Soalan cepu emas.
Posted by nurulimanAdeh, hanya satu perkataan- 'kahwin', saya mendapat 8 komen untuk entri yang lepas (blog saya ni, 8 komen dah kire power dah tu.. -.-') Memang isu panas! Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen. Ha ha ha.
Kahwin? Saya lambat lagi agaknye.... (Nak kene berguru ngan Amad+kak Alia dulu.. Aman, tunggu turn ek..)
Abah dan umi berkahwin pada usia 21 tahun. Kak Ngah pada usia 19/20. Amad pada tahun 2 pengajian. Ha ha ha. Saya dikelilingi dengan mereka-mereka yang berkahwin pada usia yang muda.
Entahlah, biar Allah sahaja yang tentukan. Sampai masanya nanti, nak lari pun tidak boleh.
****
Saya tidak melarang sesiapa yang berkahwin pada usia yang muda. Namun, bagi saya perkahwinan itu bukanlah isu yang kecil dan remeh, namun ianya melibatkan 1001 isu yang lebih besar daripada perkahwinan itu sendiri.
Dalam daurah yang pernah saya ikuti, seorang ukhti pernah menerangkan bahawa pendidikan anak-anak bermula daripada sebelum perkahwinan lagi. Bermula daripada pendidikan akhlak dan tarbiyah ibu/ayah. Jika kita mahu anak-anak kita mempunyai peribadi yang baik, pastikan bahawa kita juga telah menerima tarbiyah yang secukupnya.
Adakah dengan menghadiri kelas-kelas agama (cth: kelas Ust. Fawwaz, Sheikh Kadir), SC pada setiap minggu sudah menjadikan kita seorang yang telah khatam pendidikan tarbiyyah? Saya rasa tidak. Pendidikan tarbiyyah yang dimaksudkan oleh ukhti tersebut lebih mendalam maksudnya. Mencakupi segala aspek dan segi. Bukan calang-calang pendidikan tarbiyyah.
Sekurang-kurangnya (kire macam threshold la..)
1.juz 30 sudah melekat didada,
2.hadith 1,2,3 juga mesyi la hendaknya (mesyi: arab ammiyah: bermakna=ok/dah terer) ,
3.doa-doa harian,
4.hukum-hakam
5.Akhlak yang mulia (skema soalan PQS 2020)
dan lain-lain.
Gulp! Bersediakah saya jika alam perkahwinan memanggil saya? .......
Pernah juga saya mendengar rakan-rakan berseloroh:
Hai... jangan berangan lah nak kahwin jika bilik pun tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Azan subuh punya lah kuat pun tak terbangun, inikan pula tangisan anak di tengah malam.
Diri sendiri tak terurus, nak urus orang lain pula
Aduh, topik kahwin usia muda+masa belajar memang topik yang hangat. Saya tidak melarang, tidak menyokong. Namun, nasihat saya kepada mereka yang ingin berumah tangga pada usia yang muda+belajar, persiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan tetapkan pendirian di atas jalan yang satu. Jangn berpaling dan maju kehadapan.
Perkahwinan adalah untuk selama-lamanya.
eymand
lazoughly
p/s: saifulislam.com juga pernah mengutarakan topik ini baru-baru ini. :)
Semput di pertengahan jalan
Posted by nurulimanApabila musim peperiksaan menjelang, mulalah isu 'kahwin' meletup-meletup. (tension belajar ke kak/bang?)
Adeh, no comment.
Tepuk dada, tanya hati,
*tutup*
Apabila tiba musim peperiksaan, rata-rata pelajar mulai 'semput' (spesifiknya saya-sebab tertinggal silibus. Adeh.)
Saya akui saya mulai semput. Sudah mencapai tahap lelah. Tapi, belum sampai menggunakan inhaler.
Selamat belajar!
eymand.
Lazoughly
Menjadi dewasa
Posted by nurulimanMeniti usia 20-an, terlalu banyak memori singgah di kotak fikiran saya. Seakan-akan baru semalam saya menghayun langkah terakhir-keluar dari bumi Al-Amin. Saya membesar di situ.
Satu fakta yang akan menemani saya hingga ke akhir hayat.
Raka-rakan mulai membuka tirai hidup yang baru. Ada yang sudah bergelar bapa. Ada yang merancang untuk membina masjid. Ada yang bermain cinta. Ada yang tekun menuntut ilmu. Ada yang jauh di mata. Ada yang dekat di hati.
Semuanya mengusung cerita masing-masing.
Setahun di perantauan betul-betul menguji saya sebagai seorang sahabat dan rakan. Kadang kala saya memarahi diri kerana tidak mengetahui khabar terbaru rakan-rakan. Adakah semua ini akan berterusan. Saya harap tidak. Persahabatan yang telah kami semai di bumi itu menjadi suatu perkara yang amat berharga. Tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
Benar kata orang, sewaktu kita kecil, kita mahu menjadi dewasa. Apabila sudah dewasa, kita lemas dalam lautan memori. Begitulah manusia.
Menjadi dewasa sebenarnya lebih daripada itu. Lebih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, keputusan yang perlu dibuat dan bermacam-macam lagi hal duniawi yang menghimpit diri. Namun, menjadi dewasa bermakna, kita semakin dekat dengan penghujungnya. Semakin banyak dosa yang dilakukan. Semakin banyak masa yang telah dilalaikan. Semakin banyak peluang-peluang pahala dibuang begitu saja.
Apa yang telah kita lakukan selama ini? Tepuk dada, tanya iman.
****
Sebetulnya, apabila semakin matang, akal yang diberi percuma seharusnya digunakan secara maksimum. Perkataan " Mumaiz" sudah tidak logik lagi untuk digunakan.
-Hidup sudah selama 20 tahun, tapi baru nak mencapai mumaiz? Musykil sungguh? Adakah 19 tahun dibazirkan dengan menjadi seorang yang tidak siuman? atau pun hilang ingatan? ataupun koma semenjak lahir? Tepuk dada, tanya iman.
Sebetulnya, persoalan-persoalan yang mudah (dari segala segi, mahupun agama, ataupun kendiri) boleh dijawab dengan betul, tepat dan waras. Maka, berlagaklah seperti seorang yang berusia 20 tahun walaupun secara batinnya, anda tidak.
eymand