Asifah Ya Masr.
Posted by nurulimanWinter break terhebat Pt. 2
Posted by nurulimanWinter break terhebat Pt. 1
Posted by nurulimanSalam alaik,
Hamdallah, ketika saya menulis post ini, saya sudah pun selamat diterbangkan ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA pada jam 8:58 pagi semalam menerusi penerbangan MH8031, MAS Airlines. Hamdallah.
Saya rasa pengalaman saya tidaklah sehebat mana. Saya jugak tidaklah hebat dalam menghadapi keadaan-keadaan genting dalam 10 hari yang lepas. Masih banyak yang perlu saya baiki. Terutama hati.
Semuanya bermula pada 25.1.2011.
Sambutan Hari Polis merupakan titik mula segalanya. Cuti umum yang kami nikmati rupa-rupanya satu permulaan cuti panjang yang kami sendiri tidak tahu bila akan berakhir.
Rakan serumah yang pergi ke masjid untuk mengulangkaji yang terletak berhampiran Universiti hairan kerana jalan Kasr Al-Ainy lengang dan terlalu banyak polis berkawal. Kebiasaannya jalan akan dikosongkan jika ada orang-orang besar ingin menggunakannya..
Kebiasaannya begitu.... Hari itu, kehidupan seharian kami MASIH berjalan seperti biasa...
Kami tidak tahu, rusuhan kecil telah pun bermula di kawasan sekitar.
26.1.2011
Kami mengambil keputusan untuk tidak hadir ke kuliah berikutan keadaan di Tahrir yang agak membimbangkan apabila mendapat panggilan telefon daripada senior yang mengatakan kemungkinan akan berlaku rusuhan. Kami berlima tinggal 5 minit dari Medan Tahrir, masih berada dalam linkungan Sayeeda Zeinab, dan juga berada dalam lingkungan Lazoughly. Sementara rakan-rakan lain menghadirkan diri ke kelas terakhir sebelum winter break, kami hanya berhibernasi di rumah. Takut apa-apa terjadi kerana kedudukan rumah yang sangat dekat dengan tahrir.
27.1.2011
Winter break bagi pelajar tahun 4, kuliah perubatan Cairo University bermula. Rakan serumah sudah pun pulang ke Malaysia. Kehidupan harian masih lagi normal. Masih lagi boleh keluar rumah untuk membeli barang. Bahang revolusi belum terasa.
Ada juga sok-sek yang mengatakan rusuhan kecil-kecilan telah pun bermula di sesetengah kawasan hot-spot seperti di Suez dan lain-lain tempat.
Masih blur dengan keadaan yang berlaku. Kehidupan seharian masih berjalan dengan normal namun keadaan sekeliling mulai tidak terkawal. Rusuhan kecil berlaku di Metro Station, di Tahrir, dan lain-lain tempat. Suez sudah diberi perintah berkurung. Esok dijangka rusuhan besar-besaran.
Rakyat mulai bersuara. Cukup sudah 30 tahun. Mereka tidak mahu lagi.
- Twitter di block
- Facebook mula di block pada malam 27hb
28.1.2011
Kami menyedari line internet diputuskan selepas subuh. Hati mulai cemas. Mujur talian telefon masih berfungsi.
Menjelang tengahhari, perkhidmatan sms disekat. Peluang yang ada digunakan untuk menelefon keluarga dan memberitahu bahawa keadaan mungkin akan bertambah teruk. Talian telefon diputuskan selepas solat jumaat. Hanya landline saja yang berfungsi. Pada ketika ini, ada beberapa sahabat yang datang menziarah sejak dua hari lepas, memutuskan untuk pulang ke rumah berikutan tidak membawa passport bersama-sama jika terjadi apa-apa. Rakan-rakan serumah belum pulang dari urusan masing-masing. Hati semakin berdebar. Takut-takut mereka tersekat di bawah.
Jalan dibawah rumah mulai lengang. Tidak seperti biasa. Jiran bangunan hadapan turut bedebar menanti. Masing-masing menjenguk-jenguk melalui balkoni dan tingkap.
Menjelang 2 petang, keadaan masih lagi seperti biasa.
