Lalala...

Thursday, December 13
Betul kata umi. You will hate winter. Mom is always right.-_-‘
Mid term is approaching. I am not sure if I’m ready for it.

Sepanjang saya berada di sini, saya kira saya belum pernah memperincikan suasana dan situasi-keadaan sosial bumi mesir ini. Tidaklah susah untuk hidup di sini. Memudahkan kerana Mesir ialah sebuah negara Islam. Soal makanan dan ibadah memang tidak menimbulkan masalah. Cuma-sikap mereka yang akan membuatkan kita geram dan rimas.

Cukup bercerita tentang hal-hal yang tidak menggembirakan. Seperti yang semua tahu, saya tidak merancang untuk ke sini. Tiada perancangan lansung! Namun saya AMAT bersyukur Allah memberi saya peluang,-dengan menempatkan saya di sini. Menjadi seorang yang baru di bumi yang penuh dengan barakah. Alhamdulillah. Mungkin suatu masa dahulu saya memandang tinggi kepada negara-negara barat. Apabila umi mengesyorkan saya Timur Tengah, saya selalu menolak-berdalih (ada hati nak terbang ke negeri Harry Potter ler kononnye). Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang saya terlepas pandang sebelum ini. Amat banyak. Saya terlalu memamandang rendah bumi para Anbiya’ ini. Alhamdulillah, saya tidak terus kabur. Saya diberi peluang untuk menilai-menganalisa-mentafsir melalui pengalaman. 4 bulan di sini banyak menyumbang ke arah cara pemikiran saya. Tidak banyak-hanya spesifik kepada perkara-perkara yang saya masih lagi sedikit jahil. Alhamdulillah sekali lagi.

Jika saya masih di Malaysia, mungkin saya tidak akan menilai perkara-perkara tersebut dari sudut yang lain. Mungkin juga saya semakin matang. Mungkin. Entah mengapa, nasihat-nasihat dan ajaran abah dan umi yang selalu kami (adik-beradik) dengar setiap hari-yang pada mulanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan sentiasa terngiang-ngiang. Acap kali terlintas di hati: Betullah kata umi. Betullah kata abah. Semuanya betul.

Hehe. Abah, umi, don’t laugh… Yes, I’m improving myself here. Trying to be a better person than before.

Di sini, bersama-sama dengan rakan-rakan yang selalu menasihati membuatkan keadaan di sini tidak jauh beza dengan Al-Amin. Walaupun biahnya tidak sesegar di Al-Amin, sudah cukup bagi saya untuk memruntuhkan benteng-benteng kerinduan.

Hehe. Rakan-rakan sekuliah yang baru pertama kali melawat blog saya ini, saya ucapkan selamat datang. Tergelak saya apabila mereka mengatakan saya seorang yang skema dalam penulisan. Saya memang skema dalam penulisan. Saya tidak suka ntuk menggunakan bahasa yang kurang sesuai dalam penulisan-yang melibatkan jumlah pembaca yang tetap dan agak ramai. Ya, saya gemar menulis. – tidak merujuk kepada keadaa saya kini. Menyertai Minggu Penulis Remaja pada tahun 2005 dan lebih cenderung terhadap genre cerpen.

There’s a lot more to know about myself! Try to spend more time here and you will know the real me.


eymand




1 comment:

Anonymous said...

had the same experience.for me,its indonesia.
bile dah pergi sendiri,sangat berubah persepsi.byk keadaan kat sana buatkan kite segan nk cite psl malaysia,esp da'wah n demokrasi.