Kecewa

Tuesday, August 19
Assalamualaikum,

Entri ini khas untuk semua yang mengelaskan diri mereka sebagai seorang pelajar perubatan.

Saya kurang senang dengan mereka yang tidak mempunyai etika sebagai seorang pelajar perubatan.

Jika sekarang, sebagai seorang pelajar, anda gagal untuk memenuhi amanah yang diberikan, apa yang akan terjadi pada sepuluh tahun akan datang. Seorang doktor yang kurang nilai sivik dan tidak prihatin terhadap pesakit?

Maka, pupuklah etika anda ketika sedang menuntut. Tunjukkanlah, anda layak untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini. Bagaimana anda hendak orang mempercayai anda sedangkan anda sendiri memijak kepercayaan yang telah diberikan.

Menjadi seorang pelajar perubatan bukanlah tiket untuk berlagak/show off.
"Hey! I'm a medical student!"

So what? You're not a doctor yet. duh...

Maka, dengan ini, hentikan eksploitasi 'silent tutor' dengan mempamerkan sebarang imej 'mereka' di alam maya atau di mana-mana saja. Adakah anda rela diperlakukan sebegitu?

Bukan setakat meletakkan imej 'mereka' di internet, malah ada pula yang melakukan pelbagai aksi yang 'mempamerkan nilai moral yang rendah'. Mungkin bagi anda, 'mereka' sudah tidak bernyawa tetapi 'mereka' juga pernah hidup, menjalani kehidupan seperti anda.

Belajarlah untuk menghormati.
'Silent tutor' juga adalah guru; punyai hak untuk dihormati.
Janganlah menjadi mereka yang berakal, tetapi tidak bermoral.

eymand

3 comments:

'adz said...

setuju skali..
bahkan spatutnya ada 'code n ethics'
yg prlu plajar2 perubatan ni patut dberi prhatian
dlm istilah mlayu nya..privacy

tp saya bru nak buat pre med

[MH] said...

iman,apa jadi? curious ni

nuruliman said...

saya muak dengan sikap mereka yang suka mempamerkan gambar diri sendiri+mayat ketika kelas anatomi di fs/myspace/etc.

whats the big deal being a med stud?