jiwa tinggalan para anbiya dan ulama. Mereka Masriyyin.

Kata orang, balai polis di Sayeeda Zeinab rentung.
Televisyen melaporkan kejadian mencuri menjadi-jadi di sesetangah kawasan.
Khabar angin melaporkan lebih 2000 banduan terlepas.
Bekalan air dan elektrik akan diputuskan dalam masa sejam.

Kami menjadi kalut. Segera menelefon Ummu Ehab, kakak kepada tuan rumah dan bertanyakan tentang keadaan semasa. Dia memberitahu bahawa keadaan selamat kerana pengjaga bangunan kami, Ammu Harbi berjaga dibawah. Tidak perlu bimbang. Jika terjadi apa-apa, kami diminta segera menelefonnya, dan dia akan menghantar anak lelakinya, Aiman untuk memantau.

Tidak lama kemudian, tuan rumah, Mr. Ahmad menelefon. Angkat saja telefon, dia terus bertanya: 'What are you afraid of?'

Kami juga menelefon junior-junior yang tinggal berdekatan untuk pindah masuk kerumah kami esok. Setelah dipersetujui, 6 orang junior akan berpindah masuk ke rumah kami keesokkan harinya selepas tamat perintah berkurung.

Di Saad Zaghloul, terdapat 5 buah rumah pelajar Melayu, kuliah perubatan Cairo University.
3 di Khayrat Street, 1 berdekatan stesen Metro Saad Zaghloul, dan 1 lagi berdekatan dengan Kasr El-Ainy Street, tidak sampai 2 kilometer/ 1 kilometer dari Medan Tahrir. Nama glamour kami, Budak Saad. :D


Malam itu kami dinasihatkan untuk membuat hirasah. Tidur berganti-ganti.

Turn saya dan seorang sahabat bermula pada jam 1 pagi. Tukul dan pisau di tangan. Sofa dikongsi dua orang. Televisyen dibuka agar kesunyian malam tidak terasa.

Lucu sungguh apabila tidur bersama tukul. Hehe.
Bunyi angin lalu saja cukup untuk membangunkan dan mencemaskan kami....
Sungguh, tidur memang tidak lena pada malam itu. Macam-macam rumours yang kami dengar.
Allah sebaik-baik tempat bergantung harap.

Sepanjang malam, keadaan masih lagi riuh rendah. Sekejap-sekejap kami mengintai dari tingkap. Kadang-kadang kelihatan para pemuda yang berjaga berlari-lari seakan mengejar sesuatu ke arah masjid Sayeda Zeinab, Sekejap-sekejap ke arah Tahrir.

Kepulan asap juga kelihatan di celah-celah bangunan di sebelah kiri. Kami kira ada kebakaran berlaku di sana kerana di sana terletakknya deretan bangunan kerajaan. Mungkin menjadi sasaran perusuh ataupun 'looters'.

Sungguh kami tidak tahu apa yang berlaku. Allahu'alam.

Satu lagi peristiwa lucu, kami tertidur semasa ber'hirasah', di sofa dan dihadapan televisyen yang terbuka. Bangun-bangun saja, dokumentari tentang sejarah King Tut disiarkan. Terkejut juga dibuatnya. Mumia, firaun, etc. Hehehe. Lebih kurang jam 3 pagi. :)

30.1.2011

Keesokkan harinya kami seperti zombi. Tidak cukup tidur dan dalam keadaan berjaga-jaga.
Kami mesti juga turun ke bawah rumah untuk membeli lagi beberapa barang keperluan rumah dan menjemput adik-adik yang mahu pindah masuk ke dalam rumah kami.

Lebih kurang jam 11 pagi, kami sekali lagi turun ke bawah selepas memastikan keadaan SELAMAT dan pergi membeli beberapa barang keperluan dan menjemput adik-adik.

Selepas semuanya selamat naik keatas, lebih kurang jam 1 tengah hari kami mendapat panggilan telefon yang meminta kami untuk berpindah ke Mounira.

