Assalamualaikum,
Adeh, hanya satu perkataan- 'kahwin', saya mendapat 8 komen untuk entri yang lepas (blog saya ni, 8 komen dah kire power dah tu.. -.-') Memang isu panas! Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen. Ha ha ha.
Kahwin? Saya lambat lagi agaknye.... (Nak kene berguru ngan Amad+kak Alia dulu.. Aman, tunggu turn ek..)
Abah dan umi berkahwin pada usia 21 tahun. Kak Ngah pada usia 19/20. Amad pada tahun 2 pengajian. Ha ha ha. Saya dikelilingi dengan mereka-mereka yang berkahwin pada usia yang muda.
Entahlah, biar Allah sahaja yang tentukan. Sampai masanya nanti, nak lari pun tidak boleh.
****
Saya tidak melarang sesiapa yang berkahwin pada usia yang muda. Namun, bagi saya perkahwinan itu bukanlah isu yang kecil dan remeh, namun ianya melibatkan 1001 isu yang lebih besar daripada perkahwinan itu sendiri.
Dalam daurah yang pernah saya ikuti, seorang ukhti pernah menerangkan bahawa pendidikan anak-anak bermula daripada sebelum perkahwinan lagi. Bermula daripada pendidikan akhlak dan tarbiyah ibu/ayah. Jika kita mahu anak-anak kita mempunyai peribadi yang baik, pastikan bahawa kita juga telah menerima tarbiyah yang secukupnya.
Adakah dengan menghadiri kelas-kelas agama (cth: kelas Ust. Fawwaz, Sheikh Kadir), SC pada setiap minggu sudah menjadikan kita seorang yang telah khatam pendidikan tarbiyyah? Saya rasa tidak. Pendidikan tarbiyyah yang dimaksudkan oleh ukhti tersebut lebih mendalam maksudnya. Mencakupi segala aspek dan segi. Bukan calang-calang pendidikan tarbiyyah.
Sekurang-kurangnya (kire macam threshold la..)
1.juz 30 sudah melekat didada,
2.hadith 1,2,3 juga mesyi la hendaknya (mesyi: arab ammiyah: bermakna=ok/dah terer) ,
3.doa-doa harian,
4.hukum-hakam
5.Akhlak yang mulia (skema soalan PQS 2020)
dan lain-lain.
Gulp! Bersediakah saya jika alam perkahwinan memanggil saya? .......
Pernah juga saya mendengar rakan-rakan berseloroh:
Hai... jangan berangan lah nak kahwin jika bilik pun tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Azan subuh punya lah kuat pun tak terbangun, inikan pula tangisan anak di tengah malam.
Diri sendiri tak terurus, nak urus orang lain pula
Aduh, topik kahwin usia muda+masa belajar memang topik yang hangat. Saya tidak melarang, tidak menyokong. Namun, nasihat saya kepada mereka yang ingin berumah tangga pada usia yang muda+belajar, persiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan tetapkan pendirian di atas jalan yang satu. Jangn berpaling dan maju kehadapan.
Perkahwinan adalah untuk selama-lamanya.
eymand
lazoughly
p/s: saifulislam.com juga pernah mengutarakan topik ini baru-baru ini. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
salam,
"Abah dan umi berkahwin pada usia 21 tahun. Kak Ngah pada usia 19/20. Amad pada tahun 2 pengajian. Ha ha ha. Saya dikelilingi dengan mereka-mereka yang berkahwin pada usia yang muda. "
hemmmm......
ade fakta besar yg tertinggal..
nenek belah ayah kawin pd usia 16 thn,even kebykan makc n pakc sebelah ayah kawin muda....hemmm keturunan kot ni..
ape-ape pun isu berkawin muda something yg subjektif.elok utk org ni,mungkin tak elok utk org lain,baik utk org ni mungkin tak baik utk org lain.
isunyer sekarang ni..budak2 muda alaf baru skrg tak menghayati sepenuhnyer erti dan tugas perkawinan tu sendiri.
hari ni kawin esuk cerai!!......ingat kawin macam pakai baju ke..suka pakai tak suka buang!!!dah jadi trend pulak sekarang....
hemmmm semalam ade kenalan kita kak mas(pegawai mara)..bagi warning kepada semua budak MARA..
rasanyer elok iklan kat sini:
Mara dapat kompalin ramai pelajar tajaan MARA yg fail exam..diMESIR....Mara TIDAK AKAN TERAGAK2 UTK MENARIK balik BIASISWA BAGI PELAJAR2 YG FAIL LAGI.BIASISWA AKAN DITARIK BILA2 MASA...DAN BAYARAN BALIK 100% adalah pasti...hem kak mas pesan...pls semua dak mara concentrate belajar!!!!stabil kan study dulu...berderau darah den..peluang hanya sekali!!!!
hai makman,
tak tido ka?
wahahah~
PANAS2!! :P
owhoo,baru taw enti dikelilingi org2 yg kawen awal..eceyh!
ops,kenyataan makman yg last tu macam mencuakkan lor! ;))
eyman,take care okayy (lg2 nk g dublin plak..haha=P )
salam,
hai kak syaz pun blum tido lagi....malam2 kat msia ni memang panas---heheheh
k syazy..jom ahh ikut g dublin...hahah alah..gathering d oversealah kata kan.
makman tak leh nak pegi sebab.....kelab kelas dah nak start-wakahkah....motivasi dr aziz dah memanggil2 dah ni...haiiiii busy..busy.2009
pasal kawin2 mude nih..cbe bace blog saifulislam..ade pasal kawin time blaja..hehhe
wah2..cekodok comey xleh kawen awal2~nnt sape nk masak utk dk2 umah saad tuh..keh3~~
makman,
ahaha~kalo ade org sponsor nak g dublin ke mane ke..ana ON je.haha ;P
biasalah , malam jd burung hantu :D
haha,btul2..nnt sape nak masak?cehs~
saya belum nak kawin.
tak jumpe calon lagi.
btoi tu
kalo eymen kawen sape nak masak kuah kacang ntok ktrg lagik
sobs
hehe eymen nak pecah tradisi ke.1st budak mara kawen.keskes
x!!iman blom nk kwen!!nnt da xley nk maen muke iman.iman mlik saye!
p/s::ptot jrwt jaundice tu xilang2 nh.jrwt gatai na..
Post a Comment