Open thread #6

Wednesday, January 27
Salam alaik.

Kadang-kadang kan bila kita semua dah pantas ke hadapan, kita lupa untuk menoleh ke belakang.
Seolah-olah kehidupan yang lalu telah dipadamkan dari kotak memori.

Kadang-kadang kan (mungkin selalu) bila kita menghayun langkah ke hadapan dengan laju, kita mula berasa selesa. Kita mula mengangkat diri ke satu level yang kita sendiri cipta. Kita lupa siapa kepada siapa berhak dipulangkan rasa syukur. Kita lupa sekali lagi untuk menoleh. Kita lupa.

Kadang-kadang kan, bila kita dah jadi baik(baik itu ikut kamus masing-masing), kita lupa perihal diri yang dulu.. Kita rasa kita tak sebaris dengan yang lain. Kita mula memandang 'sengkek' terhadap orang lain. Kita lupa sekali lagi untuk menoleh.

Dalam perjalanan yang penuh duri dan pelbagai tingkat, muhasabah dan menoleh ke belakang itu perlu. Sangat PERLU, sebab kita tidak tahu bila Allah mahu menguji kita. Bila Allah mahu mencampakkan kita dalam golongan yang kufur nikmat.

Kita juga tidak tahu, di manakah tingkat kita di sisi Allah. Kita juga tidak tahu di manakah tingkat mereka yang belakang kita di sisi Allah.

Allah pemilik segala pengetahuan.

Kita semua sama. Sama.
Menolehlah ke belakang sementara boleh.
Sementara nyawa masih di badan.
Sementara sangkakala tidak berbunyi.

Ujian itu tiba bila-bila masa.
Kepada sesiapa.
Semua itu kita tahu.
Jadi mengapa tidak mahu menoleh dan muhasabah.
Mengapa kita terasa hebat?

Bukankah HEBAT itu milik Allah.
DIA berhak beri hebat kepada sesiapa.
Satu fakta.
Kita sering lupa.

Memang manusia itu selalu lupa.
Tapi, mari berusaha untuk lupa itu tidak sinonim dengan manusia.
Ayuh!

iman
lazoughly.

ps: i am 7 days away from home. yippey!

6 comments:

[MH] said...

nak ikut balik boleh? sumbat dlm beg pon boleh la

Rahman D said...

balik bertunang boleh la abah support!!!

nuruliman said...

cet sungguh tida bersopan kamu. mau bikin melodi panas, bukan sini tempatnye...

sile lah jangan percaya.
man, xjadi ar bawak sos...kicap pon xyah ar mcm ni...

Rahman D said...

hahha..tak kisah lah sos atau kicap..simpanan ada lagi..tp sanggupku ganti dgn segendong guitar gabus ku...blh kan ustazah rock?? hahahhaha

Khalilah Alhuda said...

'muhasabah dan menoleh ke belakang itu PERLU'
suka la k.iman post ni..

erk, k.iman nak bertunag ke?? haha

nuruliman said...

sile la jgn percaya...
semua itu spekulasi murahan...