Open Thread #2: Oh.

Saturday, November 7
Assalamualaikum.

Kadang-kadang, manusia punya banyak masa sehingga banyak tenaga dibazirkan kepada perkara yang tidak perlu.

Kadang-kadang, perkara mudah disusahkan.

Kadang-kadang, perkara yang susah dimudahkan.

Maka, betullah ayat Tuhan, SunnatullahNya adalah untuk dinilai pengajarannya. Agar manusia itu memahami dengan hati dan akhirnya beramal. Supaya tidak diulangi lagi kesilapan dulu.

Apabila manusia hanya tahu melontarkan kata-kata tetapi tidak diterjemahkan melalui perbuatan.

Apabila manusia bertelingkah perkara sia-sia.

Apabila manusia menjadi fitnah(=halangan dalam menyampaikan dakwah)

Apabila manusia itu hatinya sudah mati.

Maka, akhirat itu makin menghampiri.

Jika kamu ditanya: Siapakah Tuhanmu? Pastikah imanmu akan menjawab dengan jawapan yang betul.?

Berhentilah dari melihat apa yang ada disekeliling, mencari-cari kesalahan,tuduh-menuduh dan berkelahi.
Sedarilah, bahawa dirimu dan IMANmu melayakkan kamu ke SYURGA mahupun NERAKA.

Jika saat ini sangkakala pertama ditiup, mahukah kamu terus hidup?
Jika tidak, bukalah mata, bukalah hati. untuk Islam itu kembali dipuncak, hati-hati mesti bersatu dan untuk menjadi satu, berlapang dadalah antara satu sama lain. Tujuan kita sama, salahkan cara kita berbeza?

eymand

3 comments:

atiqahmki said...

huk huk huk. thx for this reminder iman.

Khazinatul_Asrar said...

*ouch!*
thanks IMAN =)

makman said...

selalunya kita semua...termasuk diri sendiri suka mencari berbezaan...yg berbeza itulah isu yg dibesarkan..yg seronok utk nak digaduhkan..
marilah kita semua kembali kepada persamaan/penyatuan..yg pasti selagi Muslim/Islam -yakin dan pasti ada yg menyatukan kita semua..

Sebelum..Tuhan Berbicara....sebelum Tuhan Memberi Pengajaran marilah kita smua berlapang dada..bertolak ansur...bersikap merendah diri ...marilah kita "Makmurkan Alam ini"----ketinggian darjat yg Allah beri sejak dari dulu lagi.....