Layakkah kamu?

Friday, November 13
Assalamualaikum,

Kadang-kadang manusia sangat suka memandang kesalahan/kecacatan/kekurangan yang ada pada manusia lain. Dari awal pagi hingga sebelum tidur, pernahkah kita memuhasabah kembali apa yang telah dilakukan seharian?

Mungkin muhasabah harian agak sukar(?)
Muhasabah mingguan? Bulanan? Tahunan?
Pernah?

Entah mengapa tiba-tiba hati ini menjadi sayu tatkala mengenang segala perbuatan yang pernah dilakukan dan diri masih lagi bercita-cita untuk ke syurga Allah. Sedangkan Umar al-Khattab, salah seorang dari Khulafa ar-Rasyidin pernah berkata:

“Jika seluruh penduduk kota Madinah ini masuk Syurga, kecuali seorang, maka aku rasa yang seorang itu adalah aku.”

Apatah lagi kita. Manusia yang hatinya semakin hari semakin keras dengan dosa dan maksiat yang dilakukan. Dunia kini sudah tidak selamat. Dosa, maksiat,zina ada dimana-mana. Hanya iman dan taqwa dapat menyelamatkan kita dari azab neraka jahannam. Nauzubillah.

Saya ini maqamnya rendah. Saya ini masih lagi kekurangan. Jikalau hendak dibanding dengan Ummul Mukminin, ah! Masakan saya boleh berada satu level dengan mereka. Namun, Allah telah memberi saya ilham untuk mengajak anda semua memuhasabah diri kita. Manusia itu selalu lupa. Maka, saling mengingati itu perlu.

Dunia penulisan sudah menjadi asing bagi saya. Maafkan segala kesalahan tatabahasa ataupun wujud ayat-ayat yang kurang difahami. (Saya perlu berguru kembali dengan teman-teman lama, yang sudah mempunyai posisi kukuh dalam bidang penulisan. Maaf, saya tidak dapat bersama-sama kalian. Maaf, skil saya sudah semakin pudar)

Ada apa pada diri?

Cuba anda duduk sejenak. Perhatikan/fikirkan/bayangkan segala perkara/benda yang anda inginkan/yang diidamkan. Bayangkan segala kebaikan yang ada padanya, segala manfaat dan juga keistimewaan yang terdapat padanya.

Jika anda idamkan sebuah rumah baru yang cantik. Seni binanya yang unik dan menarik. Kedudukan yang strategik, binaan yang kukuh. Pendek kata, sempurna! Mungkin perkataan mengidam tidak sesuai. Perkataan perlu lebih tepat barangkali.(Mahu di sini bermaksud, anda memang memerlukan/ mennghendaki/dan lain-lain yang sewaktu dengannya) Anda memerlukan rumah baru! (sebabnya diketepikan)

Adakah anda hanya akan duduk goyang kaki dan mengharap sebuah rumah akan muncul dihadapan anda? Apa yang anda lakukan untuk mendapat sebuah rumah baru? Atau:

1.Turun-naik bank untuk mendapatkan loan
2. Mengupah arkitek dan kontraktor yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
3. Membeli perkakas/hiasan dalaman yang bermutu tinggi.

Saya kira untuk mendapatkan sesuatu yang baik, kita kena berusaha lebih bukan? Kita kenalah bekerja lebih untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai.

Jadi, hari ini, entah mengapa, (mungkin arah angin bertukar barangkali. Mungkin seruan semboyan sudah berbunyi) saya ingin sekali berbicara tentang jodoh. (huahuahua. Sila gelak. Jangan tidak gelak. Saya merelakan gelakan anda semua)

Saya percaya kita semua mahukan jodoh yang terbaik. Dari A sampai Z, semuanya mestilah ‘thumbs up’. Tidak boleh ada sedikit cacat cela. Dari memilih calon suami/isteri hinggalah ke jinjang pelamin (sila jangan bersanding ok!).

Namun pernahkan kita terfikir, apakah kita layak? Untuk menerima yang terbaik?
Terbaikkah kita?

Manusia tidak pernah puas. Selalu inginkan yang terbaik. Sehinggakan semua benda hendak digredkan. Ini gred A. Itu gred B. Itu gred C.

Bukan mahukan yang terbaik itu salah. Tidak. Cuma sekali lagi saya ingin ingatkan. Layakkah kita?

Saya sendiri mahukan yang terbaik. Namun apabila mengenang kembali diri saya yang masih banyak lubang-lubang, saya terdiam. Saya menjadi sedih bila mengenangkan janji Allah:

Surah An-Nur, ayat 26: Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan.Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia(syurga).

Saya tidak sebaik Khadijah yang sanggup menginfakkan seluruh harta ke jalan Islam. Saya tidak sekuat Sumayyah yang sanggup syahid. Saya tidak sekental Hajar. Saya tidak setegas Aisyah. Saya bukan Asiah. Jauh sama sekali Fatimah bint Rasulullah.

Namun saya mengidamkan seorang Umar yang mampu menggegarkan dunia. Saya mengimpikan seorang Abu Bakar yang lemah lembut dan penyayang. Saya inginkan seorang Talhah yang pemurah. Saya mahukan seorang Ali yang berani.

Jauh dilubuk hati. Hati menjadi sayu. Cita-cita menggunung tinggi, namun usaha ke arah untuk mencapai cita-cita tidak mencukupi sedangkan masanya semakin hampir. Janji Allah itu pasti dan itulah yang paling menakutkan.

Oleh itu, muhasabah diri itu penting.

Tidak salah untuk bercita-cita tinggi. Berdoalah kepada Allah agar kita diberi kekuatan dan keazaman untuk menggapai cita-cita itu dengan berusaha untuk menjadi seorang yang layak. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Penyayang.

Hei, ingat tau. Jikalau kau tidak mengejar Fatimah, jangan mimpikan Ali.

Okay kanak-kanak. Jangan berangan banyak-banyak. Selingan di hujung minggu. Baik jadikan teladan. Buruk jadikan sempadan.

Iman
Lazoughly.

4 comments:

Amanina ST said...

ko nk kawen ke man2?? xD
nampaknye ko menunggu calun~~ ;p

[MH] said...

takpa, kita akan siapkan iman sblm iman join BM :)

huda said...

hehehehhehehgee

*gelak gatal

Anonymous said...

Nak makman carikan yg macamane?
yg misai..yang janggut...yg tinggi...yg rendah......semua ada dalam simpanan------hahahahahahh