Dalam jam 3 petang, bunyi bising mula menjengah. Banjiran orang ramai yang bergerak dari Tahrir sudah pun sampai ke jalan di bawah rumah. Polis sudah pun bersedia. Berdiri tegak dan lengkap bersenjata.
Orang ramai berlalu pergi menuju ke Sayeeda Zeinab.
Terlalu penat menanti action yang seterusnya, kami terlelap.
Lebih kurang jam 4 petang, bunyi bising sekali lagi menjengah. Kali ini bunyi lebih mendebarkan dan mencemaskan.
Orang ramai mula bertindak. Polis juga. Gas pemedih mata dan tembakan di lepaskan. Printah berkurung berjalan serta merta.
Walaupun di tingkat 8, kesan gas pemedih mata amat TERASA. 4-5 kali kami merasai efek gas pemedih mata.
Tekak, mata dan hidung berair, pedih. Kulit muka terasa seperti di simbah asid. Makin dibasuh dengan air, makin pedih.
Keadaan di luar suram. Kelihatan kepulan asap mulai memenuhi ruangan angkasa. Tidak pasti dari mana.
Kami terputus dengan dunia luar. Lokasi rumah yang agak jauh dengan pelajar melayu lain membuatkan kami tertanya-tanya nasib rakan-rakan. Apa arahan yang telah dikeluarkan? Selamatkah mereka?
Telefon landline di rumah tidak dapat digunakan kerana kami tidak mempunyai no landline rakan-rakan yang lain. Puas kami cuba menghubungi Malaysia dan Embassy, namun tidak berjaya.
Tiba-tiba telefon berbunyi, Alhamdulillah, rakan serumah yang pulang ke Malaysia mengubungi kami menggunakan Smart Voip sebaik saja mengetahui keadaan di Mesir yang tidak terkawal.
Alhamdulillah, dia membantu kami untuk menghubungi keluarga kami.
Kami lega dapat menyampaikan berita bahawa kami semua selamat kepada keluarga masing-masing.
Dari jam 4 petang hingga 7 pagi keesokkan harinya, kami hanya mempu melihat dari atas. Rakyat menyerang dan polis bertahan dan bertindak melepaskan gas pemedih mata dan tembakan dan juga bom untuk meleraikan orang yang merusuh.
Apa yang menarik di sini, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh, namun angin bergerak ke arah mereka dan gas pemedih mata kembali ke arah mereka.
Kami juga cemas apabila para syabab mulai naik ke sutuh (bumbung bangunan) dan melepaskan botol-botol kaca yang berisi minyak tanah yang dibakar kebawah. Polis mulai menembak secara random ke atas. Kami berhenti mengintai dari tingkap. Lampu dipadamkan.
Bunyi tembakan dan bunyi sorakan makin kami dengari.
Polis seakan gian menembak walaupun arahan dari ketua mereka untuk berundur.
'' 'Irgak! 'Irgak! " Polis bersenjata seakan tidak menghiraukan arahan ketua dan menembak bertubi-tubi.
Rakyat tidak bersenjata. Hanya botol-botol kaca, batu jalanan. Mereka mahukan perubahan. Anak-anak muda tidak mahu generasi akan datang hidup seperti mereka.
Tidak terdetik untuk mengalirkan air mata kerana melihat semangat anak-anak muda yang berkobar-kobar untuk mengubah Mesir. Kami hanya mampu bersorak dari atas. Allahuakbar. Allahuakbar.
Lucu juga apabila makcik-makcik yang mengintai dari tingkap masing-masing membantu dengan menuang minyak (saya kira) dari atas. Apabila tembakan dilepaskan, semuanya berlari-lari masuk kedalam rumah. Kami juga tidak terkecuali.
Kami juga sempat melihat seorang anak muda ditembak dan jatuh, hanya Allah saja yang tahu keadaan sebenar pemuda itu.
Malam itu, kami tahu, hari-hari mendatang tidak akan seperti biasa. Satu revolusi dan perjuangan ke arah perubahan bakal bermula.
Sejarah ini WAJIB kami saksi.
Sejarah bakal terukir dah kami bangga berada di dalamnya.
Nantikan sambungannya..
iman dashuki,
taman keramat.
ps: maaf jika penulisan kelam kabut. saya mahu memadatkan segala fakta yang ada. maaf.