2009

Thursday, January 1
Assalamualaikum,

Ketika di sekolah dahulu, saya selalu membayangkan tahun 2009. Yalah, umur saya akan menjadi genap 20 tahun. Sangat mengujakan!

Sekejap saja rasanya masa berlalu. 2009 bakal tiba dalam masa beberapa jam!

Terlalu banyak rasanya tanggungjawab yang menanti, urusan yang perlu diselesaikan, beban yang perlu dipikul. Moga-moga semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Meniti gerbang alam 20-an, saya semakin 'cuak'. Mampukah saya terus istiqamah di atas jalan yang saya lalui selama 19 tahun ini? Mampukah saya memandu iman saya di atas landasan yang betul tanpa melencong ke kanan ataupun kiri?

Moga dipermudahkan.

Semakin usia bertambah, semakin kita dekat dengan kematian. Pertambahan umur bukanlah sesuatu yang perlu dibangga, disorak ataupun disambut dengan girang. Namun, lebih baik jika kita merenung kembali apa yang telah kita lakukan dalam tempoh tersebut. Lebih banyak dosa ataupun pahala yang tercatat?

Menjadi dewasa membuatkan saya sedih. Zaman remaja dan alam persekolahan yang penuh dengan kenangan terpaksa ditinggalkan jauh di kotak memori untuk meneruskan perjalanan di atas titian realiti. Selamat menjadi dewasa!

Seperti biasa, tahun baru disusuli dengan azam baru. Dulu, tahun baru sinonim dengan sesi persekolahan yang baru. Kelas baru, classmate baru, cikgu baru, kelab dan persatuan yang baru dan macam-macam lagi yang baru. Namun kini, tahun baru disambut dengan kesibukkan duniawi yang tidak pernah putus. Sibuk dengan peperiksaan yang terutamanya.

Semoga tahun baru akan memandu saya menjadi seorang yang lebih baik. Umur semakin bertambah, diri semakin matang. Ujian dan stesen pembaikan sudah menunggu di hadapan.
Jom! Mulakan hari yang baru di tahun baru dengan semangat yang tinggi. Istiqamah dan perlahan-lahan maju kehadapan.

Tahun 2008;
terima kasih kerana telah menjadikan saya lebih tabah dan kuat,
terima kasih kerana mengajar saya untuk menjadi hamba yang bersyukur,
terima kasih kerana mendidik iman saya agar sentiasa kembali kepadaNYA.


eymand
lazoughly



6 comments:

Anonymous said...

salam,
dalam byk2 azam dan semangat baru, makman cukup teruja dgn ceramah yg makman dgr dalam kete 2 hari sebelum tahun baru..hemmm dalam perjalanan pulang dr ziarah kekanda yg uzur d kedah..."dalam byk2 azam yg baru takkala setiap kali tahun baru mendatang....berbaliklah kepada azam yg paling2 utuh dan asas dlm kehidupan kita ....PERBAIKILAH SOLATMU....."
bagi makman ianya mengusik jiwa makman..jika kita muhasabah diri sejauh mane tulinnya solat kita,cantinya solat di mata Allah,rapatnyer solat menghubungkan ngan Allah...wow!!!yes perlu di baiki lagi....semoga Allah mudahkan dalam mencari sakinah dunia n akhirat.
kepada semua...marilah kita menjadi insan yg akan memakmurkan alam ini...amin

wani mangat said...

attention sume!!!iman da nak 20 tw!!die bkn prasekola..jgn sala phm..(^_^)

nuruliman said...

wani perli seyhh...
hahaha

Anonymous said...

heheh,
betullah wani....
kang org ingat ..masih kanak2 riang ribena...hahahah

to....."jaga wad icu sg buluh"

..iman ni dah 20 tau.....kuwangggg3...jgn mara......

nuruliman said...

sesi perli memerli..

Amanina ST said...

cekodok da nk 20!!(mcm ak x je~~)
xaci ..ko smbut besdy kt ire..cis2!