Haza ad-Deen (I)

Tuesday, March 9
Salam 'alaik.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
al-Ankabut:69

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ
ar-Ra'd:11

(I)
Apabila kita merasai kemanisan iman, kita sendiri akan mengejarnya.
Perasaan puas mendapatkan sesuatu setelah berusaha untuk mendapatkannya, melahirkan satu perasaan yang unik. Manisnya iman. Halawah al-iman.

Sebelum Allah mengubah manusia, manusia perlu mengubah dirinya terlebih dahulu. Jika hamasah dan tumuhat yang tinggi untuk berubah tiada, tiada gunanya. Puncanya diri sendiri. Jika Allah memberi bantuan terlebih dahulu tanpa keinginan, nescaya, manusia ini akan semakin lalai. Goyang kaki.

Allah mahu mengajar kita. Sesuatu itu perlu dicapai dengan usaha. Bukan usaha sehari dua. Usaha yang berterusan. Jika gagal, usaha lagi. Gagal. Usaha lagi. Proses ini boleh kita samakan dengan proses pembakaran batu bata. Semakin lama, semakin tinggi nilainya. Sedangkan ikan perkasam yang disimpan lama lebih sedap rasanya.

Contoh sejarah yang paling dekat ialah medan Uhud. Apabila tentera Islam hampir dengan kejayaan, mereka lalai dalam usaha untuk menerapkan dasar ini dalam diri mereka. Mereka terpaksa membayar harga untuk memahami dasar ini. Darah dan kekalahan.

Dan, dengan usaha yang gigih, maka akan datanglah pula pertolongan dari Allah.

Kuncinya MUJAHADAH. Mujahadah melawan manusia dan segala unsur yang menghalang kita untuk mendapatkan iman, seterusnya merasai manisnya iman tersebut. Mujahadah dalam membawa manusia keluar dari kejahilan dan kesesatan kepada kebenaran yang hakiki. Islam.

Dan penyaringan akan berlaku. Bagi membezakan siapakah mukmin dan siapakah munafik. Siapakah yang betul-betul ingin mencapai halawatul iman dan tidak. Ujian dan dugaan di pertengahan jalan adalah untuk membersihkan hati-hati yang terleka dan lalai bagi mendapatkan satu barisan jundullah yang mantap.

"Hanya melalui usaha mujahadah inilah mereka akan memperolehi limpahan kurnia, hidayah,
kebaikan dan kejayaan. Kehendak Allah akan sentiasa menjadi penentu di penghujungnya.
Tanpa kehendak ini manusia tidak akan mengecapi apa-apa. Kehendak Allah ini akan hanya
membantu manusia yang memahami caraNya, membantu manusia yang mengharapkan
bantuanNya dan membantu manusia yang berjuang kerana mengharapkan keredaanNya.

Dalam apa jua keadaan, takdir Allahlah yang menguasai manusia dan segala peristiwa
yang berlaku ini. Segala cubaan yang berlaku ditentukan oleh Allah. Allah juga yang
menentukan ganjaran yang diperolehi oleh orang-orang yang berjaya menempuh cubaan ini."

usaha mengikut kemampuan+yakin dengan pertolongan Allah=kejayaan menanti. insyaAllah


wallahu'alam

al-faqir ila Allah






Open thread #7

Sunday, March 7
Salam 'alaik.

*entri ini adalah peringatan buat diri saya terlebih dahulu, kemudian barulah anda semua*

Saya takkan segan untuk mengaku saya belum lengkap. Keseluruhannya.
Saya tahu saya tak boleh ubah benda yang saya sendiri tak mahu ubah. Belum lagi. Belum masa.
Masih mengajar hati supaya berlembut. Tarbiyyah itu perlu bersifat natural. Tanpa dipaksa. Rela.

Contoh: Saya tidak boleh paksa diri untuk memakai tudung yang labuh jika saya sendiri tidak mahu. Tidak rela. Tidak faham mengapa saya perlu berbuat demikian.

Saya tidak mahu menipu diri sendiri, orang lain. Lebih-lebih lagi menjadi orang lain di hadapan al-Khaliq.

Tidak kisahlah bagaimana caranya untuk bertudung, yang penting, apa yang telah disyariatkan, diikut.

Semudah itu kan?

Namun tidak bermakna dia tidak layak untuk bersama orang-orang yang bertudung labuh.
Dua-dua menepati syarak. Jadi, apa masalahnya?

Tepuk dada, tanya hati.
Kita ini bagaimana?

Namun, jika sebab itu seseorang mahu lari dari tarbiyyah kerana dia tidak sebaik yang lain. Bukankah dia menjadi orang yang rugi?

Kita, bukan malaikat.
Tidak bermakna kita mendapat lebih, 'maqam' kita lebih tinggi.
Tidak pula kita berada di kedudukan yang rendah jika kita kurang mendapat apa-apa.
Ini soal hati. Iman saja yang mampu berbicara.

Bukan juga soal kualiti mahupun kuantiti.
Jika hati gagal untuk menerima. Semua sia-sia.
Biarkan saja iman berbicara.

Biar terkadang hampir lumpuh.
Namun jangan sekali lari dalam medan ini.
Kita tidak tahu bila hati akan terketuk.

Orang selalu cakap. Dont jugde a book by its cover.
Hal iman, itu urusan Allah. Begitu juga perihal ikhlas.
Hatta pengemis dijalanan. Siapa tahu mungkin dia Wali Allah?

Kadang-kadang, seseorang punyai cara yang unik untuk melunaskan amanah 'amar ma'ruf nahi munkar'.

Tidak semestinya mereka yang 'kureng' dari pelbagai segi, kurang dari segi iman. Mereka dalam proses pentarbiyyahan. Proses ini memakan masa. Batu bata perlu dibakar dengan lama. Supaya apabila disusun menjadi bangunan, bangunan tersebut akan berdiri tegak,utuh dan kukuh. Tidak sesekali akan roboh.

Kaannahum bunyanum marsus-as-Saff

Siapa tahu, batu bata mereka-mereka ini lebih kukuh dan utuh daripada kamu-kamu yang telah membakarnya lebih lama dari mereka?

Allah tahu.

Matlamat kita sama. Salahkan cara kita berbeza?
tepuk dada, tanya iman. tanya hati.
sejauh mana kita berlapang dada?

Kita tidak lari dengan noda-noda, bisikan syaitan.
Namun, jika niat sentiasa diperbaharui,
nescaya, iman mampu melawan al-hawa.

Selagi kita 'bekerja', kita sudah mempunyai hujah kepada mereka yang menuntut di akhirat.
Persoalannya, adakah apa yang kita sudah lakukan selama ini, berpatutan untuk dijadikan hujah.
Jadi, apa kata, kita lupakan perbezaan yang ada dan segera menuju matlamat.

Sepatutnya kita menjadi seperti Sa'id bin Amir al-Jumahiy. Seorang sahabat yang membeli akhirat dengan dunia.

Innalillah wa inna ilaili rajiun, beliau ucapkan apabila Umar al-Khattab memberinya sejumlah wang kerana kemiskinannya.

Hatinya luluh apabila dunia memasuki kehidupannya.
Kita bagaimana pula?
Sibuk memikirkan perkara-perkara duniawi.
Sedangkan akhirat itu abadi.

Lawan kata-kata adalah diam.

wallahualam.

ps: sekadar peringatan buat diri yang semakin terbuai dengan dunia yang menyesatkan dan diri ini ingin jauh dan lari dari wahn.