Adakah kamu juga bingung?

Wednesday, April 18
Assalamualaikum,

Bingung. Bingung. Bingung.

Apa itu bingung? (Menurut firasat hati, pemikiran spontan, dan tafsiran akal Nuruliman)

Suatu situasi di mana anda tidak dapat berfikir secara waras dan merasakan semua pilihan yang ada adalah pilihan yang perlu dipilih. Sedangkan kamu hanya boleh/diminta memilih satu pilihan yang paling meyakinkan dan menguntungkan.

Nampaknya saya memang tidak layak untuk menjadi pengundi berdaftar SPR. Semua undi saya akan rosak...

Saya berada dalam satu situasi di mana saya mempunyai konflik dengan sendiri. Saya gagal untuk memahami kehendak diri dan kemampuan diri.

Apa yang saya mahu?

Saya pun agak kabur tentang perkara itu. Jika diikutkan hati sanubari diri, saya hendak menjadi seorang yang terkenal dan dibanggakan. Adakah hati saya terlalu tamak dan bongkak?

Bagi saya tidak, insan yang mempunyai cita-cita untuk berjaya dan menjadi kebanggagan adalah insan yang sanggup menghadapi cabaran dan mengambil risiko demi mencapai matlamatnya. Bukan tamak atau bongkak. Si tamak dan si bongkak ialah mereka yang tidak pernah mencuba dan berusaha untuk menaikkan taraf diri dari satu level ke level yang lebih tinggi.

Jadi, mengapa saya bingung sedangkan saya berprinsip begitu?
Sahutlah cabaran, terimalah risiko!
Realitinya, kata-kata lebih senang diucap. Nak buat punyalah susah.
Aduh! Pening bangat deh kepala gue. Pikiran gue ini, suda sarat bangat...

Adakah saya rasa inferior terhadap diri sendiri?

Mungkin juga. Takut dengan kebolehan diri sendiri dan asyik memikirkan apa yang akan diperkatakan oleh orang lain. Tapi, bukankah kata-kata orang itu perlu bagi membina diri? Mungkin, saya terlebih berfikir dan banyak memberikan alasan. Namun, saya cuma hendakkan jaminan. Adakah saya boleh berjaya di atas jalan yang mungkin boleh memusnahkan mental+emosi saya?

Sahutlah cabaran, terimalah risiko!

Mungkin benar kata Izzah, Kita asyik mengucapkan; "Why me?" Sedangkan di luar sana terlalu ramai orang mengucapkan; "Why not me?"

Walauapapun, saya perlukan doa dan sokongan kalian dalam memilih yang terbaik. Terbaik dari semua aspek. Dapat memberi kebaikan dan keuntungan serta tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh membunuh iman dan taqwa.

Jika selepas anda membaca post ini, fikiran anda bercelaru;

Tahniah! Anda juga bingung!

eymanD.

p/s: Doakan saya dalam memilih yang terbaik buat hidup saya. Pilihan yang tidak akan meletakkan saya di zon bahaya iaitu zon penghakisan iman dan pelupusan taqwa. Saya berharap dapat berada di jalan yang diredhai dan diberkati. Semoga Allah memberi apa yang terbaik buat saya dan mengurniakan kepada saya mereka-mereka yang memahami matlamat hidup seorang muslim sepenuhnya ...

1 comment:

Anonymous said...

Fikiran tu biar tenang dan waras....mula2 ingatkan kbesaran Allah dan syukur byk22 atas nikmat yg diberiNya.Then dgn tenang cuba imagine dimana kita akan berada!!!!Setiap sesuatu itu pasti ada kburukan/kbaikn , kelebihan/kkurangan...yang menentukan apa yg pasti kita bakal hadapi ialah kimanan/ktaqwaan/ilmu/pegangan/..Bak kata org jadilah benih bunga yg baik...tak kira dmana kamu dcampakan pasti mjadi sesuatu yg bharga/bguna....campak ktanah mjadi pokok...campak kelaut mjadi pulau......Nawaitu itu SGT2 penting!!..So bhati2 dlm memilih....