Pada awalnya kami memang menolak ajakan itu mentah-mentah dan merasakan kami selamat di rumah sendiri. Ajakan demi ajakan, akhirnya kami bersetuju untuk berpindah ke Mounira pada jam 2 petang dan perintah berkurung akan bermula pada jam 4 petang.

Tergopoh-gopoh kami mengemas rumah kerana takut-takut kami tidak akan pulang kembali. Hanya Allah saja yang tahu apa yang akan berlaku. Hanya barang-barang penting sahaja yang kami kemas. Makanan pun hanya ambil apa yang sempat di capai walapun stok makanan kami banyak.

Baju-baju masih di ampaian. Peti ais masih lagi separa penuh. Mesin basuh masih lagi digunakan. Musyrif (peneman) dijangka akan menjemput kami pada jam 3 suku petang dan akan membawa kami ke rumah yang telah ditetapkan di Mounira.

Pada masa ini, hati yang terikat dengan dunia benar-benar diuji. Memang kami telah menyediakan satu beg kecemasan jika apa-apa terjadi namum hati masih lagi ingin memilih-memilih apakah barang yang ingin dibawa.

Jika difikirkan kembali, kami malu dengan para sahabat yang melepaskan dunia dan isinya ketika berhijrah. Harta, kekayaan, dan keluarga demi untuk Islam. Biar sehelai sepinggang.

Semua benda dirasakan penting namun keputusan perlu diambil. Tidak saya pandang beg yang baru dibeli. Belum sempat untuk dirasmikan. Buku-buku Medic dan buku tarbiyyah ditinggalkan begitu saja. Baju-baju dan barang-barang lain.

Biarlah dunia itu letaknya ditangan, bukan di hati.

Saya tahu, saya bukanlah pencerita terbaik. Saya juga terlalu banyak kekurangan dalam menghadapi medan praktikal ini. Namun apa yang saya mampu sampaikan adalah pengajaran buat semua. Jadi peringatan untuk masa depan.

Syukur, Allah masih lagi memberi peluang kepada saya untuk membaiki diri. Barulah saya tahu, saya ada kekurangan di situ. Barulah saya perasan apa yang perlu saya baiki.

Maaf saya dahulukan buat semua yang terlibat secara lansung ataupun tidak. InsyaAllah, saya akan cuba membaiki lagi diri. Doakan saya dan maafkan segala silap dan salah sepanjang tempoh 'praktikal' ini.

Moga anda semua memperoleh kebaikan. Jika tidak banyak. Sedikit pun jadilah.
Allahualam.

iman dashuki,
taman keramat.

ps: Kami memang di red zone, namum Alhamdulillah, sepanjang kami di rumah dari awal rusuhan dan hingga dipindahkan, keadaan masih selamat kerana kami berkurung di dalam rumah. Bekalan makanan mencukupi.

Rumah tingkat 8, lif tidak berfungsi dan mempunyai satu saja pintu masuk memang membuat kami yakin untuk tinggal di rumah. Tambahan Ammu Harbi bersengkang mata dengan anak-anaknya serta penghuni imarah untuk membuat hirasah.

Harap tiada sesiapa yang salah faham tentang keadaan kami di Mesir. Saya hanya ingin berkongsi bukan menimbulkan kontroversi..

Harap maklum. Allahualam.

Winter break terhebat Pt. 1

Salam alaik,

Hamdallah, ketika saya menulis post ini, saya sudah pun selamat diterbangkan ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA pada jam 8:58 pagi semalam menerusi penerbangan MH8031, MAS Airlines. Hamdallah.

Saya rasa pengalaman saya tidaklah sehebat mana. Saya jugak tidaklah hebat dalam menghadapi keadaan-keadaan genting dalam 10 hari yang lepas. Masih banyak yang perlu saya baiki. Terutama hati.

Semuanya bermula pada 25.1.2011.

Sambutan Hari Polis merupakan titik mula segalanya. Cuti umum yang kami nikmati rupa-rupanya satu permulaan cuti panjang yang kami sendiri tidak tahu bila akan berakhir.

Rakan serumah yang pergi ke masjid untuk mengulangkaji yang terletak berhampiran Universiti hairan kerana jalan Kasr Al-Ainy lengang dan terlalu banyak polis berkawal. Kebiasaannya jalan akan dikosongkan jika ada orang-orang besar ingin menggunakannya..

