Selamat Hari Raya!

Saturday, October 13


Assalamualaikum,


Sayu hati bila memikirkan sanak-saudara sedang bersuka ria di tanah air. Kami(saya dan rakan serumah) semuanya menghidap penyakit 'homesick'. Lagu raya di pasang kuat-kuat dan duduk termenung-bersimpuh di tepi katil. Satu suasana yang amat sayu dan menggelikan hati..



MARAnians Cairo Univ. 2007/2008

Holiday ke Alexandria terpaksa ditangguh kerana cuti raya kami dipendekkan. Namun open house MARAnians tetap akan berlansung pada 2 Syawal di Fustat. Jemput datang ke rumah!

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari dari jauh, memohon kemaafan atas segala salah dan silap. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...


eymand
Haiyu Sabi'.

Dibuai rindu...

Thursday, October 4
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hampir dua minggu saya mengharungi lekuk-lekuk hidup sebagai seorang siswi Cairo University tanpa sebarang masalah-masalah kritikal.

Entah mengapa hari-hari yang dilalui sering terisi dengan memori-memori bersama keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Paling dirindui semestinya Al-Amin. Markas yang telah membentuk diri saya. Terlalu rindu biah di Al-Amin. Sangat-sangat rindu. Guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa tersemat di dada mereka, ukhuwwah fillah.

Ramadhan semakin meninggalkan kita, Aidilfitri pula bakal menyapa. Membikin hati lagi rindu.
Namun, ada satu perjuangan yang belum sudah. Bahkan baru saja bermula. Belum masanya untuk mengalah.

****

Setiap hari ada misi yang perlu dilaksanakan. Misi tempat duduk. Boleh dikatakan setiap hari kami akan berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat duduk di hadapan. Tempat duduk hadapan=lebih konsentrasi. Baik lelaki mahupun perempuan, matlamat tetap satu. Ingin Mumtaz di kemudian hari!

****

InsyaAllah, kami akan berangkat ke El-Iskandariyyah pada 3 Syawal. Bertemu rakan sekolej dan menikmati permandangan yang selalu dibangga-banggakan oleh teman sekolej. Kata orang: jauh perjalanan, bertambah ilmu di dada.

****

Alhamdulillah, berjaya juga saya dan teman-teman serumah menghadiri halaqah ta'lim Sheikh Nuruddin di Rumah Johor. Kami sempat mendengar ta'lim berkenaan tajuk Zikr. Ilmu yang disampaikan rasanya terlalu berguna hingga tidak sedar masa berlalu. Jika ada kesempatan, ingin kami mendengar lagi pengisian ilmu daripada beliau.

****

Doakan saya sentiasa bersemangat mengharungi perjalanan yang kian sepi tanpa teman-teman se'gege' di sisi. =)

eymand.
El-Fustat.

I'm missing you guys! Do well in your exam! Make me proud!