Allah.Allah.

Saturday, January 9
Assalamualaikum,

Eh, pernah tak saya ceritakan, saya semakin menemui jawapan kepada soalan-soalan yang saya lontarkan kepada diri sebelum ke mari?

Saya amat bersyukur. Amat bersyukur. Hamdallah, kerana saya dipilih untuk berada di jalan ini. Mungkin saya sudah lama berada di jalan ini. (Maybe dari dalam perut lagi) Namun, iman itu sendiri tidak diwarisi. Saya seringkali lari-lari dari jalan dakwah. Selalu ponteng usrah. Tidak suka pergi ke program jamai. Tidak suka untuk amar ma'ruf nahi munkar.

Saya selalu berlari-lari di dalam lingkungan 'jalan dakwah' TETAPI saya tidak pernah meninggalkannya, kerana saya tahu, saya banyak dosa. Saya perlu meneutralkan dosa saya. Biarlah hati saya tidak terbuka. Namun saya perlu cuba. Allah yang memegang hati ini. Siapa tahu bila hati ini mahu terbuka dan melihat dunia dengan kaca mata seorang muslim.

Hamdallah. Hati saya sudah sedikit demi sedikit terbuka di sini. Saya diberi peluang untuk melihat dan menilai semua yang disekeliling dengan kaca mata seorang muslim.

Saya menjadi sedih kerana terlalu banyak masa yang telah dibazirkan. Terlalu banyak perkara yang saya tertinggal. Mengapa tidak di Al-Amin, hati ini terbuka? Benarlah, hidayah dan nur itu milik Allah. Tiada siapa yang berhak untuk menentukan atau memilih masa/persekitaran yang sesuai untuk berubah.

Manusia ini memang fitrahnya ingin perubahan. Inginkan yang baik-baik saja. Tidak ada seorang pun yang inginkan yang buruk. Saya, kadang-kadang sedih dengan diri sendiri. Terlalu banyak dosa dan masa yang telah disalahgunakan. Boleh tak saya nak hati yang baru?

Memang saya tidak nafikan, sangat susah untuk mengatakan tidak kepada jahiliyyah. Saya sendiri masih lagi 'lari-lari' dalam meninggalkan sepenuhnya jahiliyyah. T_T.
Saya akan cuba. Saya akan cuba. Sampai boleh. Bantu saya ok?

Saya boleh katakan, saya bukan saya yang dulu. Saya sudah berbeza. Kalau boleh, biarlah yang dulu jadi pengajaran dan sempadan kepada saya yang sekarang. Saya mahu berubah. Bantu saya ok.

Umi selalu berpesan,

Pergilah kemana-mana pun tapi tarbiyyah jangan ditinggalkan. Jangan sesekali lari dari dakwah.

Saya sendiri telah mengetahui sendiri kepentingan dan kebenaran kata-kata umi.
Ujian dan dugaan itu menjadikan/membuktikan jalan ini adalah jalan yang betul. Sebagai manusia biasa, terhenti di tengah jalan/termengah-mengah di tengah jalan adalah perkara biasa-satu turning point untuk kita muhasabah dan hitung balik diri ini. Kita tidak semestinya sentiasa betul dan tidak semestinya kita juga bersalah. Paling penting kita bersama-sama ambil peluang, duduk berbincang dan muhasabah. Ambil yang baik-baik dan buang yang buruk-buruk.

Bila adanya pertukaran pendapat dan bertukar teguran, barulah minda kita akan terbuka. Hati kita akan lebih lapang dan kerja dakwah sendiri akan lebih senang dan berjalan lancar.

Saya tahu, saya ini bukan siapa-siapa. Tapi selagi saya mampu. Saya ingin meneutralkan balik diri saya ini walaupun bekas-bekasnya/parutnya akan tetap kelihatan. Selagi saya mampu. Saya akan terus berusaha sehingga akhirnya, tanggugjawab yang telah digalaskan di bahu saya telah saya laksanakan dengan sebetulnya.

Saya ini orangnya baru bertatih. Masih serba serbi kurang. Amat berbesar hati ini jikalau anda mengambil pengajaran dan jadikan perjalanan hidup saya sebagai sempadan. Sesungguhnya, pengalaman lebih berharga daripada fakta yang bertimbun-timbun

Kamu-kamu semua, sila bantu saya. Supaya saya boleh jadi kuat dan saya pula yang akan menghulurkan tangan jika kamu dalam kesusahan. InsyaAllah. Paling penting, kita sama-sama berusaha dan itulah yang dinilai di sisi Allah.

Saya mahu menjadi hebat sehebat nama saya. Doakan ya!

iman dashuki,
lazoughly.

Umi sayang, selamat ulang tahun ke-44!
Nanti akak balik, kite celebrate birthday kita sama-sama ok.
(jangan buat-buat lupa 5 feb ok kawan2)

ps: im going back on 3rd feb(ye2, saya balik KL cuti ini ok). so fed-ex kan je semua hadiah2 ok.. hohoho

3 comments:

[MH] said...

iman, kita bantu sama-sama ok.

semalam fathy tido awal iman. penat (hujan lebat) semalam, smpai iman call pun tak sedar.
anyway.thank you iman dear. Sangat lega bila dh luahkan semua smlm.

p.s: ala, hadiah tu kalau tak fed -ex pon takpeeeee....... me ada cara lain cmne nk post apa2 utk iman. hoho(pecah rahsia)

Sharifah Syahirah TSM said...

iman.
jom kite pegang tangan sama2.
bahu ke bahu.
lutut ke lutut.
hati ke hati.

bhgianye jd iman.
thn lps sambutnye di sane,
thn ni di bumi tercinta plak...

nk resepi tart =).

Anonymous said...

Nice one.Menusuk jiwa.