Kebiasaannya begitu.... Hari itu, kehidupan seharian kami MASIH berjalan seperti biasa...

Kami tidak tahu, rusuhan kecil telah pun bermula di kawasan sekitar.

26.1.2011

Kami mengambil keputusan untuk tidak hadir ke kuliah berikutan keadaan di Tahrir yang agak membimbangkan apabila mendapat panggilan telefon daripada senior yang mengatakan kemungkinan akan berlaku rusuhan. Kami berlima tinggal 5 minit dari Medan Tahrir, masih berada dalam linkungan Sayeeda Zeinab, dan juga berada dalam lingkungan Lazoughly. Sementara rakan-rakan lain menghadirkan diri ke kelas terakhir sebelum winter break, kami hanya berhibernasi di rumah. Takut apa-apa terjadi kerana kedudukan rumah yang sangat dekat dengan tahrir.

27.1.2011

Winter break bagi pelajar tahun 4, kuliah perubatan Cairo University bermula. Rakan serumah sudah pun pulang ke Malaysia. Kehidupan harian masih lagi normal. Masih lagi boleh keluar rumah untuk membeli barang. Bahang revolusi belum terasa.

Ada juga sok-sek yang mengatakan rusuhan kecil-kecilan telah pun bermula di sesetengah kawasan hot-spot seperti di Suez dan lain-lain tempat.

Masih blur dengan keadaan yang berlaku. Kehidupan seharian masih berjalan dengan normal namun keadaan sekeliling mulai tidak terkawal. Rusuhan kecil berlaku di Metro Station, di Tahrir, dan lain-lain tempat. Suez sudah diberi perintah berkurung. Esok dijangka rusuhan besar-besaran.

Rakyat mulai bersuara. Cukup sudah 30 tahun. Mereka tidak mahu lagi.

- Twitter di block

- Facebook mula di block pada malam 27hb

28.1.2011

Kami menyedari line internet diputuskan selepas subuh. Hati mulai cemas. Mujur talian telefon masih berfungsi.

Menjelang tengahhari, perkhidmatan sms disekat. Peluang yang ada digunakan untuk menelefon keluarga dan memberitahu bahawa keadaan mungkin akan bertambah teruk. Talian telefon diputuskan selepas solat jumaat. Hanya landline saja yang berfungsi. Pada ketika ini, ada beberapa sahabat yang datang menziarah sejak dua hari lepas, memutuskan untuk pulang ke rumah berikutan tidak membawa passport bersama-sama jika terjadi apa-apa. Rakan-rakan serumah belum pulang dari urusan masing-masing. Hati semakin berdebar. Takut-takut mereka tersekat di bawah.

Jalan dibawah rumah mulai lengang. Tidak seperti biasa. Jiran bangunan hadapan turut bedebar menanti. Masing-masing menjenguk-jenguk melalui balkoni dan tingkap.

Menjelang 2 petang, keadaan masih lagi seperti biasa.

Dalam jam 3 petang, bunyi bising mula menjengah. Banjiran orang ramai yang bergerak dari Tahrir sudah pun sampai ke jalan di bawah rumah. Polis sudah pun bersedia. Berdiri tegak dan lengkap bersenjata.

Orang ramai berlalu pergi menuju ke Sayeeda Zeinab.

Terlalu penat menanti action yang seterusnya, kami terlelap.

Lebih kurang jam 4 petang, bunyi bising sekali lagi menjengah. Kali ini bunyi lebih mendebarkan dan mencemaskan.

Orang ramai mula bertindak. Polis juga. Gas pemedih mata dan tembakan di lepaskan. Printah berkurung berjalan serta merta.

Walaupun di tingkat 8, kesan gas pemedih mata amat TERASA. 4-5 kali kami merasai efek gas pemedih mata.

Tekak, mata dan hidung berair, pedih. Kulit muka terasa seperti di simbah asid. Makin dibasuh dengan air, makin pedih.

Keadaan di luar suram. Kelihatan kepulan asap mulai memenuhi ruangan angkasa. Tidak pasti dari mana.

