Poor english, sahabat, ikhtilat

Wednesday, April 30
Assalamualaikum,

' Poor English! معاليش'

Begitulah kata-kata doctor bahagian امراض الباطنية apabila kami mula membuka mulut. Saya hanya mampu memandang Husna dan Dirah. Saya memang ingin menyebut perkataan swelling pada awalnya, namun tidak dapat mencari perkataan tersebut dalam kamus akal saya. Dek kerana kekalutan kami dalam menerangkan keadaan sebenar kaki Dirah yang semakin membengkak, terus kami dilabel seorang yang kemampuannya dalam bertutur dalam bahasa Inggeris kurang. Tercabar juga pada awalnya. Hahaha. Saya kira, saya sudah masak dengan perangai masyarakat Arab. Pronounciation mereka pun lebih teruk dari orang Melayu sendiri, ada hati pula hendak mengatakan English kita teruk. Macam-macamlah.

Kita pula yang disalahkan.

Setiap kali, lawatan ke Hospital Hekma tidak akan mengecewakan. Ada saja cerita-cerita lucu yang boleh dikongsi tatkala malam menjelma-masing-masing sudah bosan mengulang kaji. Saya sendiri sudah beberapa kali pergi ke hospital tersebut. Bahagian الباطنية, المسالك بول, امراض نساء sudah tidak asing lagi bagi saya. Malah bilik ultrasound pun saya sudah lawati. Hehehe

Bulan-bulan terakhir di bumi Mesir memang meninggalkan kesan yang mendalam. Tiba-tiba saya terfikir, apa yang akan terjadi kepada bumi Mesir dan seluruh isinya apabila saya berada di Malaysia. Walaupun belum cukup setahun, rindu pada bumi barakah ini mulai terasa. Bayangkan perasaan kami semua apabila tempoh 6 tahun berkelana telah tamat. Pasti, berkolam-kolam air mata akan terbentuk. Sungguh, kami sayang Mesir, kami mematangkan diri di sini. Sungguh!

Rata-rata pelajar perubatan di Mesir mengejar status Mumtaz, namun saya berdoa agar saya lulus dan tidak akan mengulang mana-mana subjek. Rakan-rakan sekuliah giat mengulang kaji, saya lebih suka duduk termenung, sekali-sekala saja-apabila mood belajar sudah datang , barulah saya akan menyelak buku-buku yang bertimbun setinggi gunung Sinai di atas meja. Saya tidak main-main apabila saya berani mengatakan saya ini seorang yang pemalas. Sungguh! Saya pemalas. Doakan saya agar menjadi lebih rajin.

Namun, saya tidak seleka itu. Saya masih memastikan diri ini tidak begitu ketinggalan dan seiring dengan top student. Saya masih lagi boleh recite course and branches of axillary artery, muscles of back of forearm, etc. Saya memang pemalas tapi masih lagi sedar akan tanggungjawab yang dipikul. Masih lagi tahu apa itu coronary circulation dan ROS. Masih lagi memberi tumpuan di dalam kelas walaupun selalu duduk di bahagian belakang. Pekerjaan yang bernama doctor bukan sesuatu yang mudah. Tiap-tiap hari wajib berhadapan dengan kematian. Saya tidak mahu menjadi seorang doctor yang cuai dan lalai. Saya sedar itu semua. Saya ada belajar, saya Cuma malas sedikit. Sedikit sahaja. Hahaha. Saya hanya perlu menjadi lebih rajin!

Apa itu sahabat?

Sahabat bertemu dan berpisah kerana Allah. Perkataan sahabat itu mahal. Tidak boleh diucapkan begitu saja. Jika anda mahu lihat contoh-contoh sahabat, dengarlah kisah-kisah sahabat-sahabat Rasulullah. Abu Bakar As-Siddiq misalnya. Beliau barulah layak digelar sahabat. Pengorbanan beliau dalam menyokong Rasullullah menyebarkan Islam tiada tolok bandingnya. Biar dia terluka-tercedra-sakit dan bukan Rasulullah. Zaman sekarang, bukan setakat tiada yang sanggup berkorban untuk rakan sendiri, malah 'makan kawan' pula.

