Bila pena mula menari...

Thursday, April 19
Assalamualaikum,

Sudah terlalu lama saya menyepi. Menyepi tanpa pena menari dicelah-celah jemari comel saya. Hari ini(Rabu) saya dipanggil untuk mengisi aktiviti Kelab Pidato dan Penerbitan Karya(KPPK). An informal talk. Sememangnya saya sudah biasa dengan 'adik-adik' junior. (Lebih-lebih lagi, 3 orang adik saya adalah ahli KPPK).

Bagi saya, saya bukan penulis yang baik. Penulis yang bermusim, kata umi.

Saya hanya menceritakan bagaimana saya mula menarikan pena di jemari. Bagaimana saya mendapat ilham dan bagaimana untuk memulakan langkah yang pertama. Saya harap mereka faham dengan cerita saya dan akan memulakan langkah pertama ke dunia penulisan.

*********

Setiap kali saya menulis, saya ingin menulis sesuatu yang hebat. Karya yang dapat membuat pembaca beremosi. Sama ada emosi yang positif ataupun negatif. Karya yang dapat membuat akal berfikir. Kadang-kadang saya suka meletakkan J.K Rowling sebagai satu teladan. Sebelum menjadi jutawan, beliau bukanlah sesiapa. Seorang ibu tunggal yang tidak bekerja. Namun, roda-roda di akalnya ligat berputar mencari idea-idea bagi menghasilkan sesuatu yang hebat. Mungkin siri Harry Potter agak superstitious, namun tidak hairanlah kerana penulisnya seorang Kristian.

Apa yang saya boleh simpulkan daripada kisah beliau, walau apapun yang terlintas difikiran, jangan pendamkan. Ambil kertas dan catat. Siapa tahu, anda akan menjadi jutawan suatu hari nanti. Hehe.

Seperti yang telah diajarkan kepada saya, dunia penulisan diceburi bukan untuk mengaut keuntungan, tetapi untuk mengajar anak-anak bangsa supaya mereka boleh menjadi insan-insan yang tidak merugikan di masa hadapan.

Saya mempunyai satu impian. (Impian dalam kategori penulisan):

I want to educate my people through my writings.

Dunia penulisan adalah platform yang paling baik untuk mengaut pahala. Setiap apa yang ditulis, akan dibaca dari zaman ke zaman. Jika si pembaca mendapat manfaat darinya, InsyaAllah, si penulis juga akan memperolehi 'syer' dari Allah. Saya ingin menjadi penulis jenis itu.

Saya belum mencapai tahap pre-professional seperti rakan-rakan penulis yang lain(terutama rakan-rakan mantan MPR 2005). Mereka masih terus berkarya. Contohnya, Azree(mantan MPR 2005, pelajar undang-undang UIAM). Puisinys kerap tersiar di Dewan Siswa. Begitu juga dengan Kak Nas.(Juga pelajar undang-undang AIKOL, UIAM). Saya agak, hanya mereka berdua yang aktif menulis.(merujuk kepada genre puisi dan cerpen). Moga-moga mereka akan terus maju-tidak lokek berkongsi idea-idea kreatif dengan para pembaca.


Jika diberi kesempatan masa dan ketenangan jiwa, saya akan kembali memegang pena. Menulis adalah suatu proses yang indah dan saya ingin menikmati keindahannya sekali lagi.

eymanD.

Islam pernah menguasai dunia penulisan.Andalusia menjadi bukti kemegahan dan keagungan karya-karya ilmuan dan sasterawan Islam. Hasil-hasil penulisan sasterawan dan ilmuan Islam inilah yang dicedok Barat dan akhirnya menjadikan mereka kuasa yang kuat. Sudah tiba masanya, kita kembali bangkit dan berjuang melalui pena kerana sejarah pernah membuktikan, lidah dan mata pena lebih tajam dari pedang pejuang di medan perang.

6 comments:

Anonymous said...

aku dulu tidak suka karangan. apatah lagi rimas sungguh dengan ayat ayat. aku tak suka menulis. tapi sejak beberapa bulan lalu, oh, mungkin dalam setahun lalu, aku mula menulis. merangkak. satu hari aku tulis satu ayat. apa yang terlintas di pemikiran aku tulis. selang beberapa minggu aku mula seronok. sedar tak sedar, lepas bebrapa bulan, aku tak sangka aku mampu tulis dua tiga muka surat. banyak bagi ku. seronok. aku dulu memang jenis banyak idea. tapi mungkin zaman sekolah dulu selalu disalurkan dengan kenakalan. sekarang setiap apa aku rasa aku tulis. rasa puas. aku juga mulai sedar, semakin aku dapat meluahkan yang ada dalam pemikiran dalam bentuk penulisan, semakin senang diriku dalam pertuturan. aku lebih yakin. bagi ku, penulisan itu membentuk diri ku. dengan syarat cuba menggunakan bahasa sebaiknya. memang aku tak terkejut jika saudari petah berdebat. bak kata guruku "cikgu tgk kamu tulis je, cikgu tau kamu orang macam mane".. -cikgu wasitah. haha

nuruliman said...

Hehe..Mungkin kite sekelas. Cikgu Wasitah...
Tapi, tiada nama Hudzaifah dalam list kelas 5SAF 2006. Agak musykil.Mungkin juga kita satu sekolah. Segalanya mungkin.

Ya,penulisan mengajar dan membentuk diri seseorang.Namun, adalah lebih mengasyikkan dan menggembirakan jika hasil penulisan kita dapat mengajar dan membentuk orang lain..
Misi Al-Amin: Soleh wa Musleh.

Anonymous said...

oh, memang la, im ur senior..

nuruliman said...

begitu rupanya~
Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi menjenguk perjalanan hidup saya.. ;)

Anonymous said...

blog yg sentiasa saya kerap kunjungi. teruskan menulis...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.