Kami terputus dengan dunia luar. Lokasi rumah yang agak jauh dengan pelajar melayu lain membuatkan kami tertanya-tanya nasib rakan-rakan. Apa arahan yang telah dikeluarkan? Selamatkah mereka?

Telefon landline di rumah tidak dapat digunakan kerana kami tidak mempunyai no landline rakan-rakan yang lain. Puas kami cuba menghubungi Malaysia dan Embassy, namun tidak berjaya.

Tiba-tiba telefon berbunyi, Alhamdulillah, rakan serumah yang pulang ke Malaysia mengubungi kami menggunakan Smart Voip sebaik saja mengetahui keadaan di Mesir yang tidak terkawal.

Alhamdulillah, dia membantu kami untuk menghubungi keluarga kami.

Kami lega dapat menyampaikan berita bahawa kami semua selamat kepada keluarga masing-masing.

Dari jam 4 petang hingga 7 pagi keesokkan harinya, kami hanya mempu melihat dari atas. Rakyat menyerang dan polis bertahan dan bertindak melepaskan gas pemedih mata dan tembakan dan juga bom untuk meleraikan orang yang merusuh.

Apa yang menarik di sini, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh, namun angin bergerak ke arah mereka dan gas pemedih mata kembali ke arah mereka.

Kami juga cemas apabila para syabab mulai naik ke sutuh (bumbung bangunan) dan melepaskan botol-botol kaca yang berisi minyak tanah yang dibakar kebawah. Polis mulai menembak secara random ke atas. Kami berhenti mengintai dari tingkap. Lampu dipadamkan.

Bunyi tembakan dan bunyi sorakan makin kami dengari.

Polis seakan gian menembak walaupun arahan dari ketua mereka untuk berundur.

'' 'Irgak! 'Irgak! " Polis bersenjata seakan tidak menghiraukan arahan ketua dan menembak bertubi-tubi.

Rakyat tidak bersenjata. Hanya botol-botol kaca, batu jalanan. Mereka mahukan perubahan. Anak-anak muda tidak mahu generasi akan datang hidup seperti mereka.

Tidak terdetik untuk mengalirkan air mata kerana melihat semangat anak-anak muda yang berkobar-kobar untuk mengubah Mesir. Kami hanya mampu bersorak dari atas. Allahuakbar. Allahuakbar.

Lucu juga apabila makcik-makcik yang mengintai dari tingkap masing-masing membantu dengan menuang minyak (saya kira) dari atas. Apabila tembakan dilepaskan, semuanya berlari-lari masuk kedalam rumah. Kami juga tidak terkecuali.

Kami juga sempat melihat seorang anak muda ditembak dan jatuh, hanya Allah saja yang tahu keadaan sebenar pemuda itu.

Malam itu, kami tahu, hari-hari mendatang tidak akan seperti biasa. Satu revolusi dan perjuangan ke arah perubahan bakal bermula.

Sejarah ini WAJIB kami saksi.

Sejarah bakal terukir dah kami bangga berada di dalamnya.

Nantikan sambungannya..

iman dashuki,

taman keramat.

ps: maaf jika penulisan kelam kabut. saya mahu memadatkan segala fakta yang ada. maaf.


End of round two.

Tuesday, January 4
Salam Alaik,

Praise to be Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Hamdallah, finally Ophthalmology comes to its end.

Today will be the last lecture of Ophthalmology and next monday, end round exam will be held.





I gained a LOT. A LOT.

Experiences that never can be bought anywhere. PRICELESS.

Ophthal taught me how to be a DOCTOR. True doctor. With its cool doctors, I am blessed.

Still, being a ophthalmologist is a NO for me. For now. Hehe.





Cool Dr Mohamad Geneina, awesome 'MorningBreakfast', eye surgeries, unforgettable-night-ward-round, great outpatients clinic, etc.

The most memorable thing in Ophthal is..... Amal and Ein would know it. Hehe.

So, all the best in the exam. May Allah be with us.



Till we meet again in ENT.


Ophthalmology.
Department 12.
Dr Sherif Shata.

21/11/2010-10/1/2011