Tepuk dada, tanya diri: Layakkah aku digelar sahabat kepada seseorang? Adakah aku melakukan amar ma'ruf nahi munkar apabila bersamanya? Adakah aku sentiasa mengajaknya melakukan ibadah? Adakah aku menasihatinya jika dia mulai terpesong?

Jika tidak, belajarlah untuk menjadi seorang sahabat. Rasulullah pernah bersabda:

"Tidak beriman seseorang Muslim selagi dia tidak mencintai sahabatnya seperti dia mencintai dirinya sendiri"

Sayangilah sahabat, rakan, teman, anda seperti anda menyayangi diri anda sendiri. InsyaAllah besar ganjarannya…

Ikhtilat?

Mahu bebas dari ikhtilat? Aman dari syahwat dan fitnah, berbanggalah dengan dirimu.

"Ala, I dengan dia takde ape-apelah, kawan je. " << Anda pasti anda bebas dari fitnah?

Dalam dunia serba canggih kini, fitnah boleh datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Tidak semestinya bermula dan berakhir dengan lisan seseorang. Terlalu banyak alat dan makhluk yang boleh memulakan fitnah. Cuma menunggu masa yang sesuai. Maka untuk bebas dari fitnah, jauhkan diri anda dari zina dan mukadimahnya.

Zina pada dasarnya memang bermaksud hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan tanpa nikah. Terdapat juga zina mata: memandang seorang lelaki/perempuan bukan muhrim dengan syahwat, zina hati: Terbayang-termimpi-mimpi tentang seseorang dengan berperasaan yang bukan-bukan. Anda mungkin bebas dari Zina tetapi adakah anda bebas daripada zina mata dan zina hati? Istighfar dan jawablah dengan ikhlas.

Saya pernah menulis tentang ayat dari surah An-Nur(Ayat ke 26)

Setiap manusia mahukan yang terbaik. Maka, jadilah yang terbaik. Sesungguhnya, Allah Maha Adil. Rugikah jika diri ini terpelihara? Sakitkah jika kita ini menjaga diri dari perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah. Setahu saya, tidak akan sakit dan tidak ada yang pernah menyesal dalam menjalankan perintah Allah. Semuanya tersenyum puas di hujung hari, berbangga diri dapat melawan bisikan syaitan dan hawa nafsu.

Saat-saat pra-imtihan seperti sekarang, semuanya mulai mengepit buku-buku teks mahupun nota-nota di bawah ketiak. Pastikanlah buku-buku itu tidak rosak. Yalah, musim panas begini, kita kan banyak berpeluh. Hahahaha. Janganlah buku digendong ke hulu, ke hilir tapi tidak dibuka dan dibaca. Baik tak payah bawak! Semoga berjaya kepada semua. Mereka yang mengejar Mumtaz, teruskan usaha, moga antum semua berjaya. Bagi mereka yang seperti saya, masih belum terlambat untuk menukar gear-dan memecut. Hahaha. InsyaAllah, Allah akan mengingati mereka yang ingat kepadaNYA.

Jangan tinggal solat(lebih-lebih lagi yang selalu 'terlajak' Subuh tu)
Jangan tinggal al-Quran
Banyakkan bersedekah
Banyakkan berzikir
InsyaAllah berjaya!

Bittaufiq wannajah!

Eymand
Fustat, 12:17 a.m.

Saat ini: Saya-di hadapan laptop Huda
Huda-giat membasuh pinggan di dapur
Zac-sudah bermastautin di alam mimpi
Fana-menemani Zac di alam mimpi
Ulya-menemani Fana di alam mimpi.

A reminder.

Wednesday, April 23
Assalamualaikum,

reminding you in the case you forget....

As a good muslimah, keep away from ikhtilat


***
Apabila kita berada jauh dari keluarga yang sentiasa tidak putus-putus memberi nasihat dan semangat, diri semakin lupa dan alpa dan seterusnya hilang-lemas dalam kehidupan yang penuh dengan duri-duri cabaran dan dugaan. Oleh itu, dekatkanlah diri kepada Allah agar diri tidak terpesong dan dipeliharaNYA. Sesungguhnya Allah akan membantu mereka yang sentiasa mengingatiNYA.

