Salam rindu buat sisters yang sudah bertebaran di Malaysia.
Salam sayang buat sisters yang tidak mengenal erti penat di Mesir.
Jeles dengan antunna, yang bekerja tanpa henti.
Siapa kata sibuk itu susah?
Siapa kata sibuk itu payah?
Sibuk itu rahmat. Lebih-lebih lagi sibuk demi untuk mencapai mardhatillah.
Masa lapang seorang pemuda membunuh diri pemuda itu.
Masa lapang yang digunakan untuk perkara sia-sia bagaikan menanam tumbuhan yang rendah kualitinya. Hasil yang sia-sia.
Semoga pentajdidan niat itu sentiasa berlansung agar tiada bibit-bibit angkuh dan bongkak berani singgah.
Lalai dan lupa itu mainan syaitan
Dan percayalah, antidot futur itu bebas dari jahiliyyah. PERCAYALAH.
Jika mahu lari dari futur. Tinggalkan jahiliyyah.
****
11/7. Jam 630pagi. Dalam perjalanan ke KL Sentral. Abah berpesan: 47:7
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
O ye who believe! If ye help Allah, He will help you and will make your foothold firm.
Terima kasih Allah kerana memudahkan urusanku, kerana mengurniakan aku mereka-mereka yang menjadi tulang belakangku. Hamdallah.O ye who believe! If ye help Allah, He will help you and will make your foothold firm.
Bukan satu bebanan tapi privilege.
Bukan satu paksaan tapi kerelaan.
Siapa suruh saya bermalasan cuti-cuti yang lalu.
Hamdallah, Allah kurniakan sihat.
Hamdallah, Dia yang MAHA menyembuhkan.
Jadi, saya perlu qada' segala kerja.
Saya perlu ganti mereka yang telah menggantikan saya.
Sibuk itu tidak akan lagi disebut.
Ikhlas itu akan dikejar.
Niat akan sentiasa diperbaharui.
Dan jangan pula kamu merasa sedih;
kerana terasa kosong dengan masa yang ada.
Masa masing-masing akan sampai.
Sehingga waktu itu, jangan lupa untuk berdoa dan meminta.
Agar hati ini masih tetap di jalanNya.
Berbaktilah dengan secukupnya.
9 bulan sudah berkelana.
InsyaAllah, ada ganjarannya.
Salam KISRA '10,
iman dashuki.
7 comments:
iman yang sudah 'berlari jauh'
T__T
sangat suka baca tulisan k.iman.
kadang-kadang ada yang tepat je kena
:)
"jika mahu lari dari futur tgglkan jahiliyyah". i like.
smg thabat iA :)
i like. ya, kesibukan itu lebih baik dari masa lapang yang banyak disia2kan.
seronoknye iman!
jap iman,
antidot futur is jahiliyyah or tinggalkan jahiliyyah?
syila, jzkk.
tak perasan. syok sgt taip2.tersilap sudah..
iman dah betulkan.
syukran jazilan ukhti. =)
missing all my akhawaat
Post a Comment