Aku bukan Superman

Monday, November 23
Assalamualaikum,

Aku bukan Superman,
yang mampu bertukar rupa dalam sesaat
yang mampu menjadi perantara hidayah Allah

Aku bukan Superman,
manusia kuat lagi gagah
yang cekal berjuang demi Deen

Aku bukan Superman,
manusia superhero
yang hebat menangkis duri-duri fitnah

Aku bukan Superman,
aku manusia biasa
yang tidak punya apa-apa.

yang masih membakar batu-batanya


Aku manusia biasa yang lahir dari keluarga yang sederhana.
Aku manusia biasa yang rutin hariannya berulang-ulang-sama.
Aku manusia biasa yang selalu saja ingin futur.
Aku manusia biasa yang selalu lalai.
Aku manusia biasa yang selalu terlupa.
Aku manusia biasa yang serba kekurangan.
Aku manusia biasa yang tidak hebat dalam pelajaran.
Aku manusia biasa yang seringkali lari.

Aku manusia biasa yang ingin menjadi manusia hebat.
Aku manusia biasa yang ingin menjadi Superman dalam jalan dakwah.
Aku manusia biasa yang ingin menjadi istimewa disisiNYA
Aku manusia biasa yang masih lagi belajar bagaimana hendak menjadi sehebat Sahabiah.
Aku manusia biasa yang punyai cita-cita tinggi.

Aku harap kamu semua bisa memaafkan atas kekuranganku kerana aku belum lagi menjadi seorang Superman.

Biar aku tidak punyai apa-apa/siapa-siapa, asalkan ada DIA, aku berpuas hati.
Namun aku malu dengan kamu-kamu yang hebat. Aku tidak setanding kamu semua. Aku tidak selayak kamu semua.

Maafkan aku kerana aku belum menjadi seorang Superman.

iman

6 comments:

atiqahmki said...

berjaya atau tidak menjadi superman itu, bukan jadi persoalan. Allah tgk usaha.

selamat berusehe sedaya upayanye!
iman boleh!hehe.
bittaufiq wannajah :)

[MH] said...

dun worry iman,
kitorg selalu ada utk support iman

rashid said...

aku bukan superman,
aku bukanlah bisa menjawab exam semua betul
tp aku harapkan kejayaan
huahahahahahaahahaha!
x de kena mengena

Anisah Shamilah MS said...

huhu~
man!!!
jom jadi wonderpets la!
apa yg penting, kerjasama!!!
^.^

duha said...

yeah..usaha2 :)

kita takkan jd macam superman..sebab kita takleh terbang..tapi kita jadi je macam mana rasulullah nak kita jadi..berpandukan wahyu dari AQllah taala..

manusia yg snts memperbaiki diri..and bermanfaat pada yang lain iA :)

Pendaki said...

"Maafkan aku kerana aku belum menjadi seorang Superman."

Hm, masih belum. Maknanya bakal. Ok takpa. Selagi boleh mendaki, kita sentiasa memperbaiki. Selamat menuju ke arah kesempurnaan.

Salam ziarah ;)