Tidaklah rugi jika seseorang itu menjaga dirinya. tidaklah rugi jika dirinya dipelihara.

Sayangilah dirimu, peliharalah dirimu.

***
Semalam, bumi kaherah mencecah 41 darjah celcius. Apabila suasana dan cuaca menjadi panas, kesabaran manusia mulai memuncak. Wajah-wajah sebenar makhluk bernama manusia kian terserlah. Maka, musim panas memang menguji jiwa seorang muslim, melihat sejauh mana diri mampu menahan ujian Allah.

InsyaAllah, kelas bakal berakhir-tanda berakhirnya kehidupan sebagai pelajar tahun satu perubatan di bumi Kaherah ini. Peperiksaan bakal menjelma. Apabila tibanya musim peperiksaan, masing-masing makin tertekan dan runsing. Moga-moga Allah membantu hamba-hamba yang berjuang di jalanNYA.

Aman: happy birthday! semoga Allah memberkati hidupmu dan agar kau menjadi seorang pejuang yang sejati. huhu. Ade rezeki, meh join kakak kat sini.


eymand.
mounira


summertime!

Monday, April 21
Assalamalaikum,

Its summer! This morning while I was walking towards metro station in Malek El Saleh, something caught my attention, the police were wearing white uniform! Finally, its summer. Here in egypt, police wear white uniform during summer and black uniform during winter.
I guess its the start of a long journey of mine in Egypt. Its summer dude! One word: HOT.

Final exams are coming. I hope I can survive both the exams and the undesirable weather.
Till then.

Exams: May-June
Hols: July-October!!!!! me coming home!


eymand
mounira.

Sebuah perjalanan. Perjalanan hidup aku.

Saturday, April 5
Assalamualaikum,

Dalam masa kurang dari 3 bulan saya akan menghabiskan tahun pertama saya sebagai seorang pelajar perubatan di sini. Sekejapnya! Baru sahaja tadi kami menghabiskan kuliah terakhir subjek histology.

Seperti baru semalam saya berpisah dengan abah dan umi di KLIA. Seperti baru semalam saya menjejakkan kaki di bumi Mesir ini. Seperti baru semalam saya berpindah ke Fustat dan berkenalan dengan rakan-rakan serta sahabat yang kini menjadi teman dikala senang dan susah. Masa berputar terlalu cepat sehingga saya sendiri tidak dapat mengejarnya.

Setengah tahun yang pertama saya masih lagi dalam mode menyesuaikan diri. Kini saya mula menyibukkan diri dengan kelas-kelas agama dan Talaqi agar tidaklah sia-sia saya bermukim di bumi ulama' dan anbiya' ini. Moga-moga Allah memberkati usaha-usaha saya. Amin.

Tanpa disedari, bumi barakah ini mematangkan saya. Saya belajar apa itu erti kehidupan di sini. Bagaimana mahu menjalani kehidupan harian tanpa abah dan umi dan membuat keputusan. Perjalanan hidup saya kini menjadi lebih bermakna.

Dulu, saya selalu berdoa agar diberikan yang terbaik untuk diri saya, agar saya boleh membaiki diri dan menjadi seorang Islam yang lebih baik. Akhirnya, Dia menghantar saya ke sini. Oleh kerana itu, saya menghargai setiap saat saya di sini. Setiap saat itu adalah detik perubahan saya untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tidak saya nafikan, kehidupan tidak selalunya indah. Ada masanya kita diuji dengan pelbagai ujian. Namun, kini saya lebih tabah dan kuat untuk mengharungi setiap ujian yang diberiNYA. Tidak sabar rasanya untuk pulang dan berkongsi pengalaman-pengalaman yang dilalaui dengan keluarga dan rakan-rakan.

Ya Allah! Aku mensyukuri setiap nikmat yang kau kurniakan kepadaku. Tidaklah kau jadikan sesuatu perkara ke atasku melainkan semuanya adalah untuk kebaikan diriku juga.
Terima kasih Ya Rahman kerana menghantar aku ke sini, tempat yang mengenalkan aku apa itu erti kehidupan...


ايمن
mounira.